assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Tuesday, July 1, 2008

Anwar kata empat anggota parlimen BN akan sertai Pakatan Rakyat minggu ini.

Anwar dikerumuni wakil-wakil media sebaik saja keluar dari Kudutaan Turki
pada 30 Jun 2008,kira kira jam 6.45 petang

Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa sepatutnya dalam minggu ini saja terdapat 4 orang anggota parlimen BN termasuk dua orang Ahli Parlimen UMNO akan mengumumkan penyertaan mereka di dalam 'Pakatan Rakyat' sekaligus menyaksikan mereka akan meninggalkan BN. Beliau bagaimanapun tidak menamakan keempat-empat anggota parlimen tersebut.

Serentak dengan pengumuman itu juga Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata bahawa beliau dijangka akan mengumumkan penyertaannya di dalam pilihan raya kecil yang bakal berlaku tidak berapa lama lagi. Beliau juga enggan menyatakan kerusi mana yang bakal menyaksikan berlakunya pilihan raya kecil itu. Ketua Umum PKR itu menyatakan demikian di hadapan lebih 50 wakil media yang mengerumuninya sebaik saja beliau muncul keluar daripada kediaman rasmi Duta Turki yang terletak tidak jauh dari bangunan kedutaan tersebut kira-kira jam 6.45 petang kelmarin, 30 Jun 2008, setelah dua hari berada di situ.

Di dalam kenyataan itu juga, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan terima kasih kepada pihak kedutaan Turki di atas layanan yang baik sepanjang beliau diberikan perlindungan sementara di rumah 'Barlas Ozener' di kedutaan itu ekoran daripada kebimbangan terhadap keselamatan dirinya. Anwar juga memberitahu bahawa beliau berpuas hati dengan jaminan yang telah diberikan oleh Menteri Dalam Negeri, Syed Hamid Albar dan juga Menteri Luar, Dr. Rais Yatim, seterusnya beliau akan memberikan kerjasama dengan pihak polis di dalam membantu siasatan kes yang dihadapinya.

Pada 26 Jun lalu, Saiful Bukhari Azlan, 23 yang merupakan pembantu khasnya telah membuat laporan polis menyatakan dirinya telah diliwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim, di sebuah kondominium di Bukit Damansara di sini. Lanjutan daripada laporan polis itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menafikan pembabitan dirinya sebagaimana yang didakwa, seterusnya beliau berkata bahawa laporan tersebut adalah 'rekayasa' dan tidak benar. Beliau turut menyatakan kebimbangan terhadap keselamatan dirinya, kerana beliau merasakan wujudnya konspirasi jahat sebagaimana yang pernah diperlakukan sebelum ini pada tahun 1998.

Anwar juga mendakwa bahawa beliau mempunyai bukti kukuh untuk mengheret IGP Musa Hassan dan AG Ghani Patail yang didakwanya telah memanipulasikan kesnya terdahulu sehingga beliau terheret ke penjara Sungai Buloh selama 6 tahun. Anwar dibebaskan oleh Mahkamah Persekutuan pada tahun 2006 sekaligus membatalkan keputusan Mahkamah sebelum ini yang telah menjatuhkan hukuman penjara di atas kes liwat yang dihadapinya. Setelah 10 tahun berlalu, kali ini Anwar dihadapkan dengan satu lagi kes liwat yang beliau lihat sebagai satu konspirasi ulangtayang untuk membunuh karier politiknya yang dilihat semakin hampir untuk membentuk 'Dinasti Anwar - Pakatan Rakyat' yang akan mewarisi tampuk kuasa di Putrajaya.

Jalan menuju ke Putrajaya sememangnya diimpikan oleh Anwar, kerana Anwar begitu yakin dengan suhu sokongan rakyat sejak akhir-akhir ini terhadap Pakatan Rakyat. Rakyat dilihat begitu cenderung membuat perbandingan karismatik dua pemimpin parti yang mengetuai gagasan masing-masing, iaitu pemimpin BN yang berwajahkan 'Pak Lah' dan pemimpin PR yang berwajahkan 'Anwar'.

Majoriti rakyat hari ini sedang menilai ketokohan kedua-dua pemimpin pilihan mereka. Pak Lah yang dilihat semakin hilang sokongan rakyat dan kini sedang dipersendakan pula dengan gelagat anggota-anggota komponen parti BN yang memalukan dirinya, kini terpaksa berhadapan dengan kekuatan sokongan yang diperkasakan lagi dengan dinamisma yang dimiliki Anwar Ibrahim. Sejak akhir-akhir ini senario politik menyaksikan apa jua sentuhan Pak Lah semakin tidak diyakini rakyat.

Sementara itu, juak-juak hulubalang yang mengelilinginya begitu terdorong untuk menambat hatinya sahaja tanpa melutsinarkan keresahan rakyat akar umbi selama ini, yang dikatakan telah lama membengkak dan kini dihimpit pula dengan pelbagai kesan kenaikan harga minyak yang mendorong kepada kenaikan harga barang keperluan yang lainnya. Isu kenaikan harga minyak petrol ini telah dijadikan bahan perbahasan di Dewan Rakyat pada 23 Jun lalu, dengan menyaksikan hampir semua Ahli Parlimen BN menyokong isu kenaikan harga minyak petrol ini, manakala pihak pembangkang telah membantah dengan sekeras-kerasnya.

Rakyat yang diselubungi keresahan ini bukan sahaja belum hilang kemuramannya, bahkan menjadi lebih marah terhadap kerajaan BN. Di sinilah kelebihan 'advantage' yang diperolehi oleh Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat.

Locengwangsa - Kemunculan kes liwat Anwar yang diperbaharui ini dilihat tidak menjejaskan sokongan rakyat terhadap dirinya. Anwar semakin mendapat simpati rakyat dan isu ini akan menyaksikan suatu gelombang yang bakal merubah lanskap politik tanah air. Sama-samalah kita melihat, dan diharapkan rakyat dapat bertenang dan seharusnya lebih 'advance' untuk memikirkan masa depan negara, dan anak cucu cicit kita di kemudian hari, kelak.

2 comments:

Anonymous said...

Salam,

Anwar ibrahim memang hero melayu..harap harap dia dapt ubah negara yang kucar kacir ni

Anonymous said...

baguih pon ahli BN sertai PR..ahli BN pon dah sedar ngan pimpinan kuku besi pak lah...elok kita rakyat wat reformasi..ubah kerajaan...pak lah,najib KJ xle pakai,dato zul sama xle pakai...