
TERKINI...PANAS LAGI HANGIT - Suasana politik negeri Perak semakin bergolak dan bergelut serta tidak keharuan. Dato' Dr. Zambry Kadir (Foto sebelah kri) yang baru saja diperkenankan oleh Sultan Azlan Shah mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Perak Ke-11 telah digantung keanggotaannya sebagai ADUN selama 18 bulan, manakala kesemua barisan exconya pula turut digantung selama 12 bulan.Dalam tempoh itu beliau tidak dibenarkan menghadiri persidangan Dewan Undangan Negeri yang bakal diadakan nanti. Keputusan ini telah dicapai di dalam mesyuarat khas Jawatankuasa Hak dan Kebebasan DUN Perak yang dipengerusikan oleh Speaker DUN, V. Sivakumar (Foto) yang juga ADUN DAP dari Tronoh hari ini.
Walaupun UMNO/BN berjaya mengkudetakan kerajaan Pakatan Rakyat dengan berkedudukan Seri 28-28 di Dewan Undangan Negeri, namun UMNO gagal memaksa ADUN Jelapang dari DAP menyertai mana-mana parti komponen BN. Begitu juga Jamaludin dan Man Jailu juga kedua-duanya ADUN PKR yang memilih untuk menjadi wakil Bebas kerana tidak berhasrat untuk menyertai UMNO
Tiga ADUN Bebas perkuatkan siapa?
Walaupun mereka bertiga dititah menghadap ke Bawah Duli Paduka Seri Sultan Perak untuk menyatakan sokongan mereka kepada BN, namun dari segi teknikalnya BN dan PR tetap berkedudukan Seri 28-28. Kerajaan yang tertegak secara kudeta ini dilihat tidak berkeupayaan untuk mentadbir kerajaan, tetapi Najib telah memilih untuk mempersembahkan kepada Sultan Perak bahawa BN mempunyai kekuatan ajaib yang DIPERKUATKAN oleh 3 ADUN yang kaki lompat ini, termasuk ADUN Bota yang telah kembali semula ke pangkuan UMNO meninggalkan PKR, sebagai hujah bijaksananya untuk merampas kerajaan daripada Pakatan Rakyat yang telah dipilih oleh rakyat di dalam PRU12 yang lalu.
Menteri Besar Perak dari Pakatan Rakyat, Datuk Seri Ir. Nizar Jamaludin setelah mendapati kerajaannya menjadi tidak stabil akibat kejayaan BN memancing 3 ADUNnya keluar daripada parti masing-masing, telah bertindak betul dengan memohon perkenan Sultan Perak supaya DUN Perak dibubarkan bagi membolehkan rakyat memilih semula kerajaan yang mereka kehendaki.
Tetapi Najib kelihatan lebih berjaya dengan diplomasinya meyakinkan Sultan Perak sehingga Sultan Azlan bukan sahaja tidak memperkenankan DUN dibubarkan, malah telah menitahkan Menteri Besarnya meletakkan jawatan serta merta. Akibatnya pemimpin yang dipilih oleh rakyat itu kini memperolehi simpati rakyat yang tidak dapat dihalang lagi.
Tun Dr. Mahathir tak setuju pencabulan kuasa seperti ini

UMNO dan BN sememangnya menampakkan kelibat untuk mengelakkan DUN dibubarkan kerana jika pilihan raya diadakan belum tentu lagi UMNO/BN mendapat laluan mudah untuk membentuk kerajaan. Silap-silap majoriti Pakatan Rakyat semakin bertambah. Maka sebab itu, kaedah merampas kuasa yang telah berlaku itu menjadi pilihan Najib untuk memperjudikan nasib UMNO berada di takhta yang rapuh seperti hari ini.
Dr. Mahathir telah membuat teguran yang membina supaya tidak diperlakukan sedemikian rupa. Begitu juga Tengku Razaleigh Hamzah turut menyatakan bahawa Nizar masih lagi MB Perak yang sah di sisi undang-undang tubuh negeri itu. Pendapat-pendapat tokoh negarawan bukannya kerana mereka terdorong untuk menyebelahi Pakatan Rakyat, tetapi cara pendekatan yang telah diambil itu bukanlah sesuatu yang bijak malah memberi ruang kepada pihak yang teraniaya untuk menggunakan saluran mahkahmah untuk menebus semula apa yang dikatakan sebagai hak rakyat terhadap mereka.
Pencabulan kuasa seperti ini juga mengundang kepada sentimen yang kini dijaja oleh UMNO iaitu penderhakaan terhadap Sultan. Sultan Perak telah diheret dalam gelanggang politik adu domba yang melibatkan cabar mencabar diantara penyokong-penyokong parti yang terbabit, dan masing-masing baru sekarang menampakkan mereka lebih setia dan taat lebih daripada HANG TUAH yang telah disembunyikan oleh Bendahara Melaka.
Bendahara Melaka menyembah derhaka sembunyikan Hang Tuah
Ketika negeri menjadi huru hara dakibat amukan Hang Jebat yang menbela dan kecewa dengan keputusan Rajanya yang menghukum Hang Tuah dibunuh, telah memaksa Bendahara 'MENYEMBAH DURHAKA' kepada Baginda Sultan menyatakan bahawa Hang Tuah masih hidup. Sembah Durhaka Mamak Bendahara ini mendapat sanjungan Sultan Melaka, lalu baginda menitahkan supaya Hang Tuah yang telah difitnah itu kembali ke pangkuan Istana untuk menggalas titah Tuanku spaya Jebat dihapuskan.
Hang Tuah sanggup dan berjaya membunuh Jebat yang membelanya. Mamak Bendahara yang menyembah durhaka kerana tidak menjalankan titah perintah Rajanya juga dipuji oleh Tuanku kerana kedudukan dan kemuliaanya masih di singgahsana.
Demikianlah satira Melayu yang begitu taat dengan Rajanya. Cuma sistem pemerintahan hari ini tidak lagi meletakkan Raja sebagai pemerintah yang mutlak kerana sistem feudal itu telah lama diNyahkan oleh penjajah sejak 446 tahun yang silam. Hari ini Raja Melayu telah diletakkan semula sebagai Payung Negara, cuma rakyat telah diberikan kuasa untuk memilih kerajaan menerusi sistem pilihan raya tanpa mengheret Sultan yang telah dmuliakan.
ADUN Bota dan Jelapang letak jawatan?
Menyorot kembali situasi politik di negeri Perak Darul Ridzwan ini, ianya semakin panas kerana ada ura-ura begitu kuat yang melibatkan ADUN Bota Datuk Nasarudin Hashim (Foto) dikatakan akan meletakkan jawatannya sebagai ADUN Bota pada bila-bila masa dari sekarang. Beliau dikatakan menghadapi tekanan yang kuat akibat tindak tanduknya sendiri yang tidak keharuan.
Datuk Nasa semakin kecewa dan bertambah GETIK kerana pengorbanan dirinya tidak dihargai oleh UMNO/BN yang tidak menyenaraikan dirinya di dalam barisan Exco Kerajaan BN. Begitu juga desas desus begitu kuat menyatakan ADUN Jelapang (Foto) dari DAP juga akan meletakkan jawatannya dalam masa yang terdekat ini. Jika ini yang terjadi Kerajaan BN akan kecundang di tengah jalan yang juga memungkinkan rakyat sekali lagi menjadi Raja Demokrasi.




















