Oleh Abdul Rahman Hashim
Hari ini akhbar Sinar Harian dalam ruangan 'Fokus PRU13' memaparkan sepintas lalu mengenai Parlimen Wangsa Maju iaitu kawasan yang menyaksikan BN tertewas pada PRU12 yang lalu dengan kehilangan majoriti 150 undi. BN Wangsa Maju menggigit jari kerana kawasan parlimen ini telah dirampas oleh calon PKR/PR, Wee Choo Keong @ WCK, walaupun pada masa itu pengundi Melayu merupakan majoriti. Wee Choo Keong menang tipis dengan perolehan 19,637 undi, manakala calon MCA/BN memperolehi 19,487 undi. Jumlah undi rosak, 357.
![]() |
| Dato' Dr. Mohd. Shafei Abdullah bakal calon BN Wangsa Maju |
![]() |
| Shafei & Wee Choo Keong dalam satu majlis |
Menjelang PRU13, kawasan Parlimen Wangsa masih dominan dengan komposisi majoriti pengundi Melayu sekitar 52.45 peratus berbanding pengundi Cina 39.76 peratus, diikuti pengundi India 7.05 peratus dan 0.74 peratus lain-lain pengundi.
![]() | ||
| Dr. Tan Kee Kwong bakal calon PKR Wangsa Maju |
![]() |
| Shafei (Di tengah) bersama Yew Teong Look (Kanan sekali) dalam satu majlis anjuran komuniti Cina |
Dato' Dr. Mohd. Shafei Abdullah, Ketua UMNO Bahagian Wangsa Maju disebut-sebuat bakal dicalonkan jika UMNO yang bertanding mewakili BN pada PRU13 nanti. Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Wangsa Maju yang diadakan tempoh hari juga telah meluluskan usul sebulat suara untuk mengembalikan semula Wangsa Maju kepada UMNO. Saya sendiri bersetuju dengan kemahuan ahli-ahli UMNO itu, bahkan saya lebih yakin jika UMNO diberi peluang, Shafei Abdullah pasti merupakan calon unggul yang 'winnable' untuk menggalas tugas yang maha besar untuk mengUMNOkan semula Parlimen Wangsa Maju.
Sememangnya tugas untuk merampas semula kerusi ini daripada Pakatan Rakyat bukanlah kerja yang mudah, namun begitu jika UMNO dapat melipatgandakan gerak kerja secara 'luar biasa' daripada yang 'biasa', tidak mustahil misi merampas ini akan berjaya. Dato' Shafei Abdullah yang juga Pengerusi Penyelaras BN Wangsa Maju hendaklah berada pada kedudukan yang bukan sahaja diterima oleh UMNO, malah MCA dan komponen BN yang lain dapat menerimanya. Saya bimbang, jika parti-parti komponen BN sendiri menunjukkan sikap tidak selenggang sehayun bersama UMNO, mungkin menyulitkan untuk UMNO bersendirian dalam menggempur puak pembangkang dalam PRU13 nanti.
Saya tidak terfikir bahawa Wee Choo Keong, Ahli Parlimen Bebas Wangsa Maju yang bakal menyertai semula PRU13 nanti akan menyerang Barisan Nasional. Kalau dia sendiri bebas keluar masuk boleh kerap bersua Perdana Menteri Dato' Sri Najib Tun Razak, bahkan boleh sepentas menari tarian Sumazow (tradisional sukum kaum Kadazan/Sabah) bersama-sama dengan Najib dan Rosmah, maka mustahil untuk dirinya menyerang UMNO/BN dalam pilihan raya nanti.
Jika itu yang berlaku, saya melihat penyertaannya dalam PRU13 bukanlah untuk bertarung dengan BN tetapi ia hanya untuk memecahkan undi Cina yang mencecah 39.76 peratus. Difahamkan PKR akan meletakkan Dato' Dr. Tan Kee Kwong, mantan Timbalan Menteri yang sudah pun menyeberang masuk menyertai PKR. Jika dahulu, sebahagian besar pengundi Cina tidak memihak kepada MCA sebaliknya memberi undi kepada PKR, apakah kali ini WCK mampu untuk memujuk pengundi Cina yang pro Pakatan Rakyat untuk mengundinya semula sebagai calon BEBAS? Jika beliau mampu menarik sebahagian pengundi Cina ini supaya tidak mengundi Dr Tan Kee Kwong (PKR), maka strategi untuk pecahkan undi Cina dilihat oleh UMNO akan menguntungkan BN.
Pada saya UMNO tidak boleh terlalu mengharapkan matematik ini, kerana belum tentu semua pengundi Melayu yang berjumlah 52.45 peratus merupakan penyokong tegar UMNO. UMNO tidak boleh berada di dalam zon selesa, kerana ada di kalangan pengundi Melayu yang tidak mesra BN malah ramai juga yang bukan ahli UMNO. Jika meletakkan calon UMNO bukanlah suatu jaminan yang kukuh lagi untuk memancing undi di kalangan pengundi Melayu.
Namun begitu, saya memerhatikan 'kerja buat' dan 'politik kerja' proaktif yang telah dilakukan oleh Shafei Abdullah di Wangsa Maju telah menampakkan natijah untuk menang. Beliau harus menjuruskan gerak kerja yang berganda kerana situasi hari ini bukan lagi 'Mudah Untuk Menang' kerana mereka di sebelah sana juga sedang meneropong gelagat kita samada hasrat UMNO untuk bertanding kali ini dapat diterima oleh BN; dan bagaimana pula dengan UMNO jika Datuk Yew Teong Look @ MCA sekali lagi dikehendaki bertanding di Wangsa Maju?
Namun begitu, saya memerhatikan 'kerja buat' dan 'politik kerja' proaktif yang telah dilakukan oleh Shafei Abdullah di Wangsa Maju telah menampakkan natijah untuk menang. Beliau harus menjuruskan gerak kerja yang berganda kerana situasi hari ini bukan lagi 'Mudah Untuk Menang' kerana mereka di sebelah sana juga sedang meneropong gelagat kita samada hasrat UMNO untuk bertanding kali ini dapat diterima oleh BN; dan bagaimana pula dengan UMNO jika Datuk Yew Teong Look @ MCA sekali lagi dikehendaki bertanding di Wangsa Maju?





