![]() |
| Pertikaman sesama sendiri akibat perselisihan yang tidak bernoktah |
Dalam kegawatan ini Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj (YDP UMNO pada masa itu) bijak dengan strategi diplomatiknya telah merangka pelan menuntut hak kemerdekaan supaya negara ini segera dibebaskan dari cengkaman penjajah sebagai langkah untuk mengendurkan ketegangan ancaman komunis. Tanggal 31 Ogos 1957 dipilih untuk merayakan HARI KEMERDEKAAN tanahair. Rakyat bersatu padu dan berdiri teguh bersama pejuang-pejuang kemerdekan pada masa itu untuk menunjukkan kekuatan dan kesepaduan hati kepada pihak British yang menjajah.
Walaupun PKM tidak mengiktiraf kemerdekaan tanahair, namun hakikatnya perjuangan menuntut kemerdekaan terhasil juga akhirnya. Ingatlah, perjuangan membebaskan negara dari cengkaman penjajah bukannya bermula semalam, bukan juga bermula seminggu berlalu dan bukan juga bermula pada tahun 1946; tetapi perjuangan menghalau penjajah ini dicetuskan oleh pejuang-pejuang kita yang terdahulu yang tidak sanggup menjadi tali barut kepada Feringgi, Belanda, Inggeris dan juga Jepun.
Hendaknya jangan ada lagi watak-watak pengkhianat dan pembelot seperti Datuk Shahbandar Mandeliar, Si Kitol & Laksamana Khoja Hassan yang bertubi-tubi melemparkan fitnah kepada Sultan Mahmud Shah kononnya Datuk Bendahara Melaka, Tun Mutahir mahu merampas takhta Sultan; sehingga menyebabkan Sultan Mahmud Shah menjadi murka lalu memerintahkan Tun Sura membunuh Tun Mutahir sekeluarga kecuali anaknya Tun Fatimah dan Tun Hamzah. Portugis mengambil peluang dari porak peranda dalaman ini untuk menyerang Melaka yang sudah pun lemah akibat persengketaan yang berpanjangan.
Panglima perang Feringgi, Alfonso de Albuerque dalam serangan keduanya terhadap Melaka pada tahun 1511 telah dibantu oleh pembelot/pengkhianat dengan membuka pintu Kota Melaka sehinga Sultan Mahmud Shah terpaksa melarikan diri ke Muar kerana Empayar Melaka sudah pun jatuh ke tangan Portugis. Kota Melaka yang dibina oleh Parameswara atau pun Sang Nila Utama yang datang dari Pulau Temasek (Singapura) yang mencari penempatan baru telah menjadi Raja Melaka pada tahun 1400; dan akhirnya pada tahun 1511 Empayar Melaka yang hebat dan sebagai pusat perdagangan utama terpenting pada zaman itu telah punah akibat api persengketaan sesama sendiri yang tidak dapat dikawal lagi. Pertikaman sesama sendiri telah membawa padah sehingga bangsa kita menjadi hina dina....JANJI DITEPATI bukan sekadar slogan, tetapi biarlah semua pihak tanpa mengira anutan parti politik menepati janji masing-masing untuk mensejahterakan negara ini. Segeralah mencari noktah perbalahan yang tidak menguntungkan kepada kita semua. SALAM KEMERDEKAAN!!


