assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Wednesday, July 2, 2008

Rahman Hashim TIDAK MUFLIS sejak 2001..

Abdul Rahman Hashim, Ketua UMNO Cawangan Bukit Wangsa (Gambar di sebelah) bukanlah seorang bankrap. Beliau telah dibebaskan daripada 'Perintah Penerimaan dan Penghukuman' tersebut sejak 10 Ogos 2001 lagi oleh pihak Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Oleh itu, mana-mana pihak yang masih mendakwa dirinya sebagai seorang yang disabitkan 'muflis' hendaklah merujuk kepada keterangan ini dan anda bolehlah meneliti isi kandungan surat yang dikeluarkan oleh Jabatan Insolvensi Malaysia bertarikh 13 Februari 2008 yang ditujukan kepada dirinya.

Rujukan boleh juga diperhatikan menerusi maklumat 'Carian Rasmi' yang telah dikeluarkan oleh Jabatan yang sama kepada Rosli Mohammad yang telah membuat pertanyaan mengenai status 'Abdul Rahman Hashim' pada 2 April 2007 lagi.

Persoalan mengenai status kebankrapan Abdul Rahman Hashim ini telah mula berbangkit apabila beliau tidak dibenarkan oleh UMNO Bahagian menghadiri Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Setiawangsa dalam tahun 2005. Serentak dengan arahan tersebut, UMNO Bahagian juga telah menyatakan bahawa kedudukan jawatan Ketua Cawangan Bukit Wangsa yang disandangnya juga terlucut dengan sendirinya.

Namun demikian, Abdul Rahman Hashim telah dibenarkan juga mengambil bahagian di dalam persidangan perwakilan UMNO Bahagian pada tahun berkenaan melalui sepucuk surat yang dikeluarkan oleh Ibu Pejabat UMNO Malaysia sehari sebelum persidangan itu hendak dijalankan, dimana pihak Ibu Pejabat UMNO menyatakan bahawa hasil siasatan dan juga keterangan yang diperolehinya daripada Jabatan Insolvensi Malaysia menunjukkan bahawa Ketua UMNO Cawangan Bukit Wangsa itu bukanlah seorang bankrap; dan UMNO Bahagian Setiawangsa hendaklah menerimanya semula seperti sediakala.

Klik Lampiran di atas untuk melihat dengan jelas.
Surat Jabatan Insolvensi Malaysia
yang mengesahkan Abdul Rahman Hashim bukan bankrap.


Klik Lampiran di bawah untuk melihat dengan jelas.
Maklumat Carian Rasmi terhadap

Abdul Rahman Hashim bukan seorang bankrap




Isu berkenaan tidak behenti di situ sahaja, malah ia dikatakan berbangkit semula pada tahun 2006, apabila Abdul Rahman Hashim telah menerima sekali lagi notis yang dikeluarkan oleh UMNO Bahagian yang sama yang menyatakan bahawa dirinya masih seorang bankrap, maka dengan itu kedudukannya sebagai Ketua Cawangan telah dinyatakan sebagai terlucut sekali lagi.

Surat yang dikeluarkan oleh UMNO Bahagian itu kali ini tidak dilayani oleh Abdul Rahman Hashim, kerana beliau dikatakan amat kesal dan terlalu kecewa setelah mengetahui dirinya bukan lagi seorang bankrap, tetapi UMNO Bahagian dilihat masih tidak boleh menerima kenyataan bahawa dirinya telah dibersihkan daripada kebankrapan sejak tahun 2001 lagi.

Beliau telah mengambil sikap tidak mahu bertelagah lagi dengan pentadbiran UMNO Bahagian Setiawangsa, seterusnya mendiamkan diri dan mengambil langkah untuk membina empayar perniagaannya di Sarawak Bumi Kenyalang. Beliau telah menubuhkan syarikat 'Skuad 69 Management Sdn Bhd' bersama-sama dengan seorang bekas Pegawai Polis yang pernah mengetuai Bahagian Cawangan Khas IPD Sentul.

Sejak itu, beliau sering berulang alik 'Kuala Lumpur/Kuching' untuk menguruskan perniagaannya di Kuching, Sibu dan juga di Miri. Kesibukannya itu telah dapat menghindarkan dirinya dari terjebak dengan isu lapuk yang dibesar-besarkan oleh juragan-juragan UMNO di Setiawangsa. Beliau dikatakan tidak kisah sangat dengan kenyataan yang dibuat oleh UMNO Bahagian yang telah meminggirkan dirinya daripada senarai Ketua Cawangan, sebaliknya UMNO Bahagian telah mengiktiraf pula Timbalan Ketua Cawangan (Ahmad Jamil Gazali) yang dikatakan telah memangku jawatan Ketua Cawangan Bukit Wangsa - sedangkan Jamil Gazali sendiri tetap mengiktiraf Abdul Rahman Hashim sebagai bosnya di dalam UMNO Cawangan Bukit Wangsa.

Jika alasan bankrap yang disabitkan kepada Abdul Rahman Hashim, tentunya Abdul Rahman Hashim tidak layak menjadi Pengarah Syarikat Lily Industries Sdn Bhd bersama-sama dengan Jamil Gazali. Begitu juga, nama beliau akan ditolak oleh SSM untuk menubuhkan Syarikat Skuad 69 Management Sdn Bhd, jika benar beliau seorang yang bankrap. Semua urusan pembentukan syarikat ini berlaku sekitar tahun 2005, 2006 dan 2007 tanpa menghadapi sebarang masalah kebankrapan sebagaimana yang telah dicungkil.

Locengwangsa - Diharapkan penjelasan yang diberikan ini dapat menjernihkan semula tanggapan buruk yang telah mengerohkan hubungan akrap beliau dengan pimpinan UMNO Bahagian Setiawangsa selama ini. Abdullah Mat, Setiausaha UMNO Bahagian Setiawangsa dipersilakan sekali lagi membuat pertanyaan dan rujukan kepada Jabatan yang sama untuk menjernihkan lagi tanggapan buruk itu. Di atas segala kecelaruan teknikal yang dihadapi sebelum ini amatlah saya kesali, dan saya telah nyatakan sendiri dengan pihak Jabatan Insolvensi mengenai dengan kesilapan teknik yang terdapat di dalam sistemnya selama ini. Akhirnya, pihak Jabatan tersebut telah mengeluarkan perakuan dan pengesahan bahawa 'ABDUL RAHMAN HASHIM' telah DIBATALKAN kebankrapannya sejak tahun 2001 lagi.

3 comments:

Anonymous said...

UMNO bahgian patut baca benda ni..ni x main tuduh je..padahal takut dengan kebangkitan dan pengaruh saudara saya ni..ini lah hakikat UMNO dan kaum melayu sendiri yang pantang melihat sauda sendiri maju.cantas saja.itu yang melayu spt UMNO Bhgn setiawangsa buat.ini baru 1 bahagian belum kita check bahagian lain..patut UMNO HQ check benda ni..sy sudah mendaftar sebagai ahli UMNO cawangan Bukit Wangsa.Akan tetapi status keahlian masih belum tahu..ni pun masalah.ezam tu senang2 je dapat keahlian siap ngan kuar tv,ngan karpet merah lagi pak lah wat..apa da jadi ni...Abdullah Bin Mat,patut check benda ni..dan rujuk balik perkara ini.dah terbukti sahih beb! (^^)v -ganbatei gundasai-

Anonymous said...

Lega kami mendengar kabar berita Sdr Rahman telah bebas dari tuduhan bankrap. Saya memang tau sdr bukan seorang yang masih bankrap, tapi kenapa dia orang sakit hati sangat dengan sdr Rahman? Apa pun bersabar lah, jgn cepat give up - sdra ada kebolehan dan berpotensi untuk diketengahkan dalam kancah politik di setiawangsa ini. Saya percaya, Dato Zul tidak tau sangat pasal status sdr itu, dia mungkin mendapat laporan xsahih dpd pemegang-pemegang tombak yang ada di pejabat bahagian itu. Haji Ahmad Hashim memang jaki betul dengan Sdr Rahman. Saya agak dia punye angkara sehingga sdr dikatakan begitu. Dengar kabar dia ada masalah dengan Dato' Zul, betul ke? Orang mcm dia sepatutnya dah lama dihumban jauh-jauh, selalu buat masalah, dan terlalu kuat sangat ampu bodeknya. Eeei...nak muntah dengan gelagatnya itu!!

Anonymous said...

saya b'pndapat dh tiba masa pencacai2 Zulhasnan dihumban ke dlm longkang..dsebabkan mrk, ramai rakyat swangsa sengsara.bkn stakat rakyat shj, pemimpin yang berwibawa mcm ABD RAHMAN HASHIM juga mnjadi mangsa khianat malaun2 nie.Persoalanya smpai bila Zulhasnan nk bela malaun2 ni..utkm pengetahuan semua, malaun2 ni la yg menyebabkan rakyat swangsa kecewa dan berpaling tadah.hrap ABG RAHMAN msuk gelanggang msa pemilihan nnt..sepatutnya pemimpin mcm Abg Rahman ni la yg patut kita ketengahkan untuk memimpin kita rakyat swangsa nie..may ALLAH bless u Abg Rahman