TERKINI....Wow, sudah ada kes baru lagi di Perak. Kali ini MB Perak yang baru, Datuk Dr. Zambry Kadir pula akan dihadapkan ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan DUN Perak. Jika tak betul-betul MB ini akan digantung keahlian sebagai anggota DUN. Inilah bahananya jika kerajaan yang dirampas itu juga tidak stabil - berkedudukan Seri 28-28!Tun Dr. Mahathir Mohamad ketika mengulas rampasan kuasa yang ditaja oleh UMNO ini berpendapat bahawa cara sedemikian bukanlah satu kaedah yang bijaksana, malah beliau menyatakan bahawa ianya bakal meranapkan UMNO/BN di dalam PRU13. Belum pun tiba PRU13, secara tiba-tiba berlaku pula pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang di Perak yang sebenarnya mahu dielakkan sangat oleh kerajaan yang baru ini. Rakyat Perak dikatakan begitu tidak sabar lagi untuk mengajar UMNO/BN yang telah merampas kerajaan pilihan rakyat ini.
Menteri Besar Perak Datuk Dr Zambry Abdul Kadir dan enam Exco kerajaan negeri yang mengangkat sumpah Selasa lalu, akan dirujuk ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak Rabu ini, kata Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V Sivakumar.
V. Sivakumar (Foto) ADUN Tronoh dari DAP yang juga Pengerusi Jawatankuasa berkenaan berkata notis saman hadir kepada Zambry, Hamidah Osman, Datuk Ramly Zahari, Dr Mah Hang Soon, Datuk Saarani Mohamad, Mohd Zahir Abdul Khalid dan Zainol Fadzi Paharudin, telah dihantar pada pagi semalam melalui Setiausaha DUN Perak, Abdullah Antong.Katanya keputusan tersebut adalah ekoran surat aduan yang diterimanya daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Canning, Wong Kah Woh Khamis lalu yang meminta supaya ketujuh-tujuh Adun Barisan Nasional (BN) tersebut dirujuk kepada jawatankuasa berkenaan kerana didakwa telah menghina dewan, lapor Bernama.
“Setelah bersidang, pihak jawatankuasa berpendapat terdapat asas ataupun prima facie terhadap aduan yang dibuat oleh YB Wong Kah Woh. Oleh yang demikian jawatankuasa sebulat suara membuat keputusan untuk merujuk kesemua tujuh Ahli Dewan Undangan Negeri kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan DUN,” katanya kepada pemberita di pejabatnya di Ipoh hari ini.
Katanya, jawatankuasa yang bersidang pada 12 Februari lalu, telah dihadiri oleh beliau sendiri, Husin Din (Adun Selingsing), Chan Ming Kai (Simpang Pulai), Ong Boon Piow (Tebing Tinggi), Loke Chee Yan (Kepayang) dan Sum Chok Leng (Bercham) manakala wakil tunggal daripada BN iaitu Adun Temengor Datuk Hasbullah Osman tidak dapat hadir kerana mempunyai program di Gerik.
Hamidah merupakan Pengerusi Jawatankuasa Industri, Pelaburan, Pembangunan Usahawan, ICT, Pelancongan dan Hal Ehwal Wanita, Ramly (Infrastruktur, Kemudahan Awam, Tenaga dan Air), Mah (Kesihatan, Kerajaan Tempatan, Hal Ehwal Pengguna, Alam Sekitar, Pengangkutan Awam dan Hal Ehwal Bukan Islam).
Begitu juga di dalam persidangan Dewan Undangan Negeri Perak yang akan diadakan nanti akan menyaksikan Menteri Besar dan exco kerajaan Perak yang baru saja dinobatkan ini akan berdepan dengan satu kemelut yang bakal menggoyahkan kerajaan negeri pimpinannya.
Ini kerana Speaker Dewan Undangan Negeri Perak masih lagi di tangan ADUN DAP dari Tronoh, V. Sivakumar. Sekalipun jumlah ADUN BN pada masa itu ialah 28 mengatasi 1 kerusi ADUN Pakatan Rakyat yang tinggal 27 (tak termasuk 1 lagi kerusi Speaker), namun jawatan Speaker tidak boleh dilucutkan sekalipun dengan usul undi tidak percaya.
Demikian perndapat beberapa pakar perundangan yang mengulas mengenai perkembangan ini, termasuk memetik kenyataan dan juga pandangan yang diberikan oleh Speaker DUN Selangor Teng Chang Khim yang juga seorang peguam. Jawatan Speaker akan menjadi kosong hanyalah jika V.Sivakumar meletakkan jawatannya sebagai ADUN atau dia sudah tidak layak dari memegang jawatannya atau meletakkan jawatannya secara sukarela.
Sivakumar dibolehkan, jika beliau mahu, menghalang bekas ADUN-ADUN Pakatan Rakyat yang melompat, iaitu yang telah "meletakkan jawatannya" daripada menghadiri persidangan, dan ia pastinya akan mengurangkan majoriti BN di dewan undangan negeri berkenaan.
Sebagai Speaker Negeri sebelum ini, Sivakumar telah mengisytiharkan ADUN Behrang Jamaluddin Mohd Radzi, ADUN Changkat Jering Osman Jailu dan Jelapang Hee Yit Foong telah mengosongkan kerusinya selepas beliau menerima surat perletakan jawatan ketiga-tiga ADUN berkenaan.
Sekiranya Sivakumar meletakkan jawatannya kerana apa-apa sebab, Dewan Undangan Negeri akan dikira "badan perundangan yang tergantung" kerana Undang-undang tubuh negeri Perak memperuntukkan dewan tidak boleh bersidang sewaktu kekosongan Speaker kecuali untuk tujuan perlantikan seorang Speaker.
Namun dengan sentimen rakyat Perak yang kini jelas menolak BN, mereka pasti cuba mengelakkan pilihanraya diadakan dengan apa cara sekalipun."Saya percaya mereka terpaksa memilih untuk mengekalkan Sivakumar," tambah Teng.
Namun Speaker pula mempunyai bidangkuasa yang luas di dalam dewan dan kehadiran Sivakumar pastinya menjadi duri yang memeritkan untuk kerajaan rapuh BN dan Zambry selaku Menteri Besarnya.
"Sesuatu keputusan Speaker terhadap sesuatu Arahan Tetap tidak boleh dicabar kecuali dengan jalan mengemukakan satu usul (yang terpaksa melalui satu proses yang panjang termasuklah perbahasan di dewan berkenaan)."


18 comments:
bro Rahman..
inilah akibatnya kemaruk kuasa yang mana hak rakyat perak di perlekehkan lihatlah nanti UMNO insya-ALLAH pasti tumbang dan rebah di bukit gantang kerana umno tidak iktiraf undi masyarakat cina dan india.
man padang,bukit gantang perak
Salam ,
Songkok Tinggi .
Setiap yang berlaku itu ketentuan nya . Maka sudah tentu ada pengajaran nya .
Tuhan maha mengetahui .
Nikmat dan dugaannya mesti diterima tanpa di duga .
Mulanya rakyat membuat keputusan .
Apabila perlu pertimbangan lalu keputusan diminta dari Pembesar Negeri iaitu Sultan negeri. Jika manusia itu tak boleh menerima juga keputusan maka tunggulah TUHAN membuat keputusan kepada manusia .
Salam Sejagat .
Songkok Tinggi,
Salam .
Anak yang mambantah keputusan keluarga dikira durhaka.
Rakyat yang tidak menerima/membantah keputusan Sultan juga dikira durhaka.
Laknatlah Makhluk yang membantah/tidak terima keputusan tuhan nya .
Dibumi makhluk hanya merancang tuhan yang menentukan.
Tuhan memberi apa yang diinginkan .
Tuhan menarik kembali apa yang telah diberi pada bila-bila masa .
Makhluk SEBELUM MANUSIA yang pernah membantah keputusan tuhan kerana melantik manusia sebagai PEMERINTAH dibumi telah bersumpah untuk merosak makhluk bumi khususnya manusia .
KELEBIHAN MANUSIA TUHAN TELAH BEKALKAN AKAL FIKIRAN DAN NAFSU .
Rujuklah AGAMA pada yang berilmu UGAMA .
Salam ,
Adi Jagat .
Jika Agong memerintahkan Pak Lah letak jawatan sekarang, jangan tunggu bulan Mac, apa macam...? Patutkah Raja bertindak sedemikian?
Tentu tak bolehkan..macamtu jugalah yang berlaku di Perak.
Doa makluk tuhan yang bersikap irihati selalunya tidak kesampaian..kalau UMNO tumbang dan rebah bukan kah awak juga yang rugi..lu fikirlah sendiri (kata nabil )secara mudah dlm fakta sejarah Pas sebenarnya tidak pernah menyusahkan orang melayu tetapi PKR yang selalu buat HURUHARA..kadang2 terasa kesal bila bangsa dan seagama dengan kita diperbodohkan serta diperlekehkan olih DAP diperak..lihatlah sendiri jumlah EXCO DAN AHLI MAJLIS PBT..siapa yang terlebih dan TERKURANG..MAHUKAH KITA JADI SAPERTI MELAYU DISINGPURA..
HIDUP MELAYU !!!TAK KAN HILANG MELAYU DIDUNIA.
Banyak kerusi Cina di Perak jatuh ke tgn DAP kerana kaum tionghua di negeri itu sudah tidak percaya lagi kepada MCA dan Gerakan. MCA dan Gerakan gagal menyumbangkan kekuatan kepada UMNO untuk bentuk kerajaan di Perak selepas PRU12 dulu.
Oleh itu masyarakat Cina Perak akan bangkit untuk menghukum BN dlm pilihanraya Bukit Gantang nanti. Pasti pengundi Cina Perak tidak akan sokong calon BN. Oleh itu Pakatan Rakyat akan mng lagi di situ...now
memang sudah menjadi dasar manusia yang tak pernah mengenang budi..termasuk sdr penulis artikel diatas yang kecewa entah apa sebab nya..mungkin tak dapat HABUAN untuk diri sendiri.maka jadilah manusia yang lupa asal usul..mungkin satu hari nanti sdr akan MEREMPAT DINEGARA SENDIRI..KERANA JIWA DAN PERASAAN TERLALU KOTOR.
bro.Rahman.
Pedulikan apa orang umno kata,rezeki kita di tangan tuhan bukan di tangan manusia yang kemaruk kuasa,selagi kita terus bersama perjuang islam insyAllah ada rezeki dari Allah.di akhirat Allah tak tanya kita parti apa tapi amalan kita di dunia...pedulikan ahli umno kata apa.
sam mersing.
Nampaknya orang Melayu sudah bersedia bertuankan orang cina DAP yang tidak suka pada orang melayu. Kalau begitulah budaya baru orang Melayu, nampaknya kita akan melihat bumi negara ini akan dijajah semula oleh bangsa asing tetapi warganegara malaysia. kalau itu sudah berlaku...keluar airmata darah sekali pun jangan diharap untuk mendaptkan kembali keagungan Melayu. malah PAS kini sudah menjadi parti kecil dan tiddak lagi memimpin orang melayu islam ini adalah kerana PAS telah menerima PKR sebagai partri yang menunjangi pakatan rakyat. Selamat kepada PAS.
Bagi saya orang Islam dan Melayu, berasa sgt kesal dengan sikap bangsa sendiri yang mengagungkan kerajaan cina yang ditunjangi DAP di perak. orang melayu sekrang sudah mudah diperkudakan dan diperalatkan dan yang menjadi pelik orang melayu nie sanggup pula dijadikan alat. maka betul lah kata lagu warisan...
Jangan menangis bila hak sendiri diambil orang gara gara kebengapan orang melayu.
sdr raman bukan sebodoh awak..penulis artikel yang dimaksudkan bukan sahabat saya sdr raman tetapi manusia yang beri post a comment..sudah semestinya yang beri comment ramai yang pendek akal..kalo rasa dah jantan sangat pergi saja ke GAZA.
JIka Paklah diminta letakkan jawatan maka Paklh harus bersedia untuk meletakkan jawatan. Kita tunggulah kemungkinannya. masalah nya anda membuat andaian. Dan andaian tidak salah. begitu juga andaian saya juga betul.
Apa macam saya minta awak pergi mengadap agong bersama pkr dan dap dan pas yang awak sgt sayang tu agar minta agong suruh paklah letak jawatan pada bulan mac nie? atau end of february ke?
kalau awak terror sgt la..saya percaya awak tentu jadi hero semalaya. jadi orang melayu yang sanggup bagi haknya pada orang cina dan india.. saya seronok tengok gelagat awak .. nie. SAYA CABAR AWAK!
sdr SAM MERSING..cuba awak belajar dengan MR LASER bagaimana nak beri post of comment..ko ni memang pendek akal bebeno! ko ni sama dengan MAN PADANG bkt gantang..
orang cina nia gila duit, projek. sokong pembangkang mereka dapat duit, sokong BN pun dapat duit. Tuhanmereka adalah duit dan harta benda. So kalau depa tolak BN pun depa untung sebab projek dapat juga dari kerajaan negeri atau kerajaan persekutuan. Itulah kelebihan jadi orang cina dan india.
kalau nak tolak BN, apa nak buat itu keputusan yang telah dibuat oleh mereka. Tetapi peratus undi cina yang menyopkong BN d kuala terengganu meningkat..malah peti undi yang kebanyakkannya orang cian telah memihak kepada BN.
Ini fakta ..tetapi orang bebal macam awak..kan memang la tak mahu terima. apa bn buat memang tak elok..apa pembangkang buat semua ok semua betul...tak ape lah..saya nak tengok awak dimana nanti bila negara ini diperintah oleh orang cina.
awak sembahyang hajat la supaya cita cita awak termakbul agar awak diakan diperintah oleh kerajaan cina..apa macam..boleh sembahyang hajat? atau nak saya ajarkan?
sam sam sam mersing..
sam nie samsudin ke shamsul ke atau sampah... anyway sam la...
rezeki memang ditangan tuhan..tak ada yang mempertikaikannya. Awak ingat orang melayu nie dah cukup hebat ke? semua orang melayu yang masuk universiti nie ingat layak sangat ke? tapi nak tolong bangsa punya pasal..kita letakkan orang melayu dalam universiti. adakan quota sana sini sebab nak lihat anak melayu bersama berjaya dengan kaum lain.
Kenapa buat UiTM? sebab nak tolong Melayu. tetapi setelah dapat ijzah dan kerja orang melayu yang ditolong nie SOMBONG, BONGKAK DAN CAKAP MACAM DAH TERROR SGT.
Ingatlah... kalau tidak kerana UMNO ..kau mungkin merempat di bumi sendiri. Awak patut baca buku MELAYU HAPRAK yang ditulis orang orang DAP.
Inilah bangsa Melayu yang tidak tahu diuntung. Kau kaya sgt ke nak mendabik dada? oooiii... pergi la overseas dan buat bisness ke atau masuk universiti ke dengan DUIT SENDIRI...kalau boleh la... kalau kau kaya mungkin kau boleh. tapi kalau kau kaya pun bukan kerana duit kau ..duit mak bapak kau...
aku kesian lah tengok memangkuku memangku melayu macam kau nie sam... namapun sam...hampeh!
mr laser teruskan beri komen awak dlm blog ini ..mungkin satu hari nanti ada yang sedar dari mimpi kerana selama ni mereka mirip kearah budaya samseng DAP/PKR..
aku bodoh dimata Allah..kau nie bodoh dimata manusia. orang melayu baru aaaa katakan...
GAZA oiiii.. setakat GAZA tu aku dah pergi pun..dah pijak pun..kau apa hal!! ...kau yang cakap suruh aku pergi tuuu kau dah pergi ke? jangan cakap jer mamat..kalau kalau ada telor ..kau pergi la jugak. jangan dok berani nak baring tengah jalan jer. tunjuk terror dengan sultan yang kau nie bagus sgt. jom pergi gaza. kau buatla kempen JOM GI GAZA!!! ..kau mesti jadi hero melayu...
mr laser jangan cepat putus asa..komen awak tu bagus..cuma yang bebal/bengap/baghal/bahlul hanya dua tiga kerat je..teruskan beri komen jangan putus asa..steady la mr laser.
Post a Comment