assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Thursday, November 13, 2008

FENOMENA OBAMA DAN OBANGAU..

Senator Barack Hussein Obama

John McCain
Obama telah menang menjadi Presiden Amerika Syarikat yang ke-44 dengan penuh bergaya. Beliau menang setelah berhempas pulas berkempen dengan membawa misi dan visi yang jelas untuk melakukan perubahan bukan sahaja untuk negaranya, Amerika Syarikat malah untuk masa depan dunia keseluruhannya.

Ucapan Tahniah

Perdana Menteri Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi, dan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, mengucapkan tahniah kepada Obama. Begitu juga Timbalan Perdana Menteri Dato' Seri Najib Tun Razak dan bekas Timbalan Perdana Menteri Dato' Seri Anwar Ibrahim juga membuat ucapan yang sama.

Orang Kulit Hitam Pertama Jadi No. 1 AS
Seluruh dunia menyambut baik kemenangan 'Barack Hussein Obama' memimpin negara yang terkuat di dunia ini. Kejayaannya menumpaskan 'John McCain' sekaligus mencatatkan satu sejarah dimana beliau merupakan tokoh berkulit hitam yang pertama menjadi Pemimpin Nombor Satu Amerika Syarikat.
Tentunya seluruh warga kulit hitam di dunia ini, terutamanya di Benua Afrika merasakan martabat dan maruah mereka semacam terbela, kerana di Benua Afrika orang berkulit hitam dikatakan begitu tertekan dengan pelbagai masalah sosialnya, malah sering terjebak dengan gejolak politik yang terus menghimpit kehidupan mereka.

Obama bawa perubahan

Hari ini Obama menjadi kebanggaan mereka, dan beliau diharapkan dapat membawa perubahan radikal bukan sahaja untuk orang berkulit hitam, malah lebih besar daripada itu dunia mengharapkan sentuhan Obama dalam menangani beberapa isu-isu global.
Kita ingin melihat sejauh mana tangannya diikat oleh rejim zionis yang begitu berpengaruh di negara tersebut sehingga menyebabkan isu-isu yang menyentuh dunia Islam seringkali tidak berpihak kepada Islam. Isu Palestin yang ditindas oleh negara Yahudi Israel masih dilihat sikap hipocracy Amerika Syarikat yang terkedu yang jelas berpihak kepada negara Yahudi itu. Begitu juga kita hendak melihat sejauh mana Obama dapat menyelesaikan isu-isu yang membabitkan negara Iraq, Iran, Afghanistan, Pakistan dan banyak lagi negara Islam yang dicampurinya.

McCain akui kekalahannya

Apa yang menarik untuk diperhatikan ialah calon Presiden Amerika Syarikat yang kalah, John McCain meletakkan tanggungjawab kekalahan itu atas dirinya sendiri. Tampak, beliau seorang yang berjiwa besar. Kita kagum dengan sifat yang terpuji yang ditunjukkan oleh MacCain. Dia kalah bukan sebab dia tidak baik, tetapi kerana Obama lebih baik.

Menyalahkan lawan

Orang politik di negara ini sukar untuk menerima kelemahan diri. Saya belum pernah bertemu orang politik yang menyenaraikan kelemahan diri sendiri sebagai punca kekalahan. Apabila kalah dalam pertandingan merebut jawatan parti mahupun pilihanraya, dia pasti menyalahkan lawan. Apabila tewas pemilihan parti, dia menyalahkan orang lain dan menuduh ada yang belot. Begitu juga apabila tidak dipilih sebagai calon pilihanraya, dia akan menyalahkan pemimpin atasan yang buta pertimbangan.
OBANGAU

Yang ada dalam politik Malaysia ialah "Obangau". Ingat lagu "Bangau Oh Bangau"? Pertanyaan "mengapa bangau menjadi kurus" berakhir dengan meletakkan kesalahan kepada "katak memanggil hujan"; sedangkan katak tersebut mungkin tidak langsung mengenali sang bangau yang kurus itu
Itulah fenomena orang politik yang lebih suka menyalahkan orang lain. Walaupun diri sendiri penuh dengan kudis, tetapi yang dia nampak ialah kurap orang lain. Lantaran itulah sesetengah orang politik tidak mengubati kudisnya sendiri, tetapi meneropong kurap orang lain. Mentaliti pemimpin masih lagi dipengaruhi rasa dendam kesumat, bila menang menggunakan pendekatan mencantas tetapi bila kalah tidak dapat menerima realiti serta menyalahkan pihak-pihak lain.

Tidak sukar cari OBAMA dalam UMNO?

Tentulah tidak sukar mencari orang politik yang ingin menjadi Obama. Ada dalam UMNO, ada dalam PKR dan ada juga dalam PAS. Memang tidak susah nak cari. Tetapi yang susah ialah nak mencari orang politik macam McCain. Dalam ucapannya, McCain memikul kekalahan sendiri. Dia tidak menyalahkan orang lain. Katanya:

We fought — we fought as hard as we could. And though we feel short, the failure is mine, not yours.
McCain meminta semua rakyat Amerika bersama-sama Obama melangkah ke hadapan:

I urge all Americans ... I urge all Americans who supported me to join me in not just congratulating him, but offering our next president our good will and earnest effort to find ways to come together to find the necessary compromises to bridge our differences and help restore our prosperity, defend our security in a dangerous world, and leave our children and grandchildren a stronger, better country than we inherited. Whatever our differences, we are fellow Americans. And please believe me when I say no association has ever meant more to me than that. It is natural. It's natural, tonight, to feel some disappointment. But tomorrow, we must move beyond it and work together to get our country moving again.
Ucapan McCain penuh dengan pujian terhadap Obama:

In a contest as long and difficult as this campaign has been, his success alone commands my respect for his ability and perseverance. But that he managed to do so by inspiring the hopes of so many millions of Americans who had once wrongly believed that they had little at stake or little influence in the election of an American president is something I deeply admire and commend him for achieving. Senator Obama has achieved a great thing for himself and for his country. I applaud him for it, and offer him my sincere sympathy that his beloved grandmother did not live to see this day. Though our faith assures us she is at rest in the presence of her creator and so very proud of the good man she helped raise.

Dan McCain secara terbuka mengisytiharkan sokongan dan sedia membantu Obama:

These are difficult times for our country. And I pledge to him tonight to do all in my power to help him lead us through the many challenges we face. Tonight — tonight, more than any night, I hold in my heart nothing but love for this country and for all its citizens, whether they supported me or Senator Obama — whether they supported me or Senator Obama. I wish Godspeed to the man who was my former opponent and will be my president.And I call on all Americans, as I have often in this campaign, to not despair of our present difficulties, but to believe, always, in the promise and greatness of America, because nothing is inevitable here.

Persoalannya adakah ada McCain dalam politik Malaysia?
Siapa?


---------------------------------------------------------------------------------
OBAMA SEORANG MUSLIM...?

Sila klik di VIDEO BAR blog ini untuk melihat sendiri kebenaran Obama seorang muslim.

8 comments:

Anonymous said...

Syabas En Rahman. Menulis untuk menyedarkan.Kesah Obama tidak penting disini. Yg perlu difaham ialah OBangau. Saya setuju amat dgn pandangan itu.Sayangnya di negara kita ini cermin tak cukup untuk mereka mencermin diri.mereka tidak boleh ditegur,diingatkan,diberitahu sebaliknya dimarahi pula.Inilah sikap kebanyakan calun yg ada.Harap pesanan ini dapat menyedarkan.Jangan putus asa.Teruskan perjuangan untuk diri sendiri dan bangsa

Anonymous said...

Epidemik 'OBangau' sudah sebati dalam masyarakat kita hari ini. Tanggungjawab kita adalah untuk terus mendedahkan simtom yang tidak sihat agar lama-kelamaan pengaruh 'OBangau' akan mula terlerai.

Dalam dunia yang dihimpit globalisasi, bukan sahaja di pentas antarabangsa mahupun kebangsaan, tugas kita adalah mengurangkan kadar dominasi yang tidak seimbang, kekuatan 'Non-OBangau' seharusnya mula dijana agar warisan kesejahteraan yang kita kecapi hari ini akan turut malah lebih baik lagi di dikecapi oleh generasi adik, anak dan cucu kita di masa hadapan.

Saya tidak bisa melakukan tugasan ini berseorangan... ayuh, bangkitlah agar mereka (adik, anak dan cucu kita) tidak menempelak kita di atas salahlaku yang kita lakukan hari ini...

MAT SIRAT

ANTARA SIRATAN DAN SURATAN
MEDIA / PLATFORM KOMUNIKASI ALTERNATIF ANDA

http://siratansuratan.blogspot.com/

Pemuda IKS said...

Salam perjuangan,

Benar kata saudara, memang mudah mencari Oh-Bangau dalam UMNO. Tidak kira di peringkat tertinggi mahupun di peringkat akar umbi. Masing-masing menjaga kepentingan masing-masing. Jawatan dan kuasa menjadi kegilaan dalam perjuangan.

Kekalahan tidak boleh diterima dengan rela dan bermaruah. Lihat saja di Wilayahkini, medan caci maki orang Melayu yang hendak menjatuhkan martabat kaum sendiri dek kerana kalah bertanding.

Akan tetapi, Pemuda IKS ragu-ragu dengan corak politik hari ini. UMNO selalu dikategorikan sebagai negatif melalui cerita-cerita sebegini. Bagaimana pula dengan pihak pembangkang?

Adakah mereka langsung tidak mempunyai unsur negatif? Proses pemilihan mereka penuh demokrasi? Tiada pertandingan? Jika begitu, sempurnalah mereka.

UMNO perlu merubah persepsi rakyat sebelum memenangi hati rakyat. Biarlah UMNO berdiri sebagai kerajaan yang dihormati dan disegani. Bersama kita memperjuangkannya. Selamat berjuang!

"Memperkasa Generasi Baru"

Pergerakan Pemuda
UMNO Cawangan Taman IKS
Bahagian Batu WP

http://pemudaiks.blogspot.com

Anonymous said...

Saya tertarik dengan kupasan Sdra Rahman Hashim yang mengaitkan Obama dan Obangau dalam senario politik UMNO hari ini. Memang tepat saranannya itu, kerana pertandingan merebut jawatan dlm UMNO seringkali mencetuskan andaian buruk terutama daripada pihak yang kalah. Kelihatan pihak yang kalah seolah-olah tak mau terima hakikat kekalahan, malah muncul bicara dongeng yang mengaitkan wujudnya penyelewengan kiraan undi dan sebagainya.
Jelas sekarang, majoriti berpihak kepada Halim dan Fauzi, maka kita kena akur dengan keputusan itu. Yang kalah seperti Shuib, Izudin, Yamin dan Zainal Mahmud bukanlah kalah semua, mereka juga ada pengaruh masing-masing, cuma takdir tidak menyebelahinya. Tugas kita sekarang ialah memberikan sokongan kepada pucuk pimpinan sebagaimana saranan McCain yang mengajak seluruh rakyat AS sokong Obama. Dia akui kelemahan dirinya, dan tidak menyalahkan orang lain.

Anonymous said...

SALAM'
SONGKOK TINGGI.

TAHNIAH PRESIDEN OBAMA DAN USA KERANA TELAH BERJAYA MENAMATKAN PEMILIHAN PRESIDEN .

WALAU APA PUN ST ( SONGKOK TINGGI ) NAK TAHU PELAKSAAN DASAR LUAR NEGARA KEPIMPINAN OBAMA .

SALAM PERJUANGAN .

Anonymous said...

Salam,

Siapa Obama Sebenarnya.....???

Sama-samalah kita berwaspada dan meningkatkan Ukhwah Islamiyyah sesama kita..
Istiqamahlah (konsisten) dalam meningkatkan ketaqwaan sejati ke hadrat Ilahi & menjunjung tinggi sunnah Rasulnya sebagaimana suri teladan yg telah ditunjukkan baginda S.A.W. dan para sahabatnya radhiallahu-anhum..

“Ya Allah, lindungilah kami & zuriat kami serta sekalian saudara se-Islam kami amnya agar terbenteng dari segala fitnah akhir zaman.. Amin..”

Hati-hati..Barack Obama boneka Israel !

Hati-hati..Barrack Obama boneka Israel !

Barrack Obama membawa kalungan bunga dalam Hall of Remembrance, Yad Vashem Holocaust Memorial di Jerusalem, pada hari Rabu, 23 Julai 2008. Obama dipengaruhi oleh Israel ? Adakah Islam liberal yang cuma diajarkan kepada umat Islam?

Adakah Obama dipengaruhi oleh Israel ? Pertama, Obama memakai Yarmulke, lebai orang Yahudi. Yang kedua, hanya orang Yahudi sahaja dibenarkan mendampingi Master Jew. Mengapa Obama mendapat keistimewaan sebegitu? Yang ketiga, Obama sedang melakukan ritual Yahudi pada dinding Monument Jew. Perbuatan ini dilakukan oleh orang Yahudi untuk menyampaikan mesej rahsia sesama orang Yahudi sahaja. Mengapa Obama melakukan perkara yang dibuat oleh Yahudi ini?

Barrack nama pertama Obama adalah nama Yahudi yang berasal dari ayat "baruch". Kebanyakan ahli ibadat Yahudi menggunakan nama "baruch"sebagai nama pertama mereka. Bekas perdana menteri Israel iaitu Ehud Barak juga mengambil nama sempena nama "baruch". Nama kedua Obama juga hampir sama dengan "Ahabah". Bent Ahabah adalah nama untuk synagogue (satu upacara multilation untuk bayi-bayi Yahudi).

Ketika berusia 10 tahun, Obama pernah ke sekolah sosialis Yahudi atau disebut "kibbutz". Obama menyatakan bahawa dia hanya menggunakan tandas sekolah itu sahaja pada waktu itu. Namun ada saksi lain menyatakan bahawa Obama telah menghadiri kelas selama tiga jam di sekolah tersebut. Adakah Obama dirancang dan dilatih untuk menjadi Presiden Amerika ketika berusia 10 tahun lagi?

Tidak menghairankan bila selesai sahaja pengundian, Obama mendapat sejumlah 77% undi dari pengundi Yahudi. Berbanding John Kerry yang hanya mendapat 74% undi daripada pengundi Yahudi pada 2004. Pada tahun 2000, Al Gore paling banyak mendapat undi daripada pengundi Yahudi iaitu sejumlah 79%. Obama mendapat banyak undi dari pengundi Yahudi di Connecticut dan Massachusetts . Di Connecticut, 61% Yahudi menyokong Obama. Yahudi mulai suka pada Obama kerana banyak kenyataan Obama secara terbuka menyokong rejim Israel .

"My view is that the United States' special relationship with Israel obligates us to be helpful to them in the search for credible partners with whom they can make peace, while also supporting Israel in defending itself against enemies sworn to its destruction” kata Obama dalam kenyataan medianya pada Haaretz pada 15 Februari 2007.

Ramai yang berseronok melihat Barrack Obama menang Presiden Amerika Syarikat. Seolah Barrack Obama adalah Presiden Dunia yang baru. Ramai yang tidak sedar bahawa rekod peperangan yang dibuat oleh Demokrat adalah lebih banyak dari Republikan. Namun ada juga yang sebut bahawa tidak ada bezanya antara Bush dan Obama. Cuma mungkin yang baru ini adalah "Bush Kulit Hitam". Benarkah begitu?

Pada November 2008, Rahm Emanuel (seorang Yahudi, anak seorang Israel ) baru sahaja ditawarkan jawatan oleh Obama menjadi White House Chief Of Staff. Dan lebih memeranjatkan lagi bila mentor Obama sendiri iaitu Abner Mikva menyatakan "Obama will be the first Jewish President Of USA " dalam Jerusalem Post pada 5 November 2008.

"Our job is to rebuild the road to real peace and lasting security throughout the region. Our job is to do more than lay out another road map. That effort begins with a clear and strong commitment to the security of Israel : Our strongest ally in the region and its only established democracy. That will always be my starting point." ucapan Obama ketika bercakap kepada kumpulan American Israel Public Affairs Committee (AIPAC) di Chicago pada 2 Mac 2007.. Klik di sini

Nampaknya jika dasar Bush dianggap sebagai kejam dan keras terhadap dunia Islam, apa kurangnya dengan Obama? Dasar Obama mungkin halus dan “makan dalam”. Musuh yang “silent killer” lebih bahaya dari musuh yang nampak secara nyata. Presiden Amerika tetap Presiden Amerika, mereka datang dari pelobi yang sama.

Berhati-hatilah kita...

Anonymous said...

Saya tertarik dgn penulisan Pemuda Prihatin.Nampaknya tuan muda betul betul ambil berat tentang masaalah di Timor tengah.Baguslah menyokong perjuangan org Palestin .Kita belum tahu apa yg tersirat di hati Obama.Beliau terpaksa dan PERLU dan MESTI kelihatan menyebelahi Israel kalau hendak menang.Berilah dia masa.Jangan pesimestik sangat.Belum pun angkat sumpah dan belum pun mula memegang jawatan, tuan muda sudah berfikiran begitu.Saya percaya Obama ada gaya dan rancangan sendiri untuk memimpin dunia yg amat tidak aman ini.Semua rakyat Amerika dan pemimpin pemimpin negara mengharapkan perubahan yg dijanjikan.Bersabarlah dan sama sama kita tengok

Anonymous said...

Salam'
ST(Songkok Tinggi )

Bagaimana la nasib rakan-rakan PPR di selangor yang nak berbogel , tanda protes tentang sewa yang telah naik 100% dari RM 124 kepada RM 250 ringgit yang telah diwar-warkan dalam media .

Harapan kita agar pihak tertentu dapat berbuat sesuatu .

Sahabat sahabat JOM komen tentang isu raakyat diselangor ......

salam perjuangan.