TERKINI....Sehingga jam 3.30 petang ini, MB Perak masih belum mengadakan sidang medianya. Namun begitu beliau bersama-sama dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan lain-lain pemimpin Pakatan Rakyat yang turut berada di kediaman resmi MB Perak itu telah bersedia bila-bila masa untuk mengadakan sidang khas media tersebut.Di dalam satu perkembangan lain, difahamkan Baginda Sultan Perak Sultan Azlan Shah memutuskan untuk tidak memperkenankan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) dan menitahkan supaya Menteri Besar Mohammad Nizar Jamaluddin dan barisan exconya meletak jawatan berkuat kuasa serta merta.
Pejabat Sultan Perak dalam satu kenyataan hari ini berkata, baginda setelah menemui kesemua 28 anggota dewan daripada Barisan Nasional dan juga tiga anggota Bebas, baginda yakin bahawa Mohammad Nizar telah terhenti daripada mendapat kepercayaan sebahagian besar daripada kalangan anggota dewan.
“Sekiranya Mohammad Nizar tidak meletak jawatan sebagai Menteri Besar Perak bersama ahli-ahli MMK (Majlis Mesyuarat Kerajaan), maka jawatan Menteri Besar serta ahli-ahli MMK tersebut dianggap telah dikosongkan,” kata kenyataan itu.


3 comments:
Syabas sdra Rahman Locengwangsa saja dapat memberi maklumat terkini hal cemas politik Perak.Tahniah dan teruskan usaha anda
Terima kasih orglama...Perak negeri saya.
Tkasih orglama...Perak negeri saya. Lagipun mmg menarik untuk diberikan liputan buat pengajaran semua...
Rahman Hashim.
Post a Comment