Anggota Dew
an Undangan Negeri Kerdau Datuk Zaharuddin Abu Kassim (Foto) yang dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) pada 9 Mei lepas kini kembali kritikal.
Anggota Parlimen Kuala Krau Datuk Ismail Mohamed Said berkata Zaharuddin, 63, tidak sedarkan diri ketika dikejutkan oleh jururawat kira-kira pukul 6 pagi.
"Saya dimaklumkan oleh salah seorang anaknya yang beliau tidak sedarkan diri ketika dikejutkan oleh jururawat untuk diberi ubat. Saya difahamkan, kemungkinan beliau mengalami strok dan dia kini dimasukkan ke Unit Rawatan Jantung (CCU)," katanya ketika dihubungi Bernama di sini.
Beliau berkata anggota keluarga Zaharuddin diminta datang ke hospital oleh doktor yang merawatnya kerana beliau berada dalam keadaan koma, dan doktor turut memaklumkan bahawa keadaan jantung serta paru-paru Zaharuddin dalam keadaan lemah, dan beliau memerlukan perhatian serius.
Zaharuddin dimasukkan ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas), Temerloh pada 3 April lalu untuk menjalani pembedahan ulser usus setelah mengadu sakit di bahagian perut sebelum dirujuk ke IJN selepas berlaku masalah pada buah pinggang dan jantungnya.
Dalam pilihan raya umum 2008 yang lepas Zaharuddin telah berjaya menewaskan calon PAS Hasanudin Salim dengan majoriti 1,615 undi. Kawasan DUN tersebut mempunyai pengundi yang terdiri daripada 89 peratus pengundi Melayu, pengundi Cina 6 peratus, 3.7 peratus pengundi India dan 2.5 peratus lain-lain kaum.
Apa pun kita mendoakan Zaharuddin agar rawatan rapi yang diberikan terhadapnya dapat menyembuhkan penyakit yang dihadapi.
an Undangan Negeri Kerdau Datuk Zaharuddin Abu Kassim (Foto) yang dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) pada 9 Mei lepas kini kembali kritikal.Anggota Parlimen Kuala Krau Datuk Ismail Mohamed Said berkata Zaharuddin, 63, tidak sedarkan diri ketika dikejutkan oleh jururawat kira-kira pukul 6 pagi.