Semuanya berlaku dengan ketentuan dan takdir Illahi jua. Majlis Maulidur Rasul yang diadakan di Madrasah Nurul Iman, di Hulu Langat, Selangor Darul Ehsan pada hari Selasa, 10 Mac tiba-tiba menyaksikan pertemuan dua pemimpin di antara Datuk Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia yang juga Ketua Umum PKR (Foto di atas). Pertemuan yang penuh spekulatif ini berlaku 3 jam sebelum Najib membentangkan 'Bajet Mini RM60 Billion' di Dewan Rakyat.

Pak Lah dan Anwar menjadi tetamu kepada Al-Fadhil Sheikh Mahmud Al-Majzub iaitu seorang tokoh agama yang menjadi pengasas Madrasah Nurul Iman yang lebih dikenali dengan panggilan Tok Ayah. Pak Lah telah tiba di madrasah itu kira-kira jam 12.16 tengah hari, manakala Anwar dan isterinya Wan Azizah pula tiba 30 minit kemudiannya, seterusnya mereka berdua telah dibawa makan semeja bersama-sama dengan Sheikh Mahmud AlMajzub, sebelum mereka mendirikan solat zuhur berjemaah kira-kira jam 1.40 tengahari.
Difahamkan lebih 1,000 orang tetamu yang hadir telah menyaksikan pertemuan yang penuh spekulasi ini dan rata-rata mereka menunjukkan reaksi yang positif kerana mereka mengharapkan pertemuan sempena Maulidur Rasul ini akan menjadi titik tolak ke arah penyatuan dan permuafakatan yang lebih terbuka.
Sudah tentu Sheikh Mahmud Al-Majzub yang mengundang kedua-dua tokoh pemimpin ini datang ke madrasahnya adalah untuk mempertautkan semula diantara mereka berdua yang dilihat sering terjebak dengan perbalahan politik yang pada fikirannya tidak mendatangkan keuntungan kepada umat Islam di negara ini.
Sheikh Mahmud difahamkan telah menjadi 'perantara' pertemuan enam mata itu yang berlangsung selama 20 minit di rumahnya itu. Namun begitu tidak diiketahui apakah intipati perbincangan mereka, walaupun ada juga kemungkinan mereka menyentuh tentang isu-isu semasa terutama berkaitan dengan peralihan kuasa kepada Najib yang akan berlaku di dalam Perhimpunan Agung UMNO pada penghujung Mac ini.

Pertemuan 'Silatuurahim' ini turut dihadiri oleh beberapa orang tokoh ulamak daripada Indonesia, Gambia, India, Pattani dan lain-lain. Turut sama adalah Ketua Sami Budha dari Bangkok, serta bekas Timbalan Perdana Menteri Thailand Prof. Dr. Bhokin. Namun mereka tidak terlibat dengan sesi bersemuka diantara Pak Lah, Anwar dan Sheikh Mahmud AlMajzub.
Setelah satu jam setengah mereka dipertemukan, Pak Lah telah meninggalkan majlis ini pada jam 2.15 petang, manakala Anwar dan isteri pula telah meninggalkan majlis tersebut pada jam 2.50 petang untuk sama-sama menghadiri sesi pembentangan 'Bajet Mini' di Dewan Rakyat oleh Menteri Kewangan yang bakal mengambil alih jawatan Perdana Menteri daripada Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi nanti.
Difahamkan lebih 1,000 orang tetamu yang hadir telah menyaksikan pertemuan yang penuh spekulasi ini dan rata-rata mereka menunjukkan reaksi yang positif kerana mereka mengharapkan pertemuan sempena Maulidur Rasul ini akan menjadi titik tolak ke arah penyatuan dan permuafakatan yang lebih terbuka.Sudah tentu Sheikh Mahmud Al-Majzub yang mengundang kedua-dua tokoh pemimpin ini datang ke madrasahnya adalah untuk mempertautkan semula diantara mereka berdua yang dilihat sering terjebak dengan perbalahan politik yang pada fikirannya tidak mendatangkan keuntungan kepada umat Islam di negara ini.