Semuanya berlaku dengan ketentuan dan takdir Illahi jua. Majlis Maulidur Rasul yang diadakan di Madrasah Nurul Iman, di Hulu Langat, Selangor Darul Ehsan pada hari Selasa, 10 Mac tiba-tiba menyaksikan pertemuan dua pemimpin di antara Datuk Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia yang juga Ketua Umum PKR (Foto di atas). Pertemuan yang penuh spekulatif ini berlaku 3 jam sebelum Najib membentangkan 'Bajet Mini RM60 Billion' di Dewan Rakyat.

Pak Lah dan Anwar menjadi tetamu kepada Al-Fadhil Sheikh Mahmud Al-Majzub iaitu seorang tokoh agama yang menjadi pengasas Madrasah Nurul Iman yang lebih dikenali dengan panggilan Tok Ayah. Pak Lah telah tiba di madrasah itu kira-kira jam 12.16 tengah hari, manakala Anwar dan isterinya Wan Azizah pula tiba 30 minit kemudiannya, seterusnya mereka berdua telah dibawa makan semeja bersama-sama dengan Sheikh Mahmud AlMajzub, sebelum mereka mendirikan solat zuhur berjemaah kira-kira jam 1.40 tengahari.
Difahamkan lebih 1,000 orang tetamu yang hadir telah menyaksikan pertemuan yang penuh spekulasi ini dan rata-rata mereka menunjukkan reaksi yang positif kerana mereka mengharapkan pertemuan sempena Maulidur Rasul ini akan menjadi titik tolak ke arah penyatuan dan permuafakatan yang lebih terbuka.
Sudah tentu Sheikh Mahmud Al-Majzub yang mengundang kedua-dua tokoh pemimpin ini datang ke madrasahnya adalah untuk mempertautkan semula diantara mereka berdua yang dilihat sering terjebak dengan perbalahan politik yang pada fikirannya tidak mendatangkan keuntungan kepada umat Islam di negara ini.
Sheikh Mahmud difahamkan telah menjadi 'perantara' pertemuan enam mata itu yang berlangsung selama 20 minit di rumahnya itu. Namun begitu tidak diiketahui apakah intipati perbincangan mereka, walaupun ada juga kemungkinan mereka menyentuh tentang isu-isu semasa terutama berkaitan dengan peralihan kuasa kepada Najib yang akan berlaku di dalam Perhimpunan Agung UMNO pada penghujung Mac ini.

Pertemuan 'Silatuurahim' ini turut dihadiri oleh beberapa orang tokoh ulamak daripada Indonesia, Gambia, India, Pattani dan lain-lain. Turut sama adalah Ketua Sami Budha dari Bangkok, serta bekas Timbalan Perdana Menteri Thailand Prof. Dr. Bhokin. Namun mereka tidak terlibat dengan sesi bersemuka diantara Pak Lah, Anwar dan Sheikh Mahmud AlMajzub.
Setelah satu jam setengah mereka dipertemukan, Pak Lah telah meninggalkan majlis ini pada jam 2.15 petang, manakala Anwar dan isteri pula telah meninggalkan majlis tersebut pada jam 2.50 petang untuk sama-sama menghadiri sesi pembentangan 'Bajet Mini' di Dewan Rakyat oleh Menteri Kewangan yang bakal mengambil alih jawatan Perdana Menteri daripada Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi nanti.
Difahamkan lebih 1,000 orang tetamu yang hadir telah menyaksikan pertemuan yang penuh spekulasi ini dan rata-rata mereka menunjukkan reaksi yang positif kerana mereka mengharapkan pertemuan sempena Maulidur Rasul ini akan menjadi titik tolak ke arah penyatuan dan permuafakatan yang lebih terbuka.Sudah tentu Sheikh Mahmud Al-Majzub yang mengundang kedua-dua tokoh pemimpin ini datang ke madrasahnya adalah untuk mempertautkan semula diantara mereka berdua yang dilihat sering terjebak dengan perbalahan politik yang pada fikirannya tidak mendatangkan keuntungan kepada umat Islam di negara ini.
Sheikh Mahmud difahamkan telah menjadi 'perantara' pertemuan enam mata itu yang berlangsung selama 20 minit di rumahnya itu. Namun begitu tidak diiketahui apakah intipati perbincangan mereka, walaupun ada juga kemungkinan mereka menyentuh tentang isu-isu semasa terutama berkaitan dengan peralihan kuasa kepada Najib yang akan berlaku di dalam Perhimpunan Agung UMNO pada penghujung Mac ini.

Pertemuan 'Silatuurahim' ini turut dihadiri oleh beberapa orang tokoh ulamak daripada Indonesia, Gambia, India, Pattani dan lain-lain. Turut sama adalah Ketua Sami Budha dari Bangkok, serta bekas Timbalan Perdana Menteri Thailand Prof. Dr. Bhokin. Namun mereka tidak terlibat dengan sesi bersemuka diantara Pak Lah, Anwar dan Sheikh Mahmud AlMajzub.
Setelah satu jam setengah mereka dipertemukan, Pak Lah telah meninggalkan majlis ini pada jam 2.15 petang, manakala Anwar dan isteri pula telah meninggalkan majlis tersebut pada jam 2.50 petang untuk sama-sama menghadiri sesi pembentangan 'Bajet Mini' di Dewan Rakyat oleh Menteri Kewangan yang bakal mengambil alih jawatan Perdana Menteri daripada Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi nanti.


17 comments:
Saya fikir itu adalah satu pertemuan biasa dan secara kebetulan. Ada bloggers yang membuat pelbagai tafsiran. Apa pun, baguslah apabila pemimpin kita menziarahi ulamak dan guru2 agama.
syabas locengwangsa dan sdra Rahman.Teruskan usaha murni ini
Salam .
Perjumpaan yang di beritahu .
Yang tak tahu entah berapa kali .
Kalau ada perjumpaan Presiden Pas,Presiden KeAdilan Dan Presiden Umno Lagi bagus.
Kalau terjadi itu doa dari saya.
Baru lah ada standard Pemimpin kalau boleh duduk bincang .
Kalau tak nak duduk , berdiri pon tak pa .
Bila.... la mereka nak ada standard.
Pertemuan 'Silatuurahim' ini turut dihadiri oleh beberapa orang tokoh ulamak daripada Indonesia, Gambia, India, Pattani dan lain-lain. Turut sama adalah Ketua Sami Budha dari Bangkok, serta bekas Timbalan Perdana Menteri Thailand Prof. Dr. Bhokin.
MACAM PELIK PULAK.... MAJLIS APA NI YEK SAMPAI JEMPUT SAMI PULAK NIE...MUSHKIL PUN ADA... SBB DULU PERNAH TERBACA FATWA DARI BEKAS MUFTI SELANGOR YG TELAH MENINGGAL DUNIA.... ADA MENGATAKAN USTAZ NI PENGAMAL TARIKAT APA TAH ...TAK INGAT LA PULAK.... DAN FATWA ADALAH SALAH SATU AJARAN SESAT.... TAPI TAK TAU LA PULAK.... HARAP KORANG CONFIRMKAN....
salam... saya sangat terharu dan berbangga kerana pemimpin utama orang melayu boleh duduk semeja dan berbincang walaupun bukan berkaitan politik dan juga hal ehwal kerajaan, inilah yang menunjukkan yang pemimpin melayu baik dan sopan santun, saya salute pada DATUK SERI ABDULLAH dan DATUK SERI ANWAR yang sangat ikhlas dalm pertemuan tersebut....
saya harap dimasa akan datang dapatlah semua pemimpin antaranya TUN DR MAHATHIR, DATUK SERI ABDULLAH, DATUK SERI HAJI HADI, DATO NIK AZIZ, DAN JUGA DATUK SERI ANWAR duduk semeja berbincang bersama, saya rasa jika ini berlaku, lebih ramai rakyat sayangkan pemimpin2 kita....
semoga ALLAH buka kan pintu hati mereka untuk bersatu.....
HIDUP MELAYU!!!!!!3X
Dah malas nak baca blog locengwangsa..DAH TAK ADA KUALITI.
locengwangsa memang telah hilang taringnya..blog alam flora.
SAYA SETUJU BENOR..LOCENGWANGSA MACAM ALAM FLORA.
Aman ..Pak lili adalah pengikut setia blog locengwangsa...terus karya .apa pun comment sorg telan jer..itu la namanya pejuang
Pak lili rasa...makin berkualiti blog ni...tp x tahu la ada org kata dah hilang taring...Paklili suka pandangan yg neutral...Macam locengwangsa ni...Paklili bangga
Salam dan selamat sejahtera .
Semoga kita semua diberi rahmat dan terpelihara dan diberkati .
UMNO-PAS-PKR saya lihat tak akan dapat sepenuh nya melainkan yang sedikit itu dapat dibanyakan apabila ada kebijaksaan .
Atau hanya mampu bangga dengan yang sedikit itu .
Kalau yang sedikit itu sudah tentu tidak bijak . Melainkan bangga pada KE- EGO AN kerana melemah kan ..
Sekian.
TAH APA-APA ANONYMOUS KAT ATAS NI ...TAK FAHAMLAH...
Salam saudara rahman,
teruskan usaha anda...biar pedih di hina ahli umno fanatik asalkan tujuan anda ada untuk kebaikan bangsa melayu...
zam KL
SEBAB TU LOCENGWANGSA NI MEMANG DAH TAK ADA KUALITI.
Pak Lah dan Nuar berjumpa dengan Tok Guru pengasas aurad Ismailiah yang telah fatwakan oleh Almarhum bekas Mufti Selangor Dato Ishak Baharom pada tahun 1994 sebagai ajaran sesat dan digazetkan dibawah Enakmen Pentadbiran Islam Negeri Selangor pada 1995. Pak Lah mengaku yang beliau dan Nuar sudah lama mengenali Sheikh Mahmud Al-Majzub atau nama sebenarnya Mahmud bin Abdul Rahman. Kenapa kedua-keduanya pergi berjumpa orang yang telah difatwakan sebagai pengasas ajaran sesat ?
Pertemuan pemimpin PAKATAN RAKYAT dengan Pak Lah di Madrasah Nurul Iman amat membimbangkan kepimpinan UMNO yang semakin rapuh seperti ibarat pokok hampir tumbang... itu kata Abdul Rahman Hashim cucu Yeop Majlis. Tahniah Dato Seri Anwar Ibrahim bakal pemimpin Malaysia kearah masyarakat Madani.
warta dan fatwa dari manusia..
hanya tuhan saja yang tahu.
Kalau orang kata sesat, tp Tuhan kata tidak, kita tak tahu. Oleh itu berawaslah setiap kata-kata.
Abu Said Al Khudri menuturkan bahwa Rasulullah saw bersabda :
Hendaklah kamu banyak berzikir kepada Allah (mengingati Allah), sehingga orang orang mengatakan bahwa kamu telah gila (sesat). (HR Al Hakim dan menilainya sahih, Ahmad,Ibnu Hibban dan Al Baihaqi)
Post a Comment