assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Monday, February 16, 2009

PANAS! Gambar bogel Eli memikat Khir Toyo campur tangan..

BOGEL...Ahli Dewan Undangan Negeri PKR Bukit Lanjan (N.37), Elizabeth Wong Ket Ping atau Eli (Foto sebelah - Eli di tengah) mengaku gambar bogelnya yang tersebar kini adalah gambarnya. Eli yang pernah menjadi Pegawai Khas Presiden PKR Datin Seri Dr. Wan Azizah akan membuat laporan polis hari ini. Secara tiba-tiba Khir Toyo yang juga Ketua Pembangkang DUN Selangor juga berminat untuk melihat gambar bogel Eli ini dijadikan isu dengan menggesa ADUN PKR ini meletakkan jawatannya.

Sekarang terpulanglah kepada tuan punya batang tubuh, samada mahu melayani kehendak Khir Toyo itu supaya beliau meletakkan jawatan seterusya bagi membolehkan satu lagi pilihan raya kecil diadakan di DUN Bukit Lanjan.

Gambar bogel Eli yang masih bujang itu dikatakan telah dianiaya oleh bekas kekasihnya yang didakwanya bertanggungjawab mengedarkan gambarnya yang sedang tidor itu. Beliau kecewa dengan tindakan bekas kekasihnya itu, dan laporan polis yang akan dibuatnya dipercayai untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang mengedarkan gambar gratisnya.

Persoalan samada beliau akan melayani kehendak Khir Toyo itu akan diserahkan kepada budi bicara pucuk pimpinan Pakatan Rakyat. Apakah dengan mendesak Eli supaya mengosongkan kerusinya supaya membolekan pilihan raya kecil diadakan di Bukit Lanjan merupakan satu tindakan politik yang akan menyebelahi Barisan Nasional?

Di dalam keadaan politik yang meruncing ini rasanya pilihan raya kecil yang hendak diadakan itu akan menyaksikan pendedahan demi pendedahan akan dilakukan oleh kedua-dua pihak, termasuklah gambar-gambar ALTANTUYA juga akan digandingkan dengan gambar ELIZABETH.

Begitu juga gambar-gambar Perdana Menteri yang sedang memeluk pinggang Dato' MichelleYeoh juga akan bergentayangan di batang-batang pokok, tiang-tiang lampu dan juga di serata tempat untuk ditontoni oleh orang awam. Apakah alasan BN untuk menghalang gambar-gambar Altantuya dan gambar gratis Pak Lah yang juga memegang bahu artis berbangsa Cina itu daripada disebarkan nanti? Kalau itu dikatakan menyentuh peribadi, maka gambar paparazzi bogel Eli itu juga boleh juga dianggap peribadi?

Eli mungkin tidak tergamak melihat gambarnya dipaparazikan sedemikian rupa, apatah lagi gambar itu diambil oleh bekas kekasihnya ketika dia sedang tidur. Begitu jugalah Najib tentu merah muka kerana gambar Altantuya dikaitkan dengannya, dan demikian juga dengan Pak Lah yang berkeping-keping gambar paparazzinya bersama dengan Michelle Yeoh di dalam satu majlis makan malam juga bakal menghiasi kempen-kempen pilihan raya itu nanti.

Saya juga yakin, mereka akan merancakkan lagi kempen dengan memaparkan gambar-gambar KJ dan pemimpin UMNO yang lainnya samada ketika bermadu kasih di luar negara ataupun gambar-gambar pemimpin UMNO yang sedang 'ngirup' arak ataupun yang sedang asyik berdangdut dan berkaraoke di kelab-kelab malam tertentu yang sering dikunjungi.

Oleh itu berhati-hatilah jika kita memilih untuk menyelongkar urusan peribadi seseorang, kerana orang lain juga boleh menyelongkar kisah peribadi pemimpin kita. Apa pun biarlah rakyat yang menilainya...jika pilihan raya kecil juga yang dipilih untuk menentukan calon lebih baik moralnya, rakyat tentu lebih bijak untuk memilihnya. Saksikanlah nanti pilihan raya kecil di '3 Bukit', iaitu Bukit Gantang, Bukit Selambau dan terkini Bukit Lanjan yang bakal memberikan kuasa kepada rakyat untuk siapa..??

Kepada semua Wakil Rakyat BN haruslah bersiap siaga juga untuk menentukan gambar-gambar silam kita tidak diselongkar oleh bekas kekasih masing-masing.

36 comments:

Anonymous said...

Bogel oh Bogel...apa nak buat...ok lah mungkin dia kena aniaya...tapi kau tu ADUN sendiri mahu ingat la...semua kepribadian di pandang orang tak kesah la kau orang melayu ke cina ke india ke...bn ke umno ke pkr ke dap ke pas ke... pokok nak..lu sudah bikin salah..lu mengaku itu wa tabuik sama lu elizabeth.. bagus.. satu lagi..letak jawatan la... apa lagi. atapi wa tak paksa .. kerana wa hormat itu perlembagaan. itu hak lu.. ok..selamat..

Anonymous said...

Assalamualaikum tuan, saya salah seorang penyokong PR dan pembaca setia blog tuan. Saya merasakan tuan seorang yg neutral dan rasional dalam mengulas sesuatu isu. Malangnya orang seperti tuan sudah semakin pupus dalam UMNO, sayang seribu kali sayang...........
**Tak byk blog pro BN yg bagus seperti blog tuan
ikhlas dari penyokong tegar PAS.....

Anonymous said...

seperti kata rpk, ini lah sokongan yang membawa rebah. Anwar pun dah cakap, nak pilih calon tengok la dulu. PKR sekarang ni, main tangkap muat je. klu macam ni, PRU13, abih la PR.
ini mesti elizabeth cakap BN punya keje.
malu aku jadi PR

Anonymous said...

Ramai orang seperti orang yang awak maksudkan dalam umno nie sebanrnye...cuma mereka bukan celupar nak beritahu satu dunia pasal umno. tapi pilihan masing masing, siapa yang nak bogelkan ibunya di depan khalayak ramai itu pilihannya lah.

tapi saya tidak akan membogelkan ibu saya didepan khalayak ramai walaupun saya tahu pada hakikatnya ibu saya mungkin bersalah.

kesalahan ibu saya itu boleh saya nasihatkan dengan cara berhemah dan bukan dengan cara mencerca dan menghina ibu sendiri yang mengandungkan diri saya ini depan orang..lepas tu orang tumpang lak semangkuk hina ibu kita plak.

Awak orang PAS fikirlah sendiri...Parti Islam apa kalau parti yang awak ikut hanya menjadi boneka kepada pkr dan dap.

Sepatutnya PAs mesti memimpin parti yang lain..dan bukan pkr parti kafir tu yang menjadi ketuanya..

Dan saya rasa awak silap..setahu saya tidak ada pakatan rakyat-PR tetapi ada pakatan pembangkang. PR tidak pernah didaftarkan sebagai sebuah parti yang sah. Mana lambangnye...???

Kenapa tak buat saja PR sebuah parti yang sah? saya hairan..ini mungkin kerana masing masing tidak boleh mempercayai antara satu sama lain. sebab matlamat perjuangan bukan untuk rakyat sebenarnya...tetapi untuk menjatuhkan BN sahaja.

saya orang melayu yang beragama Islam. Allah bagi saya akal untuk berfikir dan menilai. Dan saya sudah nilai...betul salah nilai saya itu hak saya...bukan hak sesiapa...

Anonymous said...

Terima kasih kepada pembaca setia blog ini. Saya berpegang kepada prinsip 'Maklumat Berakarkan Akal Budi'. Saya menghargai semua pandangan kerana ianya cukup berazimat untuk berpijak di bumi nyata. Kekuatan mental dalam politik haruslah mendengar pandangan untuk melentur jiwa yang patriotik. Biarlah pandangan kritis itu bagaikan biduk berlalu kiambang bertaut...

Terima kasih.
Abdul Rahman Hashim.

Anonymous said...

Salam Tn. Abd. Rahman, komen anda amat bernas, tetapi syg ramai pemimpin UMNO yg dungu sehingga sanggup buat kerja bodoh ni, mereka semua tu baik sgt ke? Desperate sgt pemimpin2 UMNO nak merampas semula Selangor sehingga bogel didlm bilik tidor sendiri menjadi satu isu? Habis tu nak berbogel dimana kalu bukan didalam bilik? Skg bertambah menyampah yg teramat sgt terhdp pemimpin UMNO yg bodoh mcm ni. Kenapa masa kecil dulu tak mampus je dah besar bodoh pulak! Hanya locengwangsa dan Kudakepang nampaknya yg bijak keluarlah dr UMNO sungguh memalukan!!!

Anonymous said...

dalam bilik memang lah boleh bogel. kau ni ebodoh sangat pasal ape. kau yang patut mampus. anak apa kau nie..kesian mak bapak kau yg tak reti nak mendidik budak bodoh macam kau nie. kau nie memang berat sebelah. bila kena si cina pkr parti kesayangan kau yang kau sanggup cium bontot dia orang tuuu ..bela dan kau puji dan macam macam...

kalau umno kena ..kau kata padan muka..umno memang suka buat benda macam tu dan macam macam tohmahan lagi. Kau nak belasah umno? mai sini..kita belasah membelasah dalam blog. .. apa pkr kau tu bagus sgt ke? kau ingat pas kau tu maksom ke? parti ahli syurga ke?

ooii melayu bangsat sedar la sikit, kau nie pijak dibumi melayu..kalau kau dah tak suka, kau tukar ajer nama kau jadi cina atau keling, masuk buddha ke..senang..jangan jadi ular jadian, depan melayu umno bagi salam, belakang melayu jadi ular jadian setan.

kaula melayu yang tak reti dek untung...kememwahan yang kau dapat kerana kebijaksanaan umno bukan pas, pkr dan dap. kalau pas terror sgt kenapa tak jadi ketua pembangkang? kenapa ikut ketua parti rojak "jambu merah"?

locengwangsa dan kudakepang kalau ahli UMNO sgt dan anggap umno macam ibu, patutnya menjaga imej dan nama umno, ini tak, ibu dibogelkan. mana maruah kau orang semua?

nak neutral lah nak open lah..keterbukaan lah..pooorah!!!bangsatullah betul..!!!

kalau nak hentam umno...dalam blog elok jer daftar diri tu masuk pas ke pkr..senang nak layan... nie tak.. depan umno, belakang pkr dan dap. Telor kau orang macam telur rebus la...pi laaaaa...

Anonymous said...

Salam mr laser..marah betul nampaknya sdr pada mereka yang pendek akal beri komen..sabenarnya mereka ni dah diiktiraf kominis dalam bandar..inilah cara mereka nak memberontak dan rampas kuasa..mereka salahkan UMNO/BN kerana hajat dan impian mereka tak pernah tercapai..apapun harus diingat pemerintahan PR hanya sekadar satu penggal je..saja pengundi nak test market..PU13 nanti habislah semua ADUN/MP PR balik kampung tanam kacang..sabenarnya mereka ni memang takada kualiti langsung .contohnya ahli parlimen bagan serai hanya bekas peniaga pasar malam..yang lain2 tu tangkap muat saja..yang hairan tu bolih pulak menang..apapun jangan salahkan pengundi kerana mereka ni hanya nak uji kualiti dan kuantiti PR..tapi ada juga yang menyesal dan menangis
kerana dah silap pilih..

Anonymous said...

Bro. Rahman.

Datuk Khir toyo pembida tertinggi gambar elizabeth wong.

pemuda umno sungai pinang.

Anonymous said...

Datuk Seri Jamaluddin jarjis mabuk dan meraba pelayan,tak pulak di suruh letak jawatan.

Mana hero2 bloggers Bn sila jawab?

Anonymous said...

Laser, marah benar nampaknya anda...relax la..tapi ada satu pertanyaan: Adakah tidur tanpa baju di bilik tidur di rumah anda sendiri satu kesalahan? Siapakah yg bersalah? andakah atau org yg mengambil gambar tersbt? Jawablah secara jujur tanpa dikaitkan dgn agenda politik.

Anonymous said...

Salam,tak usah dikisahkan sangat tidur pakai baju atau tidak..kalau bukan YB orang tak kisah..nak TIDUR TELANJANG TENGAH JALAN pun orang tak nak ambil tahu..tetapi kes ni lain dari yg lain..awak faham atau tidak STATUS YB?

Anonymous said...

TERIMA KASIH KEPADA YANG MENGHINA.

Engkau orang nak marah aku,ikut suka engkau orang lah,memang miskin,sekolah tak tinggi, tak kaya macam engkau... berkereta besar dan hidup mewah.TAPI satu sen pun aku tak minta pada umno malah pada engkau orang semua,apa yang aku komen adalah dari pandangan peribadi orang kampong macam aku tak suka tak payah baca tak payahlah nak ungkit jasa-jasa umnolah,biarlah umno nak buat apa ikut suka dia aje...tak suka orang itu tukarkan aje dia inilah budaya umno selama ini suka mendikriminasi bangsa sendiri kerana berlainan pendapat.

Buat nak marah-marah semua orang ada hak sebagai rakyat malaysia tak kiralah Melayu ke ? cina ke ?India ke? sudah termaktub dalam perlembangan tapi umno iktu ke perlembangan semasa merampas perak,kalau takut berhadapan dengan rakyat tukar aje sistem,biar raja-raja saja yang pilih pemimpin tak payalah susah buat pilihanraya.

Hebat sangat ke yang mengomen saya...ada PHD atau penyakit hasad dengki...

sam mersing.

Anonymous said...

Datuk jamludin jarjis mabuk dan meraba..tapi saya pasti kalau sdr tentu nya dah ROGOL dan entah apa2 lagi kalau sdg MABUK..jangan nampak silap orang saja tetapi kaji kejahatan diri sendiri..

Anonymous said...

Sdr sam mersing..rasanya lebih baik hentikan saja memberi komen kerana SEMANGAT awak dah luntur bila komen balas awak terima..bagus lah kalau awak dah mengaku pelajaran tak tinggi dan sebagainya..elok jangan bagi komen dalam laman blog ini.Post a comment hanya untuk orang berpelajaran tinggi sahaja..

Anonymous said...

marah dengan kau sebab kau biadab. orang yang kata katanya biadab kena ajar cara biadab jugak tak kira kau melayu ke cina ke india. dalam perlembagaan tempat org melayu sangat istimewa walaupun orang cina dan india juga ada hak mereka. Perlembagaan dibuat atas dasar kesepakatan yang telah diterima oleh cina dan india akan kedudukan orang melayu, agama islam dan raja raja melayu. apa yang nak disibukkan lagi.

Bukan kau sorang saja orang KAMPUNG.. ramai lagi orang KAMPUNG tapi tak pulak biadab macam kau. samapi sanggup jual maruah bangsa sendiri. sampai sanggup membontoti orang cina (dengan kata lain ikut cakap orang cina dalam Dap tu...)Ingatlah.. akhirannya nanti... bila kau susah dengan orang melayu jugak kau akan minta tolong. dengan orang umno jugak kau akan minta tolong. percaya la... janganlah taksub sgt..kau suruh orang buka minda...kau pun kena buka minda jugak... aku ok jer... kalau kau cakap cara berhemah ..aku gasak cara berhemah... tapi kalau kau biadab sehingga jadi bangsat.. maka org macam nie kena ajar. Dulu LOCENGWANGSA nie semua bersopan orangnya bila berhujah..tapi akhir akhir nie dah jadi blog rojak..apa sudah jadi moderator? mungkin mahu memanaskan blog nie kot.

ikut suka kau la labu...

Anonymous said...

oh aku lupa...Sam Mersing... terima kasih jugak kerana Menghina aku.

Kalau tak mahu dihina..jangan mula menghina orang lain.

kalau kau sopan..orang lain pun boleh lebih sopan dari kau. Tapi nama pun Laser...kan. Sendiri mahu ingat la..

Anonymous said...

Saudara Rahman ini seperti..'KALAU TERHIMPIT BIAR DIA ATAS...KALAU TERKURUNG BIAR DIA D LUAR..." itulah saudara Rahman...

Ingat ingatkan lah..

Anonymous said...

Memang locengwangsa nie dah jadi macam rojak..ini kerana moderator pun selalu suka makan rojak..sdr raman pun kadang tersasul/tersasau/tersasar..kadang2 dah jadi RAHMAN TERLAMPAU..lagi pun yang selalu beri komen saperti 1)sam mersing 2)man bkt gantang semuanya tak sekolah tinggi..ITULAH KUALITI PENYOKONG PR.

Anonymous said...

Laser,

Kalau tak bagi orang buat komen,buat blog sendiri lepas tu tapislah komen2,jangan halang mereka nak beri pandangan atau komen.biarlah sam mersing nak beri komen,aku baca tak lah biadap pun bahasanya, komen kau penuh pulak berbau perkauman.komen engkau lontarkan pun bukannya bagus sangat... mengampu umno dan kutuk saudara rahman...

Buat blog sendirilah....laser!

itupun nasib baik saudara rahman tak sekat...

Anonymous said...

Untuk makluman awak sdr rahman bukanlah BUSUK HATI saperti awak..locengwangsa nie untuk kemudahan org bijak pandai tukar pendapat/pandangan..bukan untuk org bodoh mcm awak.

Anonymous said...

kalau nak sekat..sekat lah...aku tak salah kan kau kalau kau rasa si sam tu biadab..tapi aku rasa dia biadab...
ampu umno apa...aku dapat belajar pun kerana umno..dapat biasiswa kerana umno, dapat tempat diuniversiti kerana umno. orang melayu kampung aku dapat tanah untuk diteroka kerana umno, budak budak kecik dapat ke tadika kerana umno...

ampu ke aku ..kalau aku rasa umno dah banyak jasa? ampu ke adku kalau aku bersyukur kepada Allah kerana kesemua kenikmatan yang aku terima selama ini ekrana Umno.

Aku bukan jenis kacang lupakan kulit. Tempat jatuh lagikan dikenang..apa tah lagi tempat bermanja.

kalau kau kata aklu ampu..itu masalah kau. Aku hanya mengiktiraf orang dan umno yang telah banyak berjasa pada diri aku. Kalau negara nie macam singapura, alamak aku masih merempat dan melukut ditepi gantang.

Syukur aku jadi orang malaysia dan syukur kerana Allah benarkan UMNO hidup. Kalau Allah membuat keputusan untuk meranapkan UMNO, maka ranaplah. Hakikat itu mesti diterima oleh semua orang terutama orang melayu dan orang melayu umno.

Buat apa buat blog sendiri..ikut blog saudara rahman la. Aku tak kata tak boleh komen, kau nak komen sebanyak mana kau komen la... itu hak kau. So aku pun ada hak jugak.. nak komen..komen orang. Aku tak setuju aku cakap la..

Cara sendiri sendiri la...

Nak suruh orang buat blog pasal apa plak..sukala aku nak buat ke tak. Kau tak buat apa pasal? Kau buat dulula.. nanti aku lawat blog kau tu..

Anonymous said...

CUKUPLAH BERTELAGAH MENGENAI ISU INI... TAK AKAN HABISNYA... KALAU DITELITIKAN MMG TEERLALU PERIBADI..LEBIH2 LAGI DIRUMAH SENDIRI.... ORG YG MENYEBARKAN GAMBAR ITU PATUT DIPERSALAHKAN...

ORG TGH BERKASIH LEBIH2 LAGI BANGSA CINA... MMG LA... SATU BODY BOLEH LAYAN....KALAU DAH FRUST INILAH JADINYA...

UNTUK MENYURUH MELETAKKAN JAWATAN AMAT LONGGAR SEBABNYA... JIKA MORALLAH SEBAGAI ALASAN MAKA NANTI SATU PERSATULAH AKAN TIMBUL TAK KIRALAH DARI PARTI MANA... BN, PKR, DAP DAN PAS... KERANA MORAL ITU BUKAN BOGEL SAHAJA MALAH TERLALU LUAS SKOPNYA....JADI JGNLAH TERBURU2 MENYURUH MELEPASKAN JAWATAN.... NANTI MEMAKAN DIRI....SAYA PERCAYA... TIDAK SEMUA ORG BN SETUJU CADANGAN KHIR TOYO ITU..... JGNLAH KERANA KHIR TOYO.... KITA NAK MENYALAHKAN BN.... TIDAK SAMA SEKALI... MASING2 MEMPUNYAI OTAK DAN BOLEH BERFIKIR SEMASAK2NYA SEBELUM TINDAKAN DIAMBIL...

MMGLAH TUDUHAN SANA SINI AKAN BERLAKU... ORG PKR AKAN BERKATA INI KERJA BN... DAN SEBALIKNYA... TUDUH MENUDUH SEBEGINI AKAN MENUNJUKKAN KEBODOHAN MASING2.....

Anonymous said...

orang bijak..kena cakap cara bijak. Berfakta ..buka minda dia...dan berani menerima kritikan. Itu orang bijak. tapi kalau komen tanpa fakta, tak tahu hujung pangkal dan tidak terbuka mindanya.. itu namanya bodoh sombong. Kau ke bodoh atau aku yang bodoh tidak penting. yang penting adakah komen yang diberikan mempunyai kualiti ke tidak? Pertukaran pendapat atau menengahkan pendapat yang berbeza?menyokong puak sendiri atau mencari kebenaran? Itu kena ingat ingat sendiri la...kalau tempat ini untuk berdebat secara sihat, maka gunakan pendekatan sihat, kalau nak dijadikan tempat ini rojak jambu merah..maka itulah budayanya nanti.

Silakan jawab sibodoh dari gua hantu.

Anonymous said...

Syabas sdr laser..saya kagum atas kesedaran dan sikap kenang budi yang ditunjukan sdr..tapi masih ada yang tak tahu mengenang budi apatah lagi membalas budi..malaysia dan UMNO khasnya merasa amat kagum atas sikap sdr laser..inilah yang harus ada pada semua orang melayu..

Anonymous said...

Kalau pandangan orang semuanya biadap dan tak ada kelas, komen dia aje yang bernas dan menarik untuk di baca...bila komen dia di kritik...marah..kononya dia komen berdasarkan fakta dan angka.

Akhirnya umno tinggal golongan elit kononya terpelajar...belajarlah menerima kritikan dan teguran walupun dari budak kampong sekali pun jangan sombong dan bongkak jika tidak rakyat akan terus menolak umno.

Nilailah diri sendiri dan jangan menuduh orang biadap jika kita sendiri pun belum tentu lagi di terima tuhan.

Anonymous said...

Harap Maklum: Khas untuk mereka yang terpelajar sahaja.

Tak boleh di tegur rupanya orang umno ni,patutlah rakyat tolak umno pada pru12 yang lalu.tak lama lagi jadi muziumlah.. hua hua hua..

Gelihati melihat....hidup PAS!

Anonymous said...

3 bukit jadi saksi.

Kalau BN kalah di 3 bukit.Najib perlu letak jawatan sebagai tanggungjawab kalau PR kalah DSAI perlu juga letak jawatan.

Adakah mereka berani ?

Anonymous said...

siapa kata tak boleh tegur. Allah pun memerintah hambanya untuk menegur sapa tetapi ada pendekatannya. Kalau kita menegur biasanya ada adat dan adab.... Kalau orang memberi salam, kita menyambut salam dengan baik. Ini bukan soal terpelajar atau tidak tetapi adat dan adab. Ini adalah asas kehidupan manusia ada adadt dan adab.

Lser tak ade masalah untuk menerima kritikan yang membina yang bersopan. Laser hanya akan menjadi laser jika adat dan adab sudah diketepikan.

Aapa masalahnya jika kita beradab? Salah ke.. tetapi akhirnya manusia itu diberikan akal untuk memikir akan pilihannya.

terserah kepada kebijaksanaan tuan tuan semua. Tiada siapa boleh menilai kebijaksanaan kerana ia adalah hak Allah swt.

Anonymous said...

Orang Melayu tak kira parti mana harus muhasabah diri. Apa nak jadi dengan negara kita ini? apadah jadi dengan pemimpin kita?

Kita harus berani berhadapan dengan perubahan dan pembaharuan. Memanglah setiap evolusi dan transformasi memerlukan pengorbanan tetapi pengorbanan yang macam mana? adakah pengorbanan sehingga kita sebuah bangsa akan melukut di tepi gantang? Atau menjadi bangsa yang memimpin negara dengan kaum lainnya menghormati bangsa melayu itu. Penghormatan harus diberikan kepada yang hak. Hak bukan bererti UMNO tetapi orang melayu dan Islam.

Kepada yang hard Core Melayu Pas, hard Core Melayu UMNO, dam hard core Melayu PKR, bila lagi nak bermusywarah, berfikir sesama insan agar satu jalan penyelesaian kemelut melayu ini dapat diselesaikan dengan bijaksana.

Saya pohon semua fikirkan dengan penuh adat dan adab untuk melayu dan islam dinegara ini. Kesucian Islam dan Keangungan Melayu terletak ditangan kita sebagai bangsa melayu. Parti politik hanya wadah atau landasan perjuangan sahaja. Ideologi politik tidak seharusnya mengatasi matlamat asas iaitu Islam dan melayu.

Ingat ingatlah..

Anonymous said...

Kali ini pengundi keturunan Tionghua tidak berpihak kepada BN, sebab kekuatan mereka di negeri Perak telah dicabul oleh UMNO/BN, dan mereka merasakan perlu ajar BN di Bukit Gantang, Bukit Selambau termasuk Bukit Lanjan nanti.
UMNO beria-ria nak rampas Perak kononnya marahkan Pakatan Rakyat dengan isu pemberian tanah yang sedikit itu kepada penduduk Cina di negeri itu, sedangkan kerajaan UMNO sebelumnya telah menggadaikan ribuan hektar tanah milik org Melayu atas nama pembangunan kononnya. Tergurisnya hati kami kerana UMNO begitu kuat dengan sentimen perkaumannya, lepas itu gunakan isu durhaka pula ke atas Sultan. Sedangkan merekalah yang telah kurangkan imuniti Raja-Raja Melayu.
Rakyat hari ini sudah cerdik, saksikanlah ketiga-tiga kerusi yang diperatndingkan dlm praya nanti, rakyat bakal menunjukkan kuasanya menolak UMNO yang begitu kuat dengan KETUANAN MELAYU seolah-olah merendah2kan hak bangsa lain di negara kami ini.
Apakah Tuhan menjadikan bangsa Cina di dunia ini untuk dimusuhi? Sedangkan kami tahu Islam adalah agama yang mengiktiraf kejadian manusia yang berbilang kaum, berbilang agama serta menyruh berbaik sangka dengan kesemuanya.
Fikir2kanlah.....dan tak salah jika saya katakan permainan politik perkauman sempit ini sebenarnya menebal di kalangan UMNO, bukannya PKR, PAS dan DAP>

Albert Tantuya.

Anonymous said...

Apa masalahnya dengan bangsa melayu? kalau kerana mereka tak menyokong umno maka mereka insan yang tidak mengenang budi dan jasa.
perlukah kita menurut aje apa yang umno putuskan untuk melayu, walaupun pada dasarnya ianya menyalahi undang2 dan perlembangaan.kalau di depan mata ada kemungkaran bagi umat wajib bagi mereka menegah dan mengecam.begitu juga jika umno di lihat dengan imej elit dan bongkaknya menyebabkan rakyat menyampah kenapa tidak mengubah dengan lebih baik dan mesra. ini tidak lagak seperti pembangkang jadi apa bezanya umno dan parti pembangkang.sering kali mengungkit sejarah silam umno bagi sekolah umno bagi biasiswa walaupun di depan mata jelas ada pemimpin umno yang teruk dan korupsi masih di simpan dan di beri jawatan.
Apakah saudara mahu umno di pimpin oleh mereka yang terlibat rasuah.

Jangan hanya suruh orang muhasabah diri sedangkan diri masih bergelumang dengan najis.

salam

Anonymous said...

mmg x salah berbogel dlm bilik or rumah sendiri, tp yg salahnya, kenapa boyfriend dia boleh ambik gambar dia? tak tidor sama ke sebelum tu? or baru je lepas..ehemmm?? pikir la sendiri, kalau rumah berkunci, takde sapa yg boleh masuk, kecuali, mmg dah tidor sama² sebelum tu, pikir la secara logik sikit...

Anonymous said...

100% ahli UMNO adalah melayu dan masih dipercayai 100% adalah beragama islam (walaupun sudah beratus ribu org melayu di M'sia ini sudah murtad). Agama islam amat suci dan cantik peraturannya, jgnlah kerana politik kita lupa peraturan didlm agama kita yg menetapkan bhw apabila menuduh seseorg itu berzina memerlukan 4 org saksi.

Anonymous said...

Laser merasakan, biarlah rakyat yang menentukan nasib UMNO dan nasib parti yang lain. Rakyat mempunyai kuasa mutlak setiap kali ada pilihanraya. Kalau ditakdirkan bahawa Pakatan pembangkang akan jadi kerajaan maka "that is the government of the day". Laser sebagai rakyat hharus menghormatinya. Persoalan hak bangsa cina dan india itu. Laser merasakan bahawa semua orang mempunyai hak. tetapi penubuhan negara ini berlandaskan perjanjian yang telah dipersetujui sebelum mencapai kemerdekaan. Kedudukan bangsa asal yang memerintah sejak 1402 lagi hendaklah diiktiraf sebagai bangsa asal dan legitimate government. Ada pun kaum lain yang datang mencari rezeki di tanah melayu ketika itu adalah kaum yang diiktirak tetapi tidak sama darjat kedudukannya seperti bangsa asal. sebab itu termaktub hak keistimewaan bangsa Melayu, agama Islam dan raja raja Melayu. Kalau tidak mana mungkin perkara ini wujud.

Malay supremacy bukan isu lagi sebab semua sudah meneirma hakikat kedudukan orang melayu dalam perlembagaan. Perkara ini sebenarnya tidak perlu diceriter dan diperbincangkan. Masalahnya ada orang yang berkepentingan..mengangkat perkara ini menjadi sati isu.

bagi Laser tak salah orang cina dan india meminta hak mereka di negara ini. Demikian juga dengan bangsa melayu yang juga mempunyai hak untuk meminta dan menuntut hak mereka. Asal perkara ini difahami, laser rasa tiada masalah.

UMNO< PAS< PKR dan DAP semuanya berlandaskan kepada human base. manusia yang mengetuainya. Dan manusia itu tidak akan lepas dari kesalahan dan kesilapan. They are not perfect. Cuma kita kena faham, bila orang mengejar kuasa, maka banyaklah retorika politik akan wujud dengan berslogan "rakyat". ini adalah pheneomenon mana mana negara yang ada sistem pemerintah tersusun. lain lah kalau negar itu negara anarki.

Apa pun hujah kita disini, biarlah ianya membian satu negara Malaysia yang progresif. Perdebatan adalah sihat. Yang tidak sihat adalah menanam kebencian. Laser pada mulanya memang LASSSEEEERRRRR..tetapi..ia mempunyai sebab tertentu. tetapi kalau kita membuat penganalisaan dari kacamata diri kita dan berdoa untuk mendapatkan kebenaran, dengan izin Allah, kita akan dapat kebenaran tersebut..

Oklah.. adiooos

p/s hari nie laser ada coooool sikit. Apa macam ok tak...?

Anonymous said...

Salam Songkok Tinggi,

Kalau dah sejuk janganlah diusik-usik . Kawan elok-elok .
Ramai kawan banyak lah ilmu kita dapat .
kalau panas-panas entah kemana la kita semua .

En. Rahman renjis-renjis lah bagi cool jangan lah dibiarkan terus panas . Nanti terbakar computer saya .

Saya mencadangkan En Rahman himpunkan pelanggan blog ini pada satu majlis . ok ke kawan .

Salam .