(Foto: Saiful tunjuk katil, mungkin tempat dia diliwat)
Hakim yang mengendalikan perbicaraan kes liwat Mohd. Saiful hari ini meluangkan masa satu jam untuk memeriksa unit kondominium Desa Damansara, tempat didakwa berlakunya babak Saiful diliwat oleh Anwar pada 2008.Anwar, dan bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan yang mendakwa bekas majikannya itu meliwatnya, turut hadir apabila Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah memeriksa apartmen dua bilik tidur itu yang terletak di tingkat lima.
Mohd Saiful telah menunjukkan kepada hakim tempat Anwar duduk di ruang tamu apabila dia datang untuk menghantar dokumen dan bilik tidur utama di mana kejadian liwat itu berlaku selepas itu.
Semasa pemeriksaan itu, Mohamad Zabidin dilihat bertanya beberapa soalan kepada Mohd Saiful. Terdapat sebuah katil kelamin di bilik tidur utama di mana tingkapnya ditutupi langsir warna kelabu gelap.
Sementara itu, Anwar telah meninggalkan tempat itu selepas pemeriksaan di bilik tidur utama. Manakala Hakim Mohamad Zabidin dan Saiful telah pergi ke pejabat pengurusan kondominium itu untuk memeriksa kemudahan kamera litar tertutup (CCTV).
Lawatan ke kondominium itu diadakan selepas Saiful menyambung memberikan keterangannya secara tertutup pagi tadi di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.


