Datuk Nasa bersama MB Perak
Datuk Nasa bersalaman dengan Pengerusi BBC DUN Perak,
Khalil Idham, YB Hj Hussin (kiri) dan Setpol MB Hj Misbahul Munir.Dalam arti kata lain,
'semuenye udah terlambat' (Teylor Paghit). Teman ini oghang Paghit
(Anak Lambor), teringat dengan bait-bait lagu merdu yang 'ponah' (pernah) didendangkan oleh penyanyi anak kelahiran Rungkup, Bagan Datoh, Perak, Shidee yang lunak mengalunkan lagu
'Sayang Semuanya Sudah Terlambat'. Elok juga Datuk Zahid Hamidi dengo lagu anak Rungkup, Bagan Datoh ini...
"Sayang Semuanya Sudah Terlembat" (Sila Klik Video)
Lirik/Bait Lagu Rangkap Terakhir..."Sayang semuanyaSudah terlambatTak guna engkau kesalkan lagiSayang semuanya sudah terlambatAnggaplah aku tiada lagiTerlanjur luka biarlah hatiku terlukaApa terjadi biarkan ku tanggung sendiri."
Tajol Rosli (Foto) mantan MB Perak yang memimpin UMNO/BN Negeri berkenaan telah ditolak oleh rakyat negerinya sendiri dalam PRU12 yang lalu, dengan menobatkan parti gabungan 'Pakatan Rakyat' mengambil alih kuasa kerajaan Darul Ridzwan. Isnin lepas, teman difahamkan Dato' Tajol juga telah menyerahkan surat perletakan jawatannya sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Perak. Datuk Sri Najib dikatakan akan menerajui sendiri UMNO Perak setelah mengetahui Tajol bukan pemimpin yang berwibawa untuk menyatu padukan UMNO Perak. Siapa juga yang memimpin UMNO Perak terpaksa berhadapan dengan arus kebangkitan rakyat yang telah 'getik' (Meluat) dan menolak kerajaan UMNO.
Kuasa rakyat menjadi hakiki sehingga tersungkurnya kerajaan UMNO yang cukup memalukan dalam era Presidennya yang Ke-VI, Pak Lah. Bukan sahaja Perak, UMNO dalam era Pak Lah juga menyaksikan negerinya sendiri
Pulau Pinang turut dibaham oleh kuasa harimau sehingga DAP berjaya membentuk dan mengetuai kerajaan negeri Mutiara itu. UMNO Pulau Pinang yang diketuainya tidak lagi 'Cemerlang, Gemilang dan Terbilang'.
Negeri Kedah Jelapang Padi juga telah mencatatkan rekod kesuramannya kali ini, apabila kepimpinan MB barunya Datuk Seri Mahadzir Khalid iaitu bekas Setiausaha Politik Pak Lah dahulunya, juga telah ditolak oleh rakyat negerinya sendiri. Sekali lagi UMNO dalam era Pak Lah menyaksikan Kedah Darul Aman tumbang di jalapang padinya. PAS dengan penuh bergaya membentuk kerajaan barunya.
Negeri Selangor Darul Ehsan merupakan negeri yang terkaya di Malaysia, tetapi pemimpin UMNO negeri ini telah menghina Pegawai Kerajaannya sendiri dengan menghadiahkan
'PENYAPU' sehingga menjadi
'ketulah rakyat', maka rakyat jugalah yang menghukum
KHIR TOYO dengan memasukkan UMNO ke dalam botol untuk dicampakkan ke dalam laut sebelum ianya menjadi toyol menakutkan rakyat.
UMNO yang
berjenamakan Khir Toyo kini terpaksa berbangga dengan kegagalan silamnya, lalu jadi kalimayo menggunakan isu lembu pula untuk menjatuhkan pemimpin yang telah dipilih oleh rakyatnya sendiri.
Dia tidak malu dengan rekod kegagalannya dalam memperkasakan UMNO sehingga PKR berjaya melemahkannya, seterusnya mereka telah berjaya pula mengambil alih pentadbiran di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah dengan membentuk kerajaan baru; dalam pada itu Khir Toyo yang kini menjadi Ketua Pembangkang DUN Selangor tanpa segan silu mencari-cari kesilapan orang lain seolah-olah mahukan rakyat Selangor mempercayainya lagi.
Negeri Kelantan Darul Naim yang masuk penggal ke-V kerajaan PAS memerintah negeri Cik Siti Wan Kembang ini, dilihat begitu dominan sehingga mereka dengan mudahnya berjaya mematahkan niat buruk
"KJ" yang menggunakan slogan 'Pade Doh' sehingga melenyapkan impian 'Annuar Musa' untuk menjadi MB Kelantan yang baru.
UMNO Terpasung Dengan JeratnyaSekali lagi UMNO yang terbilang dengan 'cah ketingnya' di negeri Serambi Mekah ini terpasung dengan jeratnya sendiri. Tuan Guru Nik Aziz yang serba sederhana kehidupannya telah menjadi pilihan di hati rakyat sehingga PAS terlalu kebal untuk dibinasakan oleh UMNO. Ibrahim Ali '
si cicak mengkarung' ini jika tidak menggunakan lambang bulan (PAS), tentunya dia takkan menang di Pasir Mas.
(Foto - Ibrahim Ali di tengah bersama Penulis di kiri sekali, Gambar Tahun 1984 semasa sama-sama di dalam Pemuda UMNO Malaysia) Memetik semula apa yang pernah Ibrahim Ali perkatakan kepada saya suatu ketika dahulu bahawa terlalu sukar untuk dia menang di Pasir Mas jika masih menggunakan lambang dacing, tetapi menjadi mudah untuk menang jika bertanding atas tiket pembangkang. Sebab itu dia menang dalam PRU12 kerana Nik Aziz merestuinya bertanding atas tiket bulan. Sebelumnya dia kalah dalam pilihan raya kecil DUN Pengkalan Pasir sebab bertanding atas tiket BEBAS. Sahabat saya ini (Ibrahim Ali) memang lantang dan begitu berterus terang dalam perjuangannya, tetapi sayang dia terlalu bahaya kerana mudah menggigit tangan orang yang berbudi dengannya.
UMNO Hilang KesaktiannyaDemikianlah episod lima buah negeri termasuk satu lagi di
Wilayah Persekutuan yang telah menjadi mangsa kepada kebencian rakyat terhadap UMNO yang sudah hilang kesaktian pemimpinnya. Pada saya, UMNO tidak perlu dipersalahkan, tetapi kebijakan pemimpinnya perlu dibijaksanakan supaya tidak lagi digenangi dengan gejala perosak yang dibenci oleh rakyat. PRU13 hanya berbaki tiga empat tahun saja lagi.
UMNO dan BN harus cermat dan smart untuk membatasi era kepimpinannya supaya lebih dinamik, lebihkan wownya, tidak korupsi, berhati mulia, berjiwa rakyat, membela rakyat, bijak mengurus negara, saksama dalam sistem pengadilannya dan yang penting sekali ialah sentiasa perkasa membela jati diri keMelayuannya.
Bahasa Melayu di Bawah TanggaBahasa ibunda kita jangan diletakkan di bawah tangga sahaja, kita mesti bertanggungjawab mendaulatkan bahasa nenek moyang kita, bukannya berbangga dengan bahasa kolonial yang pernah menjajah minda orang Melayu. Insaflah, UMNO hari ini perlukan jati dirinya. UMNO bukan sahaja mesti diMelayukan lagi, malah UMNO hari ini juga mestilah kelihatan Melayu yang berbudi pekerti, Melayu yang diterima oleh semua rakyat Malaysia. Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (PEKEMBAR) atau UMNO ini mestilah ada kilaunya untuk mendepani isu-isu rakyat yang memerlukan pembelaan kita.
Melayu UMNO, Melayu PAS, Melayu PKR Hendaknya Melayu di dalam UMNO, tidaklah menganggap Melayu di dalam PAS dan Melayu di dalam PKR sebagai musuh yang perlu diperangi sehingga Melayu sesama Melayu akan berbunuhan sesama sendiri demi ketulenan parti masing-masing kononnya.
Melayu dalam UMNO, PAS dan PKR semuanya beragama Islam, semuanya membaca Al-Quran yang sama yang memfardhukan keseragaman solat lima waktunya. Janganlah membiarkan pergelutan kuasa sesama Melayu sehingga membawa kepada kehancuran.
Wahai Najib, Anwar dan Nik Aziz, buangkan ego masing-masing, carilah noktahnya sekarang...!!