assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Sunday, November 30, 2008

Pemuda Setiawangsa adakan majlis kesyukuran dan doa selamat.


Gambar Kiri: Azmi Badarudin (Kanan) dan Mohd. Ezani Abd. Rahman Pengerusi Biro Agama (Kiri).
Gambar Kanan: Dato' Halim Samad sedang berucap. Berbaju biru Ustadz Ismail Hashim


Gambar Kiri: Diantara tetamu yang hadir.
Gambar Kanan: Ustadz Ismail Hashim berbaju biru mengepalai bacaan Surah Yasin


Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Setiawangsa telah berjaya mengadakan majlis kesyukuran dan doa selamat di Pejabat UMNO Bahagian Setiawangsa, yang dihadiri oleh ahli-ahlinya kelmarin (Sabtu, 29 November 2008). Semasa memberikan ucapan, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Azmi Badaruddin berkata bahawa ini merupakan aktiviti pertama yang dapat diadakan sebelum mengakhiri tahun 2008, dan beliau juga mengucapkan tahniah dan syabas kepada Biro Agama, Kebajikan dan Pembangunan Islam di atas kejayaan mengelolakan majlis ini.

Dato' Haji Abdul Halim Samad Timbalan Ketua UMNO Bahagian Setiawangsa turut hadir di dalam majlis ini seterusnya menyampaikan ucapan sebagai mewakili Ketua UMNO Bahagian yang tidak dapat hadir. Majlis ini bermula dengan solat fardu maghrib diikuti dengan bacaan surah Yasin dan doa selamat serta tazkirah yang dipimpin oleh Ustadz Haji Ismail Hashim daripada JAKIM.

Beberapa orang ahli jawatankuasa Bahagian juga hadir meraikan majlis tersebut, antaranya ialah Abdul Rahman Hashim, Haji Yusof Ishak, Othman Baba, Haji Yahya Abu Bakar dan beberapa orang Ketua UMNO Cawangan yang terdiri daripada Haji Badarudin Ahmad, Abu Bakar (Pak Ngah), Rosli Mohamad, Wan Zainal dan juga Abdullah Mat.

Seri Wani Sabtu, Ketua Pergerakan Puteri Bahagian bersama-sama dengan beberapa orang ahli jawatankuasanya juga hadir, termasuk beberapa orang Ketua Pergerakan Wanita Cawangan. Haji Abdullah Abdul Rahman, Pengerusi Tetap UMNO Bahagian dan Yusaini Amir Setiausaha Akhbar Menteri Wilayah Persekutuan juga kelihatan di dalam majlis ini.
Locengwangsa turut mengucapkan tahniah kepada Pergerakan Pemuda Bahagian yang dipimpin oleh Azmi Badarudin beserta dengan saf ahli jawatankuasanya kerana telah berjaya membuat 'starting point' ini, di samping kejayaan mewujudkan laman blog mayanya sendiri iaitu http://www.pemuda118.blogspot.com/.

7 comments:

Anonymous said...

Asalammualikum W.B.T,

Pertama sekali tahniah kepada Pemuda Bahagian Setiawangsa terutama kepada Ketua Pemuda & Biro Agama yang ikhlas menganjurkan Majlis keagamaan,walaupun kehadiran lebih kurang 70 orang dan majlis kelihatan kurang lancar, biasa la majlis keagamaan sapa nak datang, cuba buat majlis karaoke atau sumbangan pasti kelam-kabut orang datang, tetapi bagi saya itu perkara biasa kerana ini adalah majlis yang pertama anjuran pemuda,ikut hati saya mmg malas nak datang tp memandangkan ianya majlis keagamaan, dan bila sebut bab keagamaan, saya lihat dikebanyakkan tempat walaupun berlainan idelogi politik ianya tidak menghalang masyarakat dari menghadirinya, berlainan dengan Setiawangsa kata orang sejahil-jahil pemuda tapi masih ada niat nak buat majlis agama dan sebaik-baik manusia ada yang cuba menghalang orang lain dari menghadiri majlis walaupun dalam satu bahagian, bagi saya sapa makan cili dia lah rasa pedas.....sapa nak jawab ?????

Kepada Pemuda jangan kecil hati, teruskan perjuangan dan ingatlah PEMUDA harus berani...

Anonymous said...

tahniah kepada pemuda setiawangsa kerana program pertama adalah program agama. orang UMNO sekarang sememangnya malas utk hadir program sebegini. macamana UMNO nak kuat, kalau agama kurang dihayati. saya berharap pemuda setiawangsa akan terus membuat program2 agama bukan hanya kepada barisan kepimpinan dan ahli UMNO tapi juga kepada masyarakat Islam bukan ahli.

Anonymous said...

Agama adalah tempat kita semua bergantung. kalau kita mengabaikan agama maka hancurlah kita seluruhnya. Islam pada namanya adalah cukup kuat. Tetapi jika tidak diamalkan sesuatu kaum itu akan menjadi lemah. Sekiranya kita menjaga Agama Allah (ISLAM) sebaik2nya, nescaya Allah akan menjaga kita. Ingatlah kekuatan kita bukan terletak pada wang atau tenaga semata2, tetapi bergantung sejauh mana amal ibadat kita laksanakan kerana Allah. Kalau kita abaikan agama, buatlah perancangan sehebat manapun nescaya ianya tidak akan berhasil.

Memperjuangkan agama perlu banyak bersabar... Insya Allah dengan kekuatan ikhlas kerana Allah akan menguatkan kita..

Ayuhlah pemuda 118 kukuhkan barisan kepimpinan dengan perbanyakkan aktiviti agama...

Anonymous said...

Pewitttt

Syabas kpd pemuda setiawangsa dah ada blog sendiri @ cantik video makan malam persatuan pencinta tu ada apa-apa makna ka ? Hantar message ka ? huang ! huang !

Anonymous said...

wassalaam..

bukannya tak sokong aktiviti agama tu, tapi yang sebenarnya tak sokong ketua pemuda bhg tu..
kuangkuangkuang...

Anonymous said...

askm...tahniah diucapkan kepada pemuda setiawangsa kerana telah mengadakan aktivitinya pertamanya dengan mengadakan bacaan yassin.

Tahniah.

GERAKAN BELIA 4B SETIAWANGSA said...

As'kum, tahniah kepada Sdra Azmi dan AJK Pemuda UMNO Setiawangsa kerana telah mengadakan programnya yang pertama.. Keep it up, bros....