assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Wednesday, May 27, 2009

CHIN PENG PEMIMPIN KOMUNIS, BUKANNYA PEJUANG KEMERDEKAAN TULEN


Chin Peng, 82, atau nama sebenarnya Ong Boon Hua, bukanlah seorang pejuang tulen kemerdekaan negara ini. Jika Chin Peng dianggap sebagai pejuang kemerdekaan tentunya dia tidak tergamak untuk melancarkan perjuangan bersenjata sehingga mengorbankan ribuan nyawa perajurit-perajurit yang dianggapnya sebagai 'anjing kerajaan'.

Gerombolan Chin Peng telah melakukan pengkhianatan terhadap keamanan negara ini, malah Chin Peng dan konco-konconya yang bergerak atas nama Parti Komunis Malaya telah melakukan jenayah membunuh, maka dengan angkara itu juga dia sebenarnya tidak layak untuk bergelar sebagai wira kemerdekaan, lagi pun Chin Peng telah berhutang darah dengan ribuan jiwa yang menjadi mangsa keganasan perjuangan komunisme yang tidak berhati perut itu.

Pada tahun 1940, dalam usianya 18 tahun, Chin Peng telah diterima untuk menyertai Parti Komunis Malaya iaitu satu cabang Parti Komunis China di seberang laut. Dia turut menyertai Force 136, satu pasukan bersenjata yang ditubuhkan oleh perisik British bagi menentang Jepun di Tanah Melayu.


British yang agak tertekan dengan kemaraan tentera Jepun pada waktu itu, telah memperkudakan anak kelahiran Kg. Kok, Setiawan ini yang mengetuai MPAJA atau Malayan People Japanese Army, sebuah pasukan gerila bagi menentang pendudukan Jepun ketika itu di bumi Malaya.


Tentera British (Pasukan Special Air Services dan M16) yang diterjunkan di hutan Perak, telah memberi pelbagai senjata, kewangan, latihan dan lain-lain persenjataan bagi memperkuatkan Force 136 dan MPAJA untuk berperang dengan tentera Jepun.


Sebagai mengenang jasanya terhadap perjuangan menentang pendudukan Jepun di Tanah Melayu ini, maka pihak British telah menjemput Chin Peng ke London untuk menerima medal 'Order of the British Empire' kerana sumbangannya yang besar memimpin MPAJA dan Force 136.

Chin Peng merasakan inilah peluang terbaik bagi dirinya untuk
mengkomuniskan Tanah Melayu ini setelah Jepun menyerah kalah. Namun demikian penjajah British mulai sedar dengan pergerakan PKM ini, lalu pihak British mengatur langkah untuk menghapuskannya. Parti Komunis Malaya semakin berani bertindak dengan memperkuatkan lagi pasukan gerilanya bukan sahaja untuk berpertang dengan tentera British malah telah mengancam keselamatan orang awam yang tidak mengikut telunjuknya.

Orang Melayu tidak dapat menerima perjuangan PKM yang jelas begitu militan dengan fahaman Karl Marx dan Leninisme yang menjadi sumber rujukan kepada perjuangan mereka. Chin Peng menyedari betapa perjuangan komunisme agak sukar diterapkan di kalangan orang Melayu pada masa itu, kerana orang Melayu begitu kuat dengan pegangan agama Islam yang dianggap sebagai candu oleh 'Marxisme' (komunisme).

Penolakan orang-orang Melayu terhadap komunisme telah menyulitkan lagi PKM untuk diterima sebagai pejuang kemerdekaan. Orang Melayu tidak boleh menerima Chin Peng yang begitu kuat untuk membawa fahaman komunis di negara ini.

Chin Peng gagal untuk meyakinkan orang Melayu, malah rejim Chin Peng telah melakukan tindakan ganas yang melampaui batas dengan melakukan pencerobohan terhadap anak-anak gadis Melayu, memusnahkan prasarana awam termasuk menyerang balai-balai polis yang menjadi tempat perlindungan orang awam.

Ramai anggota polis dan askar yang telah terbunuh akibat serang hendap yang dilakukan oleh pengganas komunis yang diketuai Chin Peng. Perajurit-perajurit ini dibunuh kerana mereka dikatakan menjadi anjing kepada British yang menjajah negara ini. Tindakan ganas ini telah menyebabkan perjuangan mereka ditolak oleh rakyat akar umbi.

Rakyat pada masa itu bukan menolak aspirasi kemerdekaan, tetapi mereka tidak boleh bersekongkol dengan PKM yang melakukan keganasan yang tidak mententeramkan kehidupan seharian mereka. Bukannya mereka tidak menghargai perjuangan menentang penjajah, tetapi mereka bencikan bajingan-bajingan komunis yang dilihat lebih zalim daripada askar British.

Perjuangan menegakkan kemerdekaan di negara ini dilihat tidak secocok jika bergandingan dengan fahaman Marxisme dan Leninisme yang menjadi ikutan kepada Parti Komunis Malaya. Chin Peng tidak bijak untuk menjiwai hakikat ini, kerana beliau bukanlah seorang yang patriotis yang berjiwa merdeka, sebaliknya Chin Peng lebih cenderung untuk meletakkan '
Tanah Melayu' ini sebagai 'Jalur Komunisme' yang ditolak oleh rakyat.

Oleh yang demikian biarlah CHIN PENG menghabiskan sisa-sisa hidupnya di alam buangan di Bangkok, daripada dia terus dicerca sebagai bajingan komunis yang telah membunuh wira bangsa kita.

9 comments:

peminatmu said...

Syabas sdra Rahman.Sy amat menghormati tulisan anda ini.Anda berusaha mendapatkan bahan yg ramai org dah lupa.Teruskan dan selamat maju jaya

Tari said...

Kalau kamu benar benar Islam kamu akan lebih faham makna sebenar perjuangan.

aku kuasa dua said...

nasib baik ramai org umno membidas habis2an terhadap rakan seperjuangan dari gerakan. Macam itulah bagus...kalau yg tak elok bantah aje cukup2 walaunpun Bn juga.....jgn jadi kat perak tu ..dah tau tak betul nak sokong juga...

PANAS BARAN said...

saya sebagai salah seorang PEMUDA UMNO dari BAHAGIAN SETIAWANGSA MENGUTUK SEKERAS KERASNYA tindakan yg dilakukan oleh pengerusi GERAKAN DR TENG HOCK NAN untuk meminta agar Perdana Menteri DATO SERI NAJIB TUN RAZAK memberi kebenaran supaya bekas ketua Parti Komunis Malaya CHIN PENG masuk semula ke MALAYSIA sebagai rakyat yg SAH. Seelok eloknya agar KERAJAAN MALAYSIA yg MENGHALAU DR TENG HOCK NAN keluar dari Malaysia. Sebagai salah satu dr Parti Komponen BN beliau tidak harus membuat cadangan yang BODOH yg menyentuh sensitiviti rakyat Malaysia. Adalah lebih elok jika pucuk pimpinan meminta agar dia menarik balik cadangan tersebut dan MEMINTA MAAF secara terbuka kepada seluruh rakyat MALAYSIA.

ajym said...

Dah sah cheng peng itu pembunuh...dan patut dihukum bunuh ...jika di bawa pulang ke Malaysia...di syorkan terus di bawa ke penjara dan beri hukuman bunuh terus. Kan itu yg sebetulnya kalau ikut hukum islam... sebab akhirnya org diburu selama ini telah muncul...tua pun tua lah.. janji kesalahan tetap dihukum...

JGN nak sama dgn org british dan org jepun yg datang ke malaysia sekarang kerana mereka sendiri pun tidak kenal keturunan mereka yg mana telah membunuh org malaysia...mereka adalah cucu cicit...dah jauh dah... yg cheng peng ini... dah mmg dia....tak kan itu pun org pkr tak faham...PAS jgn nak ikut aje... hukum tetap hukum... hukum hudud ...pembunuh tetap dibunuh...

Anonymous said...

Salam.

Songkok Tinggi,

Rasanya tiada siapa yang memaafkan Perbutan yang dilakukanya .
Perbuatan Yang dilakukan maaf bukan menjadi ukuran walau pada jenerasi akan datang , jika rakyaat malaysia mengenali sejarah .
Lagi pon Chin Peng bukan rakyaat malaysia lagi .

Chin Peng lagi bahaya dari penyakit H1N1 .

Sokong kerajaan halang Chin Peng .

Terima Kasih .

Gedung Akal said...

Bagaimana sekiranya Chin Peng masuk Islam? Minta dia bertaubat dan sumpah di Masjid Balig. Lepas tu kita hukum penjara dia seumur hayat.
Dia sudah masuk Melayu dan mesti dipotong anunya?
Kalau orang Melayu Islam tak mau terima juga perlu soal balik. Islam jenis apa kamu ini? Melayu apa kamu ini?
Apa kata Jamil Khir agak2nya. ABIM, PKPIM pula takkan nak duk saja pergilah berdakwah kepada Chin Peng. Sekarang!

ajym said...

Gedung akal...

Senang bebeno la kalau gitu... semua org jahat kat penjara tu akan buat gitu la.... kalau taubat sekali pun dan masuk islam sekali pun... hukum tetap hukum...

Anonymous said...

SALAM.

KEPADA KETURUNAN MEREKA YANG TAK KENA SEMBELIH DI ZAMAN PENJAJAHAN KOMUNIS BERSYUKURLAH DAN BERINGAT-INGATLAH KEPADA MANGSA - MANGSA YANG TELAH MENANGGUNG SEKSA .

TERIMA KASIH .