assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Sunday, March 8, 2009

BENARKAH UMNO SEMAKIN SILU MEMARTABATKAN BAHASA MELAYU?

SAYU dan MEMILUKAN
Sebenarnya apabila saya melihat pejuang-pejuang bahasa kita yang ingin mengadu kepada Rajanya sendiri diburu, dihambat dan kemudiannya di suraikan pula mereka ini dengan tembakan gas pemedih mata oleh FRU menjadikan hati saya semakin sayu, pilu dan bersimpati; sehingga berderai airmata kesedihan setelah terbaca ungkapan Sasterawan Negara Datuk A. Samad Said (Foto) yang turut menyertai perhimpunan membantah PPSMI di Masjid Negara pada petang Sabtu, 7 Mac yang berkata:-

"Rupa-rupanya begini caranya untuk menyelamatkan bahasa..."

Puluhan ribu anak Melayu tanpa penyertaan UMNO telah berhimpun di Masjid Negara Kuala Lumpur (Sila lihat senarai NGO yang hadir menyertai perhimpunan di bawah artikel ini). Datuk A. Samad Said adalah diantara pejuang dan pencinta bahasa yang turut berada di tengah-tengah lautan manusia yang tidak senang dengan apa yang telah diperlakukan terhadap bahasa Melayu sejak akhir-akhir ini.

Jika seorang Sasterawan Negara sudah mengeluh sedemikian rupa memikirkan masa depan bahasa Melayu yang semakin dipinggirkan di negara sendiri, apakah yang patut UMNO lakukan sekarang? UMNO sebagai sebuah parti yang berlandaskan kepada perjuangan memartabatkan 'Ketuanan Melayu' sepatutnya lebih tersinggung apabila berdesing suara umat Melayu yang mewakili pelbagai pertubuhan mulai bangkit mempertahankan maruah bahasa ibunda yang menjadi bahasa resmi negara sejak 52 tahun kita di merdekakan oleh Penjajah Inggeris.

Apabila isu ini dikemundangkan, kita harus melihat persepsinya ialah betapa patriotiknya bangsa Melayu terhadap bahasanya. Melayu sebagai sebuah bangsa memiliki aura bahasanya sendiri sebagaimana warga Tionghua yang telah bangkit mempertahankan bahasa ibundanya. Turut bersuara mempertahankan Bahasa Tamil ialah golongan minoriti yang berbangsa India di negara ini.

Tekanan daripada mereka ini telah memperlihatkan kejayaanya setelah kerajaan berkompromi mengekalkan juga jenama Sek
olah Jenis Kebangsaan Cina dan juga Sekolah JenisKebangsaan Tamil sejak dahulu lagi sehingga sekarang. Para pejuang dan pencinta bangsa Cina/india telah berjaya melembutkan pemimpin Melayu UMNO yang menerajui Kementerian Pelajaran sehingga identiti keCinaan dan keIndiaan bagi penjenamaan sekolah berkenaan dikekalkan, sekaligus telah menggagalkan hasrat murni kerajaan untuk memperkenalkan konsep Sekolah Wawasan sebagai usaha penyatuan sebuah bangsa dan warga Malaysia yang lebih bersepadu.

Ironi daripada skets
a ini ialah betapa besarnya kejayaan Parti MCA, Gerakan dan juga DAP yang dilihat berada di belakang tabir opera perjuangan yang dipelopori oleh NGO yang mewakili ras masing-masing. MIC juga turut menjuarai perjuangan memartabatkan Bahasa Tamil.

Malangnya apabila pejuang bangsa dan pencinta bahasa Melayu mempersoalkan kegelisahan umat Melayu di negara ini terhadap masa depan bahasanya, tidak mendapat pembelaan yang sepatutnya daripada Parti terbesar Melayu ini (UMNO). Apakah dasar menggunakan bahasa Melayu kepada mata pelajaran Matematik dan Sains yang dipraktiskan sebelum ini merupakan satu dasar yang silap, sehingga memaksa ianya dirombak pada tahun 2003 dengan menggunakan pelbagai alasan globalisasi untuk menggantikan penggunaan BM kepada BI dalam mata pelajaran tersebut?

Pada saya perjuangan memartabatkan 'bahasa bangsa' hendaklah dilakukan sendiri oleh bangsa itu sendiri, jika bukan kita, siapakah yang hendak diharapkan lagi untuk mengekalkan bahasa nenek moyang kita? UMNO mestilah serius memikirkan perkara ini, kerana di pundak parti inilah diletakkan segala harapan oleh bangsa Melayu di negara ini. Janganlah kita perlekehkan dan menghina pejuang-pejuang bahasa ibunda kita itu, semata-mata kita terdorong dengan persepsi sempit kononnya perjuangan mereka itu didalangi oleh parti-parti pembangkang (PAS/PKR). Apakah bangsa Melayu yang menganuti parti PAS dan PKR tidak layak untuk membanggai bahasa Melayu sepertimana juga Melayu di dalam UMNO?

Jika pun ada penglibatan parti-parti ini, mereka mungkin melihat UMNO tidak boleh lagi diharapkan untuk mendepani isu bahasa Melayu, kerana UMNO sendiri yang telah menggunakan pengaruhnya untuk menukar penggunaan bahasa dalam mata pelajaran matematik dan juga Sains dari BM kepada BI pada tahun 2003 sehingga ia menjadi kemelut hari ini.

Datuk Seri Hishammuddin Tun Huseein, Panglima Ketuanan Melayu yang sentiasa menghunus KERIS adat, kini dilihat sebagai Menteri Pelajaran yang semakin malu dan hilang keyakinan untuk mendaulatkan Bahasa Melayu yang menjadi bahasa perjuangan UMNO. Sepatutnya apabila kita berani bertempik atas slogan Ketuanan Melayu, kita juga harus berani menjiwai bahawa Melayu itu ada bahasanya sendiri yang perlu dipertahankan. Sesungguhnya bahasa itu adalah jiwa kepada bangsa.

Justeru, menukar penggunaan Bahasa Melayu kepada Bahasa Inggeris terhadap mata pelajaran Matematik/Sains juga memberi pengertian betapa UMNO tidak lagi yakin dengan bahasanya sehingga kita dilihat lebih yakin dengan bahasa penjajah itu untuk memajukan bangsa yang pernah dicengkam penjajah Inggeris sebelum kita Merdeka. Jika benar dakwaan ini, UMNO akan menjerumuskan maruahnya kerana tidak yakin lagi dengan kekuatan Bahasa Melayu sebagai bahasa resmi negara ini.

Jika ada niat untuk mengantarabangsakan Bahasa Melayu di persada dunia, saya agak kurang yakin impian ini boleh tercapai kerana usaha merakyatkan Bahasa Melayu pu
n gagal ditangani dengan sebaik-baiknya oleh UMNO. Melayu GLOKAL yang pernah dicanangkan oleh bakal PM Najib Tun Razak juga hanya menjadi angan-angan mat jenin kerana bahasa ibundanya dilihat gagal diperkasakan.

Apa pun rakyat mungkin hanya membanggai UMNO kerana Perhimpunan Agungnya yang bakal diadakan pada 24 - 29 Mac ini akan menyaksikan semua pahlawan UMNO hanya segak BERBAJU MELAYU tetapi bahasanya mulai dikerandakan. Kita nak saksikan bagaimanakah caranya pemidato UMNO berhujah mempertahankan BAHASA INGGERIS sebagai Bahasa yang diyakini untuk mengantarabangsakan MELAYU.
-----------------------------------------------------------------------------------------

NGO MELAYU YANG BERHIMPUN

Lebih daripada 40 pertubuhan NGO terlibat di dalam perhimpunan yang berlandsung pada petang Sabtu, 7 Mac. Mereka termasuklah:

1. Kumpulan Prihatin
2. Persatuan Linguistik Malaysia (PLM)
3. Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)
4. Akademi Sains Islam Malaysia (ASASI)
5. Majlis Profesor Sains Dan Teknologi Universiti Kebangsaan Malaysia
6. Wadah Pencerdasan Umat (WADAH)
7. Persatuan Penterjemah Malaysia (PPM)
8. Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)
9. Institut Alam Tamadun Melayu,Ukm (ATMA)
10. Persatuan Penulis Nasional (PENA)
11. Persatuan Eksekutif & Usahawan Bumiputera Malaysia (PESUMA)
12. Persatuan Bekas Pelajar ITM (PBP-ITM)
13. Persatuan Suluh Budiman (PSB)
14. Persatuan Mahasiswa Islam Timur Tengah (PMITT)
15. Persatuan Pengajian Melayu Malaysia (PPMM)
16. Persatuan Seniman Malaysia (Seniman)
17. Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (GAPENA)
18. Teras Pengupayaan Melayu (Teras)
19. Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS)
20. Pertubuhan Tindakan Wanita Islam (Pertiwi)
21. Persatuan Alumni Sekolah Alam Shah (Pasas)
22. Kesatuan Sekerja DBP
23. Persatuan Penulis Kuala Lumpur (Kalam)
24. Persatuan Penulis Johor (PPJ)
25. Persatuan Penulis Muar
26. Persatuan Ulama Malaysia Pulau Pinang (Pumpp)
27. Gabungan Mahasiswa Darulaman (Persada)
28. Gabungan Mahasiswa Bersatu Perak (Bersatu)
29. Kesatuan Guru Melayu Malaysia Barat(Kgmmb)
30. Persatuan Sains Keadaan Pepejal (Pskp)
31. Persatuan Biologi Gunaan Malaysia
32. Persatuan Sains Matematik Malaysia
33. Majlis Profesor Sains Dan Teknologi Universiti Kebangsaan Malaysia
34. Kesatuan Pelajar Islam Perak (KPIP)
35. Kesatuan Pelajar Islam Johor (KPIJ)
36. Gamis
37. Persatuan Pendidik Insan Negeri Sembilan (PPINS)
38. Ikatan Pengkajian Islam Pahang (Ikatan)
39. Persatuan Kebajikan Dan Pendidikan Islam Wilayah Persekutuan Dan Selangor Darul Ehsan (Pepias)
40. Persatuan Kebajikan Dan Pendidikan Islam Negeri Kedah (Persida)
41. Persatuan Kebajikan Islam Sarawak (Perkepis)
42. Kesatuan Pelajar Islam Melaka (KPIM)
43. Persatuan Pembimbing Pelajar Islam Kelantan (PPIK)
44. Persatuan Pembimbing Pelajar Islam Pulau Pinang (Pembimbing)
45. Persatuan Kebajikan Pelajar Islam Wilayah Persekutuan (PPIWP)
46. Persatuan Sejarah Malaysia (PSM)
47. Persatuan Bahasa Melayu Universiti Malaya (PBMUM)
48. Institut Peradaban Melayu, UPSI


17 comments:

Anonymous said...

salam bro rahman,

UMNO lebih utamakan projek mega dan yang menguntungkankroni sahaja..semalam hishamuddin menyatakan PPSMI adalah masalah yang remeh...dan sengaja di politikan...inilah nasib bahasa bangsa melayu di bunuh oleh pemimpin melayu umno sendiri..

man KL

Anonymous said...

salam abg rahman,

"Rakyat bergerak beramai-ramai ingin menemui YDP Agong bukan untuk menderhaka tapi menagharapkan pembelaan terhadap bahasa melayu sewajarnya."

UMNO penghalang rakyat menenui Baginda.

Anonymous said...

Salam abg rahman,

Sejuk hati membaca article ini kerana masih ada org kuat UMNO yg masih sayangkan bahasanya, walaupun semalam berderai airmata melihat anak2 bangsa yg diperlakukan seperti pendatang asing hanya untuk mertabatkan bahasa melayu di bumi Tanah Melayu ini. Kepedihan menghiris jantung dan kalbu menyaksikan org melayu terpaksa berarak dan diperlakukan sedemikian rupa hanya untuk memperjuangkan bahasa melayu dan masadepan anak-anak melayu.

Generasi Pejuang Bangsa said...

UMNO perlu menjadi pahlawan dalam soal bahasa jika tidak mahu dilabelkan sebagai pengecut dan retorik shj memperjuangkan ketuanan melayu ..

perhimpunan agung UMNO tidak lama lagi ini harus dijadikan isu utama dibangkitkan oleh semua perwakilan dlm perbahasan ..jangan takut mengkritik kepada Hisyamuddin kerana ini soal bahasa melayu dan sokongan rakyat terutama orang Melayu yang kini akan terhakis jika UMNO sendiri menganggap remeh isu PPSMI

Rasha_rz said...

aduih. sapa sebenarnya yop man ni? selepas baca N3 ni am semakin kurang kenal....
hehehe, jangan marah ha?

Anonymous said...

Sebenarnya bahasa inggeris yg digunakan didlm math dan sains itu adalah untuk salah satu cara untuk mempertingkatkan org melayu belajar bahasa inggeris... bukan meminggirkan bhasa melayu..

Tetapi kalau itulah yg rakyat nak ...saya mengesyorkan kerajaan tukarlah balik semuanya ke bahasa melayu... sesiapa yg nak belajar bahasa inggeris... pandai2lah hantar anak gi tuisyen....nanti siapa yg maju kehadapan...terpulanglah kepada usaha kita.... apa nak susah... jimat sikit budget nak beli mcm2 kelengkapan seperti laptop, lcd dan lain2....

Anonymous said...

penggunaan bahasa inggeris dalam matematik dan sains bukan nak meminggirkan bahasa melayu...cuba fikir secara positif sikit...ini untuk kebaikan umat melayu jugak..secara tak langsung anak-anak melayu akan dipaksa menguasai bahasa inggeris itu sendiri tanpa dia sedar..sape yang untung..orang melayu jugak...nak mengantarabangsakan orang melayu ialah dengan kepetahan berbahasa inggeris la...tapi dalam masa yang sama bahasa melayu akan di martabatkan...orang melayu ni terlalu sensitif...tolong lah buka minda tu sikit...jangan terlalu mengikut-ikut cakap orang...tak de yang ruginya kalau belajar dalam bahasa inggeris...untung lagi...orang melayu akan lebih maju kehadapan...kalau kita nak bersaing dengan bangsa lain..ini lah salah saru cara nya...dah elok kita nak maju tapi mintak nak berundur balik ke belakang...fikir-fikirkan lah...esok-esok jangan menyesal bangsa asing yang lebih maju dari kita...

Anonymous said...

ini la salah satu faktor kenapa orang melayu lemah...bila nak buat perubahan sikit...ada je yang menentang...orang melayu ni suka tunjuk perasaan...sikit2 nak protes...kalau kita mak bapak tak pandai berbahasa inggeris,takkan kita nak anak kita tak pandai jugak...kalau nak bangsa kita dihormati, ini lah caranya...kalau nak menguasai sesuatu ilmu, kenalah menguasai bahasa ilmu itu...takkan nak biarkan melayu layu...

Anonymous said...

Salam,

Tersentuh hati saya apabila masih ada segelintir ahli UMNO yang belum lupa akan perjuangan Melayu. Saya merupakan bekas UMNO yang telah berpijak pada pagar kerana tidak lagi mempunyai aspirasi yang sama dengan kepimpinan UMNO yang makin melupakan matlamat perjuangan bangsa. Untuk makluman semua, PPSMI ditolak pada dasarnya oleh orang Melayu oleh kerana sebab-sebab berikut:
1. Sememangnya kaum Melayu kebanyakannya di luar bandar mahupun golongan pendidikan rendah menggunakan BM sebagai bahasa harian. Malah untuk kaum orang asli juga lebih mahir di dalam BM dari BI. Sejak dulu lagi tidak dinafikan kaum Melayu dari golongan2 ini menghadapi kesukaran mempelajari Ilmu Hisab dan Sains di dalam BM apatah lagi perlu pula mmepelajarinya di dalam BI. Keputusan UPSR,PMR dan SPM sejak 3-6tahun yang lepas menampakkan kelemahan pencapaian pelajar di dalam kedua-dua subjek ini meskipun graf dimanipulasikan KPM. Namun, pelajar2 Melayu masih memperolehi keputusan Sains dan Matematik yang sekadar cukup makan. Malah, pelajar2 ini mengalami kemerosotan pencapaian di dalam BM dan ini tidak pula dapat dibandingkan dengan sememangnya merosot di dalam BI. Nampaknya pelajar2 Melayu gagal menguasai B.Inggeris dan malah bahasa ibundanya iaitu B.Melayu tidak dikuasai dengan penuh keberangsangan.
2. Golongan Melayu amat sedih dengan UMNO kerana membenarkan MCA dan MIC mempertahankan sekolah2 jenis kebangsaan di dalam isu ini. Mungkin ramai tidak tahu bahawa sekolah2 cina dan tamil diberi pilihan sama ada menggunakan B.Inggeris atau bahasa ibunda masing2 di dalam pembelajaran Sains dan Matematik. Mengapakah melayu dipaksa? UMNO memaksa orang Melayu kerana UMNO amat 'perasan' sekali dan ingat mereka adalah satu-satunya pembela bangsa. Walhal orang2 Melayu sudah berpecah dan lebih 50% sudah memilih PAS dan PKR. Sikap angkuh beginilah menyebabkan UMNO akan terus menguburkan diri mereka sendiri.
3. Prestasi guru2 di sekolah kebangsaan terutamanya mereka yang mengajar Sains dan Matematik di dalam BI juga amat lemah. Ada juga guru yang akhirnya mengajar pelajar2 mereka menggunakan BM kerana mereka amat tidak yakin bertutur di dalam BI. Malah, ada juga guru2 yang sayangkan bangsa dan kasihan kepada pelajar2 mereka yang tidak faham BI supaya tidak terus ketinggalan, yang membuatkan mereka akhirnya menggunakan BM di dalam pengajaran seharian. Manakala, banyak guru2 yang tidak fasih berbahasa Inggeris dan membuatkan pelajar keliru dan gagal menguasai ilmu2 berkenaan. Di mana silapnya KPM di dalam program latihan mereka kepada guru2 berkenaan?
4. Gerakan mansuhkan PPSMI bukannya anti B.Inggeris. Mereka berpendapat bahawa pembelajaran dan usaha KPM di dalam memperkayakan pelajar menggunakan B.Inggeris masih tidak berhasil. Pelajar2 Melayu amat lemah kerana pihak sekolah kurang membuat program2 untuk menggalakkan pelajar bertutur di dalam B.I. KPM tidak menitikberatkan ko-kurikulum yang menggalakkan penggunaan BI.
5. Saya salah seorang yang pernah mempelajari ilmu Sains dan Matematik menggunakan B.Melayu di sekolah kebangsaan pada 20 tahun yang lalu. Seterusnya saya melanjutkan pelajaran ke luar negara untuk peringkat Sarjana Muda yang semestinya di dalam B.I. Malah pencapaian B.I saya di peringkat SRP dan SPM tidaklah memberangsangkan. Kemudiannya saya melanjutkan ke peringkat Sarjana di UKM yang berteraskan B.Melayu di dalam kajian dan penyelidikan tesis. Namun, oleh kerana saya lebih yakin menggunakan B.Inggeris di dalam menghasilkan tesis saya, saya telah menulis ke Senat UKM bagi memohon kebenaran menulis tesis di dalam B.Inggeris. Maksudnya di sini, bagi saya dan ramai golongan saya tidak pun hadapi masalah apabila memasuki pengajian tinggi mahupun dunia pekerjaan kerana saya mampu memperbaiki daya saing B.Inggeris saya meskipun mempelajari Sains dan Matematik di dalam B.Melayu di peringkat sekolah. Bagi saya, sikap dan program galakan kerajaan untuk pelajar menyedari penggunaan B.Inggeris dapat membatu mereka kelak di IPT dan dunia bekerja adalah lebih penting daripada memaksa penggunaan B.Inggeris di dalam keadaan sekarang. Kita kena akur bahawa masih ramai orang Melayu terutamanya anak2 kecil yang masih menganggap B.Inggeris sesuatu yang asing bagi mereka. Jika mereka memulakan Tahun Satu mempelajari sesuatu yang 'asing' bagi mereka dan apatahlagi matapelajaran sains dan matematik, kesannya ialah mereka akan menyerah kalah dan terus mundur dari setahun ke setahun hinggalah ke Tingkatan 5 yang akhirnya kita telah melakukan dosa kerana menggagalkan hasrat dan cita2 anak2 muda kita. Kesan jangka panjang, kita akan terus kecundang di dalam pelbagai segi pendidikan. Dengan kenyataan ini, saya tidak tahulah apalah nasib saya sekiranya saya dahulunya mempelajari Sains dan Matematik di dalam B.Inggeris. Ini adalah kerana saya mengambil masa selepas Tingkatan 5 untuk benar2 serius menguasai B.Inggeris untuk melanjutkan pengajian di peringkat lebih tinggi. Mungkin saya pada hari ini tidak akan berjaya sebagai seorang perunding pengurusan dan teknologi maklumat di negara ini seperti hari ini dan saya mungkin bekerja di kampung kerana gagal di dalam SPM saya kerana gagal menguasai B.Inggeris semasa di sekolah.

Banyak lagi sebab2 yang boleh dinyatakan di sini. Cukuplah dengan yang disenaraikan. Cuba tanya diri anda sendiri? Apakah yang terbaik untuk diri anak anda? Adakah anda pada hari ini dianggap tidak berjaya kerana mempelajari ilmu sains dan matematik di dalam B.Melayu suatu ketika dahulu? Adakah kerajaan mempunyai sebab kukuh mempertahankan PPSMI? Sedangkan kita telah berjaya memakmurkan ekonomi negara ini dengan B.Melayu di dalam pembelajaran Sains dan Matematik suatu ketika dahulu.

Anonymous said...

Saya tidak nampak apa masalanya apabila mata pelajaran Sains (Ilmu Sain) dan Matematik (Ilmu Hisab) diajar dalam Bahasa Inggeris. Pelajar sekolah di Malaysia sepatutnya didedahkan dengan Bahasa Inggeris sejak zaman persekolahan rendah lagi. Ia akan lebih memudahkan pembelajaran apabila berada di sekolah menengah dan apabila mereka melangkah ke alam universiti mereka akan berterima kasih kepada pelaksana sistem tersebut.
Buku-buku rujukan di universiti terutamanya hampir kesemuanya dalam Bahasa Inggeris. Bayangkan jika pelajar-pelajar ini tidak didedahkan dengan Bahasa Inggeris sejak awal. Akan lebih tertinggal mereka di belakang.

Sudahlah di rumah mereka didedahkan dengan Bahasa Melayu sejak mula melangkah. Ada di antara mereka ini yang memanggil bapa dan ibu mereka dengan panggilan Papa dan Mama. Tidak hilang Melayunya sekiranya subjek Sains dan Matematik diajar dalam Bahasa Inggeris.
Ada di antara pelajar-pelajar itu akan melangkah ke universiti luar negara. Adakah mereka akan terus berbahasa Melayu dengan pelajar antarabangsa yang sama-sama menuntut ilmu bersama mereka ? Atau pun mereka terus terperangkap dalam kelompok Melayu sahaja di sana kelak ?

Saya kira tidak ada apa masalahnya jika subjek itu terus diajar dalam Bahasa Inggeris kerana apabila mereka melangkah ke universiti dan alam pekerjaan kelak mereka akan berterima kasih.
Ya. Saya bangga dengan Bahasa Melayu saya. Saya menulis blog ini pun dalam Bahasa Melayu dan jarang sekali menulis dalam Bahasa Inggeris di blog ini. Saya tidak akan menjadi Orang Putih kalau diajar subjek Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris. Saya akan terus menjadi Melayu.

Jadi, apa masalahnya ?

Anonymous said...

org asli tu... bukan sebab tak buat sebab bahasa inggeris... kalau bahasa melayu pun tak boleh buat... sebab semulajadinya begitu...

sebab itu diajar dari darjah satu....akan boleh punyeer...belajarlah...esok nyesal... aku pun dari kampung dulu dan dapat juga masuk universiti....mmgla boleh terer bahasa inggeris tapi tak la tereer sgt... ala-ala aje... jeles tgk yg terer tau...

Anonymous said...

hello hagemaru..kamu tolong datang kan bukti negara maju mana yang menggunakan bahasa asing dalam menguasai bidang sains & matematik..kamu mungkin tertinggal point yang pejuang bahasa perkatakan.tak de sapa yang kata jangan belajar bahasa inggeris dan tak de sapa yang menafikan pentingnya bahasa inggeris..cuma kenapa bila pelajar melayu lemah berbahsa inggeris,tapi yang jadi mangsanya ialah sains & mate..kenapa tak diperbaiki sahaja mutu pengajaran & pembelajaran bahasa inggeris yang di ajar disekolah..kalau b.inggeris yang diajar disekolah sekarang hanya memberi penekanan pada aspek reading & writing,apa salahnya di tambah kepada speaking.bukankah ini juga satu langkah utk atasi kelemahan pelajar dalam berbahasa inggeris..kamu tidak pelik ke hagemaru pelajar melayu lemah berbahasa inggeris, tapi yang jadi mangsanya ialah sains & mate..kalau subjek b.inggeris mcm kamu yang boleh gelak dan ketawa, sudah tentu dia akan gelakkan sains & mate...kerana aku kamu yang jadi mangsa..jepun guna bahasa ibunda mereka,malahan britain jug menggunakan bhsa ibunda mrk..boleh di katakan semua negara maju menggunakan bhsa ibunda mrk..yang pelik m'sia sahaja cuba untuk memperkosakan bahasa sendiri.

Anonymous said...

Saya amat setuju dan kagum dengan pandangan yang dikemukakan oleh Sang Kelembai. Mmg tepat beliau berhujah, hanya negara ini saja yang meragui bahasa ibundanya sendiri sehingga memaksa UMNO menderhakainya dengan berkata bhw BI saja yang mampu memodenkan pemikiran anak bangsanya. Poooorah!

Anonymous said...

Salam.

Mengesuasi lebih dari satu bahasa adalah lebih baik ,

Orangluar negara pon selesa menuntut disini .Ramai pon mereka ini .

Bahasa inggerish disesuaikan dalam mata pelajaran Sain dan Metametik memang akan diguna pakai diperingkat yang lebih tinggi . Ini sesuai dengan langkah awal .

Bahasa malaysia tetap menjadi bahasa pengantar disekolah-sekolah dan dalam pelajaran yang lain, Isu meminggirkan bahasa agak janggal selain BERAJENDA .

IQRA,BACALAH,BELAJARLAH .

Anonymous said...

Hello…hello sang kelembai….kamu tertinggal satu faktor lagi bagaimana nak mahir dalam bahasa inggeris…iaitu Listening….mmg ada kelemahan dalam pengajaran bahasa inggeris di sekolah ..lebih tertumpu kat reading and writing..sebenarnya kita kena banyak membaca(banyakkan vocabulary), banyak mendengar dan banyak bercakap dan lepas tu lah baru writing…bila kita belajar dalam bahasa inggeris terutamanya dalam subjek sains dan matematik, kita akan biasa dengan bahasa tu..tak lah bergantung kat subjek bahasa inggeris aje…lagipun buku2 rujukan banyak dalam bahasa inggeris…kalau time sekolah belajar bahasa melayu tapi bila sampai universiti, kita kena jugak belajar dalam bahasa inggeris….masa tu baru lah sibuk nak bukak kamus…apa salahnya dari zaman sekolah lagi kita belajar dalam bahasa inggeris…negara kita berbilang bangsa…orang cina bercakap bahasa inggeris kat rumah selain bahasa ibunda dia..begitu juga orang India…tu sebab diorang fasih berbahasa inggeris..orang melayu???? Kat rumah, kat sekolah dan kat mana2cakap bahasa melayu…bila masanya nak mahir bahasa inggeris????
Budak-budak kecik dalam 5-6 tahun kalau diletakkan dalam sekolah yang bahasa pengantarnya bahasa inggeris, cukuplah 3 bulan, dia dah boleh bertutur dalam bahasa inggeris…dari kecik lah kita kena ajar diorang dalam bahasa inggeris…tak yah lah nak tunggu dah besar panjang baru nak mahir bertutur dan menulis dalam bahasa inggeris…dunia sekarang bergerak laju…kita pun kena seiring…cepat dan pantas..
Tak hilangnya melayu kita ni kalau belajar dalam bahasa inggeris…kalau belajar dalam bahasa inggeris dah di labelkan ‘memperkosakan bahasa sendiri’, kalau ditukarkan bahasa pengantar disekolah, apa agaknya bahasa yang akan digunakan oleh si kelembai ni????

Kita ni bukan lah berada dalam negara maju hakikatnya kalau mentaliti rakyatnya berada di kelas ke 3..

Anonymous said...

HAHHAHHAA SANG KELEMBAI.... AMBIK KO..... IQRA.... JGN JADI ALASAN... KALAU BOLEH LEPAS NI... AJAR BAHASA ARAB DAN MANDARIN PULAK KAT SEKOLAH... LAGI LAH MELENTING KORANG....AKU IKUT JER.... MANA YG BAIK OK JER...

Anonymous said...

Salam Abd. Rahman Hashim,

Saya setuju dengan pendapat Datuk Samad,dalam pilihanraya kecil Dua Bukit dan Satu Batang, Barisan Nasional( Be End) harus mengunakan bahasa English untuk berkempen dalam pilihanraya ini demi mempertahankan bahasa English dalam pelajaran sain dan Matematik... Dato Hishamudin bolehlah cium Kris.... tetapi mereka menggunakan Bahasa Melayu untuk berkempen dalam Pilihanraya untuk memperdayakan pengundi Bangsa Melayu walhal mengunakan Bahasa English untuk pelajaran Sain dan Matematik. Pelik dan Hairan dengan pemimpin UMNO orang Putih