
INDIA

RUSIA

UKRAINE

TURKI

MEXICO

ITALI

MALAYSIA - DUN PERAK

MALAYSIA - DUN PERAK
Di negara-negara lain termasuk negara INDIA berlaku juga kekecohan di Parlimen atau Dewan Undangan Negeri. Di kalangan Wakil Rakyat mereka ada juga yang bertumbuk, bergasak dan tolak menolak sesama sendiri apabila isu yang diperdebatkan menjadi semakin hangat, tetapi tidak pernah pula kedengaran perlunya campur tangan pihak polis untuk memasuki dewan sehingga imej dewan dicemari dengan beberapa tindakan yang tidak sepatutnya dilakukan oleh pihak polis terhadap wakil-wakil rakyat tertentu yang sedang menjalankan sidang di dewan tersebut.
Namun begitu insiden yang memalukan itu telah berlaku di negara Malaysia yang telah mencatatkan rekod pencemaran terhadap 'Perdana Menteri 1Malaysia' di mana wakil rakyat (Barisan Nasional) boleh membawa masuk anggota polis (SB) untuk membelasah wakil-wakil rakyat pihak lawan dengan mengheret dan mengusung Speaker yang sedang menjalankan tugasnya di Dewan Undangan Negeri Perak pada 7 Mei lalu.
Speaker yang masih sah di sisi undang-undang telah diusung keluar bersama-sama dengan kerusi yang didudukinya. Semuanya ini dilakukan oleh 'pelaku dan pelaga' yang berjenama UMNO iaitu parti yang saya anuti sejak dahulu lagi.
Penguasa-penguasa parti ini bukan sahaja kelihatan rakus ketika merampas kuasa dahulu, malah mereka juga telah menampilkan suatu pementasan yang tidak melambangkan demokrasi tulen setelah mereka sendiri mencipta satu babak sumbang (18SX) apabila melantik seorang speaker yang baru di hadapan speaker yang masih tertonggok duduk di kerusinya di dalam dewan. Rantaian anggota polis yang berada di dalam dewan terpaksa disuraikan setelah Nizar memohon perkenan Raja Nazrin supaya anggota-anggota polis itu diperintahkan keluar dari dewan.
Biar pun usul undi tidak percaya terhadap speaker telah dihalang oleh speaker yang bertugas, namun tindakan melantik seorang lagi speaker ketika dewan sedang bersidang bukanlah satu teladan yang baik untuk dipratontonkan kepada rakyat, dan sudah tentulah babak sumbang ini tidak boleh dijadikan rujukan terbaik untuk pelajar-pelajar sekolah yang mahukan fakta demokrasi tulen di negara ini dalam subjek sejarah yang dipelajari.
Jika fakta ini diambil, sama jugalah kita mendorong mereka melakukan pencerobohan terhadap Guru Besar sekolah yang mereka tidak sukai dengan mengangkat pula seorang guru kanan yang lain menjadi Guru Besar yang baru. Keengganan Guru Besar yang tidak lagi dipercayai itu mengosongkan kerusinya akan menyebabkan kerusinya diusung keluar oleh sepasukan polis yang dikonspirasikan untuk menghina seorang guru besar.
Mungkinkah ini kurikulum baru terbaik tajaan UMNO untuk diikuti oleh generasi muda hari ini? Jika benar andaian ini, memang jelaslah UMNO bakal diusung keluar dalam PRU13 nanti seperti yang telah mereka lakukan terhadap Sivakumar pada 7 Mei 2009.
Sebagai pengikut rejim UMNO sejak dulu hingga kini, saya merasakan inilah rekod terburuk yang julung kali dilakukan oleh UMNO ketika hendak mengembalikan semula takhtanya yang sudah dirobohkan oleh rakyat dalam PRU12 yang lalu. Saya sendiri terasa dihina apabila parti ini semakin dipersendakan akibat 'kong kalikong' ciptaan kita sendiri.


22 comments:
Tahniah diucapkan kepada saudara yang baru menyongsang arus kepemimpinan umno dan BN walaupun saudara tentu tahu harga yang mahal terpaksa dibayar kerana 'membelot'.
Untuk kes di Perak ni, seperti mana orang putih cakap, BN might have won the battle in Perak, but they lost the war.
Keputusan Mahkamah esok yang 'mungkin' mengesahkan Zambry sbg MB Perak akan menyebabkan krisis politik di Perak akan terus berpanjangan sehingga PRU 13.
Kesannya, PR akan semakin kuat dan UMNO pula semakin lemah. UMNO hanya akan bermain dengan isu derhaka kepada istana. UMNO akan mengalihkan kemarahan rakyat kepada istana.
Saya yakin yang kepimpinan PR mungkin mengharapkan agar Mahkamah Tinggi mengesahkan Zambry sebagai MB Perak, agar isu ini akan sentiasa disegarkan sehinggalah PRU 13.
Kpd pengulas 'BelokKiriKanan' saya hanya nak buat provokasi terhadap Sdra Rahman, teruskan komentar anda yang kritis itu, kerana ada bait-baitnya yang membina untuk kebaikan UMNO juga. Tidak bermakna melontarkan buah fikiran maka kita dikatakan 'membelot'.
Sewajarnya UMNO membuat kajian dan analisa positif tentang penolakan rakyat terhadap parti berkenaan. Mereka menjauhkan diri daripada UMNO, kerana mereka tidak bersetuju dengan beberapa tindakan pemimpin2 UMNO yang jelas tidak bersandarkan nilai demokratik yang diperjuangkan. Mereka kata PR tidak demokratik, sedangkan mereka juga lebih x demokratik dlm isu Perak.
ini malaysia la bro... xkan nak tunggu sampai betumbuk baru nak ambik tindakan.. lagi satu, sultan dok tunggu lama tu... ini dewan undangan negeri.. tempat menentukan nasib rakyat terbela secara demokrasi bukan tempat nk bolot kuasa!!! sape yg x profesional???? polis kena la ambik tindakan... klu polis x msk campur sampai bila org nak tengok drama tu.. 2-3 hari pn x abis... xkn sultan kena balik camtu jer.. jgn la bengong sgt..
Suara Rakyat Perak...
BUBARKAN DUN....BUBAR!!!
Salam perjuangan dalam UMNO ...
Saya sanjung diatas keerbukaan sikap saudara dalam hal nak memartabatkan UMNO dan BN kembali. Tapi pada saya cara sudara bertindak tidak manis dan salah.
Kerana apa saya menyatakan demikian, kerana ...
1. Sdr membuatkan perubahan minda ni kerana sdr orang kuat Datuk Zulhasnan, dan bukan orang kuat Nong Chik.
2. Cuba kita renung balik,politikus pembangkang, tidak pernah pemimpin pembangkang membuka pekung didada perihal parti.
3.Contoh mudah YB Zul kulim menyatakan ktidakpuasan hati terhadap eli wong adalah atas dasar agama. Ini saya amat setuju dengan YB Zul.
4. Saudara tidak menyokong BN dalam isu DUN perak ,,kenapa.. bukankah saudra belum faham erti demokrasi? atau saja nak dapatkan jawatan tertentu dari nong chik barulah sdr slowdown bercakap berkaitan kemungkaran BN. Apakah yang Bn lakukan dalam DUN adalah salah?
5. Ahli UMNO macam sdrlah sebenarnya gunting dalam lipatan, api dalam sekam, yang paling layaknya digelar kepada saudara ialah ahli UMNO tapi bila mengundi pangkah pembangkang...
Ingatan : Renugkanlah lagu anak kecil main api...
Wassalam
Salam bro rahman....
Tak mustahil suatu hari nanti polis akan di kerah oleh umno/bn angkat raja2 melayu keluar dari dewan rakyat kerana umno/bn lebih tinggi dari raja2.....raja mahajib lebih berkuasa...
add said...
Berkatalah benar walaupun pahit...kerana ALLAH maha mengetahui....
Komen saudara nampak jelas macam orang kecewa. Mentang-mentang bos awak digugurkan macam2 cerita mengkritik UMNO terutamanya DUN Perak. Nak tau kenapa Polis masuk? Kalau Polis tak masuk, mangkuk hanyun pembangkang tu akan jadi perangai macam setan!!!!
sdr , tindakan speakar memanggil polis adalah wajar kerana keadaan sudah terlalu kecoh dlm dewan malah boleh memyebabkan pergaduhan tercetus .
sdr seperti suka pertumpahan darah berlaku di dalam dewan yang mulia ini drpd keamanan. tindakan polis adalah tepat dan tidak salah pun .
kalau sdr punya family diancam oleh sekumpulan orang mahu memukul sdr ,adakah sdr akan tel polis @ buat bodoh ???
fikir2 la sdr jangan ikut emosi sgt ..
ambil contoh senang cukup....kalau anak kita bergaduh tak kan kita sebagai bapa akan tengok salah seorang berdarah atau mati baru nak leraikan......yang saudara sokong sangat pembangkang ni kenap
saudara menang dalam ajk bahagian pun kerana nasib....jangan nak nak coretkan ikut sedap jari jer nak menaip
Masalahnya di dlm dewan itu speaker yang ada masih berkuasa, siapa pulak yang panggil polis, dan perlukah polis digunakan untuk mengusir org yang bukan memberi ancaman kepada sesiapa pun. Dalam peraturan dewan, polis x dibenarkan campur tangan dalam apa jua keadaan terutama ketika dewan sdg , faham..?
Rahman hanya meluahkan perasaan kesalnya saja..sepatutnya UMNO tidak bertindak melawan undang-undang. Sebab itu jangan rampas kuasa dlm keadaan kita tidak kuat.
Nizar sendiri mohon Raja Nazrin supaya hulubalang2 (polis) yang ada dlm dewan supaya keluar, dan akhirnya Raja Nazrin memberi restu permohonan Nizar, maka semua polis keluar.
Ini menunjukkan pasukan polis tidak perlu di dlm dewan. Polis hanya menjaga keamanan di luar dewan, bukan bertindak terhadap wakil2 rakyat dlm dewan.
Adi Jagat
Keadilan.
Kpd Sdra Shamsuri,
Saya bukannya nak bela Sdr Rahman, tetapi nak beritahu juga kepada sdra bahawa semua yg menang dan semua yg kalah dlm apa jua pertandingan dulu termasuk diri sdra adalah kerana NASIB. Tuhan yang telah menentukan, Faham..?
Sdr Rahman;
Saya berpendapat sbg penulis yg berintengriti sdr harus memberikan fakta dan gambaran yg senenarnya bukan sekadar hearsay
Semua yg berlaku di Perak adalah angkara BEKAS BANDUAN SALAH GUNA KUASA... sdr juga menyokong apabila ADUN Bota hinggap sekejap k PR... sila refresh balik tulisan sdr.
Sdr Rahman;
Kemelut ini berpunca daripada perasaan kemaruk kuasa yg di dalangi oleh Anwar Ibrahim... Speaker x menghormati keputusan mahkamah yg membenarkan MB/EXCO & 3 bebas utk layak menghadiri sidang DUN... Sekarang ini mahkamah memutuskan Nizar MB yg sah ... apa akan berlaku .... sultan telah melantik Zambri... adakah BN akan bertindak dgn x menghiraukan keputusan mahkamah seperti yg dilakukan Sivakumar.... sama2lah kita tontoni episod seterusnya...
Speaker Sivakumar tu Speaker yg sah dan menjalankan tugas dia. Macam Pandikar Amin juga Speaker yg menjalankan tugas.
Apa pasal pulak tak bagi dia jalankan tugas dia?.
Kalau bagi dia jalankan tugas kan tak huru hara.
bungaraya
Ananymous 4.46pm.. siapa kata BN x benarkan sivakumar jlnkan tugasnya.. cari fakta sebenarnya
NAMPAKNYA MAHKAMAH TINGGI TELAH MEMBUAT KEPUTUSAN BAHAWA dATO NIZAR SEBAGAI MENTERI BESAR PERAK YG SAH....JADI JGN DIPERGOLAKAN LAGI PASAL PERSIDANGAN YG KECOH ITU...
SELEPAS INI...DATO NIZAR BOLEH LAH BUAT SIDANG DUN SEMULA...DAN BARULAH BOLEH BUAT USUL UNDI TAK PERCAYA YG BETUL2 DI BUAT DI DEWAN PERSIDANGAN SEBAGAIMANA YG MAHKAMAH PUTUSKAN...
mAHKAMAH TINGGI JUGA TELAH MEMUTUSKAN BAHAWA PENGGANTUNGAN DATO ZAMRI DAN ENAM ORG WAKIL RAKYAT LAGI ADALAH TIDAK SAH...MAKA MEREKA LAYAK UTK MENGUNDI TERHADAP USUL UNDI TIDAK PERCAYA....
MAKANYA SUDAH TENTULAHLAH 31 BERBALAS 28 JUGA.... SO ADAKAH DATO NIZAR AKAN TEWAS SEMULA DAN TIDAK BOLEH JADI MENTERI BESAR.... SUKAR SUNGGUH UNTUK MENTAFSIR POLITIK PERAK INI....
MUNGKIN DLM TAHUN INI AKAN SENTIASA BERTUKAR MENTERI BESAR.... MULA2 pkr,BN, PKR DAN BN BALIK...
ATAUPUN SULTAN AKAN MEMBUBARKAN DUN DLM MASA TERDEKAT INI....
1. Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim sebentar tadi mengisytiharkan Mohammad Nizar Jamaluddin dari Pakatan Pembangkang sebagai Menteri Besar Perak yang sah.
2. Dr. Zambry Abdul Kadir telah memohon agar menangguhkan pelaksanaan keputusan sementara mahu mengemukakan rayuan.
3. Satu tamparan yang sangat hebat, bukan saja kepada BN, tetapi juga kepada Sultan Azlan Shah dan institusi Diraja Perak.
4. Sebelum keputusan diumumkan, rata-rata penyokong pembangkang mengatakan "Jangan di harap mahkamah akan berlaku adil".
5. Namun dengan keputusan mahkamah hari ini, maka nada pembangkang pastinya berubah.
6. Apa yang akan berlaku selepas ini? Nizar akan masuk pejabat MB? Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri Nizar akan berpesta? Setiausaha Kerajaan Negeri Perak bertambah pening? Rakyat Perak lagilah pening?
7. Bersandarkan majoriti, BN pasti akan mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap Nizar dalam sidang DUN akan datang.
8. Maka Nizar tidak bolehlah terlalu gembira ketika ini.
9. Kerana adegan provokasi, tarik menarik, naik atas meja, campak duit RM50 etc. di Dewan Undangan Negeri Perak pasti akan berulang.
10. Akan semakin menderitalah rakyat Perak kerana drama bersiri ini masih belum menemui babak penamatnya.
11. Namun yang aku pasti, ada seorang insan yang sedang bersedih dengan keputusan ini.
12. Kenapa bersedih?...Kerana keputusan hari ini membuktikan bahawa mahkamah Malaysia sentiasa BEBAS dan TIDAK MEMIHAK.
13. Maka apa lagi ALASAN yang akan digunakan bagi memfitnah mahkamah Malaysia kononnya tidak adil ATAU kononnya mahkamah telah dikawal oleh BN sebelum perbicaraan kes liwatnya bermula 1 Julai ini?
14. Orang yang terdesak pasti sanggup melakukan apa saja.
15. Oh ya...mana pergi brader tu sekarang ha? Tak banyak cerita akhir-akhir ni. Dah kena makan sesumpah ke?
encik ajym,
perkembangan terbaru : BN akur dengan keputusan mahkamah tapi 'speaker yg baru' akan memanggil sidang khas untuk undi tak percaya kpd nizar.( BN to obey ruling but will call emergency sitting, says new speaker - The Malaysian Insider)
dengan cara di atas, kerajaan BN mungkin akan kekal kerana drp segi politik mereka mempunyai majoriti, dr segi moral mereka tetap akan dipandang hina oleh ramai rakyat perak.
kerajaan BN mungkin akan kekal sekarang tapi akan tumbang dlm PRU13 nanti.
cuma persoalan di atas, sah ke 'speaker baru' tu? kalu sah, siapa yg berkuasa panggil sidang, MB atau Speaker? dlm sidang dun 7/5, 'MB' Zambry yg panggil sidang, bukannya Speaker Sivakumar.
so keadaan akan jadi kong kalikong...jalan terbaik, bubarkan saja Dun spt yg diucapkan oleh penganalisis politik pro-BN, prof dr. mustafa drp UUM dlm Astro Awani ptg tadi.
jadi jadilah Rahman anda memang gunting dalam lipatan........ sendiri mau ingat.............
Saya sokong komentar Sdr Add,
Sdr Rahman nie sudah keterlaluan dalam menyampaikan artikel yg cuma berasaskan kpd hearsay dan bukannya fakta.
Apa yg nak diherankan sangat kalau polis dipanggil utk masuk ke dewan? Puncanya adalah kerana Bekas Speaker, Sdr Sivakumar tidak mahu berganjak daripada tempat duduk walaupun sidang DUN sudah mengesahkan perlantikan speaker baru, Datuk Ganeson melalui undian majoriti. Kedegilan Sivakumar yg menjadi punca segala-galanya.
aqil
Korang ni bodoh(Shamsuri Ahmad) dan sewaktu dengannya)!!
Permikiran yang tertutup dan jiwa yang kecil, jadilah orang yang berjiwa besar. tulisan En Rahman ada pro dan contra nya dan neutral sifatnya. yang korang kolot sangat tu apa kes? Blog ini menjadi peringatan kerpada pejuang pejuang UMNO. Bukan spt org yang berjiwa kecil spt shamsuri ahmad. En rahman menang nasib?? Cetek betul pemikiran saudara, kalau ternyata en rahman menang nasib. da tentu nasib, dia menang tanpa bertanding. ini dia bertanding. atau awk yang kecewa kerana kalah? En rahman menang kerana beliau bertanding dan dengan usaha beliau dan kehendak ALLAH. Dan ini Amanah utk pegang jwtn dan sbg AJK Bhgn beliau perlu berfikir cara membaiki UMNO supaya diterima rakyat. Tulisan beliau merupakan peringatan kepada pejuang pejuang bangsa untuk memberitahu dimana silap kita pejuang UMNO sehingga di tolak rakyat. kalu nak maju buka minda anda jangan set di minda anda yang anda berada pada tahun 1957.sedarlah wahai pejuang kita berada di 2009. perlu berfikir secaraq krits dan kreatif utk maju.
Pejuang Bangsa
www.pendekarwangsa.blogspot.com
Post a Comment