YB Dr. Lo' Lo' Bt. Dato' Mohd. Ghazali, Ahli Parlimen Titiwangsa (P.119) telah kembali ke rahmatullah kira-kira jam 10.15 malam bersamaan 17 Julai 2011, di Hospital Selayang. Allahyarham Dr. Lo' Lo', 53 tahun lahir pada 2 Ogos 1957 merupakan anak seorang bekas Mufti Negeri Perak telah memenangi kerusi Parlimen Titiwangsa dalam PRU12 yang lalu atas tiket PAS dengan menewaskan calon BN Dato' Aziz Jamaludin dengan majoriti 1,972.
Pemergiannya merupakan satu kehilangan besar kepada Parti PAS kerana Allahyarham Dr. Lo' Lo' merupakan aktivis Dewan Muslimat parti itu yang dianggap sebagai serikandi dan juga sebutir mutiara yang disifatkan oleh Mursyidul Am PAS sebagai seorang mujahidah yang istiqamah memperjuangkan Islam.
Jenazahnya akan disembahyangkan di Masjid Al-Akram, Dato' Keramat (Dalam Kawasan Parlimen Titiwangsa) dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Dato' Keramat kira-kira jam 10.30 pagi, 18 Julai 2011.
Sebagai Wakil Rakyat Allahyarham amat dihormati dan disayangi oleh warga Titiwangsa. Beliau turut memainkan peranan penting dalam perjuangan memartabatkan Kampung Baru sebagai penempatan Melayu di kosmopilitan Kuala Lumpur.
Mengimbas kembali semasa persidangan Dewan Rakyat yang diadakan pada bulan Mac lalu, YB Dr. Lo'Lo' telah menghantar nota kepada Timbalan Speaker Dewan itu, Donald Kiandee supaya beliau diberikan peluang untuk berucap. Menurutnya mungkin kali ini merupakan peluang terakhir untuknya berucap di Dewan Rakyat kerana beliau menyedari dirinya dalam keadaan yang kurang sihat.
Allah Taala lebih menyayanginya, maka pemergiannya hendaklah diredhakan. Kita mendoakan semoga jasa dan khidmat bakti selama Allahyarham menjadi Wakil Rakyat Titiwangsa dapat dimanfaatkan oleh penduduk di kawasan yang diwakilinya, seterusnya kita mendoakan agar rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang yang solehah dan beriman.
Kehilangannya diratapi oleh kalangan yang menjiwai perjuangan murninya. Kematiannya tidak akan menyebabkan berlakunya pilihan raya kecil di kawasan Parlimen itu, kerana ia sudah melewati tempoh sebagaimana yang ditetapkan oleh akta pilihan raya yang tidak memungkinkan pilihan raya kecil diadakan.
Alfatihah.........