TERKINI......setakat ini Datuk Sri Najib Tun Razak telah dua kali menghadap Sultan Perak, setelah kali kedua diminta membawa menghadap bersama ke empat-empat ADUN yang melompat. Manakala Menteri Besar Perak Datuk Seri Ir. Mohd. Nizar Jamaluddin juga dititah mengadap ke Istana Kinta, Ipoh kira-kira jam 12.45 tengahari tadi, dan kelihatan tersenyum mesra keluar daripada Istana Kinta kira-kira 20 minit selepas itu.Datuk Seri Najib dalam satu kenyataan ringkasnya di Bangunan UMNO Perak, di Ipoh selepas bermesyuarat dengan semua pemimpin UMNO Negeri Perak berkata bahawa kita bersedia menunggu dan mematuhi apa jua keputusan yang dititahkan oleh Baginda Sultan Perak.
Sementara itu MB Perak pula akan mengadakan sidang medianya petang ini untuk memaklumkan sesuatu yang penting selepas beliau diterima menghadap Sultan Perak sebentar tadi. Sebelum dititah menghadap, MB Perak telah mengiringi Pak Lah Perdana Menteri di dalam satu upacara resmi kerajaan di Bagan Serai.
Nantikan pengumuman terus daripada mulut MB Perak sendiri sebentar saja lagi...


No comments:
Post a Comment