Gegak gempita Kampung Boyan di Petra Jaya dalam kawasan DUN N.04 Pantai Damai dek kerana pertembungan dua ceramah umum anjuran BN dan PKR yang diadakan dalam jarak 50 meter sahaja malam tadi (10 April).
Saya sendiri menyaksikan betapa hiruk pikuknya kedua-dua penyokong yang menghadiri kedua-dua ceramah umum tersebut terutama apabila Anwar Ibrahim, Ketua Umum PKR menyampaikan ceramahnya sehingga tepat jam 11.00 malam sebelum beliau meninggalkan majlis.
Anwar yang sampai tepat jam 10.15 malam di lokasi ceramah umum PKR dilihat menerima sambutan yang lebih hangat oleh kira-kira 1,000 orang jika dibandingkan dengan ceramah umum anjuran BN yang kelihatan kurang daripada 200 orang yang mengikutinya.
Terbukti membawa Ezam Mohd. Nor memberikan ceramah di pihak BN tidak berjaya menarik perhatian dan juga sokongan masyarakat tempatan di Kampung Boyan dan Kampung Gersik, kerana sebahagian besar penduduk di situ lebih terdorong untuk mendengar ceramah Anwar yang jauh lebih hebat daripada bekas Setpolnya itu.
Selain Ezam, ceramah BN pada malam itu turut menampilkan Dato' Othman Abdul yang didatangkan khas dari Semenanjung, namun Othman Abdul hanya mampu meninggikan suaranya menghentam PKR tetapi ia ditenggelami oleh laungan reformasi yang lebih bergema di pihak PKR. Pihak BN hanya mampu menunjukkan kumpulan gerak gempurnya yang lebih ramai daripada penduduk tempatan, manakala pihak PKR pula menyaksikan kehadiran penduduk kawasan sekitar yang terdiri daripada berbagai lapisan termasuk golongan wanita, golongan muda dan juga veteran.
Calon BN N.04 Pantai Damai, Dr. Rahman Junaidi hanya tiba di pentas ceramah BN pada jam 10.45 malam ketika Anwar sedang bergempita menyampaikan ceramah di pentas PKR. Dr. Rahman Junaidi sempat juga bertingkah ceramah dalam suasana kehangatan apabila orang ramai sudah dibakar semangat oleh ceramah Ketua Umum PKR itu.
Orang ramai yang berada di hadapan pentas ceramah Anwar bagaikan melekat kaki di atas jalan tidak berganjak malah semakin terpesona dengan hujah-hujah politik yang dipersembahkan oleh Anwar.
Calon PKR N.04 Pantai Damai, Wan Zainal Wan Senusi turut berada di pentas PKR bersama Anwar. Beliau juga telah menyampaikan ceramahnya pada awal majlis serentak dengan ceramah Ezam Mohd. Nor di pentas BN.
Dalam ceramah umum PKR kali ini, Anwar Ibrahim telah menyentuh beberapa isu yang membabitkan keresahan rakyat Sarawak yang didakwanya semakin membenci kepimpinan Tok Uban yang digenangi dengan unsur rasuah. Anwar optimis bahawa rakyat Sarawak pada pilihan raya umum negeri kali ini semakin berani membuat keputusan menolak BN.
Saya pun hairan bagaimana pihak polis boleh mengeluarkan permit ceramah secara serentak di lokasi yang sama di Kampung Boyan. Sepatutnya insiden sedemikian tidak diulang lagi pada majlis ceramah umum yang akan datang.
Kekerapan mengeluarkan permit ceramah untuk BN semata-mata untuk bersaing dengan ceramah Anwar akan dilihat oleh orang ramai sebagai tidak wajar kerana ia mungkin akan membabitkan aspek keselamatan orang ramai yang mengikutinya.
Kehadiran yang tidak memenuhi kerusi-kerusi yang terdapat di bawah khemah BN akan menyerlahkan lagi kegagalan pihak BN untuk menarik sokongan orang ramai berbanding dengan pihak PKR.
BN harus melipatgandakan usahanya untuk menghalang kemaraan sokongan rakyat terhadap parti-parti Pakatan Rakyat, kerana isu-isu yang membabitkan 'Tok Uban' begitu memihak kepada PKR, DAP, PAS dan juga SNAP.
'Mengundi SUPP = mengundi Taib' yang terdapat pada kain-kain rentang DAP di bandar-bandar besar di Sarawak begitu menusuk kalbu kerana BN tak dapat tidak kena mempertahankan juga imej Ketua Menteri mereka yang diperlakukan sedemikian rupa. Perdana Menteri Dato' Sri Najib juga terpaksa berkampung selama 6 hari di Sarawak ini sehingga garisan penamat pilihan raya negeri pada 16 April depan, kerana berdesing di cuping telinganya yang mendakwa bahawa BN akan hilang sokongan di kebanyakan kerusi DUN yang dimonopoli oleh pengundi-pengundi Cina.