Saya sendiri telah menerima berita kematian sahabat saya ini kira-kira jam 2.00 petang daripada Sdra Roslan Rahman, Setiausaha UMNO Cawangan Jalan Air Madu. Saya kemudiannya telah menelefon Dato' Fauzi Zahari, Naib Ketua UMNO Bahagian Setiawangsa, dan beliau telah mengesahkannya.
Waktu itu saya bersama Sdra Rosli Mohammad, Ketua UMNO Cawangan Kelumpuk Bunga Raya berada di Akademi Kriket Melayu Malaysia di Bayuemas Oval, Pandamaran, Kelang kerana menghadiri Persidangan Agung Tahunan 2009 Persatuan Kriket Melayu Malaysia yang dipimpin oleh Yang Amat Berbahagia Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid.
Sesunguhnya pemergian Allahyarham Hamzah bukan sahaja mengejutkan saya, malah seluruh warga Taman Setapak Jaya turut merasakan kehilangannya. Saya yang bergegas ke rumah kediamannya pada petang itu telah melihat ramai pemimpin-pemimpin UMNO yang menjadi rakan seperjuangan Allahyarham ketika hayatnya hadir untuk menziarahi jenazahnya.
Allahyarham yang telah 'pergi ketika dalam tidur' di rumahnya itu telah menghembuskan nafas terakhirnya kira-kira jam 1.00 tengahari telah dibawa segera ke hospital Kuala Lumpur oleh keluarganya untuk mengetahui punca sebenar kematian mengejutnya. Jenazahnya telah di bawa balik ke rumahnya pada jam 6.00 petang, sebelum di bawa ke Masjid Taman Sri Rampai untuk disempurnakan solat jenazah selepas solat maghrib.
Allahyarham Hamzah Kunjoo Marakan di semadikan di sini.
Kemudiannya, jenazah Allahyarham telah dibawa ke Tanah Perkuburan Islam Titiwangsa untuk disemadikan di sana.
Seluruh warga UMNO di Bahagian Seiawangsa mengucapkan TAKZIAH kepada keluarga Allahyarham. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan di tempatkan di kalangan insan yang soleh. ALFATIHAH...!
Allahyarham Hamzah Marakan di sembahyangkan jenazahnya di Masjid
Taman Sri Rampai.


10 comments:
Takziah dan Alfatehah untuk keluarga allahyarham...
Tak nampak muka Shuib pun...Janganlah berdendam kpd seseorang sampai mati.
Salam
Songkok Tinggi
Takziah dan Al- Fatihah .
salam takziah buat allahyarham...
salam.. takziah buat keluarga arwah. tp saya merasa terkejut dan terkilan dgn komen dari org tak bernama yg meragui abd shuib. saudara kena phm ini adalah artikel makluman utk semua bukanlah tpt utk menjatuhkan org. apa yg saya phm abg shuib yg menyebarkan berita kematian arwah. ini juga adalah sesuatu yg baik sebagai seorg kalifah. apa yg ingin saya katakan disini abg shuib tiada didlm kawasan krn telah awal menziarahi arwah pekerjanya. kemudian beliau bergegas ke rumah saudara yg meninggal. setau saya abg shuib takde belajar ilmu HALIMUNAN utk bahagi2 tubuhnya kpd 3. jadi adalah sesuatu yg amat HINA utk menabur fitnah terhadap abg shuib. ingin saya bertanya kepada sedara kenapa saudara tak nak tanya ttg pemimpin yg lain.??? ketua bahagian sendiri tak dtg dan yg lebih teruk saya dimaklumkan yg anak sedara arwah (FAIZAL) takde kat malaysia dan tak balik walaupun beliau mampu berbuat demikian.... nape sedara tak komen ttg individu2 berikut???? so brader jgn la nak buat komen tak tentu hala ok??? bak kata karpal singh KAU PERLU BETAUBAT!!!! tq.
Salam, Takziah dan yang peliknya dalam banyak-banyak pemimpin di Setiawangsa ni, nama Shuib juga naik...nampaknya, penting juga nama "SHUIB" kat Setiawangsa nih...
Songkok Tinggi.
Salam.
Marilah kita Al-Fatihahkan kepada pembuat fitnah , semuga dia berhenti dari sebarang perbuatan yang merugikan . Al-Fatihah.....
Eh..knp nak betengkar pasal hadir atau tak hadir seseorang? Sedekahkan sahaja Alfatihah kepada arwah, bukan ke itu lebih afdal? Setiap org akan mati, apa korang ingat korang tak mati ke?
Songkok Tinggi.
Salam,
Jasa mu dikenang...
Al-Fatihah .
Takziah kepada keluarga Allahyarham,
Alhamdulillah, diharap kita semua jadikan apa yang berlaku ini sebagai peringatan kepada kita, Bahawa Ajal itu tak kenal siapa,masa dan tempat. Izrail tidak perlukan wang sogokan utk menangguhkan kematian kita. Bila bila sahaja kita akan mati. jesteru, kita sebagai hamba sentiasa bertaubat dan mengingati mati agar kita dapat menyediakan bekalan utk akhirat kelak. Cuba anda semua renungkan, adakah bekalan kita ke akhirat kita cukup?@kita masih bergelumang dengan dosa?zina,tatkala isteri menjaga anak2 dirumah kita bersama perempuan lain di hotel?rasuah?arak?fitnah?tepuk dada tanyalah diri anda?semoga Allah S.W.T mengampunkan dosa dosa kita.
Dari Allah kita datang,kepada Allah jua kita kembali.
Teguhkanlah tiang seri agama mu(solat) kerana ia dapat mencegah kemungkaran.
JADIKANLAH INI SEBAGAI PERINGATAN KEPADA YANG HIDUP!!!
Post a Comment