![]() |
| Najib berucap di hadapan peneroka Felda di Jengka, Pahang. |
![]() |
| Peneroka-Peneroka Felda teruja dengan 'Durian Runtuh'. |
Beliau berkata pemberian durian runtuh itu akan dilakukan dalam tiga
fasa iaitu fasa pertama berjumlah RM5,000 untuk ketua keluarga, fasa
kedua sebanyak RM5,000 untuk isteri peneroka dan fasa ketiga RM5,000
kepada generasi kedua Felda. Pada majlis itu juga, Perdana Menteri turut mengumumkan bonus dua bulan setengah gaji kepada petugas dan pegawai Felda.
Jikalau Najib menganggapkan durian runtuh ini boleh menggandakan lagi keyakinan rakyat kepada Barisan Nasional, maka tidak ada sebab lagi untuk beliau menangguhkan pembubaran Dewan Rakyat bagi membolehkan pilihan raya umum ke-13 dapat disegerakan pada bulan Jun ini.
Menangguhkannya lagi dibimbangi semakin berganda isu-isu yang akan dimanipulasi oleh pihak pembangkang untuk menggagalkan impian Perdana Menteri merampas kembali negeri-negeri yang sudah ditawan oleh Pakatan Rakyat pada pilihan raya umum yang lepas.
Begitu juga PRU13 nanti akan menjadi lebih sengit kerana Najib mahu membuktikan bahawa BN berkemampuan untuk meraih kembali majoriti dua pertiga yang telah dinafikan oleh Pakatan Rakyat dalam PRU12 pada 8 Mac 2008.
Sejak pengumuman Najib semalam untuk memberi durian runtuh@RM15,000 kepada 112,635 warga Felda di seluruh negara, ia telah mengundang kepelbagaian tafsiran dan pendapat serta tidak kurang juga persepsi pro dan kontra yang bersandarkan kepada hujah-hujah untuk memikat hati rakyat.
PKR sendiri mendakwa bahawa durian runtuh yang diumumkan oleh Perdana Menteri itu merupakan petunjuk bahawa pilihan raya ke-13 semakin hampir, malah mereka lebih teruja untuk menyatakan Najib semakin gelabah dan tersasar menipu peneroka Felda, kerana jangkaan mereka selepas penyenaraian FELDA Global Ventures (FGV) di dalam Bursa Saham, setiap keluarga peneroka sepatutnya menerima lebih daripada itu, iaitu sekitar RM50,000, dan bukannya RM15,000.
PKR mendakwa penyembunyian fakta pelaburan ini membuktikan
sekali lagi bahawa pentadbiran Barisan Nasional membolot kekayaan sesama
mereka, sedang rakyat diberikan hampas dan imbuhan kecil sahaja.
Menurut sumber yang diperolehi oleh pihak pembangkang, mereka telah meneliti prospektus penyenaraian Felda Global Ventures (FGV) dan mendapati dana yang akan dikutip olehg Felda selepas penyenaraian berjumlah RM5.6 bilion, sementara FGV pula akan mendapat suntikan dana tambahan berjumlah RM4.557 bilion untuk menentukan berapakah nilaian sebenar ganjaran yang sepatutnya
diperolehi oleh peneroka FELDA.
Ini berikutan urusniaga berikut:
1.FELDA akan menjual 59% dari pegangannya sedia ada di dalam FGV (bersamaan 1,208,890,900 saham) kepada pelabur-pelabur baru
2.FGV akan menerbitkan saham baru berjumlah 980,000,000 yang akan dijual kepada pelabur-pelabur baru
3.Harga penyenaraian setiap unit saham adalah RM4.65
4.Dana tambahan yang dikutip oleh FELDA adalah RM4.65 x 1,208,890,900 = RM5.6 bilion
5.Dana tambahan yang dikutip oleh FGV adalah RM4.65 x 980,000,000 = RM4.557 bilion
Jumlah
keluarga peneroka FELDA di seluruh negara adalah 112,635 yang berhak
mendapat keuntungan dari proses penyenaraian ini kerana tanah-tanah
seluas 840,603 ekar yang diusahakan oleh Felda Plantations Sdn Bhd
adalah milik mereka. Tanah ini dipajakkan kepada FGV yang memberi
nilaian besar kepada penyenaraian ini. Tanpa tanah yang diambil oleh
FELDA atas nama peneroka ini, penyenaraian FGV akan gagal.
Berasaskan kajian inilah, mereka berpendapat Dato' Seri Najib Tun Razak harus
berterus terang kepada rakyat bahawa hanya 30% (berjumlah RM15,000
setiap keluarga) dari dana yang dikutip akan diagihkan kepada peneroka.
Jumlah keseluruhan agihan ini adalah RM1.689 bilion.
Bakinya yang
lebih besar (iaitu 70% dari jumlah dana yang dikutip) berjumlah RM3.942
bilion akan disimpan seterusnya mereka mendakwa ia akan digunakan oleh pentadbiran Najib.
Nampaknya 'durian runtuh' ini bakal menjadi isu rakyat. Persoalannya ialah pihak manakah yang bakal menjadi mangsa runtuhan daripada skim durian runtuh Felda ini?



