DATO' SRI ZULHASNAN RAFIQUE
(Calon MT No. 22)
(Calon MT No. 22)
DATUK WIRA SYED ALI ALHABSHEE(Calon MT No. 15)
DATO' MOHD. NORZA ZAKARIA(Calon MT No. 38)
DATUK ASTAMAN ABD. AZIZ(Calon MT No. 39)
Oleh:
Abdul Rahman Hashim
Saya ingin melanjutkan lagi wacana politik semasa yang mungkin tidak menyentuh kehangatan isu 'Perak' yang masih belum ada noktahnya. Begitu juga saya tidak mungkin untuk mengulas isu panas hari ini yang membabitkan ALTANTUYA yang terdapat di beberapa laman blog yang memetik sumber berita daripada 'The French Liberation News paper.' Saya lebih terdorong kali ini untuk menyentuh dan mengupas serba sedikit gelombang persaingan merebut jawatan Ahli Majlis Tertinggi UMNO di dalam Perhimpunan Agung UMNO 2009 (PAU) yang membabitkan calon-calon daripada UMNO Wilayah Persekutuan.
Dalam posting saya bertarikh 24 Februari lalu saya telah membuat ulasan sepintas lalu mengenai empat calon daripada UMNO Wilayah Persekutuan yang telah 'confirm' bertanding jawatan Ahli Majlis Tertinggi UMNO, yang terdiri daripada Pengerusi Perhubungannya sendiri Dato' Sri Zulhasnan Rafique yang juga Menteri Wilayah Persekutuan; yang dituruti oleh Dato' Mohd. Norza Zakaria, Ketua Badan Perhubungan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan yang juga penyandang Ahli Majli Tertinggi, Datuk Wira Syed Ali Habshee, Ketua UMNO Bahagian Cheras dan juga Datuk Astaman Abd. Aziz, Bekas Ahli Parlimen Titiwangsa.
Dato' Sri Zulhasnan Rafique (Calon No. 22) dianggap calon favourite daripada UMNO Wilayah Persekutuan yang dijangka mampu memberikan saingan untuk berada di dalam ranking 25 teratas yang diperlukan bagi jawatan Ahli Majlis Tertinggi UMNO.
Tanpa mengenepikan harapan untuk menang, juga kelihatan berpihak kepada Dato' Norza Zakaria (Calon No. 38) seorang tokoh muda daripada UMNO Bahagian Wangsa Maju yang tidak lagi berada di bawah bumbung Pemuda. Untuk menang, Dato' Norza juga terpaksa menghadapi cabaran getir setelah isunya dikaitkan dengan tindakan SPRM yang telah menahannya kerana dikatakan terbabit dengan gejala politik wang.
Datuk Wira Syed Ali Alhabshee (Calon No. 15) juga bukanlah calang-calang tokoh yang tidak harus diketepikan. Pengasas dan Pengerusi Yayasan Pendidikan Cheras (YPC) ini dilihat begitu berjasa kepada komunitinya di Bahagian Cheras kerana beliau dilihat berjaya merakyatkan UMNO menerusi agenda dan kemitraan pendidikan untuk warganya. Kelantangan dan keberanian beliau mengenengahkan beberapa isu politik mutakhir ini juga dilihat mampu mengkreditkan peluangnya untuk sebaris di dalam Majlis Tertinggi UMNO.
Manakala anakanda Tan Sri Aishah Ghani, Datuk Astaman Abd. Aziz (Calon No. 39) walaupun kini tidak berjawatan di dalam UMNO, namun beliau merasakan dirinya juga berhak untuk menawarkan diri bertanding sekali lagi sebagai Ahli Majlis Tertinggi UMNO, walaupun tertewas di musim yang lalu.
Beliau yang pernah dikenakan tindakan disiplin oleh Lembaga Disiplin UMNO kerana terbabit dengan politik wang ketika bertanding jawatan MT musim lalu, tidak menganggapkan kariernya sudah berakhir. Beliau merasakan dirinya masih berkemampuan untuk menaburkan khidmat bakti kepada agama, bangsa dan negara walaupun tidak memegang jawatan penting di peringkat Bahagian, seperti juga dengan Dato' Norza Zakaria.
Jika boleh biarlah keempat-empat calon daripada WP ini bertanding dalam satu pasukan yang berpanjikan UMNO Wilayah Persekutuan dengan tekad sehati sejiwa, penuh keazaman dan keyakinan untuk menang, dan bukannya bertanding secara solo bagaikan tidak berminat untuk memperolehi sokongan sesama sendiri, jauh sekali untuk melihat rakan seperjuangannya turut memenangi sirkit pertandingan kali ini.
Janganlah kita berbangga dengan sikap individualistik sedemikian rupa, sedangkan keempat-empat calon ini sewajarnya digandingkan sebagai mewakili Wilayah Persekutuan dan berhak memperolehi sokongan dan juga undi secara 'enblock'. Persoalannya apakah Dato' Sri Zulhasnan, Syed Ali Alhabshee, Dato' Norza Zakaria dan Datuk Astaman Abd. Aziz masing-masing mampu memperolehi sejumlah undi enblock daripada negeri yang diwakilinya? Jika ini tidak mampu diyakini, kita bimbang kecelaruan sesama sendiri ini akan mengakibatkan yang dikendung kesemuanya keciciran.
Pada saya, jika kita merasakan wajar memberikan kemenangan kepada setiap Menteri Besar ataupun Ketua Menteri yang mengetuai Badan Perhubungan Negeri masing-masing, maka wajar jugalah kita menentukan kejayaan Pengerusi Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan yang kini mengetuai (Menteri) Kementerian Wilayah Persekutuan sebagai keutamaan untuk diangkat memenangi pertandingan Ahli Majlis Tertinggi ini.
Biarlah kemenangan itu mencerminkan solidariti yang berjaya ditampilkan oleh perwakilan daripada13 Bahagian di Wilayah Persekutuan. Janganlah dibiarkan sindrom perpecahan yang menjadi desas desus di kalangan pemimpin-pemimpin UMNO di Wilayah Persekutuan ini dijadikan alasan kukuh oleh perwakilan negeri-negeri lain untuk menolak kesemua calon-calon daripada Wilayah Persekutuan.

Mereka pernah mengetuai UMNO Wilayah Persekutuan
Jika itu yang terjadi, saya lebih yakin selepas Perhimpunan Agung UMNO ini nanti tidak seorang pun daripada 13 Ketua UMNO Bahagian di Wilayah Persekutuan ini yang layak untuk diangkat menjadi Pengerusi Perhubungan. Akhirnya pertikaman sesama sendiri yang melanda UMNO Wilayah Persekutuan akan memaksa pucuk pimpinan meletakkan 'orang luar' untuk memimpin UMNO Wilayah Persekutuan. Siapakah orang luar yang dikatakan bakal menerajui UMNO WP? Tentunya di kalangan calon Timbalan Presiden ataupun calon Naib Presiden yang menang.
Keadaan sedemikian rupa bukanlah satu perkara yang pelik yang tidak pernah berlaku di WP ini. UMNO WP pernah diterajui oleh orang luar seperti Tun Ghafar Baba, Muhammad Muhd. Taib malah ianya juga pernah diterajui oleh Tun Hussein Onn sendiri.
Jika meletakkan salah seorang daripada 13 Ketua UMNO Bahagian untuk menjadi Pengerusi Badan Perhubungan UMNO WP, yang pastinya ialah akan ada pihak yang tidak berpuas hati dimana mereka ini pula (berkomplot) yang akan mensabotaj pemimpin baru itu sebagaimana yang pernah dilakukan terhadap pemimpin sebelumnya.
Inilah dia budaya yang sering berlaku di dalam UMNO WP, bukan sahaja terhadap Zulhasnan Rafique, malah pernah juga berlaku terhadap Drs. Suleiman Mohamed termasuk Tengku Adnan Mansor yang pernah menjadi Pengerusi Badan Perhubungan UMNO WP sebelum ini.
Kadang-kadang pertelingkahan yang berlaku itu tercetus akibat sindrom tidak puas hati di kalangan pemimpin tertentu yang tidak dilantik ke jawatan tertentu. Keangkuhan yang mengatasi kerelaan telah menjebakkan pemimpin tertentu memandang rendah terhadap pemimpin yang telah mengambil alih, sehingga mendorong kepada suatu bentuk tekanan untuk tidak menyokong pemimpin tertentu ini yang hendak bertanding ke jawatan Ahli MT, malah berlaku juga suatu 'reaksi memulau' yang tidak mencerminkan kematangan pemmpjn-pemimpin UMNO di WP.
Ada yang merasakan lebih bijaksana jika kita tidak menyokong pemimpin yang tidak disukai oleh pihak tertentu. Mereka langsung tidak terfikir untuk menjadi lebih bijaksana dengan menguatkan lagi barisan kepimpinan yang ada. Mereka terleka dengan keangkuhan yang melilit mentaliti sehingga tidak peka bahawa UMNO Wilayah Persekutuan perlu diperkasakan.
Oleh yang demikian, tidak wajarlah sekiranya terdapat tohmahan yang memandang rendah terhadap tindakan Datuk Kamaruddin Ambok (Foto) Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO WP, Datuk Redzuan Hamid (Foto), Setiausaha Badan Perhubungan UMNO WP dan Datuk Seri Dr. Suleiman Mohamed, Ketua UMNO Bahagian Titiwangsa yang dilihat begitu kuat bekerja untuk kemenangan Ketuanya, Dato' Seri Zulhasnan Rafique yang bertanding jawatan Ahli Majlis Tertinggi UMNO.
Dr. Suleiman Mohamed juga pernah bertanding Ahli MT, dimana beliau juga merasakan wajar dirinya diberikan sokongan oleh semua perwakilan Wilayah Persekutuan. Dr. Suleiman menang kerana sebahagian besar pemimpin dan perwakilan daripada UMNO WP telah menunjukkan permuafakatan untuk menangkan ketuanya. Hari ini Dr. Suleiman telah mengambil tindakan yang betul untuk mempastikan Ketuanya di WP pula menang di dalam pertandingan merebut 25 kerusi Ahli MT.
Bukanlah yang lain-lain itu tidak menyokong Dato' Sri Zulhasnan, tetapi saya sekadar mengulas andaian buruk yang dilemparkan oleh sesetengah pihak yang tidak berminat melihat Zulhasnan menang kali ini. Di dalam blog 'budak Kuala Lumpur2' juga kelihatan komen-komen yang tidak menjurus kepada sokongan terhadap Zulhasnan, malah ada yang berhujah dengan menyenaraikan sifat-sifat buruk Zulhasnan, seolah-olah sifat buruk itu hanya ada pada Zulhasnan sahaja dan tidak ada kepada yang lainnya.
Begitu juga, saya melihat ada juga yang berminat untuk memperkatakan yang buruk terhadap kewibawaan Syed Ali Alhabshee sehingga sanggup merendah-rendahkan personalitinya yang juga bertujuan untuk menggagalkan dirinya seperti yang dilakukan terhadap Zulhasnan Rafique.
Sayang seribu kali sayang, mengapa ini harus terjadi kepada tokoh-tokoh UMNO Wilayah Persekutuan? Gejala seumpana inilah yang dibenci oleh akar umbi sehingga mereka menolak UMNO dan BN di dalam PRU12 yang lalu. Waspadalah dengan PRU13...!
Dalam posting saya bertarikh 24 Februari lalu saya telah membuat ulasan sepintas lalu mengenai empat calon daripada UMNO Wilayah Persekutuan yang telah 'confirm' bertanding jawatan Ahli Majlis Tertinggi UMNO, yang terdiri daripada Pengerusi Perhubungannya sendiri Dato' Sri Zulhasnan Rafique yang juga Menteri Wilayah Persekutuan; yang dituruti oleh Dato' Mohd. Norza Zakaria, Ketua Badan Perhubungan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan yang juga penyandang Ahli Majli Tertinggi, Datuk Wira Syed Ali Habshee, Ketua UMNO Bahagian Cheras dan juga Datuk Astaman Abd. Aziz, Bekas Ahli Parlimen Titiwangsa.
Dato' Sri Zulhasnan Rafique (Calon No. 22) dianggap calon favourite daripada UMNO Wilayah Persekutuan yang dijangka mampu memberikan saingan untuk berada di dalam ranking 25 teratas yang diperlukan bagi jawatan Ahli Majlis Tertinggi UMNO.
Tanpa mengenepikan harapan untuk menang, juga kelihatan berpihak kepada Dato' Norza Zakaria (Calon No. 38) seorang tokoh muda daripada UMNO Bahagian Wangsa Maju yang tidak lagi berada di bawah bumbung Pemuda. Untuk menang, Dato' Norza juga terpaksa menghadapi cabaran getir setelah isunya dikaitkan dengan tindakan SPRM yang telah menahannya kerana dikatakan terbabit dengan gejala politik wang.
Datuk Wira Syed Ali Alhabshee (Calon No. 15) juga bukanlah calang-calang tokoh yang tidak harus diketepikan. Pengasas dan Pengerusi Yayasan Pendidikan Cheras (YPC) ini dilihat begitu berjasa kepada komunitinya di Bahagian Cheras kerana beliau dilihat berjaya merakyatkan UMNO menerusi agenda dan kemitraan pendidikan untuk warganya. Kelantangan dan keberanian beliau mengenengahkan beberapa isu politik mutakhir ini juga dilihat mampu mengkreditkan peluangnya untuk sebaris di dalam Majlis Tertinggi UMNO.
Manakala anakanda Tan Sri Aishah Ghani, Datuk Astaman Abd. Aziz (Calon No. 39) walaupun kini tidak berjawatan di dalam UMNO, namun beliau merasakan dirinya juga berhak untuk menawarkan diri bertanding sekali lagi sebagai Ahli Majlis Tertinggi UMNO, walaupun tertewas di musim yang lalu.
Beliau yang pernah dikenakan tindakan disiplin oleh Lembaga Disiplin UMNO kerana terbabit dengan politik wang ketika bertanding jawatan MT musim lalu, tidak menganggapkan kariernya sudah berakhir. Beliau merasakan dirinya masih berkemampuan untuk menaburkan khidmat bakti kepada agama, bangsa dan negara walaupun tidak memegang jawatan penting di peringkat Bahagian, seperti juga dengan Dato' Norza Zakaria.
Jika boleh biarlah keempat-empat calon daripada WP ini bertanding dalam satu pasukan yang berpanjikan UMNO Wilayah Persekutuan dengan tekad sehati sejiwa, penuh keazaman dan keyakinan untuk menang, dan bukannya bertanding secara solo bagaikan tidak berminat untuk memperolehi sokongan sesama sendiri, jauh sekali untuk melihat rakan seperjuangannya turut memenangi sirkit pertandingan kali ini.
Janganlah kita berbangga dengan sikap individualistik sedemikian rupa, sedangkan keempat-empat calon ini sewajarnya digandingkan sebagai mewakili Wilayah Persekutuan dan berhak memperolehi sokongan dan juga undi secara 'enblock'. Persoalannya apakah Dato' Sri Zulhasnan, Syed Ali Alhabshee, Dato' Norza Zakaria dan Datuk Astaman Abd. Aziz masing-masing mampu memperolehi sejumlah undi enblock daripada negeri yang diwakilinya? Jika ini tidak mampu diyakini, kita bimbang kecelaruan sesama sendiri ini akan mengakibatkan yang dikendung kesemuanya keciciran.
Pada saya, jika kita merasakan wajar memberikan kemenangan kepada setiap Menteri Besar ataupun Ketua Menteri yang mengetuai Badan Perhubungan Negeri masing-masing, maka wajar jugalah kita menentukan kejayaan Pengerusi Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan yang kini mengetuai (Menteri) Kementerian Wilayah Persekutuan sebagai keutamaan untuk diangkat memenangi pertandingan Ahli Majlis Tertinggi ini.
Biarlah kemenangan itu mencerminkan solidariti yang berjaya ditampilkan oleh perwakilan daripada13 Bahagian di Wilayah Persekutuan. Janganlah dibiarkan sindrom perpecahan yang menjadi desas desus di kalangan pemimpin-pemimpin UMNO di Wilayah Persekutuan ini dijadikan alasan kukuh oleh perwakilan negeri-negeri lain untuk menolak kesemua calon-calon daripada Wilayah Persekutuan.

Mereka pernah mengetuai UMNO Wilayah Persekutuan
Jika itu yang terjadi, saya lebih yakin selepas Perhimpunan Agung UMNO ini nanti tidak seorang pun daripada 13 Ketua UMNO Bahagian di Wilayah Persekutuan ini yang layak untuk diangkat menjadi Pengerusi Perhubungan. Akhirnya pertikaman sesama sendiri yang melanda UMNO Wilayah Persekutuan akan memaksa pucuk pimpinan meletakkan 'orang luar' untuk memimpin UMNO Wilayah Persekutuan. Siapakah orang luar yang dikatakan bakal menerajui UMNO WP? Tentunya di kalangan calon Timbalan Presiden ataupun calon Naib Presiden yang menang.
Keadaan sedemikian rupa bukanlah satu perkara yang pelik yang tidak pernah berlaku di WP ini. UMNO WP pernah diterajui oleh orang luar seperti Tun Ghafar Baba, Muhammad Muhd. Taib malah ianya juga pernah diterajui oleh Tun Hussein Onn sendiri.
Jika meletakkan salah seorang daripada 13 Ketua UMNO Bahagian untuk menjadi Pengerusi Badan Perhubungan UMNO WP, yang pastinya ialah akan ada pihak yang tidak berpuas hati dimana mereka ini pula (berkomplot) yang akan mensabotaj pemimpin baru itu sebagaimana yang pernah dilakukan terhadap pemimpin sebelumnya.
Inilah dia budaya yang sering berlaku di dalam UMNO WP, bukan sahaja terhadap Zulhasnan Rafique, malah pernah juga berlaku terhadap Drs. Suleiman Mohamed termasuk Tengku Adnan Mansor yang pernah menjadi Pengerusi Badan Perhubungan UMNO WP sebelum ini.
Kadang-kadang pertelingkahan yang berlaku itu tercetus akibat sindrom tidak puas hati di kalangan pemimpin tertentu yang tidak dilantik ke jawatan tertentu. Keangkuhan yang mengatasi kerelaan telah menjebakkan pemimpin tertentu memandang rendah terhadap pemimpin yang telah mengambil alih, sehingga mendorong kepada suatu bentuk tekanan untuk tidak menyokong pemimpin tertentu ini yang hendak bertanding ke jawatan Ahli MT, malah berlaku juga suatu 'reaksi memulau' yang tidak mencerminkan kematangan pemmpjn-pemimpin UMNO di WP.
Ada yang merasakan lebih bijaksana jika kita tidak menyokong pemimpin yang tidak disukai oleh pihak tertentu. Mereka langsung tidak terfikir untuk menjadi lebih bijaksana dengan menguatkan lagi barisan kepimpinan yang ada. Mereka terleka dengan keangkuhan yang melilit mentaliti sehingga tidak peka bahawa UMNO Wilayah Persekutuan perlu diperkasakan.
Oleh yang demikian, tidak wajarlah sekiranya terdapat tohmahan yang memandang rendah terhadap tindakan Datuk Kamaruddin Ambok (Foto) Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO WP, Datuk Redzuan Hamid (Foto), Setiausaha Badan Perhubungan UMNO WP dan Datuk Seri Dr. Suleiman Mohamed, Ketua UMNO Bahagian Titiwangsa yang dilihat begitu kuat bekerja untuk kemenangan Ketuanya, Dato' Seri Zulhasnan Rafique yang bertanding jawatan Ahli Majlis Tertinggi UMNO.Dr. Suleiman Mohamed juga pernah bertanding Ahli MT, dimana beliau juga merasakan wajar dirinya diberikan sokongan oleh semua perwakilan Wilayah Persekutuan. Dr. Suleiman menang kerana sebahagian besar pemimpin dan perwakilan daripada UMNO WP telah menunjukkan permuafakatan untuk menangkan ketuanya. Hari ini Dr. Suleiman telah mengambil tindakan yang betul untuk mempastikan Ketuanya di WP pula menang di dalam pertandingan merebut 25 kerusi Ahli MT.
Bukanlah yang lain-lain itu tidak menyokong Dato' Sri Zulhasnan, tetapi saya sekadar mengulas andaian buruk yang dilemparkan oleh sesetengah pihak yang tidak berminat melihat Zulhasnan menang kali ini. Di dalam blog 'budak Kuala Lumpur2' juga kelihatan komen-komen yang tidak menjurus kepada sokongan terhadap Zulhasnan, malah ada yang berhujah dengan menyenaraikan sifat-sifat buruk Zulhasnan, seolah-olah sifat buruk itu hanya ada pada Zulhasnan sahaja dan tidak ada kepada yang lainnya.
Begitu juga, saya melihat ada juga yang berminat untuk memperkatakan yang buruk terhadap kewibawaan Syed Ali Alhabshee sehingga sanggup merendah-rendahkan personalitinya yang juga bertujuan untuk menggagalkan dirinya seperti yang dilakukan terhadap Zulhasnan Rafique.
Sayang seribu kali sayang, mengapa ini harus terjadi kepada tokoh-tokoh UMNO Wilayah Persekutuan? Gejala seumpana inilah yang dibenci oleh akar umbi sehingga mereka menolak UMNO dan BN di dalam PRU12 yang lalu. Waspadalah dengan PRU13...!

22 comments:
Tahniah buat blogers UMNO/BN,
Anda bakal dapat PM yang paling bersih dan suci dari kes pembunuhan dan rasuah...tak lama lagi anda semua nak berhimpun di pwtc...
ok "SELAMAT BERHIMPUN GEROMBOLAN PERASUAH MELAYU PADA 24 MACA INI"
HUA..HUA..HUA...
ya...bro.
Tuan-tuan tengok dan pandanglah muka pemimpin-pemimpin UMNO yang nak bertanding .benarkah mereka itu berjuang untuk orang melayu atau untuk kroni mereka sahaja,tuan2 yakin mereka bebas dari gejal rasuah....
Tuan2 kena pilih orang macam bro. rahman bukan kerana dia suka kritik umno jadi say puji dia tapi apa yang telah di utarakan beliau adalah benar,tuan2 kena ubah tukar pemimpin jangan pilih yang macm najib mampus kita semua nanti dia sebenarnya tak pandai urus negara. Kuli yang patut jadi PM. yang macam bro.rahman ikhlas berjuang untuk melayu dan rakyat orang macm ini ada bebelas orang aje dalm umno.
kalau tak nak tak pa...pilihlah najib ,jangan salahkan rakyat hantar UMNO ke mezium Negara.
Kalau siapa pun jadi PM..hidup kau orang macam tu juga ..tak payah sangat nak buat kecoh dan jadi pengkianat bangsa sendiri..kau orang ingat sdr rahman tu baguih sangat ke? Kau orang ni memang jenis melayu yang tak sedar diuntung..
Zaman ni memang ramai melayu yang dah jadi pengkianat bangsa sendiri..mungkin dunia dah nak kiamat..
Tuhan jadikan manusia dgn berbilang agama, bangsa dan budaya. Sepatutnya manusia hidup berbaik sangka, tolong menolong dan bukannya mendiskriminasi diantara kaum yang ada. Kalau kita tanya dengan bangsa cina, tak mungkin dia berkata dia yang nak jadi cina, ini kejadian Tuhan. Kenapa Melayu kuat sangat dengan perkaumannya? Oleh kerana UMNO tiupkan semangat keMelayuan, maka MCA, DAP dan gerakan terpaksa pertahankan pula keCinaannya. Manakala MIC dengan kekelingannya. Inilah bahananya jika kita tak akur dengan kejadian Tuhan, sehingga memandang rendah kpd bangsa lain.
Inilah yang ada pada UMNO!
Saya lebih yakin kemenangan berpihak kpd Datuk Zulhasnan. Dia punyai kelebihan sebagai seorg menteri dan juga ketua perhubungan WP. Daripada Syed Ali lebih baik mereka memilih Pengerusi Perhubungannya. Megenai Norza, kenapa kita harus memilihnya, kerana dia sendiri tidak punyai pengaruh di kawasannya sendiri di Wangsa Maju. Lagipun budak KJ ini jangan diberikan nafas untuk berada dlm MKT. Astaman tidak relevan lagi dlm pemilihan MKT kali ini.
kalau macamtu istiharkan kemenangan Dato Zulhasnan..( yang pandai mengampu saja cakap dato zul tu baguih )
Z ulhasnan
A staman
N orza
A li al-habshi
BERMULA DENGAN ZANA SUDAH PASTI KEEMPAT-EMPATNYA TIDAK LAYAK MENDUDUKI KERUSI MT UMNO KERANA SIKAP DAN PERWATAKAN SEORANG WANITA ADA PADA DIRI MASING2..SYUGIA DIINGATKAN KEPADA PENYOKONG2 Z A N A LUPAKAN HASRAT UNTUK TERUS MEMBUAT ANDAIAN YANG BUKAN2 SERTA MEMPERSENDA CALON2 TERSEBUT.
Knp marah sgt dengan Dato Zul? Bukankah dia yang kita sokong semasa pemlihan bhg yg lps? Jika xmau sokong dia, calonkan saja org lain...Halim...shuib....fauzi...izudin! atau yang kritik itu saje jadi Ketua Bhg, amacam?
yANG SOKONG PUN SEBAB ADA HABUAN KALAU TAK ADA HABUAN KO ORANG SORY LA NAK SOKONG..DAH FAHAM SANGAT PERANGAI KO ORANG KALAU TAK MASUUUK JADI HAMPEH LE KEPALA HOTAK KO ORANG..
bro rahman
calon MT dari cheras tu kaki kencing besor. itu teman boleh konfem, man.
calon MT Wilayah yg boleh menang hanya 1 orang - Datuk Zul.
kalau pemilihan akan datang yang jelas ..halim dah tua..shuib terlalu ganas macam mafia..izudin kaki perempuan..mungkin fauzi yang sepatutnya jadi pilihan utama..LU FIKIRLAH SENDIRI.
rasanya saudara pernah kena kencing dengan syed ali..inipun satu gejala bila tak dapat habuan kata syed ali kencing besor..kalau dah dapat habuan puji melangit..ko orang ni manusia ke apa?
Syed Ali kaki kencing..?? Hancingnya bau..jgn pilih dialah!
Sudah pasti saudara pernah kawan rapat dengan syed ali kerana saudara sedia maklum kencingnya yang terlalu HANCING..ataupun pernah kena kencing atas kepala..ini semua salah saudara juga jangan salahkan orang lain..undi penentu syed ali bukan ditangan saudara..syed ali pun memang tak perlukan orang saperti saudara..MANUSIA YANG TAK KENANG BUDI.
Salam...
Yang sebenarnya semua pemimpin UMNO ni sama je perangai dia, sebelum dipilih macam2 janji, bila dah dipilih haram nak jumpa, yang bodoh, orang2 bawah yang buat kerja macam nak mampus kempen sana kempen sini, bila diorang dah menang, projek makan sorang2, barua dapat la yang kecil2....
Kpd Ketua Cawangan dan ahli2 UMNO sepatutnye kena ingat, jangan berpolitik sampai abaikan kerja,betul anda berjuang untuk pemimpin dan parti tp kalau dah berpolitik sampai anak bini tak makan, apa kejadah namanya perjuangan, orang atas selalunya buat tak tahu dalam hal ni...
Mcm pemilihan UMNO Bhg Setiawangsa dulu, masa kempen kalau boleh hari-hari nak jumpa perwakilan, kalau perwakilan tu ada kedai nasi lemak, yg bertanding hari2 makan nasi lemak, lepas menang diorang naik lemak, lupa dah akar umbi....
ahli UMNO dulu dan sekarang jauh beza, ahli UMNO sekarang adalah generasi lepas merdeka & berpelajaran, diorang pun tahu mana yang betul dan mana yang salah, tak payah la pemimpin nak dolak dalih... Dah tau dah !
BERITA SAHIH / RIBENA ADA KANDUNGAN ARAK
LONDON : Pemimpin Islam di Birmingham menggesa diadakan rombakan menyeluruh dalam undang-undang pengguna selepas kemunculan berita menggemparkan bahawa dua minuman ringan kegemaran mengandungi arak.
Birmingham Post semalam melaporkan ramai peniaga membuang stok Ribena dan Lucozade selepas penggun! a mendapati ramuan perisa air minuman itu mengandungi arak meskipun pada paras yang rendah. Peraturan makanan tidak mensyaratkan pengeluar produk itu, Glaxo-SmithKline menyenaraikan arak pada bungkusan minuman itu kerana kandungan arak itu pada! kadar yang rendah.
Bagaimanapun, umat Islam yang diharamkan daripada meminum arak mendakwa semua minuman ringan seharusnya dilabelkan dengan jelas jika ada ramuan yang bercampur arak meskipun amat sedikit. Empat tahun lalu, Walkers, sebuah syarikat makanan, menukar label pada bungkusan kerepeknya selepas akhbar Birmingham Post mendedahkan snek keju dan bawangnya
mengandungi ekstrak lembu tidak sembelih. Kandungan arak dalam Ribena dan Lucozade adalah kurang daripada 0.1 peratus tetapi umat Islam memberitahu Birmingham Post bahawa mereka kecewa selepas mengetahui bahawa mereka sejak sekian lama meminum arak meskipun pada paras yang teramat rendah.
Pengerusi Masjid Jamik Birmingham, Dr Mohammed Naseem menyuarakan rasa terkejutnya kerana undang-undang itu masih membenarkan kandungan dalam makanan atau minuman tidak dinyatakan dengan jelas pada label.. 'Kita amat kecewa kerana sebelum ini umat Islam menganggap minuman ringan seperti Ribena dan Lucozade ini halal tetapi sebaliknya,' katanya.
Pekedai yang juga anggota Persatuan Peniaga Ladypool, Mohammed Zaman Khan berkata penjualan Ribena dan Lucozade jatuh mendadak sejak beberapa minggu lalu dan beliau memastikan produk itu tiada pada rak kedainya.
Jurucakap Glaxo-SmithKline memberi alasan label minuman dan makanan pasti tidak dapat dibaca jika peraturan mensyaratkan semua komponen bagi penyediaan makanan itu dinyatakan. 'Sesetengah bahan perasa mengandungi lebih 50 komponen. Kami amat sensitif dengan keperluan budaya pengguna dan cuba menangani isu itu jika ia dimaklumkan kepada kami,' katanya.
Beliau mengakui minuman tenaga Lucozade berperisa asli, limau, tropika dan sitrus mengandungi paras rendah arak begitu juga deng! an lima perasa yang disediakan untuk Ribena.. - Agensi

bro man, wah wah... bukan main menyalak lagi depa bila blogger 'cheras ori' cuit sikit towkay (tuan) depa calon mt yg datang dari bahagian umno yang mana bn tak kan menang pru dari doluuuu, sekarang dan selama lamanya! towkay hangpa tu memang specie yg tak kenang budi orang weih...
kepada yg berkenaan....jgn terlalu sedap mulut nak bercakap....hingga sanggup hina orang melayu sendiri....apakah keturunan kamu pun kamu nak hina...apakah PKR dan PAS bersih ? Kalau dinamakan politik....itulah musibahnya. Apa yang PKR dan PAS dah buat pada org melayu...adakah demontrasi yang dibuat itu ke jalan Allah. kalau diri sendiri syariat pun tak tegak jgn lah hanya pandai cari salah orang. Dan satu lagi ni janganlah anggap melayu nie kuat perkauman....dan jangan dok mengelirukan orang....orang melayu tidak pernah usik bangsa asing....orang melayu kaya dgn adab dan sopan.....sehingga bangsa asing menghina kita cuba selesaikan dengan cara yg baik...tetapi klu sudah menghina agama Islam dan keterlaluan menghina melayu....terimalah padahnya.....buka sikit minda anda....dan ikuti perkembangan semasa. Jangan la jd melayu yang terlalu tinggi bercakap dan PHD yang cukup kuat. Muhasabah lah diri masing-masing.
kepada yg berkenaan....jgn terlalu sedap mulut nak bercakap....hingga sanggup hina orang melayu sendiri....apakah keturunan kamu pun kamu nak hina...apakah UMNO, Najib dan Mahathir bersih ? Kalau dinamakan politik....itulah musibahnya. Apa yang UMNO dan Najib dah buat pada org melayu.....
Sumber yang shahih mengatakan Abdul Rahman Hashim telah menjadi ahli PKR.
Post a Comment