Saya ingin mengucapkan tahniah kepada Dato' Dr. Mohd. Shafie Abdullah, (Foto) Ketua UMNO Bahagian Wangsa Maju yang telah dilantik sebagai 'Ketua Penerangan' Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan pada 22 Mei yang lalu.
YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin, Timbalan Perdana Menteri yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutan telah melantiknya di dalam mesyuarat Ahli Jawatankuasa Badan Perhubungan tersebut yang merupakan kali pertama diadakan setelah Wilayah Persekutuan diterajui oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Sebagai rakan dan sahabat yang pernah bersama-sama beliau di Bahagian Wangsa Maju sebelum ini, tentunya saya berbangga dengan perlantikan ini. Lagi pun Dato' Shafie Abdullah yang juga merupakan Setiausaha Politik kepada YAB Dato' Sri Najib Tun Razak, Menteri Kewangan Malaysia bukanlah seorang tokoh yang terlalu 'greediness' yang terlonjak tanpa melepasi liku-liku dan ranjau di dalam kancah politik yang diceburinya.
Dato' Shafie Abdulah memasuki gelanggang UMNO setelah beliau berjaya merentasi jalur menara gading di Universiti Malaya pada era 1980-an, dan kemudiannya berkhidmat dengan salah sebuah institusi kewangan. Kematangannya di dalam UMNO sudah mula berakar sejak beliau menjadi ahli UMNO di Cawangan Taman Setapak yang kemudian melorongkan dirinya menjadi Ketua Pemuda UMNO Cawangan tersebut. Ketika itu Cawangan Taman Setapak berada di dalam Bahagian Batu yang diketuai oleh Allahyarham Datuk Azman Attar Othman.
Saya pernah menduduki Exco Pemuda UMNO Bahagian Batu di bawah pimpinan Datuk Yusof Hamid pada awal 1990-an sebelum terbentuk kawasan baru 'Wangsa Maju'. Semasa Zainuddin Othman mengambil alih kepimpinan Pemuda UMNO Bahagian Batu daripada Yusof Hamid, Shafie Abdullah telah dilantik sebagai Pen. Setiausaha Pemuda UMNO Bahagian tersebut.
Bermula di garisan inilah Shafie mula menyerlahkan bakat kepimpinannya sehingga beliau dilantik sebagai Ketua Pemuda UMNO Bahagian yang baru iaitu Bahagian Wangsa Maju sekitar tahun 1994. Ketua UMNO Bahagian Wangsa Maju ketika itu ialah Datuk Dr. Kamal Salih. Manakala saya pula ketika itu telah dilantik sebagai Ketua Penerangan UMNO Bahagian. Kami sama-sama berjuang untuk mempastikan kawasan parlimen yang baru ini dimenangi oleh calon UMNO (Datuk Dr. Kamal Salih) yang mewakili BN.
Penampilan gaya politik Shafie yang agresif bagaikan vocalist kepada generasi muda yang berada di dalam UMNO pada masa itu telah menjadikan dirinya semakin digeruni sehingga beliau dilihat sebagai 'olahragawan Wangsa Maju' yang sentiasa fit lagi perkasa. Dr. Kamal Salih sering diigaukan tentang ketangkasan Shafie sehingga memaksa UMNO Wangsa Maju menjadi dua kabilah - Kabilah Shafie & Kabilah Kamal Salih.
Begitu juga dengan Dato' Sri Zulhasnan Rafique bukanlah seorang tokoh yang dianggap terlalu mudah melonjak ke atas tanpa diperkuatkan dengan sokongan yang diperolehinya daripada 'kabilah Shafie' di Wangsa maju. Hakikat ini amat sukar untuk dinafikan, lagi pun Shafie merupakan seorang perancang politik (King maker) yang tidak bersifat 'defeatisme' yang mudah mengaku kalah.
Keazaman politiknya (politcal will) selama ini telah menjadi azimat kepada dirinya sehingga beliau berjaya dipersadakan sebagai Ketua UMNO Bahagian Wangsa Maju pada tahun 2008 yang lepas. Sokongan 'hegemony' yang diterimanya adalah berasaskan kepada pengaruhnya yang berakar umbikan pengikut-pengikutnya yang setia. Kesetiaan sokongan inilah juga yang mejadikan dirinya lebih berdaya tahan untuk melangkah ke hadapan membawa bersama Wangsa Maju yang berdaya maju. Semoga keperkasaan pimpinannya, Wangsa Maju dapat ditawan semula oleh UMNO/Barisan Nasional dalam PRU13 nanti.
Dipundaknya jugalah satu tugasan yang perlu digalas oleh Ketua Penerangan UMNO Wilayah Persekutuan yang baru ini. Kita meletakkan harapan supaya UMNO Wilayah Persekutuan dapat diberikan suntikan semangat yang lebih perkasa di bawah kepimpinan YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin. Shafie sebenarnya mampu menterjemahkan aspirasi ketuanya itu dengan segala kekuatan dan pengaruh yang ada pada dirinya.
Kepada Dato' Shafie, selamat berjuang..!!!



5 comments:
Datuk Shafie adalah ikon kami di Wangsa Maju. Beliau begitu rapat apabila berkawan, dan tersangat setia dengan kawan2nya. Di dalam UMNO, Datuk Shafie begitu fokus dan memiliki karisma untuk menjadi seorang pemimpin yang berwawasan. Saya sependapat dengan Sdra Rahman, bahawa Datuk Shafie punyai kelayakan untuk mengetuai jentera penerangan UMNO WP. Shafie adalah Panglima perang yang mampu untuk berhadapan dengan PKR bukan sahaj di Wangsa Maju, malah saya percaya beliau juga mampu untuk berikan cabaran kepada Pakatan Rakyat di WP. Syabas Rahman, kerana telah membuat penilaian tepat terhadap ketokohan Shafie.
TAHNIAH DATO' SHAFEI...
UMNO CAWANGAN GOMBAK SELATAN SENTIASA MENDOKONG USAHA DATO'. SEMOGA KITA DAPAT MEMANTAPKAN BN WILAYAH...
IKHLAS DARI
EN. ABD. RAZAK MUHAMAD DAN AJK
UMNO CAWANGAN GOMBAK SELATAN
BAHAGIAN WANGSA MAJU
Hai..bodek nampak..napa tak cerita Shafie tipu Dato Zul masa pilihanraya Wangsa Maju? Sdr dah tukar kabilah ke..? Ni lah masalah UMNO..suka puji melampau..macam baik sangat. rakyat menyampah beb..zaman pujian dah habis..
Saudara dah tak ada pendirian, sokongan sdr ini boleh bawa rebah. Pujian saudar ini satu petaka kepada UMNo Wilayah Perekutuan.
Thanx Pak Rahman atas penilaian yang dibuat.
Sememangnya kami anak2 muda WANGSA MAJU & di dalam PARLIMEN WANGSA MAJU amat mengagumi ketokohan Dato Pie.... beliau bukan shj peramah tetapi amat mudah ditemui & didekati oleh semua golongan. Beliau tidak SOMBONG....
Tak Dato Zul tue, saya nak tanya SAPA TIPU SAPA? Dato' Zul yg memecahbelahkan WANGSA MAJU....
Contoh paling senang... Seksyen 5,6 & 10 .... alamat Wangsa Maju tapi bawah Parlimen Setiawangsa.... mcm x kena jer bunyi nyerrr....
Walau apapun kami tetap berdiri teguh di belakang Tok Pie.....
P/S: habibshah original ker tue?
ANAK JATI WANGSA MAJU
Post a Comment