Saya mula menulis coretan ini pada jam 2.30 pagi, 22 Januari 2009. Siang tadi saya agak lama di Warung Kopi Starbucks di Great Eastern Mall, di Jalan Ampang, Kuala Lumpur, bersama dengan rakan/sahabat handai seperjuangan saya di dalam UMNO iaitu Saudara Rosli Mohammad, Ketua UMNO Cawangan Kelumpuk Bunga Raya sejak pukul 4.00 petang dan kami beredar meninggalkan Great Eastern Mall pada jam 6.30 petang. Kami memang selalu bertemu di sana secara santai sambil bertukar-tukar fikiran mengenai pelbagai topik, dan tentuya topik mengenai politik semasa kebangsaan dan juga 'Setiawangsa' tidak dapat dipisahkan di dalam wacana santai kami.Saya dan Rosli tidak berduaan sahaja. Saudara Hamzah Kamarudin Ketua UMNO Cawangan Seksyen 6 Wangsa Maju turut bersama kami. Beliau memang sering di tempat ini, dan kehadirannya hari ini kelihatan lebih awal dari saya dan juga Rosli.
Sebelah malamnya, saya dan Rosli bertemu dengan Samsuri Shahrom (Pegawai Khas Timbalan Menteri WP) di sekitar Kompleks Damai, Jalan Lumut (Berrdekatan Hotel Vistana). Agak lama juga saya tidak bertemu Samsuri. Kali terakhir bersama beliau ialah di Pejabat UMNO Bahagian Setiawangsa selepas mesyuarat AJK Bahagian bulan Disember lepas.
Secara santai kami tidak melepaskan wacana ini bertanyakan mengenai hal ehwal politik di Bahagian kami, Setiawangsa. Secara ikhlas saya menyatakan di sini bahawa skop topik yang dicanaikan ialah menjurus kepada bagaimana kaedah terbaik untuk 'Mesrakan UMNO' yang diperkatakan oleh Datuk Sri Najib hari ini sebagai 'Kurang Mesra Rakyat' dengan merujukkan ia menjadi salah satu punca kepada BN yang tewas di Kuala Terengganu di dalam PRK P036 17 Januari lepas.
Saya berpendapat, UMNO bukan sahaja perlu lebih mesra rakyat, malah UMNO yang sakit tua ini perlu ditambah nilai dengan segala unsur sinergi untuk menjadikannya lebih berdaya tahan. UMNO mesti fokus untuk menterjemahkan kehendak dan kebencian yang ditunjukkan oleh generasi muda yang kini menguasai pentas pilihan raya.
WOW UMNO
Slogan mesra rakyat yang ditampilkan tidak menjadi 'WOW' kerana UMNO masih dihingar bingarkan dengan pergelutan merebut kuasa yang dilihat masih dicemari dengan RASUAH, sehingga Datuk Husam Musa Naib Presiden PAS di dalam ceramahnya di Kuala Terengganu melabelkan UMNO sebagai parti Melayu yang digenangi dengan masalah rasuah yang berpanjangan.
UMNO juga tidak ada WOW kerana pemimpin-pemimpinnya dilihat terlalu elitis dan bergaya sehingga menyaksikan golongan yang menguasai kepemimpinan parti ini hanya mementingkan jawatannya sahaja sehingga sanggup membeli dan merasuah undi yang tidak sanggup dilakukan oleh golongan pemimpin akar umbi yang marhain.
Perakus kuasa
Golongan yang marhain di akar umbi ini dilihat menjadi alat kepada perakus kuasa, walaupun bakat kepimpinan perasuah ini tidak merakyatkan UMNO secara leluhurnya.
Sekali lagi UMNO dilihat semakin tidak mesra rakyat, kerana sikap pemimpin elit jenis ini telah menguasai legasi kepimpinan yang tidak dapat menjiwai hati nurani rakyat yang dihimpit kesusahan tanpa diberikan pembelaan yang sewajarnya.
UMNO di peringkat cawangan yang menggalas hati nurani rakyat akar umbi juga dilihat hanya tampil secara bermusim pada setiap tahun ketika hendak mengadakan persidangan tahunannya sahaja. Itu pun kadang-kadang intipati persidangan tahunan yang diadakan sekadar untuk melengkapkan 'Borang 9' sahaja dengan memilih penjawat jawatan yang boleh menyokong pelobi jawatan di peringkat Bahagian.
Upload & Download Pemimpin
Agak mengecewakan juga apabila persidangan tahunan yang diadakan itu tidak dijadikan platform untuk mengangkat permasalahan rakyat setempat seperti masalah penjaja, masalah prasarana pendidikan dan bantuan kebajikan kepada golongan yang daif. Usul yang berunsurkan pembelaan kepada rakyat tidak menjadi keutamaan, sebaliknya sesuatu persidangan yang dijalankan dilihat begitu tertumpu kepada perebutan jawatan untuk menaikkan (Upload) dan menjatuhkan (Download) pemimpin.
Seringkali pula persidangan yang sedemikian telah diatur rapi oleh pelobi-pelobi jawatan tertentu yang berkepentingan untuk menguatkan kabilah masing-masing dan kemudiannya kelumpuk kabilah tertentu ini akan berusaha dengan sepenuh dayanya untuk mengatur langkah strategik menggulingkan pemimpin yang tidak sehaluan dengannya.
Demi untuk mejayakan cita-cita rakus pemimpin tertentu ini, ada yang sanggup dan terpaksa berusaha mendapatkan 'sumber biaya' untuk diagih-agihkan kepada perwakilan tertentu dengan tujuan untuk melobi undi.
Siapa Perasuah UMNO?
Lazimnya tokoh yang mempunyai kemampuan dari segi kewangan walaupun ia cetek dalam diplomasi politiknya bakal menjadi 'perasuah UMNO' sehingga ramai yang terpaksa menerima rasuahnya. Benarkah kriteria seseorang yang mahu menjadi ketua kabilah di dalam UMNO MESTI dari golongan orang kaya? Mengapakah fenomena meletakkan orang yang berduit sahaja yang layak untuk merasuah ketua-ketua cawangan serta perwakilan untuk diangkat sebagai pemimpin? Sepatutnya orang yang berduit di dalam UMNO menghulurkan sumbangan seadanya untuk membantu menguatkan struktur parti supaya setiap pemimpin cawangan dapat menggerakkan aktiviti masyarakat yang diwakilinya.
Mereka harus ikhlas untuk membantu parti, dan bukannya terdorong menjadi manusia yang hanya untuk memperkecilkan orang lain yang dianggap naif sehingga merendahkan martabat seseorang Ketua Cawangan yang dilihatnya boleh dibuli dengan wang ringgit.
Berjihad membantu UMNO
Jika UMNO hendak bertahan lama, hanya golongan konglomerat yang berhati mulia tanpa prejudis dengan jawatan yang diidamkan, serta mereka ini juga sanggup mempertaruhkan harta kekayaannya untuk berjihad membantu UMNO mensifarkan kemiskinan tanpa gilakan jawatan dalam parti, sudah pasti UMNO akan kembali di hati rakyat.
Kombinasi kekayaan yang dimiliki dengan keupayaan berbakti kepada masyarakat menerusi perjuangan UMNO akan melahirkan UMNO yang penuh kejiwaan. Kebijakan mengatur program merakyatkan UMNO akan menjadikan UMNO sentiasa di hati rakyat.
Kesejagatan UMNO
UMNO di semua peringkat, terutamanya di peringkat cawangan harus digerakkan nadinya sehingga mereka merasakan suatu kehilangan tanpa UMNO. UMNO zaman moden ini mesti kelihatan 'sejagat' tanpa menghakiskan nilai-nilai budaya keMelayuan yang diwarisi. UMNO jangan berdolak dalik lagi untuk mempertahankan kesucian agama Islam yang dianuti oleh umat Melayu, dan jangan pula memandang rendah martabat bahasa nenek moyang kita ini. Bahasa adalah jiwa bangsa!
Perlekehkan Bahasa Melayu jangan memimpin UMNO
Jika pemimpin UMNO merasa malu dengan bahasanya sendiri, lebih baik dia berundur sahaja daripada menjadi pemimpin Parti Kebangsaan Melayu Bersatu ini. Lebih ramai lagi pemimpin yang dilihat lebih berjiwa Melayu, yang layak memperjuangkan bahasa Melayu ini. Pemimpin Melayu yang bacul seumpama ini adalah pengkhianat kepada bangsa Melayu, dan tidak sewajarnya diberikan tempat menjadi pemimpin UMNO.
Merakyatk
an Setiawangsa
Akhirnya saya nak angkat topi kepada Hamzah Kamaruddin yang begitu sinikal dengan mengingatkan supaya kita tidak berpecah belah untuk menguatkan UMNO di Bahagian Setiawangsa yang dipimpin oleh DS Zulhasnan Rafique. Sambil beliau berbangga dengan kehadiran semula saya di dalam barisan Ahli Jawatankuasa Bahagian Setiawangsaa, Hamzah juga mengharapkan lebih banyak lagi penggerak UMNO yang boleh membantu memperkuatkan pimpinan UMNO Setiawangsa.
Secara optimistik, Hamzah juga melihat betapa banyak peluang ekonomi yang harus diceburi oleh anak bangsa kita, dan beliau percaya UMNO di bawah kepimpinan DS Zulhasnan Rafique yang kini menjawat jawatan Menteri WP dapat berbuat sesuatu yang bermanfaat untuk warga di Setiawangsa ini.

an SetiawangsaAkhirnya saya nak angkat topi kepada Hamzah Kamaruddin yang begitu sinikal dengan mengingatkan supaya kita tidak berpecah belah untuk menguatkan UMNO di Bahagian Setiawangsa yang dipimpin oleh DS Zulhasnan Rafique. Sambil beliau berbangga dengan kehadiran semula saya di dalam barisan Ahli Jawatankuasa Bahagian Setiawangsaa, Hamzah juga mengharapkan lebih banyak lagi penggerak UMNO yang boleh membantu memperkuatkan pimpinan UMNO Setiawangsa.
Secara optimistik, Hamzah juga melihat betapa banyak peluang ekonomi yang harus diceburi oleh anak bangsa kita, dan beliau percaya UMNO di bawah kepimpinan DS Zulhasnan Rafique yang kini menjawat jawatan Menteri WP dapat berbuat sesuatu yang bermanfaat untuk warga di Setiawangsa ini.

16 comments:
sdr raman..kan u santai dgn rosli je..cari lah teman santai yg lebih profesional( sebab u dah p'sional )neway u punya artikel arini ok jugalah..tahniah
sdr raman,
santai drpd 4.00 petang sampai 2.30 pagi...inilah namanya 'wow factor' dalam umno...boleh lepak mcm tu punya lama...
kalau masa sama digunakan merapati pengundi/masyarakat di seksyen 10...rumah panjang....flat dbkl...kan lebih elok...
atau, bertemu dengan rakan2 di dlm kawasan setiawangsa...nampak la juga kehadiran umno..
takpela en raman...en raman, rosli, hamzah dll...adalah pahlawan umno yang 'wow factor'...
teruskan santai...patutla umno x pernah jd kuat...pendekar semuanya kaki santai....masih berkunjung ke spa lagi ke en raman..mandi air panas...?
* good luck kepada umno...kalau pendekar semuanya kaki santai...'santat' (santai sambil....)
man
tak kan begitu lama lepak di situ! starbucks pulak tu. tu dah kira bagi syer ke puak2 israel utk bom phosporus bantai rakyat2 palestin. jgn marah man, gurau ajer.
buatlah sesuatu yg drastik utk dinamikkan kembali umno. kena banyak bersyukur kalau tidak nanti kita tersungkur.
selamat berjuang di WM.
Umag ai... santai kat Starbuck... ader gak pemimpin UMNO yang tak sensitif dengan keadaan semasa, banyak2 kedai kopi, kedai kopi Yahudi gak yang awak masuk, dah la kita tak leh tolong saudara seagama di Palestin, sekurang2nya jangan lah sokong barang Israel...
hai... ni la pemimpin UMNO sekarang..tak prihatin langsung !!!
2 HAMZAH DI SETIAWANGSA - ORANG YANG BERLAINAN TAPI KECENDERUNGAN YANG SAMA IAITU NAK CEPAT KAYA.
HAMZAH PERTAMA - SEMUA AKTIVITI BAHAGIAN DIA NAK BUAT, SUKARELA ATAU SUKA-SUKA(MASYUK LE)
HAMZAH KEDUA - TAK PAYAH CAKAP MEMANG DIA DAH KAYA, PROJEK SANA-SINI. ALMAKLUM LAH ORANG KUAT EHEM-EHEM.
SYABAS, ORANG MACAM NI LA YANG UMNO NAK, SAMBIL MENYELAM MINUM AIR, SAMBIL BERPOLITIK SAMBIL MASYUK...
btol jugak komen kawan2 tu wahai encik raman..stuju benor kawe..lain kali takyah cite yg bukan2..kdg2 menyampah jugak..

ni lagi satu cite sihamzah..hamzah marakam ni pandai gunakan jawatan politik untuk buat duit..apa saja dia buat asalkan MASYUK.baguih le camtu wahai en.hamzah.syabas..jangan le jadi mcm raman dok lepak berjam2 kat jenama ISRAEL..
kesian orang umno...
ada pemimpin haprak; walaupun skdr ajk bahagian...kalian kan 'wajah' umno...x ker org benci tgk umno mcm u all ni...
sebab tu budak muda x undi umno...tgk perangai pakcik/uncle/atuk semua macam haram jadah...
setuju! kita org memang selalu tgk orang politik kat great eastern mall...cerita macam nak rak. sembang ke pagi...bila anak dara seksi mcm i lalu...bagai nak terkeluar biji mata...
terutama sekali abg yg 'gebu'...GATAL NAK MAMPUSS!!!
ABG YANG GEBU TU MEMANG GATAI PUN..I YANG JANDA 40 TAHUN PUN DIA CUBA TACKLE..TAPI YANG BUAT HAL PUN DUA TIGA KERAT JANTAN TU JE..YANG LAIN TU OK..TAK SEMUA ORG UMNO JAHAT BELAKA..
ish....selisih malaikat 44 kalau abg gebu tu...muka x der berkat. mcm kaki botol ajer rupanya...takpun taik judi.
kesian kan...itu ajer standard pemimpin dalam umno...
Bro.raman,
"Rakyat memberi isyarat menolak Najib sebagai bakal PM malaysia kalau umno nak jadi releven tukar najib dengan tengku razaliegih yang lebih mesra dan rapat dengan rakyat,kalau tak nak buat anda akan lihat umno semakin parah,jelas dan nyata rakyat tak berkenan dengan najib,tajuk komen untuk di sebenarnya"
sdr.raman..harapan saya coretan u masa akan dtg lebihkan kearah suntikan semangat kepada semua warga umno diWP khasnya dan malaysia amnya..janganlah banyakkan bahasa2 yang merosakkan akidah mereka dlm memperjuangkan parti keramat ini...umno masih relevan dan masih sebagai parti tulang belakang pemerintah..janganlah dikoyak BAJU UMNO dibadan sendiri..

En.Rahman,sebenarnya kebanyakkan orang UMNO sendiri dah bosan dengan perangai orang UMNO yang gila kuasa kerana nak kaya bukan berjuang untuk rakyat. Mereka ini akan guna apa cara untuk jadi ketua yang akan menyebabkan yang kalah kecewa bukan kerana mereka kalah tetapi kecewa cara mereka dikalahkan dgn cara penipuan. Apa guna Ketua Cawangan kalau mesyuarat dijalankan tanpa mereka-tanya Dr.Fikri apa perasaannya. Apa guna wakil bahagian hadir dan mengesahkan mesyuarat tetapi dibatalkan olih Bahagian tanpa sebarang sebab. Kenapa mesyuarat yang dijalankan dgn teratur dibatalkan yang dijalankan tidak betul diluluskan. Kalau masaalah ini tidak diperbetulkan ahli mungkin akan melepaskan marah melalui peti undi.Inilah masaalah UMNO di mana jua.Semuanya sebab WANG.
Post a Comment