
Sementara itu seorang lagi muka baru, Mohd. Kama Renzi Abdul Rahman telah dipilih mengetuai Pergerakan Pemuda cawangan ini menggantikan Ahmad Jamil Gazali yang telah melepasi usia Pemuda. Begitu juga dengan Pergerakan Puterinya dimana Sarah Hanis Abdul Rahman (gambar kanan) telah dipilih mengetuai Pergerakan ini bagi menggantikan Arina Mohamed yang tidak menghadirkan diri di dalam persidangan kali ini.
Di dalam perkembangan yang lainnya, Abdul Rahman Hashim telah berjaya mengekalkan kedudukannya dengan menang tanpa bertanding mengetuai semula UMNO Cawangan Bukit Wangsa yang telah disandangnya sejak tahun 1995. Bagi jawatan Timbalan Ketua, Mohamad Haji Ibrahim juga telah dipilih sebulat suara untuk menyandang jawatan ini.
Di dalam perkembangan yang lainnya, Abdul Rahman Hashim telah berjaya mengekalkan kedudukannya dengan menang tanpa bertanding mengetuai semula UMNO Cawangan Bukit Wangsa yang telah disandangnya sejak tahun 1995. Bagi jawatan Timbalan Ketua, Mohamad Haji Ibrahim juga telah dipilih sebulat suara untuk menyandang jawatan ini.

Abdul Rahman Hashim
Persidangan cawangan ini juga telah mencalonkan Dato' Sri Zulhasnan Rafique sebagai Ketua Bahagian Setiawangsa, Shuib Ibrahim sebagai Timbalan Ketua Bahagian dan juga Zainal Tan Sri Mahmud sebagai Naib Ketua Bahagian.
Manakala Raihana, Ghazali Mohamad dan Seri Wani Sabtu masing-masing telah dicalonkan sebagai Ketua Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Setiawangsa.
Norsiah Ketuai Cawangan KLSC...
Norsiah juga dikatakan sedang hebat berkempen untuk menyertai pertandingan merebut jawatan Naib Ketua Wanita Bahagian di musim ini. Beliau yang akan bergandingan dengan Raihana yang akan bertanding jawatan Ketua Wanita Bahagian bakal bersaing dengan Hajah Normah Awang dari cawangan Jalan Air Jernih yang juga menawarkan diri untuk bertanding Naib Ketua Wanita Bahagian.
Di dalam persidangan ini UMNO Cawangan KLSC telah mencalonkan Dato' Sri Zulhasnan Rafique sebagai Ketua Bahagian, Shuib Ibrahim sebagai Timbalan Ketua Bahagian, manakala bagi jawatan Naib Ketua Bahagian pula, nama Dato' Izudin Ishak telah berjaya dicalonkan oleh cawangan ini.
Locengwangsa: Saya (Abdul Rahman Hashim) mengucapkan jutaan terima kasih kepada Cawangan KLSC yang telah mencalonkan saya untuk G7 dan AJK UMNO Bahagian Setiawangsa.
Cawangan Jalan Semarak & Rampai Town
juga calonkan Shuib sebagai
Timbalan Ketua Bahagian
juga calonkan Shuib sebagai
Timbalan Ketua Bahagian
UMNO Cawangan Jalan Semarak yang diketuai oleh Mohd. Rawi Hashim dan UMNO Cawangan Rampai Town yang diketuai Ahmad Yahya Yaakob, telah bersepakat mencalonkan Shuib Ibrahim sebagai Timbalan Ketua UMNO Bahagian Setiawangsa. Kedua-dua cawangan ini telah mengadakan persidangannya masing-masing pada hari Sabtu (16 Ogos), 8.30 malam.
Namun begitu pencalonan bagi jawatan Naib Ketua Bahagian telah menampakkan perbezaan kecenderungan masing-masing. Cawangan Jalan Semarak mencalonkan Dato' Izudin Ishak, manakala Cawangan Rampai Town pula telah mencalonkan Ahmad Yamin Dato' Rahim.
Sementara itu, UMNO Cawangan AU5D Lembah Keramat yang bersidang pada khamis lalu juga telah mencalonkan Shuib sebagai Timbalan Ketua Bahagian dan juga mencalonkan Dato' Izudin Ishak bagi jawatan Naib Ketua Bahagian. Zainal Tan Sri Mahmud yang mempunyai hubungan yang rapat dengan Ketua Cawangan ini, dikatakan hampa untuk mendapatkan pencalonan Naib Ketua Bahagian daripada Muner Nasution (gambar). Difahamkan Muner sebelum ini begitu cenderung untuk mencalonkan Zainal Tan Sri Mahmud bagi jawatan ini.Langit memang tidak sentiasa cerah...oleh kerana mendong mengarak awan yang mengakibatkan hujan lebat, maka janji awal Muner kepada Zainal Tan SriMahmud telah termungkir. Zainal Tan Sri Mahmud mungkin terubat kehampaannya setelah UMNO Cawangan Bukit Wangsa mencalonkan beliau sebagai Naib Ketua Bahagian. Sehingga berita ini ditulis, Zainal Tan Sri Mahmud telah memperolehi tiga pencalonan untuk jawatan Naib Ketua Bahagian, dan beliau dikatakan akan memperolehi kelayakan minggu ini untuk menambahkan lagi dua pencalonan yang dikehendakinya.
(Berita selanjutnya bakal menyusul.....)

