assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Monday, May 11, 2009

NIZAR MB PERAK YANG SAH...BUKANLAH HADIAH ZAMBRY UNTUK HARI PENUBUHAN UMNO KE-63 TAHUN HARI INI...

Kemelut Negeri Perak yang berpanjangan sejak 6 Februari lalu yang menyaksikan negeri ini mempunyai dua Menteri Besar, kini telah berakhir apabila mahkamah tinggi memutuskan bahawa Dato' Seri Ir. Mohamad Nizar Jamaludin adalah MENTERI BESAR yang sah.

Ini bermakna semua barisan exco kerajaan Pakatan Rakyat di Perak yang dikudetakan oleh UMNO/BN sebelum ini turut TIDAK SAH, sebaliknya kerajaan rampasan Barisan Nasional yang dikepalai oleh Dato' Seri Zambry Abd. Kadir hanya mampu berbulan madu selama 3 bulan sahaja.

Tempoh 3 bulan ini juga memberikan petunjuk bahawa Zambry adalah satu-satunya Menteri Besar di negara ini yang telah mencatat rekod terpendek di persada takhta kerajaan kudetanya. Zambry mungkin terkilan kerana tidak berkesampaian untuk mengkalungkan hadiah kepada UMNO yang sedang merayakan hari penubuhannya yang ke-63 hari ini.

Saya berpendapat keputusan mahkamah tinggi ini boleh membuka jalan untuk menyelesaikan krisis politik Perak. Sekiranya Mohammad Nizar masih mempunyai sokongan yang mencukupi, beliau boleh meneruskan tugasnya sebagai MB Perak.

Akan tetapi, sekiranya beliau tidak mempunyai sokongan yang mencukupi, beliau boleh memohon perkenan Baginda Sultan untuk membubarkan DUN supaya satu pilihan raya baru diadakan. Dengan itu, kita kembalikan mandat kepada rakyat, dan biarlah rakyat yang memutuskan siapakah yang mereka mahu memerintah Perak selepas ini.

Apa pun saya mengucapkan "SELAMAT MENYAMBUT ULANGTAHUN YANG KE-63" kepada UMNO yang merayakannya hari ini (11 Mei 2009). Jangan lupa bahawa parti ini telah banyak menaburkan jasa baktinya kepada negara ini sejak dahulu lagi. Cuma sejak akhir-akhir ini kelihatan UMNO sudah mula dilupakan oleh rakyat terbanyak.


27 comments:

Anonymous said...

1. PR jangan terlalu bergembira dgn keputusan tu, kerja mesti diteruskan
2. PR perlu bermuhasabah diri menilai diri semula. peristiwa ala Sept. 16 perlu ditolak kerana ia membelakang hak rakyat dan bukan cara yang bermaruah
3. penjawat awam perlu sentiasa neutral dan tidak berpihak walaupun mereka berhak menjadi ahli mana2 parti. contoh ketara SUK Perak, SU DUN Perak, dll.
4. PR perlu menjadi kerajaan yang lebih baik, calon YB utk PR perlu ditapis betul2 utk mengelakkan berulang peristiwa di perak
5. Diharapkan Tuanku Sultan Perak akan perkenan bubar DUN. Sekiranya pilihan raya diadakan semula dan mandat diperolehi sesiapa pun selepas ini tidak akan boleh membangkitkan apa-apa peristiwa yang telah berlaku dan keputusan atau suara rakyat yang baru itu hendaklah dihormati.

6. Sekiranya selepas diadakan pilihan raya ini masih ada pihak yang berdegil dan tidak berpuas hati, maka saat itulah pihak berkenaan boleh dianggap tidak bertamadun dan mereka menggunakan nafsu bukannya akal dalam berpolitik, tak kiralah PR @ BN.

7. Sama-sama kita berdoa agar kemelut politik di Perak akan berakhir dengan selamat dan jayanya.

MAT SIRAT said...

Salam Buat Semua,

UMNO sudah mula dilupakan, UMNO sudah tidak relevan lagi...

Ungkapan-ungkapan tersebut sering dijaja namun apa pun nama UMNO tetap gah dari dulu, kini dan selamanya.

Bagaikan dirundung malang, kredibiliti UMNO sering tercabar semenjak dua ini kerana wujudnya saingan fahaman dari unsur-unsur lain yang sering menghukum ketidak'istiqamah'an jatidiri mahupun penghayatan perjuangan ahli-ahli UMNO sendiri yang turut berbaur dengan berbagai elemen.

Pada pandangan saya, UMNO perlu memperkuatkan jatidiri pejuang-pejuang tanpa mengira kategori veteran, dewasa mahupun generasi muda. 'Alignment' perjuangan seharus dijanasemula agar segala keharmonian serta kesejahteraan yang dialami selama ini sempat dipulangkan semula kepada generasi akan datang.

Anonymous said...

Salam bro.rahman,

Kami tidak pernah menafikan umno adalah payung bagi orang melayu..tapi itu dahulu..30 tahun lalu.. kini tidak lagi..kenapa bergitu kerana umno kini tidak lagi memperjuangkan bangsa dengan ikhlas tapi memihak kepada mereka yang elit sahaja dalam umno. kami masih susah dan merana sedangkan pemimpin dan kroni mereka makan beralas emas dan permata....

Umno Johor.

Anonymous said...

brother rahman;

sbg rakyat Perak saya tidak bersetuju dengan coretan saudara ini....
macamana saudara kata nizar boleh teruskan sebgai MB sedangkan beliau tidak mendapat majoriti... penulis apa saudara ni....

nizar akan melalui jalan sukar tanpa majoriti ahli dewan...

kemelut d Perak akan berlanjutan

sultan tidak akan mengizinkan pembubaran DUN atas permintaaan minioriti.

kenapa nizar x kemukakan pembububaran DUN apabila dia mempunyai majoriti???


Sekian.

MARHAIN said...

Hei saudara TAK BERNAMA, May 12, 2009 11.31 am.

Saya merasakan saudara msh x faham maksud keputusan mahkamah smlm. Siapa kata Nizar tidak mndpt majoriti. Sidang DUN mana yg memutuskan Nizar mndpt sokongan minoriti? 3 ADUN BEBAS mesti menyatakan sokongan melalui Sidang DUN. Saya nak tanya adakah sidang DUN utk itu dah dilakukan? Sidang DUN baru2 ini tidak sah krn speakr V Sivakumar tlh menolak semua usul yg dibw olh BN. Saudara harus sdr kedudukan skrg ialah (PR)28-28(BN).

anak ikan said...

itulah masalah nya...jika dia ada majoriti...tak mau bubar dun....jika dah tiada nak bubar kan pulak....

kenapa masa bn tiada majoriti dulu...relek aje.. tak kecoh-kecoh pun....PKR (Parti Kecoh Rakyat)

Anonymous said...

Salam,

Boleh maju ke Perak .Saya lihat kemelut kerajaan akan berpanjangan . Nampaknya Perak boleh dilebelkan sebagai negeri yang menurun pembangunan nya .

Ramailah orang Perak akan berhijrah ke negeri lain . Macam Kelantan .

Terima Kasih.

Anonymous said...

Rahman hashim..... kau ni ada agenda sendiri ker??? semenjak zulhasnan kena buang jd menteri kau punye blog dah x membawa mesej perjuangan utk UMNO tp lebih kpd syok sendiri dan POYO... Brp zulhasnan bg kau upah buat keje ni??? klu kau btl2 hebat dlm blog kau tentu perasan yg setiap blog pembangkang takde satu pun yg cerita buruk ttg parti mereka. Semuanya yg wangi2, mulia, hebat, bagus, walaupun kita tau yg dorang la manusia paling HAPRAK dlm Malaysia ni. Tp kau kononnya nk buat perubahan drastik bersikap terbuka tp org sedar sikap terbuka kau hanya selepas zulhasnan kene buang. WHY???? Aku rasa kau elok lepaskan jawatan kau dlm UMNO dan jd penganalisis politik. Sebab apa yg kau buat skrg ni adalah keje2 yg org2 UMNO tak suke. tp aku rasa klu kau tak letak jawatan pun kau kene langgar kot.... tq.

rahsia said...

mmg biasa dia mcm ini....mula2 dulu dia org kuat umno, lepas 1998 dia org kuat keadilan....lepas itu dia balik semula ke umno.... kini nampak mcm goyang2...kejab umno kejab pkr kejab umno kejab umno kejab pkr kejab umno kejab umno kejab pkr kejab umno kejab umno kejab pkr kejab umno kejab umno kejab pkr kejab umno kejab umno kejab pkr kejab umno kejab umno kejab pkr kejab umno dan sampai la bila2....

Anonymous said...

Salam Saudara Rahman,

Ahli dan Penyokong Tegar UMNO mmg tidak boleh ditegor lagi, jadi mmg buang masa untuk menyedarkannya. Walaubagaimanapun golongan ini dah tak ramai, krisis Perak telah menyedarkan rakyat bhw UMNO mmg gila kuasa, parti komponen BN sendiri meminta DUN dibubarkan bagi menyelesaikannya, kerana makin lama dibiarkan makin kuat sokongan rakyat kpd PR. Apabila sokongan rakyat tanpa mengira kaum terhdp PR makin kukuh tiada harapan lagi untuk BN memenangi pilihanraya akan dtg. Mengimbas kembali komen2 penyokong tegar ni kdg2 rasa mcm bodoh jer..sebab apa yg dikomennnya itu terkena tepat kpd BN semula yg sudah 51 thn memerintah M'sia, kdg2 rasa kasihanpun ada kenapa agaknya mereka sampai jadi begini..

akula said...

kami pun kasihan juga pada penyokong PKR ...kenapalah sampai jadi begini yek... kami bertindak bukan ikut diri sendiri tetapi patuh pada tuhan, pemerintah dan raja...

Jika pertelingkahan berlaku dlm perebutan kuasa...buatlah pilihan mengikut majoriti... dlm quran pun ada sebut kaedah2nya gitu...

bubar dun mmg salah satu cara tetapi tidak semestinya..itulah kata najib...

bergantunglah pada sultan juga nak bubarkan dun atau tidak...bukannya kuasa itu ada kat kami...yg nak kasihan kat kami pasal apa...aku kalau ada kuasa aku bubar kan terus ...bukan setakat perak ..amerika sekali aku bubarkan...pas tu suruh nizar tanding kat amerika je...lagi besar kuasa...tak nak ker...aku pun akan undi sekali...majmuk kata org..kui...kui..kui...

pilihanraya adalah untuk mencari siapa yg majoriti...tak gitu...tetapi kini mmg dah tau siapa yg majoriti...buat apa nak ada pilihan raya lagi...tak payahlah kata biar rakyat yg pilih...pilihan raya yg dulu kan ada ...bukan ke rakyat yg pilih.. rakyat memangkah adalah kerana dua sebab juga ...satu sebab parti yg dia suka ...dan ada juga yg pangkah sebab org itu sendiri...jadi kalau dia kuar parti pun tak heranlah.tetap suka juga...

lagi pun kalau buat pilihanraya...lepas itu ada lagi yg akan kuar parti...aduih.... tak ada kerja lain ker....tak kan nak bubar dun jer kerja nya...bapak segala taukeh pun bangkrap...

sekarang majoriti dah ada...cuma nakkan formaliti dalam sidang dun je yg tak buat lagi...masa dulu..takkan siva nak buat sebab dia dah rau akan kalah...sebab itu lah dia ikut sedap je gantung zamri dan 6 lagi exco tu...kerana bersalah mermpas takhta menteri besar kononnya... bukan zamri yg terhegeh2 ...pilihan aku sultan ...aku sudi jadi MB...ade gitu ker dulu...non ado jawapnya.....so takkan siva tetiba nak gantung zamri disebab kan itu....semua itu sultan yg buat...takut ker nak gantung sultan..entahlah aku pun nyampah tgk dah ...tak faham bahasa agaknya yg nyokong puak2 aljuburi itu...

Anonymous said...

Brother Rahman;

Walau apau pun tafsiran saudara.. kami tetap beranggapan BEKAS BANDUAN GUNA KUASA atau BAPA GERKAN MELOMPAT SEMALAYSIA yg harus bertanggungjawab dlm hal ini... x usahlah dia asyik berkokok saje menyuruh membubarkan DUN.. Apabila ADUN Bota lompat katanya itulah demokrasi...tetapi Apabila keadaan sebaliknya berlaku dia suruh rakyat menentukannya.... terimalah hakikat bahawa wakil rakyat melompat telah dipilih dlm PU k 12.... sama2lah kita tunggu PU13....

Anonymous said...

ini negara demokrasi, so tuan rumah ini berhak menyatakan pendapat dia. Tidak semestinya bila dia tidak sependapat dengan pucuk pimpinan, dia menyokong pembangkang. Ada masa pimpinan perlu di tegur untuk kebaikan. Kalau tak boleh di tegur, maka selayaknya UMNO nanti jadi FAM.

akula said...

kami bukannya tegur man aje.... tegur korang sekali...

Anonymous said...

Sdr Rahman selalu gunakan perkataan kudeta. Tahu ke makna kudeta tu. Kudeta maknanya pengabilalihan kuasa secara paksa melalui kuasa tentera. Tetapi apa yang berlaku di Perak adalah secara peraturan, ada majoriti. Ahli YB menyatakan sokongan kepada BN maka jadilah majoriti ahli dewan bersama BN. Tak ada apa yang peliknya. Kaedah lompat ni dimulakn oleh Sdr Anwar Ibrahim tetapi malangnya dia tak berjaya. Bila orang BN berjaya dia kata tak mengikut etika, dia yang tak ikut aturan boleh.
Sdr Rahman pun nampaknya dah taka ada prinsip hampir macam bro. anwar juga, tengok keadaan.

Anonymous said...

Salam...
Saya berdoa semoga Allah bukakan pintu hati Encik Abdul Rahman Hashim untuk melihat keadilan Islam yang selama ini menjadi asas dalam perjuangan PAS dengan meletakkannya di dalam perlembagaan PAS. PAS mendidik ahlinya melalui kaedah Islam dan mendidik penyokong bukan Islam mengikut kaedah yang diajar dalam Al-Quran dan Sunnah Rasulullah sebagai rujukan utama dalam Islam.
Semoga kita dapat memperbaiki kesilapan selagi hayat kita masih ada di dunia. Kerana di akhirat tiada siapa yang akan membantu dan menasihat kita melainkan amal kita di dunia.

Amirul Izzat said...

Wahai Pengkritik yang xbernama,

Anda semua lagi saya bole labelkan sebagai pengecut anda bukan pejuang. Anda boleh diibarat seperti baling batu sebunyi tangan. Bagi saya anda ni macam dah berak kemudian baut tak tahu je.. En Rahman ini bukan mengutuk dan mengkritik Parti yang menjadi wadah perjuangannya. Tetepi ini merupakan lontaran ideanya yang bernas. Sesiapa yang berjiwa besar, seperti inilah yang kita mahukan. Bukan orang orang seperti anda yang hanya mahukan wangi dan enak sahaja. Kita patut sokong dengan pemikiran orang sedemikian kerana jarang orang orang politik yang dapat mjembedakan yang benar dan yang batil. bagi saya anda yang pengecut ini hanyalah yang menjadi pengampu dan boleh melemahkan Parti yang menjadi wadah perjuangan bangsa melayu. Apa tulisan didalam blog ini merupakan lontaran idea En rahman berdasarkan pengalamannya yang jauh lebih hebat dari pengecut pengecut sekalian. Kita sepatutnya menyokong beliau kerana penulisan beliau merupakan satu cetusan idea yang tersendiri dan neutral sifatnya. masih ada pro dan kontra. Jika Kita bangsa melayu mahu berjaya, kita perlukan orang semacam en Rahman. Bersatulah wahai anak bangsaku,cukuplah bertelagah dengan pelbagai agenda masing2. Bangsa asinglah yang memiliki agenda tersendiri dan kita sepatutnya bedoa kepada Allah supaya menyatukan hati kita dan memberi kita jalan untuk kejayaan.

UNIKL BMI

Amirul Izzat said...

Kemelut politik di perak semakin buruk. Kita sebagi org2 melayu sepatutnya bersatu dan ketepikan agenda masing masing. Kita patut toleh kebelakang melihat penyatuan umat islam dan umat melayu mempertahankan prinsip mereka menentang penjajah. Ingatlah anak bangsaku, tidak kira yang tua mahupun muda bangsa kita dalam kejatuhan penyatuannya. yang tua berebut kuasa, yang muda menjadi korban ditengah jalan. Aku sedih melihat anak bangsaku yang lemah,dungu dan mudah lupa. inilah bahasa yang sesuai utk mengajar anak bangsa aku.meLAYU. aku penat lihat anak bangsa aku berpecah sedangkan bangsa lain tepuk tangan melihat kita yang berdarah hang tuah ni bertikam sesama sendiri.

Untuk bersatu saudara ku,
kembali kepada islam, Bukan PAS, tetapi islam. Umat islam di seluruh dunia berpecah termasuk kita di Malaysia. Kembalilah kepada ajaran Rasulullah. bukan PAS. kita tetapkan hati. hati umat melayu dah gelap dek ketamakan mereka.Kukuhkan kembali ukhwah kita.KALAU KAMU SAYANGKAN AGAMAMU,BANGSAMU,BERSATULAH DAN BERPEGANGLAH PADA TALI ALLAH.

Amirul Izzat Abdul Rahman
Unikl BMI

Anonymous said...

Pandangan yang diberikan bukanlah yang bernas, tetapi banyak membuka pekong di dada. Dalam strategi perangan adalah salah. Ini adalah blog UMNO bukan blog peribadi. atau pengalisis politik. Dia adalah ketua panatia blog UMNO Titiwangsa.
Tiada nama bukan mestinya pengecut dik. Adik belajar baik-baik, sejarah politik mungkin belum tahu sangat.

Anonymous said...

Orang UMNO takleh ditegur. Dia mesti taat membuta tuli walaupun salah. Kalau nak tegur lepas seseorang tu letak jawatan tapi biasa la dalam UMNO siapa yg letak jawatan org berani dan berjiwa besar dan hanya segelintir.

Apa yg pasti dalam UMNO maruah tak dipedulikan janji masyuk!!!.

Kontrak aku dah tak jalan beb. Lama dah nanti duit kat Perak tak masyuk lagi.

Pijot

Amirul Izzat said...

pengkritik yang takbernama,

Saya berfikiran terbuka, bagi saya ini bukanlah sesuatu yang membuka pekung di dada. ini merupakan fakta yang patut kita sebagai orang2 UMNO ubah sikap kita dari jahil kepada yang lebih baik. Kita sepatut memikat rakyat dengan cara berhemah, bukan dengan apa yang diperlakukan kepada pembangkang. Bagi pandangan saya sbg generasi UMNO yang baru, bukan seperti anda yang pengecut yang takut kepada bayang bayang sendiri. UMNO perlu mengikut rentak peredaran zaman. Saya dari pemuda generasi baru bukan mahukan UMNO seperti yang ada pada pengkritik yang pengecut itu. Sebagai pemuda generasi baru kita mahukan sesuatu yang benar supaya kita boleh memperbaiki kelemahan diri. Kritikan itu boleh membina kita... Bukankah para sahabat Rasulullah pernah berkata Pujian itu adalah Racun, Kritikan itu adalah kemajuan.Adakah anda sbg org veteran UMNO tidak pernah fikir? kalu begitu mmg org UMNO ni lemah tak boleh nak fikir apa kelamahan yang ada pada UMNO sepatut kita memperbaiki dengan apa yang diperingatkan kpd kita melalui blog ini. Allah sukakan orang2 yang berfikir..patutlah org UMNO lemah kerana ahlinya malas berfikir.

Amirul Izzat said...

tantang sejarah UMNO, sejarah UMNO merupakan kegemilangan UMNO suatu ketika dulu. Tetapi UMNO kini masih mencatat sejarah tersendiri dengan rakyat menolak bulat bulat UMNO/BN dan kalah pada PRU 12 dan maybe 13 kalau orang2 UMNO tidak mengubah sikap mereka dan masih ada orang2 UMNO seperti pengkritik yang tak bernama.nescaya, UMNO mmg dah lemah.Jadikan sejarah lalu itu sebagai rujukan kepada kita generasi UMNO yang baru memperjuangkan Islam dan bangsa meLAYU kita ini. sy ttap berpegang bahawa kritikan itu membina. Pujian adalah racun.

MirZa said...

kita mahu berperang,ada macam strategi kita bole pakai. kalu kita bertindak dengan cara berhikmah dah tentu kita menang. kalu kita guna cara kotor..kita menipu diri kita sendiri dan tidak boleh terima hakikat yang UMNO ditolak rakyat..pembangkan akan mencari kelemahan kita. soal politik wang,kroni,projek,rasuah,kuku besi itu antara isu yang dibangkitkan pembangkang. pembangkang nampak kelemahan kita.kenapa kita tak mahu memperbaiki kelemahan kita. Tula..org UMNO malas pikir kot.dah terang terang pembangkan bagi clue.

Anonymous said...

Itulah masalahnya orang kita, apabila nampak semacam menyebelahi ke arah Kerajaan dikatakan orang UMNO. Saya tidak pernah jadi ahli mana-mana parti politik. Saya mengikuti semua parti dan sikapnya. Saya lebih kepada memerhati sikap orang Melayu terutamanya yang sedang belajar. Parti hanyalah alat untuk membentuk Kerajaan, bukan sesuatu yang perlu taksub.

Anonymous said...

Kritik bukan bermakna membenci. Memuji pula bukan semuanya terpuji, malah kadang2 dianya lebih busuk daripada kritikan yang membina. Di dalam perhimpunan UMNO sendiri kita melihat bberapa jrucakapya melemparkan kritikan yang pedas2 yang mendapat liputan meluas daripada media tempatan. Apakah kritikan membina yang dilemparkan oleh mereka itu boleh dianggap sebagai pengkhianat? Sebenarnya kritikan kadang2 boleh menginsafkan kita betapa besarnya kesilapan yang mungkin telah kita lakukan selama ini.

HIDUP RAHMAN HASHIM...LOCENGWANGSA.

Abdul Rahman Hashim said...

Salam buat semua sahabat maya locengwangsa...

Saya amat menghargai semua pandangan samada yang bersifat manisan mahupun yang pahit ATAU yang mengena sasaran dan juga yang tidak menepati maksud sebenar isi hati saya.

Pada saya, jika saya dilihat begitu kritis, mengapa pula saya harus mengenepikan setiap pandangan yang telah anda lemparkan terhadap penulisan saya. Saya kira, semua pendapat dan analisa yang mengupas mengenai tulisan saya di dalm blog ini merupakan satu suntikan semangat kepada diri saya supaya lebih berfikiran terbuka.
Saya tentunya akan lebih terdorong untuk melakukan muhasabah diri, terutamanya dalam melontarkan idea-idea yang mahu dikongsi bersama dengan anda semua.
Saya bukanlah penulis yang terlalu matang sehingga perlu menolak dan bersakit hati dengan apa saja komen yang dilemparkan terhadap saya.
Saya lebih konsisten menyatakan kematangan hanya boleh tercapai jika kita lebih bersifat terbuka dan tahu apa yang hendak kita katakan.
Maafkan saya jika kebodohan saya itu meyakiti mana-mana pihak yang lebih matang dari saya. Saya hanya budak yang baru belajar untuk mendewasakan diri. Mudah-mudahan UMNO tidak sebodoh saya, jika semua pandangan saya itu dilihat satu kebodohan.

Terima kasih.

ABDUL RAHMAN HASHIM
Kuching, Sarawak
17 Mei 2009.

MARHAIN said...

Salam,
50 tahun berkuasa tak sedar diri dibuatnya. Slps dinafikan kuasa, teraba-raba mencari....? Belum puas menyalahgunakan kuasa...,belum sempat mengumpul harta..., kini UMNO/BN bagi orang gila. Kesian pulak aku tgk..Aku nak komen skt ttg ulasan penulis May 14, 2009 10.13 pm. Komennya jls menyuruh LOCENGWANGSA menutup kejahatan yg tlh dilakukan UMNO/BN. Saudara ni berpolitik nak bela nasib rakyat terbanyak atau krn GILAKAN KUASA. Baguslah apabila LOCENGWANGSA menulis begitu, ini menggambarkan beliau btl2 memandangkan serius ttg nasib rakyat. Beliau bukan org yg cari makan macam saudara, saudara mmg la KAKI AMPU. Org buat jht pun biarkan je. Org mcm saudaralah sbnrnya HAPRAK. Kpd saudara Rahman, saya mendoakan semoga saudara terus istiqomah dgn apa yg dilakukan skrg. Ini la ujian yg mesti saudara kena tempuh. Pedulikan mrk, bukan mrk yg bg rezeki tp Allah. Teruskan dgn idea dan pndgn yg berani. InsyaAllah, satu hari nnti darjat saudara akan ditinggikan oleh Allah SWT.