![]() |
| Datuk Sharifah Aini mengundi di Parlimen Petaling Jaya |
Usianya dah melebihi setengah abad, baru sekarang ini Sharifah Aini teringat bahawa dia belum pernah mengundi. Sebenarnya saya berasa malu dan bersalah kerana baru sekarang mendaftar sebagai pengundi. Biduanita negara, Datuk Sharifah Aini menarik perhatian para pengunjung
di Pejabat Pos Besar Shah Alam di sini hari ini (27 Jun 2012), apabila beliau hadir
mendaftarkan diri sebagai pengundi dengan Suruhanjaya Pilihan Raya
(SPR).
Menurut beliau, langkahnya mendaftarkan diri sebagai pemilih kerana menyedari ini adalah masa paling tepat untuk menggunakan hak sivil sebagai warganegara bagi memilih kerajaan yang memperjuangkan hak anak seni sepertinya.
"Sebenarnya saya berasa malu dan bersalah kerana baru sekarang mendaftar sebagai pengundi.
"Namun hasil kesedaran yang diberi oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dua hari lalu (semasa Hari Perhimpunan Bintang 2012 anjuran akhbar Kosmo! dengan kerjasama Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) menyebabkan saya hadir hari ini untuk mendaftar," katanya kepada pemberita.
Sharifah Aini berkata, seramai 50 rakan dan peminat tegar beliau juga turut mengambil langkah yang sama apabila mendaftar sebagai pengundi hari ini di beberapa lokasi seperti Gombak, Petaling Jaya termasuk Shah Alam.
"Kepada rakan seperjuangan yang belum mendaftar, daftarlah segera kerana setiap satu undi mampu merubah sesuatu keputusan pilihan raya dan masa depan negara.
"Saya anggap pendaftaran hari ini sebagai hadiah sempena ulang tahun kelahiran saya yang jatuh pada 2 Julai ini dan Insya-Allah saya akan mengundi di kawasan Parlimen Petaling Jaya,''