assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Tuesday, July 8, 2008

Kring, kriinggg....Siapa 'Roslan' yang nak menentang Zulhasnan?



Gambar Kiri Roslan Rahman Gambar Kanan: Rosli Mohammad


Rosli Mohammad, Ketua UMNO Cawangan Kelumpuk Bunga Raya terperanjat apabila desiran angin bertiup di Setiawangsa yang menyebutkan Roslan Rahman seorang ahli cawangannya akan mencabar Dato' Sri Zulhasnan Rafique sebagai Ketua UMNO Bahagian. Rosli yang agak marah dengan gosip politik ini telah menafikan wujudnya konspirasi untuk membawa Roslan Rahman menentang Dato' Sri Zulhasnan Rafique di musim pertandingan kali ini, sebaliknya beliau dikatakan telah berikrar untuk memberikan sokongan padu kepada Menteri Wilayah Persekutuan itu.

Berita kemunculan nama Roslan Rahman ini mula diperkatakan di warung kopi 'The Mall' oleh pengulas-pengulas politik yang dikatakan gemar mensensasikan berita-berita semasa, terutama menjelangnya musim pemilihan jawatan di dalam UMNO musim ini. Rosli Mohammad merupakan penyokong kuat Shuib Ibrahim yang dikatakan akan menentang Dato' Halim Samad bagi jawatan Timbalan Ketua Bahagian juga menolak kemungkinan berita yang menyatakan cawangannnya akan merintis pencalonan awal Roslan Rahman untuk jawatan Ketua Bahagian.

Roslan Rahman seorang ahli perniagan yang tinggal di Sri Loging Seksyen 10 Wangsa Maju, baru saja menjadi ahli di cawangan kelumpuk Bunga Raya pada tahun lalu juga dikatakan tidak senang dengan gosip politik yang membabitkan dirinya itu. Beliau sememangnya begitu sinikal apabila membuat ulasan-ulasan politik, namun beliau tidak akan terpedaya dengan 'provokasi' yang menyuruhnya menentang Zulhasnan di peringkat jawatan Ketua Bahagian. Namun begitu Roslan dilihat begitu cenderung untuk menyokong dan membantu Zainal Tan Sri Mahmud yang disebut-sebut bakal menjadi calon Naib Ketua di Bahagian Setiawangsa.