assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Monday, January 26, 2009

Zahid arah pegawai kerajaan pusat jangan hadir mesyuarat kerajaan negeri Perak, ADUN Bota pula keluar BN .

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri yang menjaga hal ehwal Islam di peringkat Persekutuan, Datuk Seri Dr. Mohd. Zahid Hamidi (Foto) secara tiba-tiba bertindak dengan emosinya dengan membuat arahan menghalang pegawai kerajaan Pusat menyertai mesyuarat-mesyuarat kerajaan negeri Perak. Beliau yang juga Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Perak berkata bahawa arahan ini akan berkuat kuasa serta merta.
ADUN Bota keluar UMNO
Berita panas terbaru daripada Negeri Perak pula melaporkan bahawa Ahli Dewan Undangan Negeri BN Kawasan Bota Datuk Nasaruddin Hashim (Foto kanan) telah bertindak agresif mengumumkan dirinya keluar daripada UMNO sama seperti tindakan yang dibuat oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad. Tun Dr. Mahathir Mohamad keluar UMNO kerana kecewa dengan kepimpinan Pak Lah dan beliau bersedia masuk semula ke dalam UMNO apabila Pak Lah tidak lagi memimpin parti ini.
Datuk Nasarudin Hashim yang juga bekas Pengerusi FELCRA pula bertindak keluar daripada UMNO dan telah membuat keputusan menyertai PKR. Tindakan yang diambil oleh ADUN Bota ini benar-benar telah memberikan tamparan kepada UMNO dan BN Negeri Perak yang dilihat merestui dengan arahan Zahid Hamidi untuk konfront dengan kerajaan Pakatan Rakyat.
Saya secara peribadi mengenali rapat dengan Datuk Nasarudin Hashim ini., malah saya pernah menemuinya di Ibu Pejabat FELCRA yang berdekatan dengan tempat tinggal saya di Seksyen 10 Wangsa Maju (Lihat Foto sebelah: YB Datuk Nasarudin Hashim di tengah) Saya bertemu dengan beliau pada ketika itu untuk membincangkan hal-hal berkaitan dengan permohonan tanah di Negeri Sarawak, yang bakal dimajukan secara usahasama diantara Skuad 69 PDRM Sarawak dengan Felcra.
Kebetulan pula beliau adalah Wakil Rakyat di kampung kelahiran saya di Lambor Kanan, Parit, Perak; telah membuatkan hubungan kami semakin akrab. Selepas daripada pertemuan itu, kami sering berjumpa di luar minum teh tarik di warung mamak di Jalan Ipoh, Kuala Lumpur.
Dahulunya kawasan Bota ini pernah diwakili oleh bapa saudara saya, Dato' Ahmad Hambal Yeop Majlis yang juga Ketua UMNO Bahagian Parit. Semasa Allahyarham Datuk Ahmad Hambal Yeop Majlis memimpin UMNO Bahagian ini, Datuk Nasarudin Hashim merupakan Naib Ketua Pemuda UMNO Bahagian Parit. Beliau juga merupakan penyokong kuat Dato' Ahmad Hambal Yeop Majlis.
Apabila mendapat tahu bahawa Datuk Nasarudin Hashim telah bertindak keluar daripada UMNO, saya agak terperanjat. Saya menjadi lebih terkejut apabila beliau membuat pengumuman ini di Ibu Pejabat PKR di Petaling Jaya, sekaligus mengumumkan dirinya telah menyeberang ke dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR).
UMNO hilang satu kerusi lagi
Tentunya beliau telah menemui Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum membuat pengumuman tersebut (Lihat foto Anwar menyarungkan baju PKR kepada Datuk Nasarudin) Terkeluarnya Datuk Nasarudin Hashim daripada UMNO, dengan sendirinya menyaksikan betapa BN yang memerlukan suntikan pemulihannya setelah kalah di dalam pilihan raya kecil Kuala Terengganu, telah kehilangan satu kerusi di negeri yang kini dikuasai oleh Pakatan Rakyat.
Dengan perkembangan ini juga kerajaan Pakatan Rakyat yang terdiri daripada tiga komponen parti iaitu PKR, DAP dan PAS kini mempunyai 32 kerusi, berbanding dengan BN yang tinggal 27 kerusi.
Sementara itu di dalam satu perkembangan yang lainnya, Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Perak Dato' Seri Tajol Rosli Ghazali telah mengadakan mesyuarat tergempar yang dihadiri oleh semua pemmpin UMNO dan juga ADUN BN Negeri Perak bagi membincangkan isu yang menghimpit UMNO dan Barisan Nasional ini.
Dato' Tajol dikatakan sedang berusaha untuk menghubungi Datuk Nasarudin bagi mendapatkan gambaran sebenar tentang tindakannya itu, seterusnya beliau berkata akan mengusahakan supaya Datuk Nasarudin dapat bertemu Pak Lah dan juga Najib dalam masa yang terdekat ini.
Di dalam suasana yang getir ini timbul satu persoalan, kewajaran apakah Zahid Hamidi mengeluarkan arahan supaya dijurangkan hubungan kakitangan kerajaan pusat negeri Perak dengan kerajaan negeri yang sedang memerintah?
Zahid dapat arahan Kabinet ke?
Adakah arahan yang serupa akan dibuat terhadap Pegawai Kerajaan Pusat bagi negeri-negeri lain yang dikuasai oleh Pakatan Rakyat? Rakyat mungkin ingin tahu apakah arahan ini telah diputuskan oleh jemaah Menteri?
Sesungguhnya tindakan yang dibuat oleh Zahid ini pasti akan menikam diri sendiri, dan kesan daripada arahan bebal ini akan menyebabkan majoriti rakyat yang telah membuat keputusan menolak BN di negeri berkenaan di dalam PRU12 lalu, akan terus alergik dengan UMNO dan BN.
UMNO Desperado
Arahan ini sebenarnya juga tidak mendatangkan keuntungan kepada UMNO, malah keputusan ini dilihat tidak mempunyai daya tarikan untuk melemahkan kepercayaan rakyat negeri Perak kepada kerajaan yang telah mereka pilih sendiri.
Arahan keras yang dibuat oleh Zahid ini juga telah menyulitkan lagi harapan UMNO dan BN untuk merampas semula negeri-negeri yang dikuasai oleh Pakatan Rakyat. Sebagai sebuah parti yang mempunyai track record kematangannya, tindakan terburu-buru Zahid Hamidi melambangkan kerakusan UMNO yang menjadi Desperado di negeri Perak.


5 comments:

Anonymous said...

Datuk Nasa keluar UMNO kerana parti itu tidak menghargai peranannya sebagai wakil rakyat di Bahagian Parit, Perak. Semasa bertanding Ketua Bahagian itu, Datuk Nasa turut dihina, difitnah oleh puak yang menyokong Ketua Bahagian, Datuk Zaim.
Saya angkat topi kepada sdr Raman yang telus mengupas mengenai nasib UMNO kini. Kalau boleh Sdr Raman pujuklah Datuk Nasa supaya berpatah balik kepada UMNO yang telah menangkannya dalam PRU12 dulu.

Anonymous said...

DUN Bota berada dalam kawasan Parlimen Parit. Kawasan ini pernah diwakili oleh pemantun terkenal penglipur lara HASHIM GERA yang menang atas tiket PAS.
Parlimen Parit juga pernah diwakili oleh DATUK HISAN IBRAHIM yang juga Ketua UMNO Bahagian Parit. Datuk Hisan kemudiannya dilantik Pengerusi RISDA.
DATUK HAMBAL bapa sdr Rahman Hashim juga pernah mengetuai Bahagian Parit dan juga Ahli Parlimen kawasan ini. Datuk Hambal juga pernah menjadi SU Perhubungan UMNO Perak dan juga Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak, serta juga menjadi Pengerusi Permodalan Perak Berhad.
DATUK ZAIM yang kini menjadi Ketua UMNO Bahagan Parit juga merupakan bekas Setiausaha Politik Ramli Ngah Talib MB Perak. Beliau menggantikan Datuk Hambal yang tidak mempertahankan jawatan Ketua Bahagian Parit.
DATUK MEGAT JUNID MEGAT AYOB juga pernah bertanding di Parlimen Parit dalam pilihan raya 1999, tetapi ditewaskan oleh calon PAS.
DUN Bota pula telah diwakili calon PKR, Kpt (B) Usaili. Usaili ialah seorang bekas pemmpin Pemuda UMNO Bhg Parit.
Pada tahun 2004, DATUK NASARUDIN HASHIM dipertaruhkan bertanding di Parlimen Parit, dan beliau menang mengalahkan calon PAS. Beliau dilantik sebagai Pengerusi Felcra.
Pada tahun 2008, Datuk Nasa dipindahkan bertanding DUN Bota, menang juga atas tiket BN. Tetapi tidak dilantik semula sebagai Pengerusi Felcra. Beliau juga kalah bertanding Ketua UMNO Bahagian Parit di tangan Datuk Zaim.
Parlimen Parit kini diwakili oleh BN, tetapi kini DUN Bota telah berhijrah ke PKR.
Demikianlah sepintas lalu mengenai PARIT ataupun PARIS dan juga mengenai BOTA ataupun BOSTON.
SDR RAHMAN lahir di Lambor juga dikenali sebagai LAMBORGHINI.
Mampukah BN bertahan di Parlimen Parit, DUN Belanja dan juga DUN Bota PRU13 nanti? Sama2 kite lihat.

Anonymous said...

Salam dan selamat sejahtera.

Pepatah Melayu ada berkata ,
Nak seribu daya tak nak tak payah seribu satu dalih dah cukup .

Apa pun keputusan dah di buat dengan hanya satu dalih saja.Di Dun Bota Keputusan bukan rakyat yang buat tapi yang tuan punya diri yang buat .Inilah namanya lompat PARTI .

Dari segi peuntukan undang-undang memang tak salah . Dari segi lain kena tengok lah sama . Sebab diBota tu bukannya menang percuma kawan.Boleh kata Jawatan YB yang disandang tu milik pengundi BN Bota .
So kalau dah tak mau dengan BN atau UMNO , biarlah pengundi BOTA tentukan semula . Apalah itu pon susah ke nak buat.

Marilah kita bersama - sama sembahyang hajat untuk minta petunjuk . Tak payah lah nak tanya siapa betul salah . Kita sembahyang dan minta petunjuk dah tentu kita minta dengan yang diatas.
Tuan /Puan marilah masuk gelanggang Bloger Loceng Wangsa dan kita bena pandangan yang boleh membina Negara yang Sayangi ini .


Sekian .

Anonymous said...

saya puji pendirian YB Nasa...tindakan tepat, daripada terus melayan kebodohan tajol rosli yg mcm 'pondan tua' itu...

nak jaga rakyat kejadah hapanya dengan RM18 ribu setahun (peruntukan kepada wakil rakyat BN) di Perak...nak mampus?

YB Nasa pentingkan pengundi...bukan diri sendiri. Selama inipun dia tak kaya macam tajol, zamri mamak, ramly zahari dll...

keputusan bijaksana...bior ke padan muka tajol yang bengap itu..

sudahlah tajol...undur!!!

Anonymous said...

Salam dan Selamat Sejahtera.

Negara Malaysia dulu merdeka dan dibena oleh hampir seluruh raayat yang pelajarannya kurang .

Yang kita miliki hari ini adalah hasil dari perjuangan mereka .Hari ini rata-rata raayat Malaysia pelajarannya jauh lebih baik .

Adakah raayat yang berpelajaran hari ini boleh menjamin dan mengekalkan kesinambungan hasil perjuangan mereka yang terdahulu ?

Adakah jenerasi sekarang sensetif dan mempunyai semangat Nasional seperti jenerasi dahulu ?

Sama-samalah kita fikirkan bagaimana nasib Negara kita ditangan jenarasi selepas merdeka yang pelajarannya tinggi dan mempunyai asas Ugamanya .

Besar sangatkah sumbangan dan jasanya pada negara oleh jenerasi hari ini ?

Sekian .