assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Thursday, April 30, 2009

SYED SOBRI TAK JADI LETAK JAWATAN ADUN KUALA NERANG?

Datuk Syed Sobri Syed Hashim, Ahli Dewan Undangan Negeri N.07 Kuala Nerang (Foto) akhirnya menafikan yang beliau akan meletakkan jawatannya itu. Di dalam satu kenyataannya yang telah dipetik oleh beberapa akhbar kelmarin, Syed Sobri telah membuat penafian tentang desas desus kononnya beliau telah menghantar surat perletakan jawatan sebagai ADUN Kuala Nerang kepada Dato' Sri Najib Tun Razak.

Sebelum ini tersebar luas berita mengenai hasratnya untuk meletakkan jawatan tersebut setelah beliau dikatakan begitu tertekan dengan masalah kewangan yang dihadapinya. Ekoran masalah itu difahamkan Syed Sobri telah mengutus sepucuk surat bertarikh 23 April 2009 kepada Perdana Menteri dengan menyatakan alasan-alasan bernada kecewa yang membabitkan masalah kehimpitan kewangan yang dihadapinya selama ini.

Beliau juga dikatakan telah mendapatkan pandangan dan nasihat daripada keluarga terdekatnya termasuk di kalangan rakan-rakan yang mendorong beliau untuk meneruskan niatnya meletakkan jawatan sebagai ADUN Kuala Nerang yang telah dimenanginya dalam PRU12 yang lalu.

Kedudukannya sebagai Wakil Rakyat yang tidak menjadi Ketua UMNO Bahagian di Padang terap juga dilihat sebagai faktor yang menghalangnya untuk memperolehi peruntukan (grant) yang setimpal untuk membolehkan beliau menumpukan khidmat sebagai ADUN di Kuala Nerang.

Kekurangan 'political fund' juga dinyatakan sebagai alasan kecewanya yang mendorong untuk beliau meletakkan jawatan. Difahamkan tindakan Syed Sobri ini tidak disenangi oleh pucuk pimpinan parti dan usaha memujuknya supaya dapat menarik balik hasrat perletakan tersebut sedang dilakukan bagi mengelakkan pilihan raya kecil diadakan.

Di saat ini UMNO/BN seboleh-bolehnya mahu mengelakkan diri daripada terjebak dengan fenomena pilihan raya kecil yang dilihat lebih memihak kepada Pakatan Rakyat untuk memenanginya. Perletakan jawatan DUN Penanti di Pulau Pinang yang mengundang satu pilihan raya kecil diadakan di DUN berkenaan pada 31 Mei ini telah mendorong Dato' Sri Najib membuat kenyataan awalnya untuk memikirkan kewajaran UMNO menyertai pilihan raya kecil tersebut.

Hasrat Perdana Menteri itu telah mendorong pula Tun Dr. Mahathir Mohamad membuat ulasan pedasnya yang jelas memperlihatkan betapa tidak bersetujunya beliau dengan pendirian yang dibuat oleh Najib. Pendirian Najib itu dilihat sebagai pengecut dan menyerah diri sebelum bertempur.

Jika Najib merasakan tidak perlu menyertai pilihan raya kecil di DUN Penanti, apakah jika berlaku juga kekosongan di DUN Kuala Nerang nanti, UMNO turut memulaukannya? Kerisauan untuk menerima kekalahan di DUN Penanti tidak sama dengan kegelisahannya di DUN Kuala Nerang yang diwakili oleh UMNO.

Sepatutnya UMNO tidak perlu memperlihatkan kegusarannya itu, sebaliknya UMNO harus diperkasakan dengan slogan Iban AGI IDUP AGI NGELABAN (Selagi hidup kita pasti melawan). BIARKU PARAI ENGGAI KU PULAI (Biarpun diri terkorban, Takkan aku pualng).

7 comments:

Anonymous said...

salam Bro. Rahman...

Lebih baik beliau meletak jawatan ADUN kuala nerang tak akan umno/bn nak simpan lagi YB Muflis....

budak flat said...

salam,

sajer nak tanya pandangan...UMNO Cheras raikan 15 tahun di Mandarin Oriental tu sesuai dengan 'Rakyat didahulukan; Prestasi diutamakan' ker?

bukankah lebih baik buat di pejabat bahagian...jemput 5/6 ribu orang rumah pangsa keliling tu...

ish...UMNO ni tak bersungguh berubah nampaknya...

Anonymous said...

Songkok Tinggi.

Salam,

Selamat Hari Buruh Malaysia .
Sokong perkara Selaraskan pencen kerajaan RM 720.00 dan GLC yang dibawa .

Bekas Kakitangan kerajaan yang masih belum menerima berharap ia menjadi perhatian PM dan disegerakan .Sesuai dah tiba masa nya mngimbangi Raakyat didahulukan .
Ramai lagi pesara kerajaan menerima pencen di bawah skala paras kemiskinan .

Salam.

Anonymous said...

Salam.

Betul ke Wakil Rakyaat di Selangor yang masih dalam tahanan ISA nak letak Jawatan .

salam

Anonymous said...

Umno dah mengidap penyakit sawa babi.pasal tulah takut sangat bila ada PRK,dah jadi pobia pilihanraya.cakap pun dah cacamerba macam DS Zambry haram

Anonymous said...

hai kawan..sebenarnya yang kena sawan babi..selsema babi..adalah orang melayu yang bodoh jadi pengikut anwar dan lim kit siang..UMNO cuba nak selamatkan orang melayu ..tapi pas adalah orang cerdik..cuma kadang2 terpengaruh kena takut hilang kuasa..salam sayang buat semua ORANG MELAYU.

Anonymous said...

Salam,

Zaman dah berubah. PAS pon dah berubah sebab ahlinya pon dah berubah dah macam - macam golongan pon.

Pandangan bemacam - macam golongan .
Yang bagi pandangan tanpa pandang-pandang pon ramai .