Perhimpunan Agung UMNO 2009 kini semakin hampir untuk mengesahkan peralihan kuasa yang akan berlaku bukan sahaja di dalam kepimpinan parti UMNO bahkan kita akan sama-sama menyaksikan jawatan Perdana Menteri juga bakal berpindah tangan setelah Perhimpunan Agung UMNO nanti mengisytiharkan Dato' Sri Najib Tun Razak menang tanpa bertanding sebagai 'Presiden UMNO' setelah Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang menyandang jawatan nombor satu sejak tahun 2003 tidak lagi mempertahankan jawatannya kali ini.Terdapat desas desus nakal yang cuba mengaitkan bahawa Pak Lah mungkin masih berminat untuk memanjangkan tempoh perkhidmatannya sebagai Perdana Menteri walaupun tidak menyandang jawatan Presiden UMNO, namun Pak Lah dilihat konsisten dengan janjinya akan menyerahkan kuasa kepada penggantinya dengan mengikut jadual yang telah dipersetujui.
Pak Lah dalam satu kenyataannya di Thailand semalam menegaskan bahawa beliau tetap akur dengan pelan peralihan kuasa yang telah dipersetujui itu dan berkata tidak timbul isu untuk beliau mengingkarinya.
Cuma Pak Lah perlu memberikan penjelasan segera bilakah beliau akan membuat pengumuman untuk meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri bagi membolehkan Presiden UMNO yang baru diperkenankan oleh Yang Dipertuan Agong untuk mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri yang baru.
Adakah Pak Lah akan membuat pengumuman tersebut di dalam Perhimpunan Agung UMNO nanti semasa menyampaikan ucapan di dalam 'Taklimat Presiden' pada 24 Mac ATAU ketika mengadakan mesyuarat MT yang terakhir bagi dirinya pada 25 Mac, ATAU adakah beliau akan membuat pengumuman itu ketika menyampaikan ucapan dasar Presiden pada 26 Mac, dan mungkin juga sesuai untuk beliau membuat pengumuman itu di dalam ucapan penggulungannya di hari terakhir Perhimpunan Agung pada 28 Mac.
Semua kemungkinan ini boleh dipilih oleh Pak Lah, kerana yang jelas ialah Dato' Sri Najib memerlukan mandat ini untuk memimpin gerak kerja pilihan raya kecil di Parlimen Bukit Gantang, DUN Bukit Selambau dan juga DUN Batang Ai di Lubuk Antu, Sarawak.
Ketika itu Dato' Sri Najib merupakan Presiden UMNO yang baru dan secara otomatis juga merupakan Pengerusi Barisan Nasional yang perlu menandatangani watikah calon BN yang bakal bertanding di dalam pilihan raya kecil tersebut. Pak Lah mungkin boleh membuat perakuan lebih awal sebelum menyerahkan jawatanya kepada Najib terhadap bakal-bakal calon BN itu nanti.
Namun begitu Najib juga harus diberikan peluang untuk menandatangani semua watikah calon-calon yang berkenaan atas sifatnya sebagai Presiden UMNO dan juga Pengerusi Barisan Nasional yang baru, sekaligus memimpin parti untuk berhadapan dengan Pakatan Rakyat yang bakal memberikan cabaran getir di tiga kawasan pilihan raya itu.
Sementara itu Perwakilan UMNO seluruh negara yang sedang didekati oleh tokoh-tokoh yang akan bertanding di dalam Perhimpunan Agung UMNO dijangka bakal bertandang lebih awal ke Kuala Lumpur di mana sebahagian besar daripada mereka ini juga dijangka akan menyerbu ke Bukit Gantang, Perak dan juga di Bukit Selambau, Kedah sebaik selesai Perhimpunan Agung UMNO pada 28 Mac ini, kerana keesokan harinya merupakan hari penamaan calon bagi kedua-dua pilihan raya kecil tersebut.
Satu perkara menarik yang bakal disaksikan nanti ialah apakah interaksi diantara mereka yang telah menang dengan mereka yang kalah bertanding di dalam Perhimpunan Agung UMNO. Sudah tentu kesan daripada pertandingan sengit di dalam UMNO itu yang melibatkan jawatan Timbalan Presiden, Naib-Naib Presiden dan Ahli-Ahli MT serta lain-lain jawatan di dalam Pergerakan Pemuda, Wanita dan juga Puteri akan memberikan impak terhadap sokongan yang diperlukan di dalam kedua-dua pilihan raya kecil yang bakal berlangsung pada 7 April nanti.


Kedudukan siapakah yang bakal memenangi jawatan Timbalan Presiden UMNO juga menyaksikan penyandangnya akan bergandingan dengan Dato' Sri Najib sebagai bakal Timbalan Perdana Menteri.
Jika Muhyidin Yassin menang sebagai Timbalan Presiden UMNO, laluannya lebih mudah untuk diangkat sebagai Timbalan Perdana Menteri. Jika Ali Rustam, Ketua Menteri Melaka pula yang menang jawatan nombor dua ini, tentunya agak sulit untuk meletakkannya ke jawatan Timbalan Perdana Menteri, kerana kemungkinan beliau terpaksa melepaskan jawatan Ketua Menteri Melaka, seterusnya terpaksa dikorbankan mana-mana Ahli Parlimen di negerinya untuk mengosongkan kerusi berkenaan, bagi membolehkan dirinya bertanding di kawasan Parlimen itu sebelum beliau dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri. Kedua-dua tokoh ini dikatakan sedang bersaing dengan sengitnya jika dibandingkan dengan Muhammad Muhd. Taib yang juga bertanding bagi jawatan Timbalan Presiden ini. Kita serahkan kebijaksanaan ini kepada perwakilan UMNO untuk menentukannya.
Kita mengharapkan kemelut dalam UMNO ini tidak merebak di dalam pilihan raya kecil ini. Tentunya kita ingin melihat sejauh manakah UMNO mampu mempertautkan semula kekuatan yang ada untuk menghadapi pilihan raya kecil yang dianggap sebagai satu ujian terbesar bagi UMNO setelah tewas di dua pilihan raya kecil sebelumnya iaitu di Permatang Pauh dan juga di Kuala Terengganu.
Kekalahan di Bukit Gantang dan juga di Bukit Selambau perlu dielakkan oleh UMNO kali ini, kerana ianya akan memalukan Dato' Sri Najib yag baru saja dinobatkan sebagai peimimpin nombor satu di dalam UMNO dan juga bakal menjadi Perdana Menteri yang baru. UMNO dan BN perlu menang kali ini kerana ini merupakan satu hadiah istimewa dari rakyat untuknya. Jika berlaku sebaliknya, memang jelas UMNO perlu segera dijenamakan semula.


15 comments:
Salam Bro rahman,
Bagi saya kalau UMNO kalah di bukit gantang dan Bukit Selambau seeloknya NAJIB hareus berttanggungjawab dengan meletak jawatan kerana bukan saja jelas dan nyata rakyat menolak UMNO/BN tapi rakyat menolak kepimpinan beliau...dan jika menang ia dalah suatu bonus...bnamun adakah NAJIB berani menyahtu seruan ini....sama sama kita saksikan.
Lan KL
Najib letak jawatan bukanlah jalan penyelesaian terakhir kepimpinan negara..kekalahan BN pada PRK 2bukit dan 1 batang tak semestinya najib dipersalahkan..apapun kerjasama semua pihak khususnya kepimpinan BN harus dipersalahkan..
Secara teorinya kita bercakap adalah amat mudah tidak saperti praktikal untuk dilaksanakan..kemelut pakatan rakyat masakini adalah masa yang terbaik bagi BN merampas kembali dua kerusi serta mengekalkan kerusi Batang Ai.Rakyat tetap menilai KEWIBAWAAN KERAJAAN BN..cuma keputusan PU12 yang lalu satu pengajaran serta panduan kepada BN agar lebih berhati-hati jangan terlalu yakin untuk menang besar..apapun itu hanya UJIAN rakyat tehadap kerajaan BN.
Aku rasalah berilah peluang untuk Najib hingga PRU 13 jadi sekarang janganlah kita desak2 Pak Najib ni letak jawatan kerana bapak segala masalah BN sekarang ni adalah PM dan Presiden UMNO sekarang ni iaitu pakcik Lah kita jadi biar pun mungkin nama Najib tidaklah harum sangat sekarang kerana ada juga isu2 panas yang diberitakan bahawa dia terbabit tetapi untuk berlaku adil terhadap dia bagilah peluang untuk dia cam na?
Salam Semua BRo..
Aku lebih suka Tengku Razaleigh jadi PM dari Najib yang telah tercemar dengan skandal dan rasuahnya.
dari RAHMAN N untuk najib (bukan Editor Blog) kita tukar RAHMAT. T untuk Tengku Razaleigh...cam mana setuju.
Manusia yang tak cukup AKAL saja nak pilih tg razaleigh jadi PM..kalo musang dekat gua musang pun dah meluat apatah lagi manusia..tapi tak tahu lah ada juga manusia yang berbulu musang..
Salam ,
Songkok Tinggi.
Kita jumpa Di PWTC .
Selamat bersidang .
kepada blogers ruang penulis blog ada disediakan .
Sekian .
Salam Bro Rahman,
Sape dulu? Najib atau Barack?
Bibir merah atau bibir hitam?
Melihatkan kemelut di Perak,
Segala penjuru KITA DI HENTAM.
Kini menunggu pula peristiwa di 9(DK). 1 persatu terungkai.sebelum ke CHINI(DM).
TEROPONG HIJAU.
Teringat kata kawan aku...
" BUKAN AKU TAKUT KAT BINI TAPI BINI YANG TAK TAKUT KAT AKU...."
Huhu...Paham2 je lah....:-)
Salam .
Kini kita cuma tingal kuasa yang akan menentukan bangsa.
Bersatulah hati.
Bersama berbakti.
Pulih kembali harga diri
Kita sudah tiada masa
Majulah dengan gagah perkasa
Janganlah terlalai teruskan usaha .
Salam Sejagat.
Apa dah jadi dengan penulis blog locengwangsa ni dah kehabisan idea kot..kali terakhir pada 2 mac yang lalu..kelazimanya pada setiap hari..itu lah jangan selalu sangat kondem BN DAN PEMIMPIN NEGARA..
Oh ia! BENAR SAPERTI TUAN KATA SDR RAHMAN NI KEMANA YA? HILANG TANPA DIKESAN MUNGKIN KERANA ADA ORANG NASIHATKAN SUPAYA BERHATI-HATI BERI KOMEN PENULIS BLOG.YANG KITA TAHU SDR RAHMAN NI ADALAH KETUA UMNO CAW/AJK BHG TETAPI KERAP KALI TULISANNYA BANYAK YANG MENGHENTAM UMNO/BN..APA DAH JADI WAHAI SDR KU RAHMAN?
Dua bukit satu batang itu kata Abdul Rahman Hashim...Pilihanraya kecil membabitkan tiga Parti Besar iaitu PKR, Pas Dan UMNO yang dah nak tumbang. Menurut ramalan Abdul Rahman Hashim kemenangan besar Pakatan Rakyat pada pilihanraya tersebut adalah kerana rakyat khusus masyarakat Sarawak dah muak dengan Be End (BN)
The french liberation news
1. Perdana Menteri pertama yang diangkat menjadi wakil rakyat BUKAN kerana potensi peribadinya tetapi kerana mengenang jasa arwah bapanya.
2. Perdana Menteri pertama yang mempunyai sejarah “duda mengahwini janda”.
3. Perdana Menteri pertama yang dikaitkan dengan konspirasi pembunuhan zalim warga Mongolia.
4. Perdana Menteri pertama yang tidak merasa malu atau rasa bersalah mengizinkan isterinya berlaku sumbang bersama pelakon lelaki Bollywood di hadapan orang ramai.
5. Perdana Menteri pertama yang dikaitkan dengan perbuatan rasuah bernilai ratusan juta ringgit.
6. Perdana Menteri pertama yang didakwa berlaku sumbang dengan seorang artis wanita tempatan di Port Dickson.
7. Perdana Menteri pertama yang melakukan penyembunyian wakil rakyat demi menjatuhkan sebuah kerajaan negeri pilihan RAKYAT.
8. Perdana Menteri pertama yang didakwa melakukan perhubungan sulit dengan wanita Mongolia yang kemudiannya mati dibunuh.
9. Perdana Menteri pertama yang diketahui umum terlalu menurut telunjuk isteri.
10. Perdana Menteri pertama yang telah diperakukan melalui ‘Akuan Bersumpah’ telah menggunakan khidmat bomoh Hindu untuk tujuan tertentu.
Bekas ahli UMNO
Post a Comment