Saya dan Rosli tidak berduaan sahaja. Saudara Hamzah Kamarudin Ketua UMNO Cawangan Seksyen 6 Wangsa Maju turut bersama kami. Beliau memang sering di tempat ini, dan kehadirannya hari ini kelihatan lebih awal dari saya dan juga Rosli.
Sebelah malamnya, saya dan Rosli bertemu dengan Samsuri Shahrom (Pegawai Khas Timbalan Menteri WP) di sekitar Kompleks Damai, Jalan Lumut (Berrdekatan Hotel Vistana). Agak lama juga saya tidak bertemu Samsuri. Kali terakhir bersama beliau ialah di Pejabat UMNO Bahagian Setiawangsa selepas mesyuarat AJK Bahagian bulan Disember lepas.
Secara santai kami tidak melepaskan wacana ini bertanyakan mengenai hal ehwal politik di Bahagian kami, Setiawangsa. Secara ikhlas saya menyatakan di sini bahawa skop topik yang dicanaikan ialah menjurus kepada bagaimana kaedah terbaik untuk '
Mesrakan UMNO' yang diperkatakan oleh Datuk Sri Najib hari ini sebagai 'Kurang Mesra Rakyat' dengan merujukkan ia menjadi salah satu punca kepada BN yang tewas di Kuala Terengganu di dalam PRK P036 17 Januari lepas.
Saya berpendapat, UMNO bukan sahaja perlu lebih mesra rakyat, malah UMNO yang sakit tua ini perlu ditambah nilai dengan segala unsur sinergi untuk menjadikannya lebih berdaya tahan. UMNO mesti fokus untuk menterjemahkan kehendak dan kebencian yang ditunjukkan oleh generasi muda yang kini menguasai pentas pilihan raya.
WOW UMNOSlogan mesra rakyat yang ditampilkan tidak menjadi
'WOW' kerana UMNO masih dihingar bingarkan dengan pergelutan merebut kuasa yang dilihat masih dicemari dengan
RASUAH, sehingga Datuk Husam Musa Naib Presiden PAS di dalam ceramahnya di Kuala Terengganu melabelkan UMNO sebagai parti Melayu yang digenangi dengan masalah rasuah yang berpanjangan.
UMNO juga tidak ada WOW kerana pemimpin-pemimpinnya dilihat terlalu elitis dan bergaya sehingga menyaksikan golongan yang menguasai kepemimpinan parti ini hanya mementingkan jawatannya sahaja sehingga sanggup membeli dan merasuah undi yang tidak sanggup dilakukan oleh golongan pemimpin akar umbi yang
marhain.
Perakus kuasaGolongan yang marhain di akar umbi ini dilihat menjadi alat kepada perakus kuasa, walaupun bakat kepimpinan perasuah ini tidak merakyatkan UMNO secara leluhurnya.
Sekali lagi UMNO dilihat semakin tidak mesra rakyat, kerana sikap pemimpin elit jenis ini telah menguasai legasi kepimpinan yang tidak dapat menjiwai hati nurani rakyat yang dihimpit kesusahan tanpa diberikan pembelaan yang sewajarnya.
UMNO di peringkat cawangan yang menggalas hati nurani rakyat akar umbi juga dilihat hanya tampil secara bermusim pada setiap tahun ketika hendak mengadakan persidangan tahunannya sahaja. Itu pun kadang-kadang intipati persidangan tahunan yang diadakan sekadar untuk melengkapkan 'Borang 9' sahaja dengan memilih penjawat jawatan yang boleh menyokong pelobi jawatan di peringkat Bahagian.
Upload & Download PemimpinAgak mengecewakan juga apabila persidangan tahunan yang diadakan itu tidak dijadikan platform untuk mengangkat permasalahan rakyat setempat seperti masalah penjaja, masalah prasarana pendidikan dan bantuan kebajikan kepada golongan yang daif. Usul yang berunsurkan pembelaan kepada rakyat tidak menjadi keutamaan, sebaliknya sesuatu persidangan yang dijalankan dilihat begitu tertumpu kepada perebutan jawatan untuk menaikkan (Upload) dan menjatuhkan (Download) pemimpin.
Seringkali pula persidangan yang sedemikian telah diatur rapi oleh pelobi-pelobi jawatan tertentu yang berkepentingan untuk menguatkan kabilah masing-masing dan kemudiannya kelumpuk kabilah tertentu ini akan berusaha dengan sepenuh dayanya untuk mengatur langkah strategik menggulingkan pemimpin yang tidak sehaluan dengannya.
Demi untuk mejayakan cita-cita rakus pemimpin tertentu ini, ada yang sanggup dan terpaksa berusaha mendapatkan
'sumber biaya' untuk diagih-agihkan kepada perwakilan tertentu dengan tujuan untuk melobi undi.
Siapa Perasuah UMNO?Lazimnya tokoh yang mempunyai kemampuan dari segi kewangan walaupun ia cetek dalam diplomasi politiknya bakal menjadi '
perasuah UMNO' sehingga ramai yang terpaksa menerima rasuahnya. Benarkah kriteria seseorang yang mahu menjadi ketua kabilah di dalam UMNO MESTI dari golongan orang kaya? Mengapakah fenomena meletakkan orang yang berduit sahaja yang layak untuk merasuah ketua-ketua cawangan serta perwakilan untuk diangkat sebagai pemimpin? Sepatutnya orang yang berduit di dalam UMNO menghulurkan sumbangan seadanya untuk membantu menguatkan struktur parti supaya setiap pemimpin cawangan dapat menggerakkan aktiviti masyarakat yang diwakilinya.
Mereka harus ikhlas untuk membantu parti, dan bukannya terdorong menjadi manusia yang hanya untuk memperkecilkan orang lain yang dianggap naif sehingga merendahkan martabat seseorang Ketua Cawangan yang dilihatnya boleh dibuli dengan wang ringgit.
Berjihad membantu UMNOJika UMNO hendak bertahan lama, hanya golongan konglomerat yang berhati mulia tanpa prejudis dengan jawatan yang diidamkan, serta mereka ini juga sanggup mempertaruhkan harta kekayaannya untuk berjihad membantu UMNO mensifarkan kemiskinan tanpa gilakan jawatan dalam parti, sudah pasti UMNO akan kembali di hati rakyat.
Kombinasi kekayaan yang dimiliki dengan keupayaan berbakti kepada masyarakat menerusi perjuangan UMNO akan melahirkan UMNO yang penuh kejiwaan. Kebijakan mengatur program merakyatkan UMNO akan menjadikan UMNO sentiasa di hati rakyat.
Kesejagatan UMNOUMNO di semua peringkat, terutamanya di peringkat cawangan harus digerakkan nadinya sehingga mereka merasakan suatu kehilangan tanpa UMNO. UMNO zaman moden ini mesti kelihatan 'sejagat' tanpa menghakiskan nilai-nilai budaya keMelayuan yang diwarisi. UMNO jangan berdolak dalik lagi untuk mempertahankan kesucian agama Islam yang dianuti oleh umat Melayu, dan jangan pula memandang rendah martabat bahasa nenek moyang kita ini. Bahasa adalah jiwa bangsa!
Perlekehkan Bahasa Melayu jangan memimpin UMNOJika pemimpin UMNO merasa malu dengan bahasanya sendiri, lebih baik dia berundur sahaja daripada menjadi pemimpin Parti Kebangsaan Melayu Bersatu ini. Lebih ramai lagi pemimpin yang dilihat lebih berjiwa Melayu, yang layak memperjuangkan bahasa Melayu ini. Pemimpin Melayu yang bacul seumpama ini adalah pengkhianat kepada bangsa Melayu, dan tidak sewajarnya diberikan tempat menjadi pemimpin UMNO.
Merakyatk
an SetiawangsaAkhirnya saya nak angkat topi kepada Hamzah Kamaruddin yang begitu sinikal dengan mengingatkan supaya kita tidak berpecah belah untuk menguatkan UMNO di Bahagian Setiawangsa yang dipimpin oleh DS Zulhasnan Rafique. Sambil beliau berbangga dengan kehadiran semula saya di dalam barisan Ahli Jawatankuasa Bahagian Setiawangsaa, Hamzah juga mengharapkan lebih banyak lagi penggerak UMNO yang boleh membantu memperkuatkan pimpinan UMNO Setiawangsa.
Secara optimistik, Hamzah juga melihat betapa banyak peluang ekonomi yang harus diceburi oleh anak bangsa kita, dan beliau percaya UMNO di bawah kepimpinan DS Zulhasnan Rafique yang kini menjawat jawatan Menteri WP dapat berbuat sesuatu yang bermanfaat untuk warga di Setiawangsa ini.