assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Saturday, June 28, 2008

Mukhriz mahu Pemuda bersuara lantang dan jadi kumpulan pendesak


Datuk Mukhriz Tun Mahathir sedang berucap di dalam majlis anjuran Pemuda UMNO Bahagian Cheras, 27 Jun 2008.


Datuk Mukhriz Tun Mahathir begitu lantang mahukan Pemuda UMNO supaya menjadi kumpulan pendesak untuk menentukan nasib masa depan bangsa Melayu terus terbela. Beliau amat kecewa kerana Pemuda UMNO hari ini dilihat sebagai lemah dan tidak berani untuk mendesak pemimpin melakukan perubahan. Beliau menyatakan perkara ini semasa berucap di dalam majlis Taklimat Penerangan Isu-Isu Semasa anjuran Pemuda UMNO Bahagian Cheras pada Jumaat, 27 Jun lalu, di Dewan Utama Pusat Rekreasi Cheras, Kuala Lumpur.

Datuk Mukhriz yang diberikan tepukan gemuruh oleh kira-kira 200 ahli UMNO Bahagian Cheras yang hadir pada malam itu, turut menyatakan bahawa beliau akan tetap dengan pendiriannya untuk lantang bersuara dan menegur pemimpin dari dalam. Sambil menyatakan bahawa ayahandanya Tun Mahathir masih sayangkan UMNO, beliau juga tidak bersetuju dengan pendapat mengatakan menegur pemimpin itu merupakan satu penderhakaan kepada parti.

Tun Mahathir dan ibunya Tun Dr. Siti Hasmah mengambil tindakan keluar daripada UMNO kerana mereka merasakan tindak tanduk pemimpin UMNO yang ada sekarang ini banyak memberikan kerugian kepada bangsa Melayu, dan mereka hanya akan masuk semula di dalam UMNO setelah Pak Lah tidak lagi menjadi Presiden UMNO.

Datuk Mukhriz juga membayangkan sekiranya beliau diberikan peluang mengetuai Pergerakan Pemuda UMNO nanti, beliau akan tetap menyuarakan desakan supaya UMNO dan kerajaan tidak mengenepikan suara hati dan rintihan rakyat akar umbi yang dihimpit dengan tekanan hidup akibat kesan daripada kenaikan harga minyak sekarang ini. Beliau juga bersimpati dengan keluhan rakyat akar umbi, kerana masih terdapat golongan peniaga kecil yang dikatakan sukar mendapat pinjaman daripada pihak bank bagi membiayai perniagan mereka. Golongan ini marahkan kerajaan dan tak mahu sokong UMNO kerana kita dikatakan tidak menyelesaikan masalah mereka.

Rakyat akar umbi juga melihat pemimpin UMNO hidup senang lenang, tetapi nasib rakyat miskin masih tidak terbela. Datuk Mukhriz juga kesal kerana berlakunya banyak sekatan dan birokrasi untuk menjadi ahli UMNO, sedangkan untuk menjadi ahli parti PAS mahupun PKR tidaklah serumit UMNO. Kadang-kadang berlaku juga sekatan terhadap golongan yang dianggap 'elit' daripada menjadi ahli UMNO kerana mereka ini dikatakan boleh mengancam kedudukan mereka di dalam UMNO. Menurut beliau inilah yang menyebabkan UMNO tidak popular di hati anak-anak muda sekarang ini, dan akhirnya mereka mencari alternatif lain untuk menyokong parti lawan.

Beliau juga turut kecewa kerana isu Batu Putih tidak memihak kepada Malaysia, dan beliau merasakan sepatutnya Pemuda UMNO bangkit untuk menyuarakan pendapat terhadap isu kedaulatan negara kita.

Datuk Mukhriz yang juga Ahli Parlimen Jerlun, menyatakan rasa tidak senang hatinya dan hairan kenapa isu kenaikan harga minyak ini dijadikan usul untuk dibentangkan di sidang parlimen baru-baru ini. Menurut beliau, walaupun usul yang dibawa oleh kerajaan ini menang majoriti di parlimen, namun rakyat telah melihat parti pembangkang telah membela nasib mereka. Isu ini juga akan membahayakan UMNO dan kita bimbang rakyat akan menolak UMNO/BN sekali lagi.

Turut hadir di dalam majlis taklimat ini ialah Senator Datuk Wira Syed Ali Alhabshi, Ketua UMNO Bahagian Cheras dan Syed Mehdhar Syed Abdullah, Ketua Pemuda UMNO Bahagian Cheras. Walaupun Datuk Mukhriz tidak mengumumkan kesediannya bertanding merebut jawatan Ketua Pemuda UMNO Malaysia di dalam majlis itu, namun beliau telah dibayangi oleh ahli-ahli Pemuda Bahagian tersebut supaya beliau bertanding dan Bahagian Cheras akan menyokongnya.

Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Cheras juga akan mengundang Dato' Seri Khir Toyo dan Khairy Jamaludin selepas ini untuk memberikan penjelasan dan taklimat mengenai isu-isu semasa. Tahniah buat Tuan Syed Mehdhar Syed Abdullah, Ketua Pemuda UMNO Bahagian Cheras di atas kejayaan mengadakan majlis tersebut. Tahniah juga kepada Ketua UMNO Bahagian ini, Senator Datuk Wira Syed Ali Alhabshi yang begitu bersemangat memberikan sokongan kepada Pemuda UMNO Bahagiannya.

Locengwangsa: Mengapalah Senator Datuk Wira Syed Ali Alhabshi, Ketua UMNO Bahagian Cheras begitu lantang menggesa Datuk Seri Zulhasnan Rafique dilucutkan jawatannya sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan.

5 comments:

Anonymous said...

Datuk Wira Syed Ali Alhabshi minta Datuk Sri Zulhasnan Rafique berhenti jadi Ketua Perhubungan UMNO WP, kerana mahukan beliau bertanggungjawab di atas kekalahan teruk BN di Wilayah Persekutuan dalam PRU12.
Sebenarnya Zulhasnan sendiri telah ditolak oleh pengundi di Setiawangsa, difahamkan beliau tewas 609 undi di tangan calon PKR. Nasib baik beliau mendapat kelebihan undi daripada pengundi pos yang telah memenangkannya.
Oleh itu Zulhasnan jangan besar kepala laa..rakyat di kawasannya sendiri turut menolak BN. Maka sebab itu, Syed Ali Alhabshi mencabarnya supaya meletakkan jawatan.

Anonymous said...

BN semestinya sudah teruk..kepimpinan UMNO di setiawangsa sendiri pun tidak berwibawa.asyik ikut telunjuk si luncai bersama labunya..nati lihatlah...dato' zul pun ter jun ikut si luncai dengan labu labunya...sudah nyata rakyat menolak BN yang kini sudah naik minyak dan naikkan pulak harga minyak.dpd pak lah sampai la ke dato zul ni...apa mau jadi...??

Anonymous said...

Pemuda setiawangsa sendiri pun takda matlamat..macam mana maun berjuang yang depa tau nak dapat projek..rezeki tu ALLAH S.W.T yang bagi bukan UMNO yang bagi apa punya melayu takda pegangan.UMNO patut berjuang untuk membantu rakyat yang sedang sengsara dengan kenaikan harga minyak bukan fikir soal projek..haprak UMNO setiawangsa ni...ketua bahagian lagi la...

Anonymous said...

kenapa Datuk Syed Ali tak mengundi di TTwangsa, petugas BN di peti undi Kg Bahru Selatan, tak nampak pun kelibat beliau.Apa cerita!!!

Patut ler TTwangsa kalah. Tak guna jadi pemimpin. Empty Vessel !!!Letak jer jawatan K Bhg Cheras tu. Sendiri mahu ingat beb!!!

Anonymous said...

APAKAH SYED ALI NI BEGITU RIAK,SOMBONG DAN BIADAP dah pulak tu sebagai ketua umno bahagian tak menunaikan tangungjawab mengundi di Kg Baru Selatan? inilah penkhianat biwak hidup yang tak mengenal diri sendiri...Tahniah dan syabas kepada Datuk Sri Zulhasnan yang mempunyie wawasan membela nasib bangsa kepimpinan berani komited bertangong jawab dan amanah, nasionalis tulin dan pembakar semangat MELAYU BARU yang bersifat GLOKAL,LOKAL dan akal GLOBAL,Yakin dan menghayati FALSAFAH perjuangan UMNO dan berusaha menjadi NASIONALIS alaf BARU menempuh pancaroba arus GLOBALASI yang MENGANAS..