Mengimbas senario politik negara hari ini, kelihatannya menjurus kepada keretakan yang amat merugikan umat Melayu. Apa tidaknya cabar mencabar di antara kabilah-kabilah Melayu yang sedang bergejolak dewasa ini merupakan persengketaan MELAYU yang tidak bernoktah yang bakal menjerumuskan hilangnya kekuasaan Melayu di negaranya sendiri.Pupusnya dominasi Melayu di negara ini akan menyaksikan Islam tidak lagi di tampuk kuasa. Apabila Melayu dan Islam tidak berkuasa lagi di bumi Malaysia ini, maka Raja-Raja Melayu juga akan terpalit dan mungkin tidak lagi bernobat di singgahsana, akibat runtuhnya kuasa politik Melayu.
Lagak UMNO diperhatikan
UMNO yang menjadi tonggak kepada kekuasaan Melayu kini sedang diperhatikan lagaknya samada masih mampu mempertahankan dominasi apa yang sering disebutkan sebagai 'Ketuanan Melayu'. Gelagat semua pemimpin Melayu dari UMNO juga sedang diteropong oleh akar umbinya, samada UMNO yang dikemudikan hari ini masih berlandaskan kepada perjuangan membela 'Melayu' secara merakyat ataupun membela 'Melayu' secara retorik dengan terpekik di sana sini, tetapi yang untungnya 'orang lain'. Orang lain dilihat bertepuk tangan kerana melihat 'Melayu' sedang bertempur sesama sendiri.
Air Mata Darah
Pertempuran sekulit dan seagama ini tentunya mengakibatkan bukan sahaja banyak pihak yang terluka dan tercedera, malah kita akan menyaksikan 'perang saudara' ini juga bakal meruntuhkan EMPAYAR MELAYU dalam abad ini. Tawarikh duka ini bakal menjadi tatapan anak bangsa kita di masa hadapan. Jika ini yang terjadi, titisan air mata darah sekali pun tidak mungkin dapat mengembalikan semula takhta yang diruntuhkan oleh juragan-juragan politikus yang durjana ini.Ketiga-tiga pemimpin UMNO, PAS dan PKR dilihat sama sahaja, mereka asyik bermegah dengan isu-isu yang tidak melambangkan keserasian untuk menyatu padukan umat Melayu yang sedang bersengekta ini. Mereka-mereka ini sebenarnya perlu segera ditegur, supaya pencak silat berpolitik jangan sampai tertikam sesama sendiri.
Ketangkasan bukan untuk merebahkan saudara sebangsa
Kita perlu ingatkan mereka juga bahawa ketangkasan bermain senjata bukannya untuk merebahkan saudara sebangsa dan seagama. Apakah Melayu yang berjenama UMNO, PAS dan PKR diharuskan oleh Agama Islam supaya berbunuh sesama sendiri? Apa bezanya kepercayaan dan juga pegangan akidah umat Islam di kalangan Melayu UMNO, Melayu PAS dan Melayu PKR? Jika mereka boleh berjemaah di dalam solat dan mengaminkan doa untuk menghambakan diri kepada Allah Rabbul Jalil, kenapa mereka masih bermufarakah sesama sendiri bagaikan anjing dengan kuching?
UMNO, PAS dan PKR kena selalu bermunajat

UMNO, PAS dan PKR kena bermunajat selalu memohon keampunan kepada Allah yang Maha Esa supaya digerakkan hati untuk saling bermuafakat dan tidak terdorong untuk menadah tangan berdoa memusnahkan kekuatan masing-masing. Apa faedahnya kekuatan majoriti yang ada pada umat Melayu di negara ini tetapi tidak dapat dimanfaatkan oleh anak bangsa sendiri, sebaliknya kekuatan ketiga-tiga parti ini dilihat semaikin tidak cermat ditangani dan tidak berhemah lagi dengan sanggup mendedahkan keburukan dan kebobrokan masing-masing tanpa menjiwai dosa dan pahala, sehingga tergamak mempamerkan keangkuhan (ego) masing-masing semata-mata tamakkan kuasa, sehingga kuasa Melayu dilihat akan melayang bagaikan debu yang berterbangan.
Rasanya tak payahlah kita menjadi 'wira - hero' yang perkasa, jika keperkasaan itu tidak bertempat. Melayu mesti perkasa mempertahankan identitinya. Melayu mesti diperkasakan dengan BAHASANYA kerana itulah jiwa bangsa kita.
Menjatuhkan air muka Melayu
Melayu mesti diperkasakan di negara ini dengan GENGGAMAN KUASANYA yang kukuh yang bersalutkan semangat kesatuan hati dan nurani tanpa diracuni dengan prasangka jahat sehingga sanggup menjatuhkan maruah dan air muka sesama sendiri yang MEMALUKAN MELAYU.

Carilah formula terbaik untuk mereka ini...
Sewajarnya ANWAR, HADI AWANG dan PAK LAH/NAJIB dijadikan lambang kehebatan kuasa Melayu abad ini. Mereka bukannya malaikat, dan bukan juga 'maksum', tetapi mereka ini adalah pemimpin Melayu yang masing-masing ada instink pengaruhnya. Mereka harus didorongkan untuk bersatu hati, dan bukannya dilaga-lagakan.
Sepatutnya mereka buangkan ego masing-masing dan fikirkanlah masa depan anak bangsa kita. Jangan biarkan anak, cucu cicit kita tidak lagi menikmati kekuasaan Melayu seperti kita hari ini, dan jika ini yang terjadi amat malanglah kita, kerana mungkin hayat kita tidak mampu bertahan pada masa itu untuk memberikan pembelaan kepada generasi Melayu yang malang itu Semuanya sudah terlambat.
Jika kita masih berminat membiarkan pertikaman ini berterusan, jawapannya ialah akan ada salah seorang yang mati ditikam. Sebenarnya yang menikam itu Melayu dan yang terbunuh itu pun juga Melayu. Sebagai anak Melayu samada dari UMNO, PAS ataupun PKR, sedarlah bahawa parti-parti lain seperti DAP, MCA, GERAKAN, MIC dan sekutu dengannya tidak sehaluan dengan kita dalam banyak perkara yang berkaitan dengan perjuangan memartabatkan Melayu.
Mereka ini juga sering melaung-laungkan hak masing-masing dan amat mencemburui dengan kejayaan kita, terutamanya jika kita bersatu. Sudah tentu ada yang bergembira jika melihat kita bersengketa sesama sendiri, kerana mereka yakin suatu hari nanti mereka mampu menguasai kerajaan di atas keruntuhan kuasa Melayu.


11 comments:
inilah kisah sedih bangsa Melayu
Saudara Rahman,
Bersediakah umno yang berkuasa ketika ini mengalah dan sedia bermuzakarah sedangkan mereka sebenarnya tidak berasa kesal dan malu di atas apa yang telah mereka lakukan.bersediakah mereka menerima dalam masa yang sama menekan dan memperlekehkan PAS dan PKR...umno tetap dengan kesombonganya dan riak dan takbur dengan kuasa dunianya.!
kami memang sayang bangsa kami tapi adakah kami perlu biarkan saja apa yang umno lakukan terhadap kami selama ini dan dengan mudah percaya tipu musilahat umno yang sama macam yahudi menindas palestin...
ya pemimpin bukan maksum tapi lihat pemimpin umno dari kalangan siapa mereka yang terdiri dari skandal yang tak sudah,adakah ini pemimpin ulung yang kita cari?...kami sedia bersama jika umno sedia menarima islam sepenuhnya...Alquran dan hadis sebagai pedoman dan panduan.
InsyALLAH...
Bro.raman,
Dulu semasa umno menang besra pada tahun 2004 tiada langsung persoalkan hak-hak orang melayu,dulu orang melayu pas tidak di beri bantuan di sekat dan di tindas,cikgu yang tak sealiran akan di tukarkan,saya masih ingat terluka hingga ke hari ini jadi kenapa sekarang sibuk mempersoalkan hak-hak orang melayu sedangkan dulu umno lupa pada kami. bila keadaan semakin gusar dan membimbangkan semakin ramai melayu tidak berkenan dengan umno mulalah buat kecoh ketuanan melayulah bela raja-raja melayulah dulu siapa yang musnahkan instiusi raja-raja,kami bukan buta hati tak tahu menilai sejarah 1993.
umno cerminlah diri sendiri sebelum menuduh kami derhaka.."paku dulang kaca yang serpih" mengata orang umno yang lebih.
salam.
Cuba2 la hayati kata2 ni...
Anak kecil main api
Terbakar hatinya yang sepi
Airmata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang
Nenek moyang kaya raya
Tergadai seluruh harta benda
Akibat sengketa sesamalah kita
Cita lenyap di arus zaman
Indahnya bumi kita ini
Warisan berkurun lamanya
Hasil mengalir ke tangan yang lain
Pribumi merintih sendiri
Masa depan sungguh kelam
Kan lenyap peristiwa semalam
Tertutuplah hati terkunci mati
Maruah peribadi dah hilang
Kini kita cuma tinggal kuasa
Yang akan menentukan bangsa
Bersatulah hati bersama berbakti
Pulih kembali harga diri
Kita sudah tiada masa
Majulah dengan maha perkasa
Janganlah terlalai teruskan usaha
Melayu kan gagah di Nusantara
Saya sempat mengikuti ucapan Rahim Thamby Chik (RTC) ketika memperkenalkan dirinya untuk bertanding jawatan Naib Presiden UMNO pada 23 Feb lalu di sebuah hotel terkemuka di KL. Beliau begitu syahdu menampilkan dilema UMNO yang dilanda tsunami dalam PRU12. Keadaan selepas PRU12 menyaksikan betapa bangsa Melayu yang memiliki kuasa majoriti di negara ini terpaksa tunduk dengan puak minoriti yang kini berlagak kuat bagaikan segala-galanya menjadi hak mereka. Beliau mengajak bangsa Melayu supaya beristiqamah dan bermuhasabah untuk mengembalikan semula kekuasaan Melayu dengan memperkuatkan UMNO.
UMNO katanya, masih relevan dan getarannya (vibrate) masih berbisa untuk menjadi benteng kepada bangsa Melayu.
Beliau juga kecewa kerana faktor Anwarisme telah menghantui akar umbi sehingga UMNO berjaya dibencikan. Apakah kebencian yang disirami oleh Anwar yang dibajai oleh UMNO mampu melumpuhkan empayar Melayu?
Carilah formula yang terbaik untuk menyatu padukan umat Melayu.
Anon.....
kalaupemimpin macam rahim tamby chik tak payahlah nak lihat melayu bersatu diri dia sendiri pun tak mampu saya nak menulisnya...
inikah pemimpin umno harapan malaysia hancur..........
Rahim Thamby Chik nak rebut jawatan naib presiden UMNO dengan menghentam anwar seolah-olah dirinya lebih hebat. Jauh langit dengan bumi jika nak dibandingkan dirinya dengan Anwar. Setakat ini belum ada lagi tokoh Umno yg sehebat anwar.
DS Anwar memang hebat..hebat dengan sikap demdam dan pengkianat bangsa..hanya manusia yang BODOH saja yang menyokongnya..kembalilah kepangkal jalan wahai saudara-saudaraku sebangsa dan seagama..jangan menyesal kemudian hari bila negara dah TERGADAI.
MEMANG RAMAI YANG MAHU GADAIKAN NEGARA SENDIRI..INILAH GAYANYA RAKYAT MALAYSIA YANG LUPA DIRI BILA TERLALU TAKSUB DGN ANWAR.USAH DINASIHATKAN MEREKA2 INI DAN BIARKAN SAJA MUSNAH DISEBABKAN GELAGAT MASING2 KERANA ITULAH KEHENDAK MEREKA.. salam buat semua RAKYAT MALAYSIA YANG MASIH SETIA KEPADA KERAJAAN BN.
kepada:Bloggers yang sokong rahim tamby chik.
Bukan masalah tidak setia pada Bn tapi kalau rahim tamby chiklah pilihanya...jauh lagi bodohnya kamu,kami bukan sokong anwar ibrahim tapi benci pemimpin umno yang korup di anggap wira...itupun kamu semua tak boleh fikir...kalau itulah juga pilihan kamu semua patut pun rakyat menolak umno...adanya mereka kerana adanya manusia yang bodoh macam kamu.
adakah anwar hebat.....dia datang daripada mana? Asal usulnya? jangan anggap kami tak tau sejarah.
pasal dok suka menunding jari cari salah orang...siapa kita nak menjatuhkan hukum pada seseorang itu kafir atau apa ka? jgn dok nampak salah orang je tp keculaparan sendiri tak nampak..muhasabahlah diri....yg dok kata pasal ketuanan melayu tu....hampa tu cina ka atau keturunan sigh...klu bangsa lain sanggup hina melayu kita pun turut sokong....apa cerita...guna akal la bro....jgn dok syok hentam orang seolah kita ni macam ahli nujum...atau nak jd ahli nujum pak belalang.....lu fikir la sendiri....jgn cakaplah klu kita hanya pandai bercakap pasal agama klu diri sendiri pun tak betul....adakah kita layak menjadi imam????
Post a Comment