assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Friday, May 8, 2009

SIVAKUMAR DIUSUNG KELUAR DEWAN SECARA HINA, BAKAL MENGUSUNG UMNO JUA...

Saya terperanjat dengan insiden kebudak-budakan yang disandiwarakan oleh juragan-juragan UMNO di DUN Perak semalam, sehingga mereka tidak sedar pementasan ALA KUDETA ini sebenarnya bakal menjerat leher UMNO yang semakin alergik dari kaca mata rakyat terbanyak di negeri Datuk Maharaja Lela ini.

Ingatlah, majoriti rakyat di negeri 'Tok Sagor' ini sudah pun membuat keputusan menolak UMNO/BN semasa diadakan PRU12 yang lalu, sehingga saya tak percaya benarkah negeri kelahiran saya (Perak) sudah jatuh ke tangan pembangkang pada masa itu?

Bukan itu sahaja, saya juga menjadi kalimayo setelah UMNO mendabik dada berkuasa semula di negeri ini, tetapi tidak mampu hendak menyekat penolakan rakyat terbanyak terhadap UMNO/BN dalam pilihan aya kecil di Parlimen Bukit Gantang tempoh hari. Apa jua hujah yang dialaskan oleh Zambry tentang kekalahan partinya di Bukit Gantang, jelas menampakkan tanda aras majoriti rakyat negeri Perak telah menolak kepimpinannya.

Melihatkan keadaan tegang yang berlaku di DUN Perak semalam, saya menjadi semakin tidak percaya benarkah UMNO sudah menjadi desperado sehingga sanggup mengenepikan keluhuran undang-undang yang dijunjung demi untuk merampas kuasa untuk menjadi 'penguasa' yang dibenci rakyat?




Aduuh...kenapa cara ini yang dilakukan..???

Tahukah betapa tindakan yang tidak bersopan ini bukanlah satu teladan yang baik yang boleh mengembalikan kepercayaan rakyat kepada UMNO/BN, sebaliknya tindakan mengusung speaker Sivakumar keluar dari dewan bakal mengundang kebencian rakyat yang akan menghukum kita (UMNO) dalam PRU13 nanti?

UMNO berjenama 786 di Perak ini berada dalam tanda aras bahaya sekarang ini. Kuasa yang dirampas tidak sekuat mana pun, bila-bila masa kuasa kudeta ini akan diruntuhkan akibat tindakan yang tidak strategik yang dilakukan oleh pemguasa-penguasa yang rakus ini. Dr. Mahathir sendiri konsisten dengan pendapatnya betapa UMNO tidak cermat dan terlalu gopoh untuk mengembalikan kuasa di negeri yang telah menolak UMNO/BN ini.

Golongan muda yang kini bakal mendominasi peti-peti undi sedang asyik memerhati gelagat UMNO ini, dan tentunya mereka semakin pelik untuk mempercayai kewajaran 'parti tertua' ini bertindak ala membabi buta yang bakal menjahanamkan diri.

Inilah kereta lama yang semakin disisihkan

Saya terasa malu kerana ketegangan politik di negeri Perak ini telah tercetus akibat kegelojohan pencatur dan pelaga UMNO negeri ini, termasuk penyibuk yang senama dengan saya (ABDUL RAHMAN HASHIM - SUK) yang dilihat tidak cermat mengendalikan isu sehingga kita ditertawakan, kerana hanya Perak sahaja yang mempunyai dua MB, dua speaker dan dua set barisan exco negerinya. Inilah akibatnya orang yang gila talak sedang memegang kuasa yang bakal dihina oleh rakyatnya sendiri....

21 comments:

sajari said...

ITULAH ...KALAU KITA LIHAT GAMBAR YG DIAMBIL DARI BLOG PR...NAMPAK MACAM TERUK SGT BN NI KAN... TAPI KALAU KORANG TGK IN REAL STORY KAT DEWAN TU....YA ALLAH YA RABBI.... TAK DAPAT NAK GAMBARKAN MCAMANA... BIADAP SUNGGUH PIHAK PARTI PEMBANGKANG....MMG DASYAT....

mas said...

yG peliknya ahli2 dun dari negeri lain yg sibuk nak dtang tu apasal...kan dah bagi amaran siang2 jgn datang buat perhimpunan....ada pulak masa tu....kan lebih baik gunakan masa itu utk tujuan yg lebih faedah di dun masing2.....

pinggir setiawangsa said...

en rahman,

saya berterima kasih dengan tulisan ini. en rahman adalah segelintir kecil orang UMNO yang berani mengatakan tindakan kita di Perak ini akan mengundang padah dalam jangka masa panjang.

memang tepat jangkaan ini. pergilah ke e mail...blogs, facebook...semua anak muda menghentam kita dengan tuduhan yang buruk...kita tidak mampu melawan arus ini. percayalah...

secara strategik, saya fikir, pemuda umno perlu mengeraskan 'telur' dan menuntut pilihanraya negeri perak yang lalu...baru ada keberanian...baru rakyat hormat dengan kita..

PM baru kita, mesti berani berhadapan isu ini secara 'gentleman'...dan guna kekuatan sedia ada untuk menawan perak secara 'lebih molek'..

Anonymous said...

Khas buat Sajari Said/Mas Said,
Jgn dipertikaikan pd gambar yg dipaparkan. Jgn lari tajuk lah...Cuba study dulu btl ke tindakan dari segi undang2 mengheret keluar Speaker Dewan seumpama binatang dlm keadaan masih dlm jawatan. Jgn isukan jerit-pekik org dlm dewan. Pencabulan undg2 jelas berlaku..UMNO yg lakukan. Lps ni tak payah buat pilihanraya lagi. Suruh polis masuk dewan DUN/Rakyat, lps heret speaker dewan dan lantik speaker baru ikut suka bapak dia je, bw usul tak percaya pada MB KELANTAN, SELANGOR, PULAU PINANG dan KEDAH. Mcm perangai YAHUDI rampas tanah PALESTIN.

Saudara Mas Said,
Apa yg pelik ahli2 DUN dr negeri lain dtg....lagi pelik bila polis boleh masuk dewan dan heret Speaker Dewan. Hiiii! Memang bodohlah org2 UMNO ni. Tak boleh bezakan ke antara perlanggaran undg2 yg sbnr. Polis buat apa sibuk campur urusan dewan, byk kes jenayah besar lain tak selesai...knp sibuk nak tgkp2 org yg berhimpun secara aman. Sudahlah UMNO.....kau tunggu lah pilihanraya umum 13 nanti. Kami anak2 muda akan ajar kamu.

Anonymous said...

Sudara Rahman,
Syabas atas ulasan saudara yg terbaru. Saya melihat apa yg berlaku smlm tak ubah spt cara Yahudi memekakkan telinga serta membutakan mata utk mendgr dan melihat kecaman trhdp kekejaman mrk merampas tanah Palestin. Mereka gunakan semua kekuatan yg ada termasukkan menggunakan kuasa besar Amerika utk melindungi sgl kekejaman mrk. Dlm konteks di Perak mrk menggunakan institusi raja bagi melicinkan proses merompak kuasa. Inilah kesan fhmn sekular yg dah lama dianuti oleh UMNO. Saya hrp saudara Rahman wajib berasa MALU nak mengaku sbg ahli UMNO. Jika tidak, saudara disebut sbg bersekongkol dan azabNya amat pedih di akhirat nanti.

sajari said...

Apa yg tak ikut undang2nya....cumanya kalau berpihak pada PR korang terima...jika tidak berpihak mmg mcm apa ker protesnya...

MMg patut pun heret siva tu mcm tu...org dah suruh elok2 masih berdegil juga.... siva pun sama..ikut suka hati dia aje nak gantung2 org....kenapa dia tak gantung sultan perak sekali...sebab alasan dia adalah perlantikan MB...sultan yg buat...nak gantung org tak tentu pasal...tak ikut undang2 juga....tapi biasalah kalau pihak PR mmg boleh buat semua...

Nak bubarkan DUN konon nak ikut kata rakyat....siapakah rakyatnyaitu.... rakyat bawah pokok sahaja yg nak ...bukannya semua yg inginkannya...kalau nak juga tunggulah Pilihanraya 13 nanti...

Tetapi Tak tau lah pulak ...jika terdesak sebab BN boleh menerima erti kekalahan...kalau PR mmg tak boleh...

sajari said...

sorilah ayat tunggang langgang...maklumlah budak sekolah lagi...tak macm korang semua dah besar pjgg...kui...kui..kui...

Anonymous said...

Saudara Rahman;

Pandangan saudara dialu2kan... namun jadilah penulis yg berintegriti bukannya menulis hanya tangkap muat...(hearsay)

Saudara menulis hanya utk membodek... dulu marahkan Tun M kerana tidak ada siapa berani menegur / berhujah dgnnya dan kali ini menyetujui kata2 Tun pula...

Sebagai seorang penulis yg baik... saudara harus memberikan gambaran @ fakta yg sebenar ... apabila berlakunya peritiwa memaulakn di dlm Dewan Undangan Negeri Perak.

Bagi saya kedua2 pihak bersalah dlm perkara ini.... x perlu diperjelaskan carilah titik pertemuannya.

sekian

Anonymous said...

SIVAKUMAR DIUSUNG KELUAR DEWAN SECARA HINA, BAKAL MENGUSUNG UMNO JUA.....

Apakah saudara cuba membuat provokasi dalam perkara ini... kalau saudara merasakan tidak selamat berada dlm UMNO silalah cari jalan keluarnya... dan letaklah jawatan sebagai AJK UMNO Setiawangsa.

Saya berpendapat penulisan saudara bukannya utk menenangkan suasana tapi sebaliknya....

pinggiran setiawangsa said...

salam,

sdr rahman punya HAK untuk menyatakan pendapatnya. inilah masalah orang UMNO...semua berebut nak jadi YES MAN. jadi bangang!

rahman jadi orang umno yang berani bersuara...

Anonymous said...

Salam saudara Rahman...

TAHNIAH di atas ulasan anda,saya ahli umno johor juga rasa malu dengan apa yang berlaku...memang jelas umno gopoh dan pelahap terhadap kuasa...pencabulan ini bakal mengundang bencana pada umno pada PRU13....jangan fikir rakyat bodoh macam dulu lagi....

Haji Osman Jailani.

ajym said...

saya terlalu byk membaca blog org PKR.... blog BN tak byk lah....boleh tolong bagi link tak... saya ingin baca semua supaya boleh berfikir....

Ramli Mohd Yunus said...

Saudara Rahman,

Saya senada dan bersetuju dengan pendapat saudara. Hanya yang benar benar hormatkan undang undang dan berhemah saja yang berani mengeluarkan pendapat begitu.

Saya sedih fiasco di DUN Perak dilihat sebagai kemenangan di pihak BN. Saya juga khuatir akan backlash dari majoriti rakyat Perak.

Isu ini mesti ditangani dengan penuh hemah, bertanggung jawab, melalui lunas undang undang. Tidak elok kita beremosi dalam menangani rakyat nanti.

add said...

ajym... sila ke laman penggabung suara http://nasionalis1946.blogspot.com kalau nak baca blog yang best-best...

Anonymous said...

saya bersetuju dgn pandangan 8may jam 12.09... awak nak jadi apa rahman pandai memprovokasi saja... kalau ada majority mudah dalam dewan..itu lah kerajaan.. kalau umno yg kena (hilang majority) .. kita tak akan jadi seperti mereka .. kita akur.. dan mengatur strategi..rahman sepatutnya memikir bagai mana nak tarik hati rakyat BUKAN JADI AGENT PEMBANGKANG BERTOPENG AJK BAHAGIAN MENGHENTAM UMNO......

pemuda p118 said...

jadi AJK UMNO Bahagian bukannya perlu menjadi taklid dan BODOH dengan keputusan yang silap.

UMNO kena jadi parti politik yang boleh menerima perbezaan pemikiran. sebagai orang perak sejati, rahman tahu 'psyche' dan pemikiran orang perak...

kalau dihina begini...jawabnya UMNO akan terhina jua nanti..

yang sikit2 mengugut rahman sebagai AJK UMNO bahagian adalah kumpulan yang merosakkan UMNO. ikut membuta tuli...mcam lembu...

ini UMNO yang baru...mesti benarkan KRITIKAN dari dalam...sebelum berhadapan dengan rakyat luar sana...

ada FAHAM?>???

pemuda p118 said...

jadi AJK UMNO Bahagian bukannya perlu menjadi taklid dan BODOH dengan keputusan yang silap.

UMNO kena jadi parti politik yang boleh menerima perbezaan pemikiran. sebagai orang perak sejati, rahman tahu 'psyche' dan pemikiran orang perak...

kalau dihina begini...jawabnya UMNO akan terhina jua nanti..

yang sikit2 mengugut rahman sebagai AJK UMNO bahagian adalah kumpulan yang merosakkan UMNO. ikut membuta tuli...mcam lembu...

ini UMNO yang baru...mesti benarkan KRITIKAN dari dalam...sebelum berhadapan dengan rakyat luar sana...

ada FAHAM?>???

MirZa said...

Ya Umat Melayu,

Ingatlah bahwasanya apa yang berlaku ini adalah kerana ketamakan KUASA dari kedua dua belah pihak.Sama ada pembangkang mahupun UMNO/BN. Kesatuan umat islam mulai goyah dek ketamakan dan kejahilan fikiran golongan politikus yang amat taksub dengan kepada perpecahan.Selagi asas perjuangan kita ni tak berlandaskan penyatuan umat islam. Selagi itu kita menuju kepada perpecahan. Apa yang dikatakan oleh En. Rahman itu ada betulnya. Dan kita janganlah menutup fikiran kita seperti katak yang tidak mahu keluar dari tempurung kelapa.Ingatlah UMNO, kejatuhan UMNO semakin hampir jika kamu masih berpikiran spt kaum terdahulu. Islam perlu bersatu menentang musuh agamanya. Tetepi bukan dengan cara membenci agama lain. Rasulullah S.A.W bersabda :
Menyakiti kaum kafir,sama seperti menyakiti aku,menaykiti aku,sama seperto menyakiti Allah. Apakah kalian sanggup lakukan ini??tepuk dada tanyalah iman kamu wahai umat melayu. SALAM PERJUANGAN

marhain said...

Salam Sejahtera Utk Saudara Rahman,
Saya ucapkan syabas/tahniah atas keberanian saudara dlm melontarkan pndgn trhdp isu2 politik semasa. Dgn sikap keterbukaan pndgn saudara jls terpncr kematngan politik saudara. Mungkinkah saudara sewaktu Anwar dlm kjaan, saudara sealiran dgn beliau. Pd saya saudara sealiran dgn Anwar. Anwar adalah tokoh yg cuba mendidik ahli UMNO suatu ketika dulu mengajar erti sikap keterbukaan dan perbezaan pndgn asal saja ianya baik utk agama, bangsa dan kemajuan negara. Saya berdoa agar suatu hari nanti saudara akan membuat satu kejutan besar dgn menyertai perjuangan PR utk bersma2 berjuang menegakkan keadilan dan membangunkan ekonomi berdasarkan prinsip ketelusan dan kesaksamaan.

TheFugitive said...

En Rahman ,

Tahniah kerana berani menyatakan kebenaran . Anda adalah segelintir orang UMNO yg mahukan perubahan . Pertama kali membaca blog anda saya salute . Berani kerana benar , takut kerana salah .

Anonymous said...

The Furgitive, Pastikah dilakukan sdr Rahman itu benar. Pergilah siasat sendiri. Sivakumar sudah cukup biadab. Diusung keluar tu sebenar dah cukup baik,.. sikap kelingnya dia teserlah sama seperti penasihat besarnya.