assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Monday, December 1, 2008

Mesyuarat AJK Bahagian Setiawanga 9 Disember?


Zulhasnan, Halim dan Fauzi Gandingan Trio Setiawangsa



Shuib, Izudin, Yamin dan Zainal bakal dilantik?

Spekulasi kuat mengatakan bahawa UMNO Bahagian Setiawangsa akan mengadakan mesyuarat ahli jawatankuasanya pada hari Selasa depan, 9 Disember 2008, iaitu sehari selepas menyambut Hari Raya Korban. UMNO Bahagian ini sejak selesai mengadakan persidangan perwakilannya pada 25 Oktober yang lalu masih belum lagi mengadakan mesyuarat ahli jawatankuasanya.
Setakat berita ini ditulis, saya masih belum lagi menerima sebarang notis daripada UMNO Bahagian mengenai tarikh sebenar mesyuarat tersebut. Namun begitu, semasa menghadiri majlis kesyukuran dan doa selamat anjuran Pemuda UMNO Bahagian tempoh hari, Sdra Azmi Badarudin Ketua Pemuda Bahagian semasa memberikan ucapannya telah membayangkan tentang kemungkinan mesyuarat ahli jawatakuasa Bahagian akan diadakan pada 9 Disember depan.
Persoalan bila mesyuarat ahli jawatankuasa Bahagian hendak diadakan kini telah menjadi bahan percakapan di kedai-kedai kopi di sekitar kawasan Setiawangsa. Berbagai andaian dibuat kerana semua Bahagian di Wilayah Persekutuan dikatakan telah pun membentuk barisan ahli jawatankuasa masing-masing. Mereka berkata, UMNO Bahagian Wangsa Maju yang terkemudian mengadakan Persidangan Perwakilannya juga telah mendahului UMNO Bahagian Setiawangsa dengan mengadakan mesyuarat ahli jawatankuasanya pada 20 November lalu. Itupun perlantikan pegawai-pegawainya telah dibuat terlebih awal daripada itu.
Sebelum ini juga Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Setiawangsa sendiri telah pun mengadakan mesyuarat pertama ahli jawatankuasa masing-masing, cuma UMNO Bahagian sahaja yang masih belum mengadakan mesyuarat ahli jawatankuasanya
Perkara ini dibangkitkan mungkin mereka sudah tidak sabar lagi untuk mengetahui siapakah yang bakal mengisi kekosongan bagi jawatan-jawatan seperti Setiausaha, Bendahari dan Ketua Penerangan Bahagian. Begitu juga siapakah tujuh orang lagi yang bakal dilantik menduduki ahli jawatankuasa Bahagian.
Di dalam perlembagaan UMNO Fasal 15, Ketua UMNO Bahagian diberikan kuasa melantik bagi jawatan-jawatan Setiausaha, Bendahari, Ketua Penerangan dan tujuh orang ahli jawatankuasa UMNO Bahagian.
Semasa menyampaikan ucapan penggulungan di dalam Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian yang lalu, Dato' Sri Zuhasnan Rafique Ketua UMNO Bahagian Setiawangsa telah menyebutkan bahawa beliau berkemungkinan akan melantik di kalangan calon-calon yang tewas untuk mengisi kekosongan bagi jawatan tertentu di dalam UMNO Bahagian kali ini. Beliau menyatakan perkara ini kerana mahukan supaya UMNO Bahagian Setiawangsa terus kukuh terutama sebagai persediaan menjelang PRU13 nanti.
Jika itu yang menjadi keazamannya, sama-samalah kita saksikan apakah Shuib Ibrahim yang tewas di tangan Dato' Halim Samad ketika merebut jawatan Timbalan Ketua Bahagian akan dilantik menduduki jawatan tertentu di dalam UMNO Bahagian? Begitu juga apakah Dato' Izudin Ishak, Ahmad Yamin dan Zainal Tan Sri Mahmood yang tewas bertanding bagi jawatan Naib Ketua Bahagian juga bakal ditawarkan untuk bersama-sama di dalam saf Dato' Sri Zulhasnan kali ini?
Bagaimana pula dengan bekas ahli jawatankuasa Bahagian yang lainnya yang tidak tersenarai di dalam Ahi Jawatankuasa Bahagian yang terpilih kali ini, seperti Dato' Baharum, Haji Mohamed Hashim Setpol Menteri Wilayah Persekutuan, Sakandar Khan, Md. Nasir Md. Amin, Cikgu Badarudin dan Ahmad Jais termasuk juga Haji Ahmad Hashim bekas Ketua Penerangan Bahagan. Apakah mereka ini turut diberikan pertimbangan untuk berada sekali di dalam kabinet Bahagian Setiawangsa?
Hamzah Kamarudin Ketua UMNO Cawangan Seksyen 6 Wangsa Maju juga menaruh harapan untuk dilantik, kerana beliau merupakan calon AJK yang tertewas yang mempunyai jumlah undi yang tertinggi di kalangan calon-calon AJK lain yang turut tertewas. Hamzah Kamarudin mendapat 113 undi, dan menduduki tangga yang ke-21 di dalam ranking ahli jawatankuasa Bahagian yang dipertandingkan.
Samsuri Shahrom yang kini bertugas sebagai Pegawai Khas kepada Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan juga terintai-terintai dan menaruh harapan agar dirinya dilantik setidak-tidaknya sebagai ahli jawatankuasa Bahagian.
Satu perkara yang cukup menarik untuk diperhatikan ialah siapakah yang bakal dilantik menjadi Setiausaha, Bendahari dan juga Ketua Penerangan Bahagian? Rata-rata membuat andaian bahawa Abdullah Mat (Pak Lah) (Lihat Gambar) bakal dilantik sekali lagi sebagai Setiausaha UMNO Bahagian, kerana beliau dilihat mempunyai hubungan yang rapat dengan Ketua UMNO Bahagian, malah faktor kecemerlangan tugasnya dikatakan begitu disenangi oleh Dato' Sri Zulhasnan Rafique.
Ada juga pendapat yang menyatakan bahawa Pak Lah tidak akan dilantik menyandang jawatan Setiausaha Bahagian kali ini, kerana beliau dikatakan akan ditarik ke Pejabat Menteri Wilayah Persekutuan bagi mengisi jawatan tertentu yang dikosongkan.
Kepada mereka yang tidak senang hati dengan Pak Lah selama ini, tentunya mereka gembira dengan spekulasi ini. Namun begitu, bagi jawatan-jawatan penting di peringkat Pegawai ini dirasakan bakal diisi oleh mereka yang disenangi oleh Ketua Bahagian, bukannya mengikut acuan orang lain yang tidak berkenaan.
Tidak wajar rasanya, jika wujud pertikaian bagi mengisi jawatan penting ini, semata-mata tidak serasi dengan cermin kita. Biarlah ianya secocok dengan cermin yang dipegang oleh Ketua UMNO Bahagian sendiri.
Begitu juga kita ingin melihat pembentukan dan susunan biro-biro yang bakal dilantik oleh Dato' Sri Zulhasnan Rafique nanti. Pembahagian tugas dan tanggungjawab ini bakal digalas oleh semua mereka yang telah berjaya memenangi jawatan-jawatan yang dipertandingkan. Diharapkan tugas dan tanggugjawab ini benar-benar serasi dengan keupayaan masing-masing.
Apa pun kita tunggu sahaja pada 9 Disember nanti dan menyerahkan kebijaksanaan ini kepada Ketua UMNO Bahagian yang berkuasa untuk menentukannya.


7 comments:

Anonymous said...

Salam perjuangan,

"Anak Punai Anak Merbah,
Terbang turun buat sarang,
Anak sungai pun berubah,
Ini pula hati orang."

Minta-minta kali ini yang dilantik dari kalangan yang tahu "buat kerja" bukan dari kalangan yang "buat-buat kerja", yang tewas memang patut dilantik pun kerana ada dikalangan mereka yang tahu buat kerja, dan seperkara lagi diharapkan lantikan kali ini, sebahagiannya biar lah orang muda sikit pasal kat Bahagian Setiawangsa ini banyak sangat golongan OLIGARKI (orang lama), bukan orang lama tak bagus tapi keadaan sekarang pun dah berubah, PRU 12 kalah pun pasal orang muda yang tak vote BN, sampai bila nak berubah kalau banyak sangat orang lama ? Lagi satu orang muda diperlukan juga mana lah tahu selepas Mac 2009 nanti YBhg Datuk Shafie Abdullah dilantik Pengerusi Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan.

"Asal kapas jadi benang,
Dari benang dibuat baju,
undi lepas jangan kenang,
sudah jadi hak orang baru."

Harus diingat, banyak kriteria yang harus Ketua Bahagian fikirkan, perjuangan parti adalah untuk mengangkat martabat bangsa maka mereka yang dilantik pun mesti mempunyai agenda yang sama, ahli UMNO Setiawangsa juga matang dalam membuat penilaian, jika individu yang dilantik BESAR NAMANYA TETAPI KECIL MINDANYA, pun tak guna juga, sesekali yang lama mintalah pendapat yang muda, lama tak semestinya selalu betul, muda tak semestinya selalu salah, betul tak Kak Senah....!

Pohon nyior ditepi laut,
dimakan kumbang pucuknya layu,
kepada UMNO kita berpaut,
UMNO tumbang hilang melayu.

Anonymous said...

Salam,

Senang dan sejuk hati apabila membaca komen Hussien Lempoyang yang cukup membina dan wajar di ambil iktibar. Pantunnya sungguh menyentuh perasaan. Harap Zulhasnan dapat ambil pedoman daripada ingatannya itu. Ok.

Anonymous said...

SIGN OF DAJJAL IN ISRAEL


Assalamu alaikum wa rahmathullahi wa barakathuhu,

(MUST SEE AND READ) - (WORTH READING )



Alert Ummah, there is a 90% chance that we will see the Jewish Dajjal in our lifetime

(Sahih Bukhari: Book of afflictions, Volume 9, Book 88, Number 240)



Just look at the recent Map of Madinah city, if you find one, and you will see that there are 7 main entrances today leading to the city.



ALERT Ummah!!!

There is 90% chance that we will see the Jewish Dajjal in our lifetime!

(See attached photo of the child for proof)













Dear brothers and sisters,



I draw your your attention to something very Important. We are living at the end of times. We are already experiencing the minor signs of judgement day that preceed the appearance of the Major signs. Once these minor signs finish, know that 95% of these signs have already come to pass; we will be encountering the Major signs immediately. One of these first signs amongst the Major ones is appearance of the Jewish Anti Christ or the Masih ad-Dajjal.



The affliction of this Jewish Messiah is so great that none from the times of Prophet Adam till the day of resurrection have or will create and spread that much affliction. His affliction will be so dangerous and so harmful that there is no Prophet of God who did not warn his ummah about the coming of this person. The Dajjal will be able to deceive the very elect, the very pious, the one who thinks he has faith in his/her heart. This generation is very very close to meet the Dajjal. Why?



Because there are two specific signs that will appear in Madina as



reported by our Prophet Muhammad (sallallaahu `alayhi wa



sallam), which will mark that the time for the appearance of Dajjal,



he will appear or be born in the midnight . And these two Signs



have already appeared!!! Here we provide to you the two



specific traditions: Narrated Abdullah ibn Shafeeq who reported



from Muhjin ibn Adraa who reported that the Prophet (saw) said,



"The End/finish/Khalaas day, and what do you know what the Khalaas days is, the prophet repeats the same statement 3 times. Some one asked him, "what is the day of Khalaas?". The Prophet then

answered, "



The Dajjal will come and will climb and will see Madina and then he will say to his companions,

"Do you see that White Palace? That is the Mosque of Ahmad, another name of Prophet Muhammad. Afterwards the Dajjal will come to Madina but will find that by its each entrance there is an armed angel ( who would not allow him entry). Afterwards Madina will shake 3 times and there will not remain a hypocrite male or female nor will there remain a fasiq male or female who would not go out to the Dajjal (to join him), and that is the day of khalaas."



(An authentic tradition reported with a sahih isnad reported by Sheikh Mustafa Adwi in his work Al-Fitan wal Malaahim wa Asraatus S'aa) source: http://www.raddadi. com/madinah/ madinah.htm



During the time of the prophet the Masjidun Nabawi or the Mosque of Ahmad was very simple as it was built of mud bricks and had date leaves as its covering for the roof. It was just recently in our era that the Mosque of Prophet was expanded and was given a very grand and beautiful structure. Anyone who has travelled to Madina in recent times will confirm that upon reaching the vacinities of this holy city, the Mosque of the Prophet appears as a pearl or as a palace amongst other building from a far. Muslims take this as an awakening token.



Wake and think seriously, the other sign the prophet fortold regarding the closeness of Dajjal's appearance is that Madina at that time--at the time of Dajjal's appearance --will have 7 main entrances.



The Prophet said, "The terror caused by Al-Masih Ad-Dajjal will not enter Medina and at that time Medina will have seven gates and there will be two angels at each gate (guarding them). (Sahih Bukhari: Book of afflictions, Volume 9, Book 88, Number 240)



Just look at the recent Map of Madinah city, if you find one, and you will see that there are 7 main entrances today leading to the city:

One road coming from Jeddah,

the other coming from Makkah,

another coming from Rabigh,

one from the airport,

another from Tabouk,

and two from surrounding areas.



Muslims get up, Know the Jews better, Avoid them, Be prepared to face them intellectually, politically and economically wise.



Please memorize the 10 first verse of surah Kahf as well as the last 10 verse.

Doing such protects you from the affliction of Dajjal as the Prophet said. Always recite this Du'a or supplication in prayer when your are finishing after saying tashahud:



Allahuma inni Aoudu Bikka Min Adabil Qabr,

Wa Min Azabi Jahanum,

Wa Min Fitnatil Mahyaie wal Mamat wa mein fitnatil Masih ad Dajjal.



According to the saying of the Prophet reciting this in prayer will protect one from the affliction of Dajjal.



Such were our Salaaf-Such were their reliance on God: Qays ibn Abî Hâzim says: I saw poison being brought to Khâlid ibn alWaleed, and it was asked, "What is this?" The answer was given, "It is poison." He said, "Bismillâh" and drank it. I said, "By Allâh, this is a miracle, this is true courage." Abu's-Safar says: Khâlid ibn al waleed stayed in al-Hîrah at the house of the mother of the Banû Marâzibah. They said, "Be on your guard against the Persians, lest they poison you." He said, "Bring it to me." He took it and said, "Bismillâh", and did him no harm.(Siyar Alaam an Nabula by ad-Dhahabi)



When Saad ibn Abi Waqas reached the banks of the flooded deep adDijla river he commanded his army to march. So his army began crossing on the surface the river as if it was crossing on land. The Persians did not believe their eyes and cried out"Diwan!!!, Diwan!!!By God we are not fighting humans but Jinns"They abandoned their capital Madaain to the victorious Islamic army.

Oh My Ummah rejoice and be patient for we are to be superpowers again! Imam Ahmad narrated that Abdullah bin 'Amr bin Al-Aas said, "While we were around the Messenger of Allah) writing (the Hadith) the Messenger of Allah,(sallallaahu `alayhi wa sallam) was asked/ 'Which of these two cities will be conquered first, Constantinople or Romiyah ( Rome )?' He said, 'The city of Heraclius will first be conquered.' He meant Constantinople .'' [Al-Hakim, Al-Mustadrak, vol. 4, p. 508. Also, see As-Silsilah as-Sahihah, vol. 1] History is a witness that Constantinople or Istanbul was conquered by Sultan Mehmet al Fatih al Uthmani. However Rome was never captured. This will happen in the near future when once again Muslims will have prestige and glory.



Allah's Apostle said,"The Earth was shown to me until i saw the east of the east and the west of the west[cant recall the order], and the authority of my ummah dominated all what I saw."{Muslim-Ahmad] During the time of the prophet the east of the east was china and the west of the west was France . history is a witness that the Islamic conquest did not reach that far. However this will happen in the near future inshallah when once again God honors Muslims.

Anonymous said...

SALAM SONGKOK TINGGI (ST)

APA PON PERLANTIKAN PEGAWAI DAN AJK TAMBAHAN YANG BAKAL DATO SRI AKAN UMUMKAN BERDASARKAN BEBERAPA KRETERIA BAGI MEMPERKUKUHKAN JENTERA PARTI UMNO DAN BN BAGI MENGHADAPI PRU 13 .

SOAL KEKAL DAN TIDAK DIPILIH ITU PERKARA BIASA .SAYA PERCAYA DATO KETUA BAHAGIAN KENAL PEMIMPIN -PEMIMPIN YANG BERADA DALAM BAHAGIAN SETIAWANGSA DAN KESESUAIAN , PERANAN YANG MAMPU DIGALAS APABILA PENYUSUNAN SEMULA DIBENTUK .

KEPADA JENERASI MUDA BERKERJA SAMALAH SEKIRANYA TANGGUNJAWAB DI AMANAHKAN . DALAM BARISAN DATO, GOLOGAN LAMA , MUDA , WANITA DAN PUTERI TERIMALAH AMANAH DENGAN RASA PENUH TANGGUNGJAWAB PADA BANGSA , AGAMA DAN NEGARA

ASPIRASI JENERASI MUDA HARUS MENJADI AGENDA PENTING DALAM MENIUP SEMANGAT PARTI UMNO KEDALAM JIWA MEREKA .

DR. ZAINUL FITRI DIMANA. DAH LAMA KAWAN-KAWAN TAK DENGAR PANDANGAN TUAN DALAM LOCENG WANGSA. SIBUK KE ? SETIAWANGSA BAHAGIAN PENTING KITA KENA BANTU DATO KETUA .

SEMUGA DATO ZUL DIBERI KEKUATAN DAN SIHAT SELALU . TERIMA KASIH PADA DATIN SRI ANA YANG JAGA BOS KAMI .

SALAM ST

Anonymous said...

Salam ST

Keputusan lembaga disiplin tertinggi parti UMNO kepada Dato Zaid Ibrahim adalah satu keputusan yang telah dijangka . Mengawal adalah lebih baik dari merawat .

Perjalanan parti harus diteruskan .

salam .

Anonymous said...

Askm..maaf kerana sudah lama tidak berpartrisipasi di dalam blog ini kerana saya mengurus blog saya sendiri juga disamping tugasan harian saya yang kian sibuk almaklumlah boss saya bertanding jawatan naib presiden umno.

Walaubagaiamanapun..siapa juga yang dipilih dan dilantik oleh Dato Seri Zul hendaklah memperkukuhkan barisan kepimpinannya dan bukan menjadi duri dalam daging, nyamuk dalam kelambu, dan gunting dalam lipatan. memperkukuhkan kepimpinan adalah wajib. kalau tidak bersetuju gunakan saluran yang tertentu untuk menyuarakan pandangan tersebut dan jangan pula membuka pekong didada, dan kudis dibetisan, nanti lambat laun diketawa orang. Ketidaksetujuan demi kebaikan parti dan kepimpinan saya rasa akan diterima dengan hati yang terbuka oleh YB Dato Seri Zul.

Apa pun saya percaya, Dato Seri Ketua Bahagian mempunyai kriterianya sendiri dalam memilih ajknya.

Saya berharap sesiapa yang menjadi Ketua Penerangan nanti hendaklah menjadi ketua penerangan yang berani berhadapan dengan musuh; berpengetahuan; berfakta; dan mempunyai pelan strategik yang tersusun untuk menghadapi musuh umno.

Barang diingat bahawa musuh umno terbahagi kepada beberapa bahagian. iaitu musuh dalam UMNO, musuh diluar umno yang tidak berparti; musuh diluar umno yang berparti sebagai pembangkang dan musuh dalaman diri sendiri;

Sebagai elemen yang terpenting dalam UMNO iaitu penerangan; diharapkan agar Ketua Penerangan yang bakal dilantik nanti akan mengwujudkan rangakaian penerangannya yang hebat dikalangan setiawangsa.

Mereka ini akan menjadi suara dan telinga serta agen kepada peperangan umno yang belum selesai iaitu mendaulatkan bangsa melayu.
Barang diingat juga bahawa Melayu bukan kaum tetapi satu bangsa yang hebat.

Malay is a Nation and not a race. Kata Zaaba, Melayu adalah Induk dan Ibu di Tanah Melayu ini. Kalau ditanya dimanakah induk Melayu, maka jawapnya adalah Tanah Melayu. Manakala kaum Cina adalah bukan induk di tanah melayu. tetapi induknya berada di negara China dimana mereka digelar disana sebagai Bangsa Cina dan begitu juga India.

Oleh kerana kita bangsa Melayu adalah ibu kepada negara ini, maka kita mesti bersikap tegas dan berani dalam mempertahankan apa saja yang menerjah IBU kita iaitu Melayu. Malay is not about supremacy, Malay is not abaout domination, but is about sovereignty (kedaulatan tanah melayu)of this nation state.

Saya berharap dan berdoa agar sesiapa juga yang dilantik akan memainkan peranan yang efektif dalam membina semula UMNO yang kian tersisih dari landasan perjuangan asasnya iaitu PERJUANGAN MELAYU DAN ISLAM.

Anonymous said...

Saya amat bersetuju dgn pandangan Prof Fitri.Sebagai org lama dalam UMNO, sesiapa saja yg bakal dilantik hendaklah menjalankan tugas dan tanggongjawab dan membuat persediaan dari sekarang untuk menghadapi PU13.Anjurkanlah sesi penerangan tentang isu isu semasa dan sensitib, bukan saja di peringkat Bhg, Cawangan malahan keakar umbi juga.Rakyat jelata perlu memahami segala isu yg disuarakan oleh pemimpin di atas.Apa pun saya yakin Yb Datuk Sri kenal tokoh yg berkemampuan.Tugas kita hendaklah membantu dan memberi kerjasama sepenuhnya.