(Foto: Kelihatan Awang Adek bersama balu allahyarham Hawa Bivee Ismail (dua dari kiri), Puan Hairunnisa Bivee Ismail (Kiri sekali). Turut kelihatan Dato' Halim Samad (Kanan sekali)
Awang Adek Hussin bukanlah Ketua UMNO Bahagian di situ dan bukan juga wakil rakyat parlimen Setiawangsa, namun begitu ingatan dan keluhuran hatinya terhadap Allahyarham Hamzah telah membuatkan beliau terpanggil untuk menziarahi keluarga ini.
Awang Adek merasakan dirinya terhutang budi dan berterima kasih serta menghargai sokongan yang telah arwah Hamzah berikan kepadanya ketika beliau bertanding ahli MT UMNO Mac lalu. Allahyarham Hamzah Kunjoo Marakan merupakan salah seorang wakil UMNO Bahagian Setiawangsa (G7) ke Perhimpunan Agung UMNO 2009 yang lalu.
Membaca Surah Yasin
Hidangan Jamuan
Kehadiran Dato' Dr. Awang Adek Hussin di majlis ini telah disambut oleh Puan Hairunnisa Ismail, Ketua Wanita UMNO Bahagian Setiawangsa yang merupakan kakak ipar kepada arwah Hamzah. Turut berada di majlis tersebut yang menyambut kedatangannya ialah Dato' Halim Samad, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Setiawangsa, Dato' Ahmad Fauzi Zahari, Naib Ketua UMNO Bahagian dan juga ketua-ketua UMNO Cawangan di dalam bahagian tersebut.
Allahyarham Hamzah Kunjoo Marakan telah kembali ke rahmatullah pada hari Sabtu lepas (23 Mei). Beliau telah meninggalkan seorang balu Hawa Bivee Ismail dan empat orang anak. Pemergiannya merupakan satu kehilangan kepada masyarakat di Setapak Jaya yang dipimpinnya sejak sekian lama. Allahyarham begitu aktif dengan kepelbagaian kegiatannya yang sentiasa mendapat sambutan daripada masyarakat tempatan.
Marilah kita mendoakan semoga rohnya dicucuri rahmat dan di tempatkan di kalangan orang yang soleh. Al-Fatihah!


9 comments:
Pemimpin mengenang, pemimpin di bela. Kalau ramai pemimpin macam ni, tentu kuat UMNO dan BN.
UMNO tak kuat kerana tak ramai pemimpin yang seperti ini. Sekarang UMNO dah goyah mungkin akan ramailah pemimpin yang akan muncul seperti ini.
Sebenarnya masih ramai pemimpin UMNO yang prihatin dengan masalah rakyat di akar umbi, cuma kadang2 segelintir pihak sahaja yang tidak cermat hendak menjaga imej partinya. Lagi pun UMNO bukannya parti yang disertai oleh para malaikat dan para anbia serta waris-warisnya. PAS yang perjuangkan Islam pun tidak disertai oleh para malaikat dan para anbia. Dosa dan pahala sama sahaja...syabas kepada Awang Adek!
Syabas Rahman, kerana telah berjaya tonjolkan imej sejati seorang pemimpin UMNO. Awang Adek tidak ada apa2 kepentingan di Setapak Jaya apatah lagi orang yang berkenaan sudah pun tiada lagi di dunia fana ini. Tetapi beliau telah sanggup melapangkan masanya untuk bertanya khabar dan mengirim takziah kepada seorang pemimpin kerdil UMNO cawangan yang bukan satu bahagian dengannya.
Zulhasnan mana dia pegi.....dah lama sangat tak nampak muka di dalam kawasan.
Zul Hasnan bukan bolih diharap. Jangan harap lah nak kenang yang dah meninggal, Ketua cawangan yang hidup pun ada yang dia tak tau nama
Hmm...Alhamdulillah...
Tapi harap2 janganlah nak tunggu ade kematian baru nak baca Surah Yaasin, Kalau camtu maksud kedatangan tu motif politik semata mata..tapi Syukur Alhamdulillah.
tapi tak perlu dibanggakan sangat. Jika ade wali atau ulama yang datang patut pun dibanggakan..Tapi Alhamdullah semagat persaudaraan islam makin teguh..
wahai pengecut tak bernama.Mengapa pula sebok tanya mana Zulhasnan?Apa dosa dia pada engkau? Yg marah sangat kat dia tu pasal apa.Nampak sangat engkau ni berhati busuk.Irihati.Aku percaya engkau pun pernah makan budinya dan duit dia, mungkin masa nak Raya atan sambut puasa atau nak naik sekolah.Sudahlah kawan byk lagi kerja faedah yg boleh dibuat dpd menjolok kemarahan org
Nak bagi tau kat Ibu Leter Zulhasnan tu banyak dosa pada UMNO.Jangan ingat lah bolih beri sikit duit sambut hari raya tu dia tu pemimpin yang baik.Kita tau dari mana datang duit yang di campak kepada ketua ketua cawangan tu.Pimpinan gaya tu lah yang banyak membawa kerosakan kepada pemikiran orang UMNO.Saya cabar kalau dia betul setia kepada UMNO serahkan tapak pejabat umno bahagian Setiawangsa kepada umno bahagian.Jangan pula apabila tidak menjadi ketua UMNO, bahagian tiada mempunyi pejabat.Pada masa itu nampak lah UMNO setiawangsa sebagai satu pertubuhan peribadi.
Post a Comment