assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Sunday, May 17, 2009

SEMOGA UMNO TIDAK SEBODOH SAYA, LAGI PUN BUKAN SAYA MEMBODOHKAN UMNO..



Salam buat semua sahabat maya locengwangsa seluruh negara!

Saya kini berada di Kuching, bumi kenyalang Sarawak. Saya berada di sini sejak 12 Mei yang lepas kerana mempuyai urusan resmi dengan SKUAD 69 PDRM SARAWAK. Saya begitu syahdu dan berterima kasih kepada anda semua, terutamanya para pelayar setia locengwangsa yang begitu tulus memberikan komen dan juga reaksi terhadap apa saja kupasan isu yang terlayar di dalam blog ini.

Saya amat menghargai semua pandangan samada yang bersifat harum manis mahupun sepahit jadam ATAU yang mengena sasaran dan juga yang tidak menepati maksud sebenar isi hati saya.

Pada saya, jika saya dilihat begitu kritis, mengapa pula saya harus mengenepikan setiap pandangan yang telah anda lemparkan terhadap penulisan saya. Saya kira, semua pendapat dan analisa yang mengupas mengenai tulisan saya di dalam blog ini merupakan satu suntikan semangat kepada diri saya supaya lebih berfikiran terbuka.

Saya tentunya akan lebih terdorong untuk melakukan muhasabah diri, terutamanya dalam melontarkan idea-idea yang mahu dikongsi bersama dengan anda semua. Saya bukanlah penulis yang terlalu matang sehingga perlu menolak dan bersakit hati dengan apa saja komen yang dilemparkan terhadap saya.

Saya lebih konsisten menyatakan kematangan hanya boleh tercapai jika kita lebih bersifat terbuka dan tahu apa yang hendak kita katakan. Saya tidak berniat untuk meranapkan institusi UMNO yang telah dibina sejak zaman berzaman ini, semata-mata kerana tulisan maya saya ini tidak terlalu memuji UMNO, terutamanya dalam beberapa isu mutakhir ini.

Saya lebih merasa hina meletakkan diri saya sebagai kaki ampu, tetapi tidak menyumbangkan buah fikiran yang mampu mencelikkan minda. Saya bimbang fenomena mengampu yang membobrokkan UMNO selama ini bakal mengundang keruntuhan parti yang dianggapkan oleh Tun Musa Hitam ini sebagai 'sudah tua'. Pada saya, mana-mana parti pun dan bukan UMNO sahaja yang takut dengan bayang-bayang jelmaan sendiri, ianya bakal memusibahkan diri.

Sebenarnya apabila kita berparti bukan bermakna hanya parti yang kita anuti ini sebagai 'maksum' sehingga kita terhijab daripada melihat cacat celanya. Hendaknya jangan ada di kalangan UMNO yang menyifatkan parti ini sebagai tempat mencari makan sehingga memakan diri sendiri. Parti hanya wadah untuk menyusun agenda perjuangan yang telah digariskan, tetapi tidak sesuai bagi mereka yang terlalu gemar sehingga taksub menjadi ' pelaga ayam' yang merosakkan entiti UMNO.

Maafkan saya jika pandangan ini tidak mampu menjadikan diri saya sebagai orang yang cerdik minda, dan saya insaf mungkin juga kebodohan dan kedangkalan pemikiran saya ini telah meyakiti hati mana-mana pihak yang mungkin lebih cerdik dan matang dari saya. Saya hanya budak yang baru belajar untuk mendewasakan diri. Mudah-mudahan UMNO tidak sebodoh saya, jika semua pandangan saya itu dilihat sebagai satu kebodohan.

Terima kasih.


ABDUL RAHMAN HASHIM
Kuching, Sarawak
17 Mei 2009.

18 comments:

khalqisli.blogspot.com said...

Salam...apa kbr anakanda ku rahman....Man..paklili begitu terharu dgn luahan hati...harap Amn brsabaar dgn segala tohmahan yg dilemparkan..bagi Paklili Aman dah berjaya dlm politik dan juga dlm dunia blogers..Blog Aman rupanya dah begitu popular..segala ulasan yg diberikan mmg sebagai santapan dan sebagai tangga utk memperbaiki segala kelemahan..tp bg paklili Blog Aman dan cukup lengkap utk menarik perhatian setiap pengunjung..syabas dan tahniah..Paklili juga adalah pengunjung setia setiap tulisan Aman..
Paklili sebenarnya begitu berbangga dengan tulisan Aman..sebab walaupun Aman berjawatan dlm UMNO..tetapi segala idea yang Aman tulis adalah secara neutral tidak sepenuhnya mengiakan apa yyg berlaku pada UMNO itu senndiri..ini la pandangan yg patut dipuji..kita tidak boleh menyokong pendapat yg salah walaupun kita berada dipihak itu...apa yg benar adalah benar ..dan apa yg tidak benar katakan saja tidak..jgn jadi PAK TURUT..ikut saja pandangan yg kurang benar.

TAHNIAH>>.

Anonymous said...

salam bro.rahman,

Saya juga adalah peminat setia locengwangsa dan bersetuju juga dengan pandangan pak lili mengenai saudara,teruskan memberi pandangan dengan ikhlas tanpa rasa takut dengan kecaman dan hinaan.

Bagi saya bro. rahman lebih ikhlas dan cerdik dari pemimpin umno/bn yang berada di atas sana yang banyak retorik dan kepalsuan...salam hormat dari saya...

selamat maju jaya buat bro rahman.

Dari RAKYAT kepada RAKYAT kita kembalikan kepercayan dan harapan.
1052

MARHAIN said...

Salam buat saudara Rahman,
Syabas dan tahniah kpd saudara. Saya juga adalah salah seorg pengunjung setia blog saudara. Kemunculan blog saudara mmg sesuai dgn aliran semasa bg menuntut kpd fakta dan ulasan yg tulus dan ikhlas. Saudara tak perlu berasa gusar dgn ugutan dan tekanan drpd juak2 UMNO/BN. Diimbas kembali sewaktu zaman menuntut kemerdekaan peranan penulis/wartawan begitu bererti pd zaman itu. Pena pd masa itu umpama senjata yg cukup ampuh bgi memupuk kesedaran ttg peri pentingnya smgt patriotisme dijelmakan dlm diri. Peranan saudara nampak di situ. UMNO/BN kini dlm keadaan terdesak, mrk suka bertndk mengikut jln pintas. Saudara tidak bodoh tp yg bodoh ialah UMNO. Tajuk yg paling tepat 'SEMOGA SAYA TIDAK SEBODOH UMNO, DAN UMNO TIDAK BOLEH MEMPERBODOHKAN SAYA..'

Anonymous said...

marhain...

saya setuju dengan anda...semoga kita tidak lagi di perbodohkan...oleh umno/bn.

osman.

Anonymous said...

Apakah UMNO bodoh, atau orang UMNO bodoh. Mungkin dah tak banyak yang bodoh kerana sudah banyak keluar masuk PAS dan PKR. Maka orang bodohnya sudah berpindah. Mak, yang tinggal tidak sebodoh yang disangka.

Anonymous said...

kesian.. yang aku tau org dlm UMNO yg bodoh bukannya UMNO sbb UMNO hanyalah satu parti. Jadi hanya org bodoh yg ckp UMNO tu bodoh. tq.

Amirul Izzat said...

Pengkritik yang tak bernama,

Anda ini sy suka sifatkan sbg pengecut. UMNO tidak Bodoh akan tetapi PEMIMPIN PIMIMPIN UMNO diperbodohkan dengan sikap ketamakan kuasa mereka sehingga melupakan apa yang patut mereka perjuangkan Islam,bangsa dan tanah air.Orang orang yang jahil itu adalah seperti anda. yang tidak dapat menerima kebenaran ttg kelemahan parti sendiri. Sepatutnya kita berfikir apakah cara yang boleh kita lakukan dalam kita memartabatkan Islam dan bangsa melayu di dalam negara kita. Jangan terlalu bersifat bermusuhan sesama saudara sendiri. orang orang seperti anda lah yang boleh melemahkan parti yang anda sertai.harap harap anda bukan orang UMNO kerana UMNO tidak perlukan orang seperti anda.

Che Det said...

yup..pengecut la ko ni...ko ni ptt undur dari perjuangan.terlalu emosi..

Amirul Izzat said...

orang yang bijak lah yang keluar parti kerana mereka tahu matlamat dan perjuangan UMNO sudah terpesong. Mereka ingin teruskan perjuangan demi Islam,Bangsa melayu dan tanah air menyebabkan mereka berbondong bondong keluar parti kerana UMNO dilihat lebih memperjuangkan kroni dan kepentingan perut pemimpin yang tamak seprti yang ada sekarang.

Anonymous said...

Yang banyak perjuangkan kroni adalah semasa orang itu dalam UMNO dan sekarang duduk parti lain sebagai penasihat kemudian dia kata UMNO kroni. Selalunya orang yang mengata dia adalah begitu.

Anonymous said...

Songkok Tinggi .
Salam ,

Berat mata memandang berat lagi penulis menulisnya .

Kerjaya dan bakat yang diberi tidak semua dapat anugerah yang sama .

Marilah kita garapkan segala usaha dan pandangan membina negara yang kita kasihi .

Jangan lah akhirnya kita yang rugi .

Berkata benar lah kita semua untuk Agama , bangsa dan negara .

Bro teruskan .Negara kita ada undang-undang . UMNO juga ada peraturan .

Munkin PM Dato Seri Najib dapat melihat pandangan akar umbi melalui laman Blog Locengwangsa .

Selamat mengundi di DUN Penanti .

SAM
Saya Anak Malaysia .

sokongmuman said...

Salam bro Rahman.Seronok membaca coretan hangpa semua.Ada yg setuju ada yg tidak setuju dgn pandangan yg ditulis dlm blog bro Rahman yg dah popular ini.memang bro Rahman pandai menarik perhatian pembaca blog. Bro Rahman pandai menulis membangkitkan perkara yg panas.Sebagai peminat locengwangsa saya ingin mengajak pembaca sekalian supaya memberi pandangan atau cadangan BAGAIMANA CARA NAK KUBURKAN UMNO YG DIDALAM ICU KINI

Anonymous said...

Darah UMNO memang mengalir dalam jiwa sdr Rahman, cuma saya kira sdr buat pukul-pukul sayang dalam penulisan di blog ini. Tak apa, teruskan, cuma jangan terlalu kuat pukulnya takut jadi tak sayang, kerana ada orang yang mahu buat sdr tersalah pukul.

Pengikut loceng

Anonymous said...

Secara jujurnya, baru sekarang saya berjumpa dengan seorang pemimpin UMNO yang 'berani berkata benar walaupun pahit'.

Saya tidak pandai berpolitik tapi gemar melihat gelagat orang politik. Rata2 pemimpin UMNO(peringkat bahagian) yang saya temui dan kenali, menyalahkan orang lain kecuali diri sendiri.

Tulisan sdr Rahman ibarat membuka pekung di dada tapi perlu di lakukan. Cukuplah berkata manis dan enak namun hakikatnya tidak begitu. Masih ramai yang mengambil sikap pak angguk demi menjaga pemimpin walaupun ianya tidak begitu. Apa pun, tahniah buat sdr.

Cumi dan Ciki said...

Tahniah Kepada Shuib Setiawangsa, ditengah-tengah kekalutan UMNO, beliau dengan beraninya cuba menyatupadukan kembali saf-saf UMNO di Setiawangsa melalui program-program....

Setakat ini program-program yang dijalankan mendapat sambutan dari Ketua Cawangan, Wanita, Pemuda Dan Puteri....

Kepada Shuib, teruskan perjuangan dan jangan dihiraukan suara-suara sumbang yang tak pernah senang tengok orang senang...

Anonymous said...

Bukan semua ketua cawangan,ketua pemuda, ketua pu3 dan ketua wanita yang bersekongkol dengan Shuib...jika ada pertandingan jawatan, saya rasa shuib kecundang sekali lagi, malah lebih teruk!

Anonymous said...

Salam.

Minggu cuti ke ?

Pelayar Bloggers mana boleh cuti .
Nanti banyak yang tertinggal dalam subjek politik Tanah Air .

Terima kasih .

Anonymous said...

tak ada cerita baru ke che rahman..