Pilihanraya kecil DUN Manek Urai, Kelantan ditetapkan pada 14 Julai ini, sementara penamaan calonnya jatuh pada 6 Julai - memberikan lapan hari tempoh berkempen.Dalam pengumumannya di Putrajaya, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyatakan 12,293 pemilih termasuk 25 pemilih pos dijangka membuang undi di kerusi tersebut, bawah parlimen Kuala Krai.
Pilihanraya itu dipanggil akibat kekosongan susulan kematian penyandangnya Ismail Yaakub daripada PAS pada 22 Mei lalu.
Sebagaimana yang dibayangkan oleh Perdana Menteri, UMNO/Barisan Nasional dijangka akan meletakkan calonnya, kerana kekosongan seperti ini dikatakan menepati kehendak perlembagaan jika dibandingkan dengan DUN Penanti?
Apakah tindakan SPR mengadakan pilihan raya kecil di DUN Penanti yang dianggap oleh UMNO sebagai tidak mengikut kehendak perlembagaan, maka SPR juga dianggap tidak mengikut perlembagaan? Nampaknya SPR menjadi susah hendak menjelaskannya, kerana SPR tentunya beranggapan tindakannya itu adalah betul.
Ulasan selanjutnya akan menyusul...


2 comments:
BN jangan dok berdalih la..Kelantan semua dah tau..bagilah kat depa berbillion pun dengan ayaq liuoq..x heran..Awang Adek yang dulu menteri berjanji macam-macam,berbillion projek,universiti sini universiti sana..bak kata kalau boleh semua bangunan nak salut dengan Emas..last apa jadi..terkalik kuang abih!..malulah pada oghang lama UMNO...anak2 UMNO depa pengecut! takut realiti kekalahan..biaq kalah berjuta kali namun mati tak berlawan ni..ibarat takdak(..!!)..Tok det kena basuh puak ni sikit..
Tgh proses membasuhla ni... tapi yg dah hitam sgt tu susah sikit... ada yg tak sedar dari lamunan lagi... yg telah terlamun jauh tu...dah sedar pun nak mengelamun semula... itu ajelah kerjanya.... macamana ekonomi nak gerak ni...3* ...
Post a Comment