assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Sunday, July 3, 2011

KONVENSYEN BN WILAYAH PERSEKUTUAN GESA PERHIMPUNAN HARAM 9 JULAI DIAMBIL TINDAKAN

Oleh Abdul Rahman Hashim

Dewan Manhattan, Hotel Berjaya Times Square, Kuala Lumpur
Venue Konvensyen BN Wilayah Persekutuan

Tan Sri Dato' Muhyiddin Yassin,Pengerusi BN Wilayah Persekutuan

Konvensyen Barisan Nasional Wilayah Persekutuan yang diadakan hari ini (3 Julai 2011) telah meluluskan satu usul tergempar yang dibawa sendiri oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin, Pengerusi BN Wilayah Persekutuan menggesa supaya perhimpunan haram yang hendak diadakan pada 9 Julai depan tidak memperalatkan rakyat akar umbi, seterusnya Tan Sri Muhyiddin meminta pihak polis supaya tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan yang tegas terhadap mereka yang terbabit sehingga boleh menimbulkan kekecuhan yang membawa kepada implikasi buruk terhadap ketenteraman awam di negara ini.

Usul tergempar itu dikemukakan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin pada akhir ucapan penggulungannya di sebelah petang, dan usul tersebut telah diterima sebulat suara oleh 1,380 perwakilan parti-parti komponen BN yang menghadiri konvensyen sehari itu.

Di dalam usul itu juga, Tan Sri Muhyiddin merakamkan kekesalan BN Wilayah Persekutuan kerana BERSIH merupakan sebuah pertubuhan haram cuba bertindak memperdayakan rakyat secara tidak demokratik untuk menggulingkan kerajaan yang telah dipilih rakyat secara demokratik menerusi pilihan raya yang diadakan di negara ini.