Nampaknya gagasan Pakatan Rakyat yang dipelopori oleh PKR, PAS dan DAP juga tidak mampu untuk menjadi alternatif kepada parti gabungan Barisan Nasional yang dianggap sudah usang itu.Keampuhan PKR, PAS dan DAP yang berjaya mengurangkan majoriti 2/3 dominasi Barisan Nasional di Dewan Rakyat di dalam PRU12 yang lalu mungkin menjadi rapuh dan kian menampakkan tanda-tanda kepincangannya.
Harapan untuk mengambil alih pemerintahan negara yang menjadi matlamat Pakatan Rakyat mungkin tidak kesampaian dan bakal ditolak oleh rakyat setelah mereka sendiri menampakkan indikasi pertelagahan yang tidak melambangkan kesepakatan sesama mereka.
PAS secara terbuka telah memperlihatkan wujudnya 'dalang-dalang' tertentu yang berhasrat untuk memecah belahkan uniti yang sudah dijalin erat selama ini dengan membuat cabaran demi cabaran untuk mengugut PKR dalam menghadapi pilihan raya kecil DUN Penanti di Pulau Pinang yang bakal berlangsung pada 31 Mei nanti. Ekoran daripada pertelagahan yang disengajakan itu, juga memperlihatkan ada pihak di dalam parti itu yang bersikap membaling batu menyembunyikan tangannya.
Gelagat seumpama ini menyerlahkan lagi keangkuhan PAS seolah-olah parti ini tidak perlu lagi kepada sebuah gabungan yang kuat untuk mengunyah Barisan Nasional yang menjadi musuh tradisi mereka selama ini.
Mereka ini lebih yakin kononnya tanpa 'Anwar' PAS mampu secara bersendirian untuk bertempur dengan BN yang semakin mendapat suntikan kuat akibat daripada perpecahan yang telah mereka cetuskan sekarang ini.
Tindakan cabul mereka ini bakal mengundang kepada keruntuhan Pakatan Rakyat, dan jika ini terjadi lanskap politik negara juga akan menyaksikan episod-episod siapa cerdik dan siapa dungu yang akhirnya rakyat tertipu. Inilah dia politik ala Malaysia. Ingatlah, dalam teori politik tidak ada musuh yang kekal dan tidak ada juga kawan yang kekal. Hari ini mereka bercakaran, esok mereka boleh berpeluk arab.
Inilah masa yang terbaik untuk mengembalikan semula kepercayaan rakyat kepada UMNO/BN kerana parti-parti yang sedang memerintah Pulau Pinang ini telah terjebak dengan percakaran sesama sendiri yang tidak menguntungkan lagi rakyat Pulau Pinang.
Jika percubaan PAS kali ini menghasilkan kejayaannya, saya syorkan lebih baik selepas ini mereka 'cium mulut' semula dengan UMNO. Mungkin cium mulut dengan UMNO lebih manis daripada berkulum lidah dengan PKR yang sedang mereka ludah sekarang ini.


10 comments:
Setuju benar apa yang sdr rahman lontarkan..maka inilah masanya yang terbaik bagi UMNO/BN pada prk penanti.Sudah pasti apa yang yang diperdebatkan Pas Pulau Pinang adalah benar kerana mereka yang lebih tahu permasalah penduduk setempat bukan presiden pas yang terikut budaya sonsang Anwar yang semata-mata ingin membalas DENDAM.Kesedaran Pas Pulau Pinang haruslah diakui dan dinilai oleh teraju atasan Pas dan bukan menidakkan atau memejamkan mata demi menjaga hati Anwar dan Lim kit siang.
Eloklah PAS berperang dengan sahabat pakat yang lain...dah puas dah memerintah setahun...bagi balik kepada BN. PAS BAGUSSSS!!!!
Teringat dailog P.Ramlee dalam filem Tiga Abdul....
" Bapak(PKR) disana tu penyangak, Abang-abang(DAP) disini penyamun... dah kena dah penyangak jual penyamun..."
hehehuhu......
Salam .
Betul ke Pakatan Raakyat pakat-pakat singkir PAS dan menidakkan golongan ulama PAS .
Trend politik lari malam bagi mengaadakan PRK kini menjadi kan raakyat mula mengenali politik PR .
Inilah antara perkara yang menyedarkan kita semua termasuk PAS.
Salam .
Salam,
Dalam sebuah negara yg menjunjung prinsip demokrasi, pandangan dan kritikan sewajarnya dihormati. Dalam senario politik terkini PAS dilabelkan sbg angkuh, adakah ianya wajar? Bagaimana pula keangkuhan UMNO khususnya sblm tragedi pilihanraya 2008 yg menyebabkan UMNO hampir terkubur, adakah ia sesuatu yg harus dipandang mulia. Di saat UMNO amat memerlukan talian hayat utk bernyawa sewajarnya UMNO perlu mengubati dan menghapuskan segala sakit dan penyakit kronik serta misteri bukannya menyelidiki/mengintai penyakit orang lain. Marilah sama2 kita mendaulatkan ISLAM, memperkukuhkan bangsa dan bukannya mengintai2 projek utk kepentingan peribadi dan memperkayakan keluarga serta membina jaringan kroni...
Salam,
Melihatkan kpd penulisan terbaru saudara jls menggambarkan bhw saudara masih blm mengerti erti konsep perbezaan pendpt dlm Islam. Inilah akibatnya bila terlalu lama bergelumang dlm UMNO yg sarat dgn fahaman sekular. Kan ke elok saudara melihat dari satu sudut yg positif ttg sikap keterbukaan yg jls berlaku dlm PR. Tak timbul di sini sifat angkuh oleh PAS spt yg dakwaan saudara. Apakah skdr mengemukakan pndgn itu dikatakan ANGKUH. Bukankah UMNO lg angkuh dgn menyekat kebebasan suara serta menggunakan seluruh jentera termasuk media utk memburukkan imej PR. Parti mcm UMNO nak diajak utk PAS berkrompromi. Nak cium mulut UMNO buat apa, mulut dah bau busuk. Sudahlah saudara, bertaubatlah, akhirat nanti saudara akan dipersoalkan. Saudara bersekongkol dgn parti yg melakukan kezaliman. Buruk2 PR tapi tidak seburuk BN krn PR berusaha utk menegakkan keadilan, membanteras rasuah serta komited utk membangunkan Malaysia dgn berteraskan keberuntungan kpd rakyat jelata.
amboi...bila penulis menulis berpihak pada mereka bukan main lagi puji...bila negetive sikit bunyinya... tak faham lah....keliru lah nyah....
WAHAI ANAK IKAN TAK PAYAH LA NAK KELIRU ATAU SUSAH HATI..KO DUDOK DIAM-DIAM DALAM LUBUK BESARKAN PERUT MACAM BUNYA TEMBAGA..
ala....tak kose la mak.... nak besar kan perut...mana boleh nyah...nanti org tak suker....dah tak cun macamana nak goda...
Salam ,
Zaman berubah .PAS bergolak kerana ahli-ahlinya inginkan perubahan .
Kini pemimpin PAS ada berbagai-bagai fahaman , golongan dan berbagai hala tuju .
Ada yang pro UMNO , ada yang PRO KeADILan(Edorgan) dan ada yang PRO DAP dan ada yang tak PRO dan PRO Ulamak macam jasa mu tak dikenang.
Pada permerhatian saya DSHA(PRO UMNO) bakal mengekalkan Jawatan walau calon yang ditaja oleh KeADILan dan DAP nampak kuat .
Calon yang PRO mana -mana itu biasa,Tapi kalau ditaja oleh parti luar itu kira dah sakit la .
Sekian
Sekian
Post a Comment