
TERKINI...PANAS LAGI HANGIT - Suasana politik negeri Perak semakin bergolak dan bergelut serta tidak keharuan. Dato' Dr. Zambry Kadir (Foto sebelah kri) yang baru saja diperkenankan oleh Sultan Azlan Shah mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Perak Ke-11 telah digantung keanggotaannya sebagai ADUN selama 18 bulan, manakala kesemua barisan exconya pula turut digantung selama 12 bulan.Dalam tempoh itu beliau tidak dibenarkan menghadiri persidangan Dewan Undangan Negeri yang bakal diadakan nanti. Keputusan ini telah dicapai di dalam mesyuarat khas Jawatankuasa Hak dan Kebebasan DUN Perak yang dipengerusikan oleh Speaker DUN, V. Sivakumar (Foto) yang juga ADUN DAP dari Tronoh hari ini.
Walaupun UMNO/BN berjaya mengkudetakan kerajaan Pakatan Rakyat dengan berkedudukan Seri 28-28 di Dewan Undangan Negeri, namun UMNO gagal memaksa ADUN Jelapang dari DAP menyertai mana-mana parti komponen BN. Begitu juga Jamaludin dan Man Jailu juga kedua-duanya ADUN PKR yang memilih untuk menjadi wakil Bebas kerana tidak berhasrat untuk menyertai UMNO
Tiga ADUN Bebas perkuatkan siapa?
Walaupun mereka bertiga dititah menghadap ke Bawah Duli Paduka Seri Sultan Perak untuk menyatakan sokongan mereka kepada BN, namun dari segi teknikalnya BN dan PR tetap berkedudukan Seri 28-28. Kerajaan yang tertegak secara kudeta ini dilihat tidak berkeupayaan untuk mentadbir kerajaan, tetapi Najib telah memilih untuk mempersembahkan kepada Sultan Perak bahawa BN mempunyai kekuatan ajaib yang DIPERKUATKAN oleh 3 ADUN yang kaki lompat ini, termasuk ADUN Bota yang telah kembali semula ke pangkuan UMNO meninggalkan PKR, sebagai hujah bijaksananya untuk merampas kerajaan daripada Pakatan Rakyat yang telah dipilih oleh rakyat di dalam PRU12 yang lalu.
Menteri Besar Perak dari Pakatan Rakyat, Datuk Seri Ir. Nizar Jamaludin setelah mendapati kerajaannya menjadi tidak stabil akibat kejayaan BN memancing 3 ADUNnya keluar daripada parti masing-masing, telah bertindak betul dengan memohon perkenan Sultan Perak supaya DUN Perak dibubarkan bagi membolehkan rakyat memilih semula kerajaan yang mereka kehendaki.
Tetapi Najib kelihatan lebih berjaya dengan diplomasinya meyakinkan Sultan Perak sehingga Sultan Azlan bukan sahaja tidak memperkenankan DUN dibubarkan, malah telah menitahkan Menteri Besarnya meletakkan jawatan serta merta. Akibatnya pemimpin yang dipilih oleh rakyat itu kini memperolehi simpati rakyat yang tidak dapat dihalang lagi.
Tun Dr. Mahathir tak setuju pencabulan kuasa seperti ini

UMNO dan BN sememangnya menampakkan kelibat untuk mengelakkan DUN dibubarkan kerana jika pilihan raya diadakan belum tentu lagi UMNO/BN mendapat laluan mudah untuk membentuk kerajaan. Silap-silap majoriti Pakatan Rakyat semakin bertambah. Maka sebab itu, kaedah merampas kuasa yang telah berlaku itu menjadi pilihan Najib untuk memperjudikan nasib UMNO berada di takhta yang rapuh seperti hari ini.
Dr. Mahathir telah membuat teguran yang membina supaya tidak diperlakukan sedemikian rupa. Begitu juga Tengku Razaleigh Hamzah turut menyatakan bahawa Nizar masih lagi MB Perak yang sah di sisi undang-undang tubuh negeri itu. Pendapat-pendapat tokoh negarawan bukannya kerana mereka terdorong untuk menyebelahi Pakatan Rakyat, tetapi cara pendekatan yang telah diambil itu bukanlah sesuatu yang bijak malah memberi ruang kepada pihak yang teraniaya untuk menggunakan saluran mahkahmah untuk menebus semula apa yang dikatakan sebagai hak rakyat terhadap mereka.
Pencabulan kuasa seperti ini juga mengundang kepada sentimen yang kini dijaja oleh UMNO iaitu penderhakaan terhadap Sultan. Sultan Perak telah diheret dalam gelanggang politik adu domba yang melibatkan cabar mencabar diantara penyokong-penyokong parti yang terbabit, dan masing-masing baru sekarang menampakkan mereka lebih setia dan taat lebih daripada HANG TUAH yang telah disembunyikan oleh Bendahara Melaka.
Bendahara Melaka menyembah derhaka sembunyikan Hang Tuah
Ketika negeri menjadi huru hara dakibat amukan Hang Jebat yang menbela dan kecewa dengan keputusan Rajanya yang menghukum Hang Tuah dibunuh, telah memaksa Bendahara 'MENYEMBAH DURHAKA' kepada Baginda Sultan menyatakan bahawa Hang Tuah masih hidup. Sembah Durhaka Mamak Bendahara ini mendapat sanjungan Sultan Melaka, lalu baginda menitahkan supaya Hang Tuah yang telah difitnah itu kembali ke pangkuan Istana untuk menggalas titah Tuanku spaya Jebat dihapuskan.
Hang Tuah sanggup dan berjaya membunuh Jebat yang membelanya. Mamak Bendahara yang menyembah durhaka kerana tidak menjalankan titah perintah Rajanya juga dipuji oleh Tuanku kerana kedudukan dan kemuliaanya masih di singgahsana.
Demikianlah satira Melayu yang begitu taat dengan Rajanya. Cuma sistem pemerintahan hari ini tidak lagi meletakkan Raja sebagai pemerintah yang mutlak kerana sistem feudal itu telah lama diNyahkan oleh penjajah sejak 446 tahun yang silam. Hari ini Raja Melayu telah diletakkan semula sebagai Payung Negara, cuma rakyat telah diberikan kuasa untuk memilih kerajaan menerusi sistem pilihan raya tanpa mengheret Sultan yang telah dmuliakan.
ADUN Bota dan Jelapang letak jawatan?
Menyorot kembali situasi politik di negeri Perak Darul Ridzwan ini, ianya semakin panas kerana ada ura-ura begitu kuat yang melibatkan ADUN Bota Datuk Nasarudin Hashim (Foto) dikatakan akan meletakkan jawatannya sebagai ADUN Bota pada bila-bila masa dari sekarang. Beliau dikatakan menghadapi tekanan yang kuat akibat tindak tanduknya sendiri yang tidak keharuan.
Datuk Nasa semakin kecewa dan bertambah GETIK kerana pengorbanan dirinya tidak dihargai oleh UMNO/BN yang tidak menyenaraikan dirinya di dalam barisan Exco Kerajaan BN. Begitu juga desas desus begitu kuat menyatakan ADUN Jelapang (Foto) dari DAP juga akan meletakkan jawatannya dalam masa yang terdekat ini. Jika ini yang terjadi Kerajaan BN akan kecundang di tengah jalan yang juga memungkinkan rakyat sekali lagi menjadi Raja Demokrasi.


14 comments:
Kalau itu sudah kehendak illahi.. maka kita turuti. jika piliharaya akan menjadi realiti, maka sama sama kita nanti dan kita berjuang sampai ke mati. jangan sampai orang melayu nanti merempat dibumi sendiri akibat menjulang demokrasi mengikut emosi.
bagi Laser..tak ade masalah kalau benar ini akan berlaku. kita tunggu dan lihat dan bertindaklah mengikut apa yang diberikan.
sekali lagi kita harus sentiasa ingat..janganlah dibiarkan dan melihat saja nanti jika benar pakatan pembangkang pilihan rakyat..maka umat melayu dipinggirkan..
Laser berserah..
Saudara Rahman,
laser rasa la kan..elok bagi orang cina saja jadi pemerintah di semua negeri terutama negeri perak dan negara nie, senang..semua mesti suka. mesti semua puji. mesti tiada korupsi. semesti mereka ini akan mentaati raja dan sultan kerana raja dan sultan melayu pun jga sultan dan raja mereka..dan mesti punya mereka akan mendokong agama Islam sebagai agama rasmi.
Apa macam saudara rahman, kita pakat pakat ramai ramai, undi DAP supaya UMNO cepat musnah dan dinisankan, PAS jadi parti melayu yang melukut ditepi gantang, dan PKR boleh berkompromi dengan Pakatan Non Bumiputra Party siapa nak jadi PM dan TPM.
Kita tryla.. mana tahu pemerintahan DAP gabungan, MCA, MIC, GERAKAN, PPP, IPF dan PKR akan memerintah dengan adil dan saksama. mempunyai integriti yang tinggi dan sudah tentu semua akan dapat merasakan kenikamatan kesamarataan. Disamping melihat tiada lagi ketuanan melayu yang kuno itu.
Apa macam..setuju tak saudara Rahman. ??
Saudara rahman,
Tiada siapa pun mempersoalkan hak keistimewaan orang melayu di bumi bertuah ini,timbulnya keTUANan MELAYU setelah orang melayu bosan, muak dan rasuah dengan sikap elit dan bermewah pemimpin umno sehubungan dengan itu umno hampir-hampir terkubur setelah keputusan PRU12 yang lalu telah mengubah corak pemikiran rakyat terhadap umno.lihatlah pada pemimpin umno yang penuh dengan skandalnya macam inikah pemimpin masa depan untuk orang melayu.?
Hak orang melayu akan tetap terpelihara walaupun umno akan terkubur suatu hari nanti,jangan kita percaya kepada khurafat yang hanya umno saja yang mampu mentadbir negara ini.mengapa PAS tidak boleh jadi wadah baru perjuangan orang melayu bersama ulama dan islam bukankah itu lebih relevan sekarang berbanding umno yang penuh dengan noda dan dosa pemimpinnya.
salam
Saudara Rahman,
Laser sependapat dengan komen annonymous..saya rasa PAS boleh memainkan peranan alternatif kepda UMNO tetapi, PAS mestilah memimpin dan bukan dipimpin oleh PKR dan DAP. PAS must play a center role and not a peripheral role. PAS harus memainkan pernan utama dalam negara Malaysia dan bukan menjadi parti sampingan bagi menguatkan DAP dn PKR. Apa jua pakatan yang hendak dilakukan bersama DAP dan PKR, PAS mesti menjadi KETUA dan MEMIMPIN negara bukan DAP atau PKR yang Laser rsa tidak layak dan Laser tidak berkeyakinan bahawa PKR dan DAP akan menjaga Perlembagaan negara ini.
Bacalah kisah sejarah bagaimana Lee Kuan Yew menghalau orang Melayu dari Singapura pada tahun 1965. Bacalah kisah Selangor, apabila PAP menang besar di negeri Selangor pada tahun 1969. Jika kita tidak belajar dari kesilapan dan kejadian lepas, maka kita mungkin akan melakukan kesalahan yang sama.
nampaknya laser dah mula nak belot..cakap tak serupa bikin..apapun lantak ko lah laser..janji ko bahagia.
Tak belot..mana belot...tak pernah belot...laser tak akan belot.. sebab itu kalau Melayu berstu banyak faedahnya dan banyak political dividennya.. selagi melayu berpecah dan tidak bersatu kerana kejumukan idelogi politik maka selagi itu la melayu akan lemah walaupun mempunyai jumlah majority di negara ini.
Hidup mesti berlandaskan kepada yang hak. Hak melayu adalah Hak Islam. Hak Islam adalah Hak Melayu..kalau hak ini tidak digahami, maka pincanglah kehidupan dan pincanglah keimanan.
Walau apapun yang berlaku, kerajaan BN Perak akan terus berfungsi dan akan menjalankan pentadbiran sebagai mana yang dikehendaki rakyat dan yang boleh dilakukan oleh sebuah kerajaan yang sah yang ada pada hari ini.
Tentang tindakan si 'Dol' yang telah menggantung MB dan 6 EXCOnya dari menghadiri persidangan DUN Perak, beliau tentu telah mengambilkira pelbagai faktor di sebalik tindakannya yang merupakan suatu provokasi terang lagi bersuluh terhadap perkenan Sultan Perak tempohari. Berilah ruang kepadanya untuk membuktikan betapa 'desperate'nya beliau dan juga barisan seangkatannya PR (Dulu - Pakatan Rakyat : Kini - Pakatan Rapuh : Selamanya - Pakatan Rebah) tatkala Sultan Perak memperkenankan lantikan MB dan saf EXCOnya.
Ketidakupayaan untuk mengakui hakikat bahawa PR tidak lagi memerintah Perak masih lagi menjadi masalah yang besar di kalangan barisan pembangkang. Maklumlah, maruah tercalar kot atau ada siratan di sebalik suratan?
Suara-suara mengecam BN di atas 'pengambilan kuasa' di Perak contohnya telah mengundang pelbagai reaksi antaranya pembubaran DUN setelah kedudukan terikat pada kedudukan berikut:-
BN - 28, PR - 28 dan BEBAS - 3
'Simple Majority' telah memainkan peranan dalam membentuk kerajaan baru BN Negeri Perak. Dalam kes di atas, 'simple majority' adalah 3 dan pembentukan kerajaan negeri seperti yang pernah dijelaskan oleh YAB Timbalan Presiden UMNO sebelum mengadap ke bawah Duli Tuanku Sultan Perak adalah sah.
Desakan untuk membubarkan DUN adalah untuk menyelesaikan serangan psikologi betapa rapuhnya 'simple majority' yang diperolehi, lebih-lebih lagi dari bekas penyokong kubu lawan.
AYUH, SEMUA PIHAK HARUS MENUMPUKAN TIGA PERKARA BERIKUT:-
1) Turun padang dan buat kerja
2) Turun padang dan buat kerja
3) Turun padang dan buat kerja
saudara rahman,
Undang-undang dan perlembagaan perlu di patuhi rakyat,tapi adakah undang-undang di patuhi pemerintah.inilah yang sedang di perhati oleh rakyat,rakyat akan menilai sejauh mana hak kebebasan rakyat untuk memilih pemimpin mereka di haragi atau hak memilih mereka telah terkubur dan musnah oleh ketamakan dan kemaruk kuasa.
Cara UMNO membentuk kerajaan perak dengan cara sebegini pada hemat saya akan mengundang malapetaka pada umno/BN pada PRU13 nanti kerana kuasa rakyat untuk memilih pemimpin mereka telah di nafikan hak dan tidak mengharagi nilai undi mereka pada pemimpin yang mereka pilih.ianya akan benacan pada umno sekiranya kemarahan rakyat tidak dapat di bendung oleh taburan pembangunan pesat sedangkan rakyat sebenarnya inginkan nilai undi dan harga diri setiap kaum di malaysia di hargai.
Umno/Bn perlu kembalikan hak rakyat untuk mengund,jika BN menang di perak maka tertutuplah segala komen dan alasan dari PR dan jika pula PR yang menang sewajarnya BN menilai kembali strategi menawan hati rakyat dengan cara yang lebih baik dan mengikut lunas undang2..
Ingatlah bukan semua rakyat perak berbangsa melayu...tidakkah terguris hati mereka.....fikirkanlah!!!!
tak usah nak komen terlalu banyak sangat kerana takada siapa nak dengar atau ambil tahu..terlalu banyak komen pun tak ada hasilnya..tugas negara biarlah pemimpin yang selesai cara mereka..tugas kau orang untuk mengundi dah selesai dan kalau tak puas hati tunggu PU13.
SAYA SETUJU ARTIKEL SDR DIATAS DAN ADALAH LEBIH BAIK TENGOK SAJA GELAGAT PEMIMPIN.
saudara rahman,
Ikut ajelah apa yang UMNO/Bn nak buat rakyat dan negara,kalau kita cakap lebih atau kritik pemimpin pun sememangnya mereka buat bodoh aje...tahulah kami mengajar mereka nanti!
betul ke umat melayu akn terpinggir jika PR memerintah.sedara laser lupa ke apa jd dgn umat melayu di penang masa BN memerintah.Lupake apa jadi dgn tanah di genting higland,BN bg pd sapa..Apa jd dgn tanah2 di johor,byk yang BN dh jual pd cina singapore.Sia2 lah perjuangan sedara sampai mati,kalau perjuangan sedara laser tu bukan diatas landasan menegakkan kebenaran yang sebenar.Apa yang BN dh buat dgn bahasa melayu,bangsa melayu hancur di zaman pemerintahan sapa,bukan kah k'jaan BN.Kisah lee kuan yew halau org melayu jugak salah sapa asalnya,bukan ke itu jugak salah umno dulu.bayak dah nasihat dari org2 alim pada pemimpin umno pada ketika itu,tapi tidak didengari oleh umno.mungkin fakta tentang penyerahan singapore yang sebenar sedara laser tak baca kot.Tentang melayu berpecah..apakah maksud sedara laser melayu sudah berpecah apb tidak mengundi umno?..mengapa setelah tewas di bnyk kerusi baru timbul soal perjuangan melayu ni.Sapa yang rampas biasiswa anak org melayu kalau bukan BN.Apa pun tak mengapa jika sedara laser tidak sedar semua ini,tapi tunggu dan lihat lah rakyat yang sudah celik ini akn mengajar sikap umno yang sombong dang bongkak itu.
Saudara Sang kelembai,
Laser nak tengoklah,, baik sgt ke pkr pas dan dap nie ...bila memerintah nanti. Jangan jangan, tanah sang kelembai pun dia orang akan rampas. Nanti sang kelembai menangis air mata hijau pun, belum tentu tanah dan hak sang kelembai dapat balik. lain kalau sang kelembai bercita cita nak jadi adun ke MP ke untuk PKR atau DAP atau PAS..??
Laser nak tgklah..satu hari nanti sang kelembai jadi wakil rakyat..hebat macam mana agaknya sang kelembai nie..
Rakyat dah membuat Pilihan bahawa Pakatan Rakyat akan menerajui Negara Malaysia dan mempertabatkan Raja-raja Melayu serta menghapuskan amalan Rasuah di kalangan ahli-ahli politik serta kakitangan kerajaan dengan pentadbiran yang Telus serta Adil
Post a Comment