Pilihanraya kecil DUN Manek Urai, Kelantan ditetapkan pada 14 Julai ini, sementara penamaan calonnya jatuh pada 6 Julai - memberikan lapan hari tempoh berkempen.Dalam pengumumannya di Putrajaya, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyatakan 12,293 pemilih termasuk 25 pemilih pos dijangka membuang undi di kerusi tersebut, bawah parlimen Kuala Krai.
Pilihanraya itu dipanggil akibat kekosongan susulan kematian penyandangnya Ismail Yaakub daripada PAS pada 22 Mei lalu.
Sebagaimana yang dibayangkan oleh Perdana Menteri, UMNO/Barisan Nasional dijangka akan meletakkan calonnya, kerana kekosongan seperti ini dikatakan menepati kehendak perlembagaan jika dibandingkan dengan DUN Penanti?
Apakah tindakan SPR mengadakan pilihan raya kecil di DUN Penanti yang dianggap oleh UMNO sebagai tidak mengikut kehendak perlembagaan, maka SPR juga dianggap tidak mengikut perlembagaan? Nampaknya SPR menjadi susah hendak menjelaskannya, kerana SPR tentunya beranggapan tindakannya itu adalah betul.
Ulasan selanjutnya akan menyusul...








