4.15 petang - Terkini...Menteri Besar Perak Datuk Seri Ir. Mohd. Nizar Jamaludin dalam keadaan yang sungguh terdesak terpaksa menghadap Sultan Azlan Shah sekali lagi untuk mendapatkan perkenan ke Bawah Duli Tuanku bagi membolehkan Dewan Undangan Negeri Perak di bubarkan serta merta.Sementara itu di Putrajaya Datuk Sri Najib Tun Razak yang juga Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Perak sedang bersedia untuk mengadakan sidang media tergemparnya bagi tujuan pengumuman penting berhubung dengan perkembangan terkini politik negeri Perak.
Difahamkan dua ADUN Perak (Pasangan Belangkas) iaitu Jamaluddin Mohd. Radzi dan Mohd. Osman Jailu (Kedua-dua dari DUN Behrang dan Changkat Jering) telah membuat pengumuman menyertai UMNO. Begitu juga perkembangan terkini menyaksikan ADUN Bota, Datuk Nasarudin Hashim yang yang sebelum ini menyertai PKR akan kembali semua ke pangkal jalan menyertai UMNO.

Akhirnya masuk UMNO..??
Jika ini yang terjadi, keadaan politik negeri Perak akan terus bergelora dan menjadi semakin tidak menentu. Jika pasangan belangkas itu menyertai UMNO, kemudian kes rasuahnya akan disabitkan, maka sudah pasti kedua-dua kerusi itu akan menjadi kosong, seterusnya memaksa satu pilihan raya kecil diadakan. Mana-mana parti yang mengharapkan penyertaannya, pasti akan menanggung beban yang menyebabkan rakyat akan mengadilinya di dalam satu lagi pilihan raya kecil.
Mari kita tungu apakah yang terjadi dalam masa sesingkat ini. BN atau Pakatan Rakyat yang rebah...


No comments:
Post a Comment