Zainal Tan Sri Mahmud, Ketua UMNO Cawangan Bukit Setiawangsa juga dilihat berminat untuk mempertaruhkan dirinya merebut jawatan Naib Ketua UMNO Bahagian Setiawangsa di musim kali ini. Zainal yang juga Ahli Jawatankuasa Bahagian merupakan orang kepercayaan Dato' Sri Zulhasnan Rafique dan beliau sememangnya penyokong kuat Ketua UMNO Bahagian itu sejak Zulhasnan mula berkecimpung di dalam arena politik di kawasan ini.
Zainal Tan Sri Mahmud, 56 dilihat mampu memberikan cabarannya, kerana beliau dikatakan 'under dog' untuk diukur menjadi pemimpin pelapis Setiawangsa di masa depan. Beliau harus bijak untuk meletakkan dirinya dalam percaturan yang berliku-liku ini. Sokongan dirinya terhadap calon-calon Timbalan Ketua Bahagian juga dikatakan mempengaruhi sokongan ketua-ketua cawangan terhadapnya. Dalam keadaan suka ataupun tak suka, Zainal Tan Sri Mahmud harus menerima realiti bahawa faktor kabilah juga memberi kesan terhadap keupayaannya untuk memenangi jawatan yang dipertandingkan.
Jawatan Naib merupakan jawatan penting yang bakal ditandingi oleh beberapa tokoh lain yang sudah pun mencermin diri masing-masing untuk berentap dengan penyandangnya sekarang iaitu Kapten (B) Rafli jusoh. Diantara tokoh yang sudah pun menampakkan ghairah untuk beradu nasib ialah Dato' Ahmad Fauzi Zahari, Bendahari UMNO Bahagian sekarang termasuk juga Dato' Izudin Ishak, Ketua Pemuda Bahagian yang sudah pun 'akil baligh' di dalam Pemuda.
Selain itu, Hamzah Kamarudin daripada UMNO Cawangan KLSE juga dikatakan sedang mengintai-intai peluang untuk mencelah di dalam perebutan jawatan Naib Ketua Bahagian kali ini. Difahamkan juga calon Naib Ketua Bahagian yang tewas di musim lalu Ahmad Yamin Dato' Rahim juga disebut-sebut akan mempertaruhkan dirinya sekali lagi di musim ini. Beliau difahamkan sedang berkira-kira dengan cawangan-cawangan yang berada di dalam 'Zon Titiwangsa' bagi mendapatkan laluan pencalonannya nanti.
Jika ini terjadi, jawatan nombor tiga UMNO Bahagian ini akan menyaksikan pertandingan sengit diantara enam tokoh yang dikatakan mempunyai pengaruhnya masing-masing. Sementara itu, angin sepoi-sepoi juga sedang bertiup di kalangan pengamal-pengamal politik di Setiawangsa yang menyebutkan Dato' Izudin Ishak sedang giat menjalani 'uji bakat' untuk bertanding di jawatan Timbalan Ketua Bahagian. Dato' Izudin dikatakan dalam keadaan tersepit, kerana Ketua Cawangannya sendiri Kapten (B) Rafli Jusoh yang juga penyandang jawatan naib masih mahu mempertahankan jawatannya kali ini.
Walaupun Dato' Izudin ingin mengelakkan pertarungan merebut jawatan naib ketua bahagian bersama dengan Ketua Cawangannya, lalu beliau berkira-kira pula untuk melonjakkan dirinya bertanding jawatan Timbalan Ketua Bahagian, namun rata-rata berpendapat takkanlah jawatan Timbalan dan Naib harus dimonopoli oleh tokoh dari cawangan yang sama? Kedua-duanya pula datang dari negeri 'Kelate' macamlah Setiawangsa ketandusan pemimpin. Sentimen sedemikian akan menyulitkan lagi laluan Izudin samada nak bertanding jawatan Naib ataupun Timbalan.
Walau apapun semua 48 buah cawangan di Setiawangsa sedang melihat senario kali ini, dan rasanya ketua-ketua cawangan sudah pun ada calon pujaannya. Pada mereka, semua calon yang ingin menawarkan diri mempunyai kelayakan masing-masing yang tidak seharusnya diperlekehkan. Siapa yang 'bijak' mengambil hati, dan agak 'tebal' ingatannya kepada pemimpin-pemimpin cawangan, maka orang itulah yang dikira layak untuk dinobatkan bagi jawatan tertinggi di dalam Bahagian.
Dato' Sri Zulhasnan Rafique, Ketua UMNO Bahagian Setiawangsa walaupun beliau juga ada calon pujaannya, namun beliau tidak akan membenarkan dirinya terbabit di dalam kancah perebutan jawatan-jawatan ini. Beliau yang tidak bermasalah untuk meneruskan menerajui Bahagian ini, dikatakan sedang melihat keupayaan sokongan yang bakal diterima oleh mereka-mereka yang bakal menjadi Timbalan dan Naibnya.