BERITA PANAS DARI AUSTRALIA.....Anak kepada Datuk Seri Panglima Haji Ahmad Said Hamdan (Foto) Ketua Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bernama AHMAD SHAUQI BIN AHMAD SAID yang bekerja sebagai seorang Juruterbang MAS telah ditangkap dan didenda oleh mahkamah Australia kerana kesalahan membawa masuk bahan lucah kanak-kanak bawah umur (child pornography) ke negara Australia.Ahmad Shauqi bin Ahmad Said kelihatan digari di Mahkamah Majistret Adelaide kerana dituduh mengimpot bahan yang dilarang itu.
Menurut sumber-sumber berita yang dipetik daripada beberapa laman web antarabangsa diantaranya 'AdelaideNow' (www.news.com.au/adelaidenow) bertarikh 8 Februari 2009, begitu juga berita ini disensasikan di dalam laman web ABC News.
Pegawai kastam Australia dikatakan telah menahan Shauqi yang berumur 25 tahun di Lapangan Terbang Antarabangsa Adelaide, selepas menemui 3 fail video mengandungi bahan lucah kanak-kanak bawah umur.
Video-video itu bertajuk "Reped (sic) Virgin', "10-Year Old" dan "High School Students."


"Bahan-bahan itu menjijikkan dan sangat tidak boleh diterima - sesiapa yang baik akan menerima kesan buruknya," kata Majistret Simon Smart.
Mr Smart berkata terdapat satu adegan rogol yang memaparkan seorang kanak-kanak perempuan bawah 18 tahun yang dipaksa untuk mengadakan hubungan seks dengan seorang lelaki yang lebih tua usianya.
Sementara itu, Syarikat Penerbangan MAS telah menggantung Ahmad Shauqi nombor kakitangannya 1086993 daripada melakukan penerbangan bagi membolehkan satu siasatan dalaman diambil oleh syarikat penerbangan nasional itu.
Di dalam beberapa kupasan/forum di internet rata-rata memberikan pendapat betapa kehinaan yang telah menimpa Ahmad Said Hamdan sebagai satu "balasan" terhadap sikap Ketua SPRM itu yang telah menjadi bahan kritikan rakyat yang kerana beliau dikatakan terlalu "banyak melakukan kesalahan pilih kasih dan bias" di dalam beberapa tindakannya.
Baru-baru ini Ahmad Said Hamdan telah mengeluarkan kenyataan semberononya yang mengaitkan Tan Sri Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor yang dikatakannya telah disiasat oleh SPRM berhubung dengan satu aduan yang menyebutkan Menteri Besar itu telah menyalahgunakan kuasanya berkaitan dengan penyenggaraan kereta peribadinya dan juga isu pembelian lembu korban yang dilihat ada kes untuk didakwa. Menurutnya kes ini akan dikemukakan kepada Peguam Negara untuk tindakan selanjutnya.
Banyak pihak mempertikaikan cara Ahmad Said bertindak, kerana mereka berpendapat Suruhanjaya (SPRM) hanya perlu menyerahkan hasil siasatannya kepada Jabatan Peguam Negara dan jabatan tersebut yang seharusnya menentukan samada ada kes atau tidak terhadap Khalid Ibrahim. Kalau Ahmad Said boleh membuat kenyataan sedemikian, maka agensi lain seperti Polis juga boleh membuat kenyataan bahawa hasil dari siasatan mereka, contohnya kes bunuh, "sianu dicadangkan didakwa kerana terdapat bukti dia telah membunuh mangsa".

