Oleh Abdul Rahman Hashim @ Emel: locengwangsa@gmail.com
Tun
Dr Mahathir Mohamad turut mempersoalkan dengan berkata, kenaikan 15% tarif
elektrik tidak seharusnya dinaikkan secara mendadak kerana ia akan
membebankan pengguna elektrik domestik, di samping itu ia juga akan memberi
kesan kepada kos pengeluaran industri negara.
Justeru kerugian yang dialami oleh pemain
industri akibat kenaikan tarif elektrik ini akan menyebabkan mereka
membayar cukai kepada kerajaan dengan kadar yang rendah. Kalau nak naik pun
katanya, berperingkat2 laa...
Keluh kesah rakyat bawahan pula akibat
kenaikan harga barang keperluan bukannya petanda rakyat nak menggulingkan
kerajaan, tetapi sebenarnya mereka kecewa kerana 'Janji' tidak ditepati lagi
manakala slogan 'Rakyat Didahulukan' tidak lagi semanis rasa sebelum
PRU13. Mungkin juga ancaman PRU14 lambat lagi kot?
Mutakhir ini banyak pihak bukan sahaja dari kalangan pro pembangkang yang membantah kenaikan tarif elektrik ini, malah Pergerakan Pemuda UMNO juga tidak bersetuju dengan kenaikan tarif elektrik
yang akan berkuat kuasa mulai 1 Januari tahun depan kerana ia dilihat
hanya akan menguntungkan Tenaga Nasional Berhad (TNB).
"Bagi Pemuda, kenaikan tarif yang tidak setara dengan peningkatan kos bahan api hanya menguntungkan TNB yang tampak mementingkan kantung pemegang sahamnya, bukan rakyat jelata," tambahnya.