assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Saturday, June 28, 2008

Lagu Warisan - Bumi dipijak milik orang?

Dua buah parti melayu terbesar, dulu mereka sekapal, hari ini bersengketa..

SAMPAI BILA???

Semasa menghadiri majlis taklimat isu-isu semasa anjuran Pemuda UMNO Bahagian Cheras pada 27 Jun lalu, hati saya begitu terhiris dan sayu apabila diminta menyanyikan 'Lagu Warisan' secara beramai-ramai. Lagu ini turut dinyanyikan bersama oleh Datuk Mukhriz Tun Mahathir yang menjadi tetamu kehormat pada malam itu.

Sementara itu, Senator Datuk Wira Syed Ali Alhabshi, Ketua UMNO Bahagian Cheras ketika menyampaikan ucapannya turut menyentuh intipati lirik lagu ini yang banyak memberikan pengajaran dan keinsafan kepada kita semua tentang akibat daripada persengketaan yang tidak bernoktah sehingga akan melenyapkan kuasa kita di bumi sendiri. Elok rasanya kita merenungi bait-bait lagu ini yang begitu sinikal dan mencuit nurani kita yang cintakan agama, bangsa dan negara.:

- LAGU WARISAN -

Anak kecil main api
Terbakar hatinya yang sepi
Airmata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang.

Nenek moyang kaya raya
Tergadai seluruh harta benda
Akibat sengketa sesamalah kita
Cinta lenyap di arus zaman.

Indahnya bumi kita ini
Warisan berkurun lamanya
Hasil mengalir ke tangan yang lain
Pribumi merintih sendiri.

Masa depan sungguh kelam
Kan lenyap peristiwa semalam
Tertutuplah hati terkunci mati
Maruah peribadi dah hilang.

Kini kita cuma tinggal kuasa
Yang akan menentukan bangsa
Bersatulah hati bersama berbakti
Pulih kembali harga diri.

Kita sudah tiada masa
Majulah dengan gagah perkasa
Janganlah terlalai, teruskan usaha
Melayukan gagah di nusantara.

Locengwangsa - Dicadangkan supaya Lagu Warisan ini dapat dinyanyikan beramai-ramai semasa diadakan majlis perasmian persidangan cawangan, Bahagian dan juga di peringkat Perhimpunan Agung UMNO. Mudah-mudahan ianya akan mendatangkan keinsafan sebagai suntikan semangat untuk mengembalikan semula maruah UMNO.

No comments: